Friday, 26 September 2014

Kenapa nak kawin dengan jejaka doktor?

Assalamualaikum...
Hi...

" I understand the guy is nice, bakal doktor, matured sorta but the amount of thirsty girls are just...lol"
-someone on Twidder-

Actually tadi kat twitter, sorang member batch aku break down pasal gadis gadis di luar sana yang menggelabah ayam bila nampak jejaka kacak, medical student, nice etc etc
lincah jer ngaku adore bagai kat twitter, public tu....
kot ye pun ce dm ke apa patut leuls.

Buat gadis gadis di luar sana yang sibuk mencari jejaka sesuai untuk dijadikan bakal bakal imam, bakal bakal pemilik asal tulang rusuk kiri anda, bakal yang duduk di sebelah atas pelamin nanti,
calm your tits ladeyyy~
tenang dan belajarlah dengan tekun demi jaminan kerja agar dapatlah hendaknya membayar semula duit pinjaman pelajaran.
secara jujurnya, memang risau betul aku mengenang kos sara hidup yang semakin tinggi dewasa ini, aku risau aku tak mampu menyara kehidupan sendiri lalu menempel di jalan jalan menjadi pengemis huhuhu !

Dan memang ada benarnya, mungkin keradikalan gegadis mencari bakal-bakal ni disebabkan oleh kesibukan makcik makcik, jiran tetangga yang dah mula bertanya dah berteman ke belum...?
Jangankan gegadis jelita, gegadis yang dah bekerja, gegadis yang dah mencecah usia 26-27, 
bahkan aku yang wajah biasa biasa je ni, bekerja pun belum, usia baru 21 dan lamaaaa menongkat lagi nak grad pun dah ditanya ' Bila nak kahwin?' 'Dah ada calon ker?'
Takde koje kome ni gamaknye asyik nak menyuruh orang menikah jer....
Kome ingat menikah ni keje sehari dua, selamanye lah mengendeng dengan laki tu.
Dah sah sah kena cari yang betul betul sesuai sepadan sekufu sebagainya lagi lah.
So please makcik, get your life please~ leuls

Tapi makcik makcik tu bertanya pula ada sebabnya,
mungkin ada yang masih kurang perasan tapi kebanyakan gegadis yang bekerjaya mengalami kesukaran mencari bakal iman mereka.
Kenapa hal ini terjadi?
1. Zaman universiti dulu memang tak pandang jejaka jejaka ni. Tumpuan 100% pada pelajaran. Jadi jejaka yang sama course dengan diorang dah tandus sebab habis di'book' oleh gadis gadis husband hunter yang lain.
2. Malas nak commit. Sebab ada failed relationship history dan serik or sebab memang menyampah nak ada boyfriend sebab 24 jam nak mengendeng jer keje. Dia tu banyak benda lagi nak buat, dengan studynya, assignmentnya, laundrynya, jadi wakil pelajar pula, dengan najis kucing dia mengharap sapa lagi nak basuh kalau bukan dia.
3. Yang ni pula dia pandang jejaka, tapi jejaka tak pandang dia, sebab zaman tu dia hodoh lagi sebab fokus sangat dengan pelajaran, baju pegi kelas siap tak tukar seminggu.
4. Dan macam macam lagi sebab lain yang tidak diketahui or kurang munasabah seperti asyik reject jejaka jejaka yang datang sebab tak perfect. 
Giler mana ada orang perfect diknon oi, kau nak yang kacak dan sado ala ala Channing Tatum, gaji sebulan 15k ke atas, gentleman tolong siram pokok bunga orkid kau, sentiasa mengendeng dengan kau 24/7, selfie dengan kau pada hujung minggu di bandar Paris ( meaning to say vacation la ) dan sebagainya lagi.
Memang tak ada lah.

Dan disebabkan sogokan nak masa depan yang cerah, bila nampak jer jejaka comel, dompet tebal/ dompet nipis tapi penuh kad kredit, nice, penyayang, pemurah, family-oriented dan sebagainya, 
terus gelabah ayam nak berkenalan.
Tapi kekadang belum pun grad, pakej lengkap seperti bermuka cute, abroad students ( medical, engineering, actuarial science, econs, biotech etc etc ) yang mempunyai masa depan yang cerah, nampak nice, berebut ajer gegadis nak berkenalan.
Tak disalahkan juga sebenarnya biasalah tu siapa taknak masa depan yang cerah terang benderang kan~

Cuma persoalannya sekarang, aku sebagai medical student nak juga tahu kenapa bila tahu jer budak tu medical student tak kira lah lelaki ke perempuan, biasanya lelaki la, plus muka kacak semua pakat nak bernafsu?
errr.....semua nak approach leuls.
biasanya guys medstuds lebih hot-market dari girls medstuds, sebab seperti yang aku dah gembar gemburkan tadi, gegadis memang inginkan masa depan yang cerah, dan gadis punya educational level lower dari lelaki pun, watlek jer...
*medstuds referring to medical students, although takde dalam kamus, suppose MS tapi karang tak paham ingat Ramli MS payah pulak kitee*

haa tu dia Ramli MS. Selamat Pengantin Baru sebab baru kahwin dengan Alyah leuls.

jadi ruang lingkup skop pilihan guys medstuds memang luas dari semua lapisan pekerjaan.
girls medstuds, ye diorang market juga
*plis lupakan bahawasanya aku medstuds sebab rasa macam masuk bakul angkat sendiri*
tapi payah nak masuk pancing unless level kau setara diorang.
bukan nak up course sendiri sebab benda aku cakap ni realiti.
tapi cara fikiran girls medstuds payah sikit kau nak tembus kalau kau takde skill.
member member aku kemain gebang kat twitter nak jadi andartu hidup bersama 40 ekor kucing kalau takde orang nak masuk minang, takde peminat lah konon apa bala lah.
itu semua propa jer tu, ada yang datang tapi tak hit standard yang diorang nak even though mat tu medstuds jugak.
once budak lelaki batch aku borak borak la dengan aku then bertanya.
" You, why eh girls batch kita payah sangat nak tackle, jual mahal betul macam lawa sangat jer~"
Nak ajer aku jawab,
" eh giler kitorang tak jual mahal, korang guys bukan kacak pun, lepas tu you kata kitorang macam lawa sangat jer, dah habis kalau you all tak kacak, kitorang tak cantik, cane lah agaknya rupa generasi kita leuls"
Tapi of course lah bukan itu yang aku jawab, aku kan gadis yang nice.
" You guys punya cara tak kena kot."
haa gitu jer.
tapi tak semua girls medstuds picky nak cari bakal dia, but mostly are. leuls

So back to my question,
pehal nak sangat guys medstuds wahai non-medical related husband hunters di luar sana ?
Sebab aku sebagai medstuds, aku setakat ni tidak bercadang untuk bersuamikan bakal doktor 
*tapi aku tidak menolak sebarang kemungkinan andai kata bakal aku ditakdirkan doktor juga*

1. sebab income dia berkepuk kepuk?
2. sebab nampak berkarisma sangat bila dia pakai stetoskop dengan white coat tu?
3. sebab rasa kalau sakit ada orang nak ambil perhatian dan jaga kau?
4. sebab rasa macam cool jer bila dia boleh sebut semua anatomical part badan kau dalam bahasa greek or latin dengan lancar?
5. sebab rasa doktor ni bertanggungjawab?
6. sebab sebab lain yang kurang munasabah?

moh sini aku bagi sedas dua realiti yang menghancurkan impian korang wahai gegadis sekalian.

1. income doktor takdelah berkepuk mana pun. starting dia termasuk oncall allowance yang rasa dah macam abdi bekerja tu cuma around 5k++ jer. kecuali kau nak kawin dengan dia lepas dia dah jadi specialist nanti. or dah jadi MO ( medical officer) ke, kalau MO dapatlah dalam 10-12k including oncall allowance kalau kerja gomen. kalau buka klinik sendiri, around 20k-30k per month, tapi macam aku kata tadi unless kau nak kawin dengan dia at least 5-6 tahun lepas dia grad, sebab celah mana dia nak ambil modal buka premis, takkan nak buat bank loan lagi, dah kereta rumah pun dah buat loan.

2. alaa...stetoskop dan white coat tu kat hospital jer, kalau kat rumah tengah tengok bola takdenye dia nak sarung white coat and stetoskop tu. Plus most of hospitals dah kerah doktor2 dia pakai scrub. Scrub bukan facial scrub tu. Yang bersarung baju and seluar usually blue in colour. And in fact, sakit kau tahu pakai stetoskop tu pasal dia tikam telinga, pressure sebab nak bagi betul betul dengar heartbeat tu.

3. Hmm kurang benar tanggapan kau tu, kecuali kalau kau sakit masa dia cuti haa bolehlah dia masakkan bubur, tuam dahi kau dengan air, jaga medication kau. Kalau nasib tak baik, haa cubalah sakit jam jam dia tengah oncall tu, kau tengoklah siapa dia lagi peduli, kau or pesakit dia yang berkatil katil kat wad tu~ paling pun kalau kau text dia bagitau kau demam siap menggigil, dia akan jawab pegi ambil paracetamol dalam drawer, balik nanti dia tengokkan, dan tu pun kalau dia check phone leuls. Lepas tu kalau kau kengkonon sesaje nak tunjuk ruam kaler merah kat kulit tu sebab saje nak tengok dia gelabah sekaligus menunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, abort mission please, I repeat abort mission. Dia dah siap pernah tengok tempurung kepala pecah, apa ada hal ruam di kulit leuls.

4. Sebenarnya honestly, medstuds or doktor sendiri kurang minat nak berbual pasal berapa banyak muscle yang ada kat lengan tu lebih lebih lagi dengan non-medical related people, pasal nanti dia jugak yang akan penat explain balik segala terms yang dia cakap tadi, dia dah cukup bermasalah dah nak translate medical terms kat patients dia kepada bahasa yang lebih mudah, then balik rumah nak melayan kau, plus dia dah berjam jam kat hospital tadi menghadap kes yang bermacam macam jenis, dan dia balik rumah nak rehat, bukan nak terangkan vertebra kita ada berapa ketul semua. Kecuali ada masalah yang kau nak refer dia, family members kau ada health problem ke, haa bolehlah gaknya dia layan. So gegadis, tolerate please.

5. Doktor bertanggungjawab. Honestly yes, most of doctors memang bertanggungjawab. Dia tahu tanggungjawab dia terhadap kerja dia dan keluarga dia. Selalunya kalau dia ada cuti, dia akan angkut family dia pergi vacation, kekadang sampai 5-6 kali setahun, siap abroad vacation lagi, hmm kalau monthly income dia sampai puluh ribu, apa ada hal lah kalau setakat nak pergi vacation tu. Kalau specialist ikut bidang yang market, boleh pergi sampai 6-digits per month. Eh aku tak habis lagi ke topik gaji, ah dah yang tu yang korang gegadis ni nak kejar sangat. Dan doktor lelaki especially studied abroad tu, bab house chores kau serah jer, siap insyaAllah. Tapi kalau dah laki kau doktor, kau surirumah sepenuh masa, kejadah nye kau nak suruh dia lagi buat house chores =.=

6. Yang tak berapa best kawin dengan doktor ni, kau akan berebut masa dan perhatian dengan patients dia. Nak nak jenis gegadis clingy nak mengendeng 24/7 tu, memang minta ampun la kau bole nak mengendeng lagi dengan dia, tak dapat punya. Dan kalau kau jenis cemburu tak bertempat, rumahtangga nauzubillah jadi tak aman, sebab kau bukan boleh nak tetapkan siapa patient dia, entahkan hot-chicks freehair, pastu nurse hospital tempat laki doktor kau oncall malam malam tu, muda muda bergetah jer semua, meroyan engkau haha...and not to forget, despite of expressing muka ketat for the sake of ethics, doctors ada masanya nice and sweet juga, sometimes bila dah pukul 3-4 petang still buat round and clerking, dia akan tanya nurse " you dah makan? kalau belum pergilah makan dulu, I tengokkan patient." kau nampak tak betapa budimannya doktor? *peh promote* kalau dah budiman macam tu plus kacak bergaya pula, mahu tak menggelupur akak akak nurse, so bertabahlah engkorang isteri-isteri di rumah~

7. But one point yang best pasal doktor or medstuds ni, engkorang akan rasa diorang sentiasa ada untuk engkorang pasal diorang jenis kurang tidur. Bak kata Dr Halina, " As a doctor, a 4-hour-non-interrupted sleep is considered luxury." Walaupun dia sentiasa sibuk, tapi kalau ada emergency cases, pukul 3 pagi pun dia masih boleh bertungkus lumus membantu sedaya upaya dia. Or kalau tetiba anak dia dah terjaga dan nak bermain jam 4 pagi tu, boleh aje si doktor ni layankan. Ce minta tolong non-medical related people untuk berkerah buat sesuatu pukul 3-4 pagi, payah jugak nak bergerak tu. Aku pun dah perlahan lahan jadi kurang tidur juga, tapi memandang tengah cuti sekarang ni, nikmati je la waktu tidur dengan sesungguh-sungguhnya. herherher.

Points kat atas tadi ni bukan untuk gadis yang nak bersuamikan doktor jer tetapi juga untuk jejaka yang nak beristerikan doktor. 
*ouh bakal aku lah tu~ kalau ada lah....leuls*

so ladies out there, silakan bertenang. 
Memilih seorang doktor untuk dijadikan pasangan sehidup semati bermaksud engkorang kena kahwin dengan kerja dia juga.
Bukan semata mata sebab buku akaun bank dia or title dia.
Just tolerate dengan kerja dia, dia akan  bagi 100% perhatian dia kat family bila dia ada day-off.
Dia even tak kisah pun kalau dia tak tidur lagi malam sebelum tu sebab oncall, tapi tengah hari tu kau ajak dia pegi lunch sekali ke, dia layankan ajer.
Cuma tulah, jangan membebel tak puas hati dengan komitmen dia terhadap kerja dia.
Never ever.

And gegadis sekalian,
satu fakta engkorang kena cakna, doktor or medstuds jarang curang, seriously.
Ada ker kau dengar, doktor ada 2-3 isteri, jarang la.
Mengenangkan ada kau sorang yang tak paham paham dan keje membebel jer dah cukup memeningkan dia, inikan nak menambah lagi satu dua cawangan.
Baik dia tambah cawangan klinik dia~
So usahlah kau nak mendengki dengan nurse, doktor perempuan, patients dia.
Kalau kau dah menepati syarat untuk jadi pasangan dia, dia takkan tengok orang lain dah.
Dan pattern taste guys medstuds or doctor, sama ada kau jenis solehah, dok rumah elok elok jaga makan pakai dia, or kau sama educational level dengan dia, meaning to say girls medstuds or doktor juga la. 
So, there ladey plis don't bitch~
Either you are a future doctor, or be nice and polite girl, that's the key.
Tak payah nak menggelupur~
But depends, kalau bab jodoh ni, anything will do, tak kira la medstuds ke bukan.

So sampai situ jer la hujah aku.
Boleh pergi panjang lagi tu kalau aku nak, sebab sekarang ni aku tengah cuti, dah semak kepala aku tak buat pape, rindu pulak kelas kelas tu semua leuls.
Takpe takpe bertabah lagi dua minggu iA.
uuu I can smell the fresh pages of new books~

Till then
Bye~
Assalamualaikum.

Thursday, 11 September 2014

Kod 018,028,038 UPSR 2014

Assalamualaikum....
Hai....

Kecoh kat media Malaysia bahawasanya Kertas Sains UPSR 2014 yang sepatutnya diduduki siang tadi telah ditangguhkan ke 30 September 2014 atas sebab kertas soalan bocor.
Wah, baru tahun ni kantoi bocor...?
Padahal dari dulu lagi, banyak jer kertas peperiksaan UPSR yang rabak sana sini.
Nampaknya tahun 2014 merupakan tahun yang malang lah kepada sesiapa yang harapan setinggi gunung study soalan spot malam sebelum exam yang cikgu bagi untuk dapat jawab soalan yang sama  dalam exam sebenar dan skor A markah 90% ke atas.

Pendapat peribadi aku, walaupun negara mengalami kerugian besar, sebab berjuta helai kot kertas yang dah dicetak, habis pokok sehutan lastly paper tu tak digunakan dan kena pula gubal soalan lain dan cetak lagi berjuta juta helai kertas, habis pokok lagi sehutan, 
tapi eloklah exam tu ditundakan supaya sesiapa yang terlibat serik taubat lahum tak buat dah lepas ni.
Adik adik yang katanya bertangisan sebab exam cancel tu akak harap engkorang menangis sebab korang punya momentum tengah tinggi boleh pula exam cancel kan, kalau tak, dah boleh berjoli dah.
Cuma tulah akak harap engkorang menangis bukan sebab engkorang dah hafal semua jawapan paper yang bocor tu, tetiba exam cancel~hmm

Jadi, bila dah terjadi hal sedemikian, sudah pastilah ramai yang kecoh kecoh, sibuk salahkan sana sini, sibuk berasa kesal, sebak dan seumpamanya.
kat Twitter pun kemain ramai lagi salahkan pembocor soalan.
Tak amanah, tiada integriti, kena azab di akhirat kata mereka.
aku macam biasa, of course la personal view aku memang bercanggah dengan kebanyakan orang, 
*most of the time I don't know why, but I always think through other boxes, neither I'm saying my thought is way better than theirs.
so bila aku usha TL, aku nampak most of tweeps tweet or RT menghukum memaki si pembocor soalan........
....
....
...
...
...
aku geleng kepala.
This shit is gonna be real~

Maka, inilah sebenarnya perangai masyarakat kita.
Suka benar menuding jari kepada satu pihak umpamanya kita ni malaikat langsung takde salah silap.
Kebanyakan orang shoot gerangan yang bocorkan soalan.
Aku nak tanya, tahun tahun sebelum ni yang soalan bocor sana sini tu, ada tak sesiapa yang shoot gerangan yang bocorkan soalan?
Mana ada...!
Sebab apa?
Sebab belum kantoi dengan pihak berkuasa.
Sebab masih selamat~
Seronok soalan keluar sebiji serupa seiras~
Guru guru riang gembira nampak students keluar dewan peperiksaan dengan muka puas hati tanda boleh jawab soalan tadi.
Pengetua sekolah pun seronok, naiklah ranking sekolah dia tahun ni kalau semua skor.
Di rumah, anak anak bagitahu ibu bapa diorang, soalan keluar sama macam 'soalan' yang cikgu bagi semalam, berseri seri wajah sang ibu sang bapa, dapat 5A lah anak dia UPSR ni,
dapatlah si anak masuk sekolah berasrama penuh.
Semuanya gembira.

Bila terkantoi dengan pihak berkuasa, menyebabkan exam terpaksa ditunda, semua salahkan pembocor soalan, semua maki pembocor soalan.
Buat apa maki pembocor soalan, silakan maki pengantoi yang bocorkan soalan tu dah bocor, silakan maki pelapor yang bocorkan kertas exam dah bocor~
*kebocoran dalam kebocoran*
silakan~
Ini bila ditemuramah oleh wartawan TV.

" Apa pendapat encik tentang perkara ini?"
" Sebagai bapa, saya berasa kesal. Perkara ni tak patut terjadi. Yang terlibat haruslah didakwa! "

Tegas dan kemas sekali ye.
Cuba imagine.
Kalaulah tak kantoi soalan tu bocor, kalaulah anak dia jawab paper Sains yang tak tertangguh tu.

" Papa, adik boleh jawab soalan tadi! Soalan sebiji dengan soalan yang cikgu bagi semalam. Hihihi.."
" Yeke? Kenapa baru semalam cikgu bagi, patut patut cikgu bagi dari minggu lepas lagi. Baru anak Papa ni dapat 100%,"

Ya Tuhan, facepalm aku jadinya.

Then, bila result released.
Anak Papa tu tadi dapat 5A.

" Papa, adik dapat 5A hihihi" 
* memang hihi jer cara dia gelak.
" Ya Robbi, syukur anak Papa dapat 5A! Anak Papa memang genius! Otak geliga! "

So, Encik Papa, genius celah mana kalau siap hafal jawapan soalan bocor?
Genius celah mana Encik Papa?
Oklah oklah genius lah, mampu hafal 5-6 baris ayat tukar pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah gerak balas jer. -.-

Ok fine, kalau anak Encik Papa tu dapat 5A so what?
Biarkan lah, kita nak anak anak kita berjaya!
masalahnya di sini, students yang hafal jawapan soalan bocor ni dah sah sah menepati skema jawapan lembaga peperiksaan.
So, what do you expect, even though examiner tu tahu soalan bocor pun, takkan dia nak pangkah?
Jawapan sebiji dengan skema kot~
Nak tak nak, 90 ke atas la juga anak Papa tadi tu~
Aku nak tanya, biasanya budak budak yang skor 90 ke atas ni ke mana perginya?
Ke sekolah berasrama penuh berprestasi tinggi berwawasan kluster kecemerlangan tersohor di bumi Malaysia ini lah~
Jadi apa masalahnyo eh jang?
Masalahnya, cikgu cikgu sekolah sains dia akan presume bebudak ni genius padahal hafal jawapan soalan bocor belaka jer.
Jadi, cara dia mendidik cara orang genius la.
Namun begitu, kebolehan anak anak ini hanyalah setakat menghafal jawapan soalan bocor sahaja, maka kecundang lah mereka di arena PMR, arena SPM.
Jadi tuan puan sekalian,
apakah gunanya anak anak tuan puan hafal jawapan soalan bocor tadi?
sekadar tiket nak menempatkan diri di sekolah ternama?
Ketahuilah kebolehan anak tuan puan, murid murid cikgu cikgu, biarlah diorang jawab dengan kebolehan mereka sendiri, dengan ilmu yang diorang pelajari selama 6 tahun.
Sampai bila nak manjakan anak anak tuan puan, murid murid cikgu cikgu?
Tak kemana perginya kalau asyik dimanjakan ni, percayalah~
Yang lebih kesian, budak budak yang benar benar genius, dia percaya pada kebolehan dia, dan dia taknak hafal jawapan soalan bocor,
mungkin nasib kurang baik, marks dia around 80 something jer, tetap A tapi sepower anak Papa yang hafal jawapan soalan bocor tadi.
Jadi, dia tak dapat tempatkan diri di sekolah ternama.
Sebenarnya, takpe pun dik, kalau dah genius tu campak jer la ke mana pun, kalau rajin dan ditakdirkan untuk berjaya, pasti berjaya!
Rezeki kerja nanti pun undoubtedly halal, sebab zaman muda mudi dulu tak menipu dalam exam.
Maka, bertuah lah si genius tadi,sedihnya tak dapat masuk sekolah ternama sekejap saja, tapi bahagianya sampai akhir hayat.

So, sebenarnya apa insan marhaen seperti aku ni cuba nak sampaikan?
Nasihat ni khas ditujukan untuk diri sendiri.

1. Jangan tuding jari pada orang. Fikir dalam dalam mana salah kita dulu sebelum nak cari salah orang.
2. Ketahuilah kemampuan diri kita, jangan menipu semata mata nak mengaburi mata orang. Samalah macam kita menipu diri sendiri.
3. Kaum dewasa yang dah sangat kompeten untuk buat keputusan dan boleh berfikir dengan luas tu, tolong jangan manjakan kaum kanak kanak. Percaya pada kebolehan diorang, biarkan tangan kecil itu melukis masa depannya.

Dan dalam kes ni, sebenarnya semua terlibat, semua bersalah.
Pembocor soalan bersalah. cikgu cikgu yang minta/ terima soalan bocor bersalah, pengetua yang tahu kebocoran tapi tiada tindakan bersalah, ibu bapa yang lega anaknya boleh menjawab soalan yang bocor hasil hafalannya semalam bersalah, anak anak yang menghafal jawapan bersalah, semua bersalah. 
Yang tak bersalah kat sekolah tu cuma makcik kantin, makcik cleaner, pakcik guard, tu pun kalau diorang takde anak.
So, tak perlulah kita tuding jari dan penentu syurga neraka si pembocor soalan,
memang patut dia didakwa tapi yang lain pun jangan terlepas daripada berasa insaf.
Kalau diminta, jangan diberi, kalau diberi, jangan diterima.

Akhir kalam, ayuhla semuanya bekerjasama dalam melahirkan generasi genius dari pelbagai aspek untuk kesejahteraan bumi kita pada masa depan :)

Till then.
Bye Assalamualaikum.


Wednesday, 27 August 2014

Malas bermasyarakat

Hai...
Assalamualaikum.... :)
*kenapa hai dulu baru assalamualaikum? sebab hai dulu baru assalamualaikum la leuls~

Assalamualaikum....
Hai.....
Ada tak orang di luar sana yang sama macam aku...?
Malas bermasyarakat~ huhu
Aku seorang  hamba Allah swt yang malas gileeee nak bermasyarakat huhu....kera sumbang bak kata pepatah.
Yang kat Alex tu jangan ditanya la, mengenangkan aku perlu berbual jer aku jadi ramah tamah tapi kadang kadang tak ramah tamah sangat tapi kena juga ramah tamah dah cane nak mendekati ahli batch kalau tak ramah tamah tapi kadang kadang datang kelas sepatah perkataan pun aku tak cakap. leuls

Pagi yang hening. Langkah kakiku deras menuju lecture hall. Maklumlah jenis cergas dan lincah. 
Padahal sebenarnya lagi seminit kelas bermula, mahu tak lipas kudung di situ.
Berjaya memboloskan diri melalui pintu lecture hall....ah macamlah tak muat sangat jer pintu tu kalau dilihat pada cara ayat tadi, gramatis tak bertempat.
Mata melilau mencari tempat duduk yang strategik, sambil scan lecture hall, sambil mata teraccident dengan mata mata rakan taulan yang lain.
Kalau mood tengah baik/kelas tengah hari, senyuman lah jugak dilemparkan, kalau mood tak baik/ kelas pagi, mata bertentang mata je lah.
Kalau hari Isnin/ pakai baju kurung sebab Professional Day, semua mata memandang * bunyi macam perasan* malah ada yang menegur 
" ada presentation ke hari ni? "
" Hari ni Isnin." Malas tak malas aku menjawab.
*ah engkorang mentang mentanglah aku jarang berbaju kurung, cuma t-shirt dengan jeans jer, penghinaan secara indirect engkorang kasi.
Suasana lecture hall gamat dengan suara-suara mereka, kali terakhir berjumpa semalam rasanya, entah apa lagi lah yang nak dibualkan tu.
Aku macam biasa, membisu sambil check fon, any news any updates.
Ada juga hari di mana semua orang bercadang untuk bertanya sesuatu kepada aku, ke kiri ke kanan kepalaku berpaling mencari gerangan yang memanggil manggil.
Kadang gadis kadang jejaka. 
Serabut.
Kelas bermula.
Suasana serta merta menjadi senyap sunyi.
Doktor memberi lecture dalam nada monotonous seperti biasa.
Kecuali Dr Azza Baraka yang mengajar subjek Pharmacology, begitu bersemangat suara beliau menerangkan ilmu, tak masuk lagi betapa hebatnya beliau dalam penggunaan ruang depan lecture hall, ke kiri ke kanan kepala 80 orang secara serentak dalam lecture hall tu.
Setelah tiga jam yang penuh berilmu tamat, bergegas pula pergi kelas praktikal.
Aku masih macam tadi.
Membisu.
Habis kelas praktikal.
Masih membisu.
Pulang ke rumah.
Cycles keep going.
Balik dari kelas selalunya secara solo sebab ada ada saja urusan nak diselesaikan di administration room di tingkat paling atas bangunan fakulti tu.
Sedang mendaki tangga demi tangga, terus teringat peristiwa Israk Mikraj di mana Nabi Muhammad saw naik ke langit untuk bertemu Allah.
Tak sangka nak bertemu manusia pun dah begini penat mendaki.
*ah mengeluh saja yang aku tahu
Selesai urusan, berjalan pulang ke rumah, dalam 10 minit sampai lah.
Di depan fakulti ada sebuah jalan ala ala jalan persekutuan harus dilintasi, silap langkah dalam satu saat, boleh arwah jadinya huhu.
Seronok dapat naik tahun bukan apa, lepas ni tak perlu lagi melintas jalan berkenaan.

Di Malaysia pula, komunikasi lisan dengan family kat rumah jer.
Komunikasi maya adalah juga.
Selalunya, weekend ada kenduri.
" Along, jomlah teman Mommy pegi kenduri...."
" Hmm...taknak."
*berdosa anak walaupun cakap uhh bila ibu meminta bantuan.
" Kenapa taknak?"
" Malas nak jumpa orang."
" Hmm..."
"Hmmm..."

Baru baru ni, doktor suggest Abah ambil ubat diabetes, sebab Abah ada hyperglycemia.
*hyperglycemia...nama Latin untuk elevation of blood glucose level.
Maka risaulah kedua dua Abah dan Mommy.
Mommy terus merujuk aku.
Padahal pengetahuan aku ceteklah amat.
" Boleh tak kalau Abah tak ambil ubat? Kalau abah dah ambil ubat tu, selamanya lah dia kena ambil ubat."
" Sama ada ambil ubat atau pantang seminggu lagi dan check level glucose dalam darah. Kalau turun, lepas ni cuma control makanan la, kalau tak, memang kena ambil ubat dah la."
" Tapi Abah payah nak berpantang."
" Then silakan ambil ubat."
Hambar giler berbual dengan aku............
Lebih lebih lagi bab kesihatan.
Selalunya aku tegas, kalau boleh, maka bolehlah. Kalau tak, maka taklah. Tiada kompromi.

Contoh lain.
" Weh, macam mana ni? Aku nak pegi program X tapi dalam masa yang sama nak pegi program Y. Benda tu serentak."
" Mana lagi penting?"
" Program X."
" Then pegilah Program X."
" Tapi Program Y pun penting."
" Korbankan lah salah satu."
" Tapi nak pergi dua dua..."
" Kita takde jam Harry Potter boleh putar masa balik."
"Okaylah pegi Program X la."
" Okay."
" Eh pegi Program Y la."
" Oh? Okay."
" Eh pegi Program X la."
"..............don't talk to me again..................."

Di alam maya nampak macam aku banyak berbual, padahal malas berbual.
Otak aku jer yang lincah berfikir.
Duduk berteleku dalam bilik.
Kadang baca novel.
Kadang baca blog orang.
Kadang termenung memikirkan habit manusia.
Sambil mendengar lagu lagu lama.
Oh, indahnya saat itu~
haha *celah mana yang indah.
Masa duduk berseorangan sangatlah menyeronokkan.
Memerhati.
Berfikir.
Biasanya persoalan dalam minda, aku akan biarkan bermain tanpa konklusi.
Harapan aku, semoga persoalan dalam kepala aku berjumpa jawapannya suatu hari nanti.
One fine day~

Till then.
Assalamualaikum.
Bye.










Wednesday, 20 August 2014

Approaching retirement.

Hai...
Assalamualaikum...
Nampaknya sekarang dah bulan Ogos, tak lama lagi September then Oktober then babai Malaysia~ hmm
Main things yang buat aku sebak tinggal Malaysia ni first sebab family of course dan kedua sebab ini adalah sebuah Malaysia....wah patriotik nye aku!
tapi takpe ada sebulan lebih lagi....berseronoklah puas puas sebab besar kemungkinan inilah cuti tiga bulan terakhir kitorang sampai grad nanti insyaAllah.
lepas ni cuti tak lama dah, macam fourth year tahun ni diorang cuti sebulan je kot, then fifth year tiga minggu, sixth year tak sure la pulak. rasanya diorang sendiri dah tak nak cuti kot...nak habiskan jer cepat cepat hewhew
makin tua makin sikitlah cuti. 
kerja nanti lagilah jangan ditanya....uuu taknak fikir dulu huhu

memandangkan lagi sebulan lebih nak buka sekolah....leuls lagi sebulan lebih nak start kelas.
lagi sebulan lebih la aku turun jawatan SR herher
patut organize farewell party sesama kitorang sebab kitorang berempat jer, tak macam tahun dulu diorang berenam, jadi kitorang lebih rapat sebab buat kerja pusing pusing pun jumpa orang tu jugak...
pegi meeting pun sama sama...meeting sampai pukul 11 lebih nak dekat 12 tengah malam kadang kadang...
kadang-kadang, 2-3 meeting juga dalam satu hari.
Pernah juga ada 4 meeting berturutan start dari lepas habis kelas sampai lewat malam.
rasanya nanti bila dah turun jawatan, mesti aku rasa sememangnya masa terluang itu sangat banyak~

most probably my last post before retiring...hehe
btw itu bukan nak poyo post dalam english, dia pasal dalam group tu ada ijipsyen so kena post dalam english la....bahasa arob pulak aku yang tak reti leuls!
notification kat phone masa kat Alex dulu, sebelum tidur tu aku dah clear kan, then bangun esok tengok phone, noti penuh sampai ke alarm symbol tu leuls!
bangun pagi terus moody pasal nampak benar akan melalui sebuah hari yang tough~
haha takdelah aku kan tenang orangnya~ haha 
kecuali kalau tanya aku banyak kali soalan yang sama hehehe

di samping itu menjelangnya nak dekat turun jawatan ni muncullah beberapa orang rakan taulan memberi sepatah dua apresiasi.
terima kasih.
aku screenshot beberapa dan letak di sini bukan nak poyo, sebagai penghargaan untuk engkorang haha!




the last one betul betul mengharukan aku. anda akan selalu mekar di ingatan saya sebab anda istimewa :)
* haa haa jangan nak fikir bukan bukan pastu membahan aku pulak. yang last tu perempuan yang kasi haha....meskipun aku kekadang kasar dengan lelaki, tak bermakna kecenderungan aku dah beralih arah! hewhew
but it's true aku memang cakap agak kasar dengan lelaki tapi dengan perempuan, aku akan cakap lembut lembut melainkan yang dah rapat dengan aku leuls~
perempuan kan berhati lembut, kena layan lembut la....lelaki kan berhati keras, so kalau kasar sikit tu sesuai lah kan~ ironically most of the guys, they like gentle girls. haha so faham kan permainan aku *wink2*

sepanjang jadi SR, banyak kenangan pahit manis yang terjadi dalam hidup aku.
Oktober 2013-Oktober 2014 akan menjadi antara bulan-bulan yang aku kenang sebab banyak mengajar aku jatuh bangun dalam kehidupan, banyak menguji kesabaran, banyak mengasah aku berfikir masak-masak sebelum buat sesuatu.
*sahaja aku buat post ni lebih awal, sebab kalau nak tunggu perlantikan baru nanti, besar kemungkinan aku dah malas nak menaip huhu*
tawa nangis semuanya di belakang tabir.
yes sepanjang jadi SR adakalanya air mata aku menitis.
tapi takde sape yang tahu, even housemate pun.
now aku dah tulis sini, ada lah yang akan tahu leuls.
masa mula mula dapat jawatan, mantan SR memang dah pesan. 
dalam banyak-banyak tahun, SR tahun tiga dan tahun enam yang paling serabut.
tahun enam pasal diorang dah nak grade, tahun tiga pula kalau nauzubillah ada paper sangkut, tak boleh naik tahun empat, tahun tiga last year of preclinical. jadi universiti taknak students naik tahun clinical which is tougher dengan membawa bebanan paper tahun preclinical yang kena repeat.
so selagi ada kena repeat, memang dia tak kasi naik tahun.
kaitan dia dengan SR tahun tiga?
SR berkenaan haruslah uruskan repeaters dari tahun atas yang tak dapat naik tahun, uruskan budak batch sendiri, budak batch sendiri yang ada repeat paper tahun2 sebelum ni, dan sync everything dengan SR tahun bawah. hmmm

jadi sebagai SR tahun tiga yang bakal jadi mantan tak lama lagi, kitorang pun redha dan cuba buat yang terbaik untuk semua orang.
aku rasa siapa yang ganti kitorang next year, akan kuhadiahkan entry ini sebagai sepatah dua kata leuls.

setiap SR ada cerita masing masing, masing masing ada saat saat bahagia dan menyedihkan.
I don't and never like revealing fragile side of mine, sebab tu semua benda aku campak dan luah jer kat blog ni dengan harapan kalau ada pun yang membaca, mereka akan lupa.
tapi ada kalanya satu waktu tu, oleh sebab tekanan dari pelbagai penjuru, aku terduduk menangis sambil mengenang dosa-dosa silam~
bahagian dosa mana yang Tuhan nak turunkan kafarah waktu tu...
tapi aku sedar, itu dugaan yang Allah nak turunkan. mahu atau tidak, lalui je lah.
yang paling aku ingat, malam lepas habis exam Pathobiology.
Sumpah aku mengaku paper tu tersangatlah susah, jawab exam rasa macam tak baca buku, padahal teknik ulangkaji aku sama jer dengan exams sebelum tu, entah kenapa susah sangat sampai rasa down yang teramat.
tapi semua mengaku memang paper tu susah.
habis exam, terus balik rumah solat kejap, dengan tak makan terus tidur dengan harapan bila bangun tidur frust exam tadi hilang.........
lepas powernap dua jam, bila bangun, perkara first terfikir kat kepala....
" Paper tadi susah. Kalau nauzubillah tak lepas macam mana............................"
bukan nak hiperbola, serius time tu rasa macam betul betul hati kena hiris~
dia punya frust tak boleh nak senyum tu sebiji macam baru lepas clash, ke lebih lagi.....huhu
then, malam tu disebabkan paper tadi susah, kenalah usaha lebih untuk paper akan datang, so mulalah ulangkaji untuk paper Healthcare which is 2 hari lagi, pulak tu boleh blackout Ya Robbi, jadi studylah aku di bawah pancaran api lilin dan torchlight ipod leuls, then tetiba ada orang tanya page mana perlu baca.
Aku pun call doctor, sekali doctor kata buku yang kitorang pakai tak valid, kena guna buku latest.
sebab semua soalan dari buku latest.
I was like seriously....?
Exam's coming within 2 days and the source to the exam is invalid????
Masalahnya, buku Healthcare versi latest takde pun kat bookstore universiti.
Dah celah mana kitorang nak cari, time tu around jam 11 malam...........................
Time tu cuma satu benda yang aku fikir....
" Kesian budak batch aku..................."
Lepas inform kat SR lain, terus kitorang fikirkan solusi terbaik.
Ada cadang, esoknya tu baru nak pegi bookstore beli buku, then photostat bagi semua orang, tapi kalau gitu dah bila bebudak tu baru nak start baca buku...........
kalau suruh masing masing beli, ada yang bising nanti dahlah inform lambat, siap baru nak suruh beli buku pulak tu..........haa sudah
end up kitorang bergegas contact budak arab local program untuk dapatkan source.
Thank you Sandy for helping us!
Tu pun dia snap gambar setiap helai buku, then arrange elok elok letak dalam microsoft word.
by the time source dah setel, time tu around jam 3 pagi.
fikir pula "how to tell to batchmates...???"
bukan nak memburukkan ke apa, but some of batchmates, ada yang rebel and always unsatisfied.
kalau bagitahu ni mahu meletup bebudak tu karang hmm
itu apa yang kitorang bincangkan la leuls.
tapi aku beranikan juga post, sebab takde pilihan lain...........
jam tiga pagi tu, post suruh sesiapa yang dah start membaca or sedang membaca, supaya stop baca buku syllabus last year tu dan download file yang kitorang upload, dan baca versi latest tu............
Alhamdulillah Tuhan mudahkan kerja, takde yang kecoh kecoh, tak tahulah kat belakang........

so cerita dia, sepanjang dari jam 11 malam sampai 3 pagi tu,
dahlah frust exam siang tadi susah, pastu niat nak study boleh pula blackout, tetiba pulak doctor kata source invalid, perasaan nak all out ulangkaji untuk tebus kesusahan paper tadi terbantut sebab kena hempas pulas 4 jam rearrange nota, then masa untuk revise ada 2 hari jer takut tak sempat nak habiskan, then fikir lagi nanti apa response batchmates.
bukan nak atur 10 orang jer, ini nak atur 185 orang termasuk budak arob..............
nampak tak kekabutan di situ........
 readily internal fragility plus external problems plus upcoming complications plus limited time......
masalah 181 orang atas kepala 4 orang, tapi yang available malam tu cuma aku and SR lagi sorang.
so masalah 183 orang atas kepala dan bahu dua orang.
cubalah bagitahu macam mana aku boleh tak terduduk menangis~
maybe orang lain boleh kata, laaa suruh je lah diorang beli buku sendiri, sempat atau tak sempat habis study, biar je la kat diorang, tugas kita sampaikan info jer....
hmmmm iyela kalau ada yang berfikiran macam tu, satu masa nanti kalau anda diberikan amanah, anda akan faham semua ni.
tapi Alhamdulillah, aku passed semua paper.
I'm officially a fourth year medical student. :)

on the other hand, aku baru jer lepas habis tengok drama korea 20 episode bertajuk Take Care of Us, Captain dalam masa tiga hari aherherher
aku dari kecik lagi memang kagum dengan career pilot ni, tengok pula cerita tu, bertambah kagum lah kan :)
Terima kasih kepada semua pilots yang menerbangkan aku dan keluarga dengan selamat sepanjang aku dalam perut mama sampai aku dah diberi pelepasan oleh parents naik flight sendiri :)
aku dah tak dikira unaccompanied minor la, dah jadi unaccompanied major dah haa leuls...
tahu tak apabenda unaccompanied minor?
unaccompanied minor adalah term digunakan untuk passenger below 18 years old yang naik flight tanpa ditemani orang lebih dewasa atau paling kurang melepasi 18 tahun. 

inilah pelakon cerita tu hehe

kaitan dia kat sini, kitorang diibaratkan seperti bawa kapal terbang dengan 181 penumpang.
perjalanan kapal terbang biasa paling lama pun belasan jam, kitorang bawa mereka selama 10 bulan :)
jatuh naik ahli batch, jatuh naik kami juga.
senyum tangis ahli batch bila dapat result, senyum tangis kami juga :)
kalau dulu, aku hanya perlu fikir...." macam mana aku nak survive....?"
bila jadi SR, perkara pertama terlintas... " macam mana nak bagi satu batch survive....?"
jadi SR juga rasanya bagi pendedahan awal tentang kerjaya doktor.
Doktor yang baik dan sanggup berkorban adalah doktor yang dahulukan orang sebelum dirinya, diri keluarganya, diri anak anaknya.
Do you know that it is actually unethical to the doctors to treat his own family or relatives...?
Do you know that doctors sometimes have to abandon his sick kids at home in order to treat others' kids at the hospital first...?
Do you know that doctors sometimes have to prioritize other suffering patients over his equally suffering family members...?
Do you know that there was an incident of a doctor prioritizing the one and only machine to rescue a dying patients over his equally dying mother....?
12 months taught me that doctor is not all about earning money and luxury life.
It's about sacrificing and satisfaction at sacrificing.
It's about people and society, it's not about you.
People don't want to know how much pain you bear inside, they only want to know their pain must be subsided.
People don't care if you have a sick family member at home who needs you at most, they only care about their sick family member who must be treated first.
People don't want to think that there must be something bugging you that your face looked so expressionless, they only think that the expressionless face is because you are too lazy to get up from your posh bed.
People don't want to think that when a senior doctor yells at you, there would be clashed management between you and your senior doctor, they only want to think that you have made a fatal mistake.
The price to all the luxury you have had is actually incomparable to the above sacrifice you have done.
Doctor is not only about saving people's lives, it's about saving whose life who will blame you if you make a slight mistake even though it's not fatal.
sometimes people mess up with a doctor who had undergone sleepless 33 hours of oncall duty and worse if he had been in ER with unstopped flow of emergency cases.
sometimes I wonder, how come an oncall doctor can think and decide the best to save people's lives at 3 am.
some doctors say that they are usually caffeinated on that time, surely I won't be a caffeinated doctor because I do have a caffeine intolerance, what would I do to survive a 33 hours sleepless period of time...?

Just to tell that actually ain't no doctors want to kill your beloved, he must have tried his best but it has been written in the destiny that your beloved could't be saved.
Other side factors are just the aggravating factors.
Plus, surely it must be a heartbreaking moment to the doctor, to know that his patient had gone.
Every doctor will have to face it sooner or later. 

Okay baru aku sedar tiga per empat entry aku rojak, satu per empat entry aku english berayat syahdu gitu haha!
cerita pasal SR sebenarnya.
so to the former SRs, loads of thanks for handling us with care and patiently, and to the future SRs, all the best for your challenging duties. :)
aku rasa aku pun perlu mohon maaf andai kata ada kata kata menyinggung perasaan batchmates, ada hak hak yang tak tertunai, minta maaf sangat sangat. :')

Till then.
Assalamualaikum.









Monday, 11 August 2014

Raya 2014

Hai....
Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya Aidilfitri! Herherher
so actually it took me since the day I returned back to Penang till this while to finish this entry.
heck~
Seperti tahun tahun sebelum ni, nampaknya this year pun kitorang celebrate eid kat Sabah, Mama's hometown.
And it's good, it's really good !

Kitorang gerak last day puasa which means sehari sebelum raya, macam tahun tahun lepas juga.
Tapi yang tak macam tahun lepas is kitorang balik kejap jer...2 full days je kat sana...yang on the way ni toksah kira lah, seharian punya perjalanan. 
so tolak hari perjalanan 2 full days je kat sana.

airport
*gambar selfie kat airport je la aku letak pasal dalam plane tak sempat selfie haha

final touch down kat Tawau Airport jam 6.30 petang.
Yang bestnye kitorang sahur waktu Penang, buka waktu Sabah...awal sejam dari waktu buka kat Penang herher~
Tapi yang tak bestnye makan masa kapal nak descend sebab sana buka 6.20 petang.
Bayang jer la makan tapi plane tengah descend, menggelungsur jer makanan ke depan leuls.
stewardess tak tegur pulak...pasal iyela takdelah dah betul2 nak landing...just plane tengah nak descend.
Sampai sampai jer, aku masih tak percaya dah setahun berlalu sejak last time balik sana, sebab rasa macam baru je balik hari tu, balik lagi hehe.
Then Auntie and Uncle picked up kitorang.
Dalam kereta, dengar pengumuman raya oleh penyimpan mohor besar raja raja pastu rakaman takbir.
Asal bertakbir raya jer, mesti kitorang tengah dalam perjalanan, asal dalam perjalanan balik kampung Atok je mesti bertakbir raya leuls.
45 minutes later baru sampai rumah Atok.
Atok dah comel sekarang sebab kepala dia dah botak haha.
Atok kalau jumpa beliau, mesti tanya pasal pelajaran.

So, esoknye tu dah Hari Raya.

so moh kita selfie sebelum orang datang bertandang, sebelum aku kena kerah serve makanan haha.
Baju kurung simple and tudung bawal je untuk first day raya pasal nanti berpeluh bagai juga kena berkerah leuls.

aku dah Farah.

Mama and Abah. Apabenda tu..........haha

So, dah nak dekat tengah hari sikit, maka ramailah yang datang berduyun duyun ke rumah atok. 
Ramai orang datang bertandang ni sebab Atok orang kuat dan dihormati kat kampung tu.
Pastu dekat pula dengan surau, so after sembahyang sunat raya terus je la datang rumah Atok.
So, peranan aku and adik adik adalah sediakan makanan and serve kat diorang.
Mama, Aunties and Atok aku macam biasa la mestilah berbual dengan guests leuls.
Tapi aku and Farah sediakan makanan jer, Boboy and cousins yang hantar ke depan.
Ada sekali tu, Mama datang dapur bagi arahan kat kitorang pastu beliau pergi depan balik.
" Along nanti serve kat area yang Pak Cik Fazli duduk tu tau. "
The heck aku mana kenal siapa Pak Cik Fazli.
Aku tak kenal sangat pun relatives Mama ni, sesetengah je aku kenal.
Tapi Boboy yang serve pasal aku pemalu kannn leuls, aku prepare food jer,
Then aku kasi lah arahan yang sama kat Boboy.
Kalau aku yang paling tua ni tak kenal semua orang, nak expect apa tetiba dak Boboy nak kenal kan leuls.

" Yang mana satu Pak Cik Fazli tu? " Boboy
" Hmm entahlah. Camni Boy pi depan Boy cakap kuat kuat. 'Tumpang tanya, siapa kat sini nama dia Pak Cik Fazli?' Kalau ada yang angkat tangan, Boy pi lah serve kat dia. "
Haha leuls. Kitorang tiga beradik dah tergelak gelak dah.
" Haha memang tak lah Boy nak pi tanya. Dahla depa bukan faham pun Boy cakap apa." 
Boboy ni dia punya Penang slang  memang cannot help. Aku tak tahu cane dia bual ngan cousins kat sana.
Kitorang, aku and Farah at least masih boleh cakap slang sana, and it's automatically converted.
Terkena jer udara Sabah terus ubah slang sana~ leuls.

Siang takde apa sangat nak citer sebab kecoh layan orang jer haha.
Then petang tu bila dah lengang sikit, kitorang bertiga, aku, Farah and Boboy pegilah menapak pegi ke area perkuburan. Family kitorang ada satu area untuk kubur ahli keluarga jer.
Tujuan ke area perkuburan adalah untuk menziarahi arwah adik aku and Farah, yang juga arwah abang Boboy hmm.
Means he's supposed to be the third one, tapi dia disahkan meninggal masa dia dah around 8 bulan dalam rahim Mama.
 * dia biasa orang sebut dalam perut, tapi sebenarnya dia bukan dalam perut tapi dalam rahim.*
Kalau dia hidup, dia dah 17 tahun sekarang.
Kuatlah sikit barisan anak anak Md Fauzi, 4 orang, tapi takdir Allah swt kan.
Haruslah kita meredhainya.
Tapi yang kesian Mama lah, time tu dia dah sediakan dah kelengkapan bayi untuk arwah adik kitorang, dah ready nama, sebab dah tahu bayi tu lelaki, and Mama excited nak anak lelaki pasal aku and Farah dah perempuan kan.....
kesian Mama, Mama sangat tabah orangnya. God bless Mama!

Malam tu, malam untuk kitorang jer pasal memang every year kalau balik kampung, akan ada karaoke bagai.
so apa cengang lagi kat situ, joget ler haha...
dengan cousins aunties semua... para uncles perati jee sambil tersengih...
yang sek sek cousin lelaki pun join sekali buka langkah...sumbang kemain langkahnye~ hahahaha
terduduk-duduk aku gelak~
tapi maafler gambar memang takde...
first, memang tak lah nak tangkap gambo orang joget langkah sumbang upload kat social media.
second, takdo maso den nak nangkap gambo pasal den sibuk sangat nak bergelak herher~
biarlah kekal terpahat di memori....uuu dah bermadah dah sekarang.

Marilah aku cerita sikit pasal family Sabah aku.
Basically family Mama takde besar mana...diorang 4 beradik jer, semua wanita plus adik angkat lelaki sorang. Adik angkat tu dah macam adik betul dah pun.
Each wanita tu pun ada anak paling ramai 4 jer, so tak macam family orang lain yang lagi besar cucu cicit puluh puluh ratus..
Atok aku ada 14 cucu jer. tapi tu pun dah kecah rumah punya bising. herher
And pulak kat rumah Atok tu pasal size dia agak besar, rumah orang dulu dulu kan, seboleh boleh dia nak bina rumah dia sampai lepas ke kampung sebelah leuls, ada satu zone ni, dia macam long hallway heading to kitchen...memang lengang, and bebudak ni asal sampai je permulaan hallway mesti semua lari pecut, aku sampai naik heran, apehal nak lari kat area tu, aku panggil runway kot kat situ...
pasal jarang bebudak ni tak berlari bila sampai situ, mesti lari belaka, dia jadi cuak pasal at the end of long hallway tu, ada sebuah pintu keluar tau.
giler kau kalau tak sempat brake tu, terus jer take off lepas keluar rumah leuls.
haa payah pulak nak bawa berurut bagai kalau tergeliat sendi.

pastu bila dah tengok bebudak cousins aku yang kecik kecik ni, tapi takdelah kecik mana pasal diorang ni ada yang dah masuk secondary school, ada yang primary,
mesti aku teringat zaman aku umur diorang, aku and adik aku Farah, rapat dengan cousins lelaki umur lebih kurang kitorang, yang tadi aku cerita buka langkah joget sumbang tuuu~ haha
kitorang sepasang perempuan, diorang sepasang lelaki, zaman tu memang ignore la Boboy pasal zaman tu dia bayi lagi, keje dia asyik nak tagih perhatian Mama jer leuls.
so citenye kitorang dengan cousins lelaki ni, main sama sama, buat bising sama sama, kena marah sama sama haha!
good times, good times.
sekarang pakat dah besar panjang semua, paling kuat pun berbual jer mampu, berlari berkejar memang taklah, sumbang benar nampaknye haha~

And second day raya merupakan hari di mana kitorang pula menerjah rumah sanak saudara.
Kitorang pun bertandang rumah relatives Mama jer, sebab Mama kata dia dah lama tak pegi rumah orang kampung yang lain, pulak tu setahun sekali jer balik, so segan la beliau nak bertandang.


aku and Farah. Pakai maxi sebenarnya tu. Tapi malas nak tangkap gambar satu badan, aku dahlah tengah kepanasan tu, pastu mulalah aku rimas, bila aku dah rimas, mulalah aku berangan nak balik jer bersadai di bawah aircond. leuls.
Eh kat Sabah lagi lagi kat daerah kampung Atok aku tu, panas dia memang takleh bawa bergurau, panas giler hoi pasal dia tepi laut so ala ala terkena bayu laut la cite dia ni, tapi takyah nak bayu sangat lah sebab panas dia memang boleh buat kita berzikir. tapi malam sejuk la jugak.

dia kan sekarang ni apesal muka aku macam tu....? apesal....... * tapi upload jugak leuls

Aku snap gambar sesikit jer tu pun selfie, nak minta orang snapkan, malas nak minta tolong.
Malas nak pose juga haha. Orang lain punya gambar raya, penuh TL insta tu gambo raya dia sorang.

So siang tu takde cite apa sangat, cite bertandang pegi rumah orang jer.
Malam pun sambung karaoke semalam sambil makan makan dengan family.
gambar memang takde, pasal aku malas nak keliling rumah jinjing handbag pasal ada ipod semua dalam tu, ipod berkenaan lah yang membawakan gambar gambar ini untuk disadaikan di blog ini leuls, so pasal aku malas nak jinjing bag ke hulu hilir acah acah cameraman, and aku nak bergelak ketawa jer dengan sanak saudara, maka tiadalah banyak gambar yang ada.

Then came Raya ketiga menandakan hari kitorang balik ke Penang.
Sedih pasal next year tak sure boleh balik Sabah lagi ke tidak.
Tak sure boleh raya kat Malaysia lagi ke tidak.
Hmmm...

The Siblings.
Eh actually, there is one picture of Farah and I masa kitorang kecik2 dulu, that pic looked like I was choking her! Sejarah kembali berulang see where my hand melingkar~ haha
okay sebenarnya bila aku tengok gambar ni, aku rindu kat Farah~

okay la. till then.
wuu I cant believe finally I manage to end up this entry leuls.
again Selamat hari raya. Sorry salah silap. :D
Assalamualaikum.






Wednesday, 23 July 2014

Picky Eaters.


Hai...
Assalamualaikum...
What's up? 
Semoga sihat!
Latest global issues are about Israel-Palestine and MH17.
My prayers go out to all Palestinians.....semoga kalian bertabah menghadapi dugaan dunia.
Tak ape...sahur di dunia, iftar di syurga, right..? :)
and my thoughts and prayers go out to all pax and crews and their families and beloved of Malaysian Airlines Flight 17.
I couldn't brain it initially and of course it's unacceptable.
Because there are only months gap between the unsolved case of MH370 bound for Beijing from Kuala Lumpur, and this recent one.
Worse, it's definitely not because of our fault. I hope the authorities will fight for the best for the justice of these 298 innocent life including 2 infants in an innocent plane plunged from the sky down to the earth into pieces, with the innocent flag of an innocent country painted on the wreckage.
haish panas pulak hati kita leuls.

Malaysia Airlines jet, Boeing 777. RIP MH17. Ini bukan MH17 rasanya ni. Contoh jer.
 * Satu benda yang alah benar aku dibuatnya is, okay tahulah nak buat salam takziah photo as memorial, kalau iye pun letak lah background aircraft yang betul jenisnya. Sungguh tak match kat kepala aku bila aku ada baca pasal type of aircraft involved thus means aku tahu aircraft apa, then bila aku tengok salam takziah photo tu aircraft type lain. Gosh we never want another plane to end up in the same way nauzubillah.

Dah alang alang tu, sinilah aku brief sikit jenis jenis aircraft berserta contoh bergambar walaupun aviation ni bukan bidang aku. It's so not aku nak tunjuk bijak, just at least janganlah nampak sangat diri kita ni kurang bijak, at least on most superficial things :')

ini adalah Airbus A380. 

ini Airbus A330. Macam takde beza kan dengan Boeing 777? Kalau dari luar and jauh, tengok wing dia, kalau ada melentik naik logo wau MAS di hujung tu, haa itulah A330. Interior banyak lagi lah beza dia.

haa ini Boeing 747. macam flower horn

Boeing 737....actually belakang tu ada lagi number lain, ex; Boeing 737-200/400/800 tapi takpe kita bagi lepas jenis jenis aircraft je dulu.

Itu je rasanya jenis jenis aircraft yang MAS ada. Banyak lagi sebenarnya.
Kalau Boeing tu, bukan sekadar 737, 747 and 777, actually ada lagi 707,717, 727 * model lama, 757,767,787 latest 797.
Airbus pun banyak jenisnya , A320 families *Air Asia punya domestic flight, A340, A350 latest A380.

okay.
I rest the case.
Back on topic, picky eaters!
Sape yang tak memilih makan, sangat bertuah sebab boleh sumbat apa apa jer...
yang memilih makanan ni yang sedih pasal sebenarnya bukan dia yang nak dia ditakdirkan memilih makanan. tapi dah tekak tak mampu nak telan n tengok makanan pun selera tak datang,
dah acano nak maksanye...

so, cerita dia sekarang ni, pasal apa aku story pasal picky eaters ?
dia tak lain tak bukan sebab akulah orang yang memilih makanan itu. aherherher~
in fact, siblings aku semuanya memilih makanan.
Farah yang paling kurang memilih, but still she's picky.
Manakala Boboy maha memilih, tu pasal badan dia dengan plywood dah tak wujud perbezaan lagi.
dia punya memilih tu tahap kalau dia tak suka/ rasa taknak makan makanan tu, dia takkan sentuh.
aku lebih kurang macam Boboy bab tak sentuh makanan tu leuls.
Farah pula dia sentuh makanan tu, tapi nampak nau muka sebak masa makan. haha
Mama aku tengok pun lemas.
Lepastu persoalkan mama aku, apesal takde ayam?
Oh yes, and her all time favourite is chicken.
Ikan, seafood segala dia tak pandang pun kalau depan dia ada ayam.
Boboy bab ayam ni sama macam Farah.
Aku je rare sikit dari adik beradik aku pasal aku lagi prefer ikan.
Tapi sometimes kalau aku rasa taknak makan, aku tak makan jugaknye.

Most of the time, taste kitorang tak sama.
Contohnya high tea, Abah aku coffee ( tapi sekarang dia minum susu pasal dia kata tulang dia dah rapuh leuls~meski ku rapuh dalam langkah.....), Mama aku nescafe ( dalam family kitorang nescafe and coffee dua benda alah yang berbeza ), aku teh o, Farah milo, Boboy teh susu.
So Mama aku akan buat 5 mugs yang mengandungi air yang berlainan.
Aku mengada taknak buat air sendiri, yelah cuti kat Malaysia ni, memang molek kalau Mama yang sediakan, bila lagi nak rasa air tangan Mama... aherherher.
* kalau kat twitter, aku kadang type Mama, kadang Mommy, pasal Mommy panjang sikit, so aku type Mama, sebenarnya aku panggil Mommy, sebenarnyalah......

Aku punya picky, selain pasal aku tak prefer makanan tu, aku juga memilih cara macam mana nak masak benda tu, even sekecil-kecil benda.
Contoh kecil, tempe. Nak goreng tempe, aku suka kalau tebal, tak suka nipis pasal dia jadi keras dan garing.
Farah dia tak kisah sangat. Janji rasa sama dia okay je.
Boboy suka makanan berhias, dan manis.
Kalau pedas, memang dia takkan makan.
Nak yang manis jer. Aku ni dah penat berleter suruh dia kurangkan manis, takut kena diabetes mellitus.
*Diabetes sebenarnya ada dua ( ke lebih ? ah so far aku belajar dua ni je) diabetes mellitus dan diabetes insipidus.
Diabetes mellitus ni, diabetes typical yang selalu dihidapi oleh warga Malaysia. Excessive glucose level in blood.
Diabetes insipidus ni dia hormonal, mainly lack of ADH. Sama ada dua, lack of production or nephrogenic. Alamak bual medic pula.
Dah dah skip the rest of the story huhu.

*Sambil sambil aku update blog ni, aku dok layan cerita melayu zaman 90an.
Dua tiga kali dah aku dok layan cerita melayu 90an ni, dia bukan apa, aku nak tengok perbezaan filem dulu and sekarang.
Actress dulu lawa gak owh, memang naturally lawa lah pasal camera dulu bukan boleh ubah muka jadi lawa macam sekarang pun, contoh Sofia Jane and Maria Farida. Cantik owh~
Plus actually, memang kegemaran aku benda lama lama ni. Kau boleh tengok budaya orang dulu, fesyen orang dulu...alaa tak dulu mana pun 20 tahun sebelum ni je, tapi besar juga beza dengan sekarang.
Macam lagu juga, aku layan lagu 90's tak kiralah melayu or english berbanding lagu zaman sekarang.
pastu dak dak twitter alex pakat membahan aku hidup di zaman lampau leuls.

Eh terpesong pula haha sorry.

Back to the topic,
Selain itu, aku tak suka juga kalau depan aku banyak choices, mulalah menggelabah nak pilih apa.
Last last tak pilih pun, pasal nak jaga hati dan perasaan semua lauk haha ( typical meleis, english word pun dia nak gandakan. pardon my english )
Takdelah. Pilih je lah, but end up aku akan pilih makanan yang aku biasa makan over makanan yang rare tu haha
maka sia sialah choices yang banyak depan mata tadi.

Disebabkan adik beradik aku ni memilih makanan, and aku pula story benda ni kat eila the housemate,
then dia akan persoalkan...
" Cane lah mama kau besarkan korang bertiga ni....?"
" Tulah pasal. Hebat orangnya mama aku tu, boleh besarkan kitorang " haha leuls.
Bak kata rozita che wan,
" Haih, tak berbaloi makan benda tak sedap/ kita tak nak pastu perut buncit"
haha aku teringat kata kata dia sampai sekarang.

Oklah. Aku dah malas nak menulis huhu.
Till meet again.
Assalamualaikum. Bye.






Thursday, 17 July 2014

CDM25

Hai....
Assalamualaikum...
Latest trending issue on web is CDM25.
Seorang gadis berselendang mengamuk seraya menghempuk kereta seorang pakcik cina yang melanggarnya dari sisi kiri nak ke belakang sikit dengan steering lock. leuls. 
itu penjelasan senafas nama dia.

pesanan ringkas : Baca dengan nada yang paling lembut, macam seorang nenek yang menasihati, because it's literally like that. 
First thing first, tak molek sangatlah awak mengamuk tengah khalayak sambil menggendang kereta pakcik cina tu dengan steering lock. Awak tu gadis, bertudung pula tu, apa persepsi orang ? haa...~
baran tu simpan sikit. huhu
manusia zaman sekarang ni, hobi diorang selain dari meng'update' semua benda dalam social media, diorang gemar judge orang. * ironically aku pun buat entry pasal ni leuls
so peringatan untuk diri sendiri....jangan baran depan khalayak!

secondly yang paling nampak tak bersalah walaupun sebenarnya beliau lah punca segala-galanya, sebab kalau beliau tak terlanggar kereta baru gadis tu, takde gadis tadi meroyan.
tapi kesian la kan pakcik tua macam tu kena jerit jerit maki kat tengah tengah masyarakat.
orang tua tu...hormatlah.
nak ke orang maki maki grandparents kita or parents kita macam tu.....
sebak you know...

thirdly yang paling bersalah aku rasa sekarang adalah masyarakat kita terutama keyboard warrior.
tahulah tengah bengang tengok gadis tu membentak pakcik tu, dah habis yang awak nak mengamuk lebih tu dah kenapa...?
takde pun witnesses of scene cuba nak leraikan, lepas beberapa minit barulah ada makcik or pakcik yang cuba leraikan.
yang muda muda ni tengok jer, pastu record then upload kat youtube.
awak tak fikir ke malaysian viewers ni diorang akan notice something obvious jer ?
diorang tak mampu fikir secara mendalam ni, diorang kira emosi diorang jer dulu.
bila tengok video tu, semua akan melenting dan keji perbuatan gadis tu, yang dok record and langsung takde cubaan nak leraikan tu, takde diorang nak kecoh.
pastu dah tengok video yang dah viral tu, semua pakat serbu fb profile gadis tu siap create page lagi kutuk kutuk bagai ya Robbi...
tak terfikir ke gadis tu worked all days and nights to earn that car, and nak kena keluarkan duit untuk fix the damage, mana dia nak kutip duit lagi ?
then diorang pegi reveal work place gadis tu, ingat takde effect ke on her job, mata pencarian dia ? kalau business dia merosot, kita dah boleh dikatakan menutup pintu rezeki orang.
then people will say 
" haa padan dengan muka! sape suruh bertindak meliar tanpa berfikir...?"
Eh eh dia kira orang punya bertindak meliar je, yang dia bertindak meliar pergi intrude orang punya privacy tu takde pulak dia kira. 
You had brought the irony into the whole new level dude!

Kita semua berada dalam negara yang aman tiada masalah perkauman, berfikir matanglah!

Ini semua adalah masalah masyarakat kita. Dan kita adalah sebahagian dari masyarakat. Takde salah kalau kita pergi nasihat gadis tu elok elok dan cuba leraikan pergaduhan. 
Benda kecil. Setel situ je la.
Yang pergi record, then upload pula haih, sungguh tak matang tindakan itu.
Dia macam budak budak gaduh then ajak geng~
Yang paling tak matang kita ni lah haa pergi kutuk kutuk maki gadis tu, kesian dia.
Dan yang paling tak boleh blah ada juga yang siap upload gambar BMW/ Merc diorang kena langgar, then diorang gebang kata diorang relax jee masa accident tu sambil setelkan dengan tenang.
Yeah, it's supposed to be like that.
Then people (yang view gambar BMW remuk dengan caption " BMW i remuk kena langgar lori, I steady je..." gitulah lebih kurang), akan praised BMW's owner tu.
Tak terfikirkah yang BMW's owner tu, duit dia berkepuk dalam bank tu siap berhabuk tak guna, apa ada hal kalau accident remuk sikit sikit ni, sekali hayun jer setel.
Masyarakat marhaen yang payah sikit ni, bertungkus lumus kerja untuk dapatkan kereta even bukan BMW pun, itu yang kita kena brain.
Macam aku cakap tadi, masyarakat kita tak berdaya berfikir secara mendalam, superficial jer, then emosi yang didahulukan.

Aku bukan backing sesiapa, *who cares though*, this is all about humanity. That girl deserves a humanity treat as well because she's a human. Every human being  makes mistakes.
Oklah itu je rambles aku yang tak seberapa.
Till then, Assalamualaikum.