Saturday, 15 November 2014

Hey it's Friday

Assalamualaikum...
Hi...

Cepat pulak masa berlalu...kejap kejap jer dah Jumaat, kejap kejap jer dah weekend...
tapi takyah nak weekend sangat lah kan, sehari jer weekend nye..

So weekend kali ni, Alina tetiba berasa rindu dengan bekas housemate beliau iaitu aku dan Eila lantas mengajak kitorang keluar berjimba leuls~

Inilah sebuah tempat yang dinamakan Kafr Abdo. Dia macam residence area of manusia manusia yang kaya di bumi Alex ni.


Kat Ijip ni, rumah semuanya macam apartment bertingkat tingkat tu, tapi kat area ni rumah semuanya sebuah, which is rare juga lah...nampak tak betapa kayanya mereka leuls...
aku suka pagar macam ni tinggi giler, macam ancient mansion, eh suke nye lah hai...

haa inilah tempatnya kitorang nak melepak...Brew&Chew...

Tapi before that, kitorang sesaje singgah Deli France kejap...nak usha cane tempat dia, mana tahu boleh datang lagi di masa akan datang hiks

beginilah interior design dia. eh cantiklah pulak~

pilihan dessert yang kau nak...tapi macam tak banyak sangat choices...
kitorang makan cherry cheese tart, yang best dia satu jer, tak manis sangat...

buku menu~

sebenarnya aku special room of my heart untuk benda benda alah macam ni haha

Brew & Chew


buku menu Brew & Chew

Buku menu Tao...Tao merupakan sejenis kedai makanan Jepun...elok pulak waiter tu datang kasi menu book Tao ni, keliru juga kita nak makan apa...niat di hati nak makan something from Brew & Chew, tapi menu sushi which is my favourite ada kat depan mata....hmmm pilihan yang sukar...

kitchen untuk prepare beverages

end up aku order Buffalo Wings from Brew & Chew dan Shrimp Jelepano Sushi from Tao.
If we can have two, why eliminate one...? LOL

soy sauce bottle, menarik botol dia...macam bekas kaca tempat isi cecair kimia zaman purbakala hiks

jika anda orang yang pintar lagi berotak di luar, fikirlah bagaimana terwujudnya gambar ini hihihi

okay cerita dia macam ni, tengah tengah lepak berborak kencang dengan Alina and Eila, tetiba aku rasa sesuatu memegang tangan aku yang aku letak atas handle kerusi, lantas aku berpusing ke sebelah kanan lalu ternampak budak ni tengah berdiri sebelah aku sambil pegang tangan aku....
" Ya Tuhan anak......kenapa kau diturunkan di sini......"
acah acah jumpa anak buluh betung leuls...
tahu tak apabenda anak buluh betung tu? haa pergi cari kat hikayat cerita rakyat sana hihi
Comel sangat weh dahlah pipi blushing, comel dia lagi comel dari apa yang ada dalam gambar ni...
dah comel dan adorable sangat, aku angkat letak atas kerusi sebelah aku hehe
gambar agak kurang jelas sebab anak ni taknak bertenang haha

lepas tu, singgah hantar Alina balik, then kitorang balik rumah kejap pastu lajak Carefour pulak, ada benda nak kena beli...

on unrelated notes, sahaja aku letak gambar ni di sini, maklumlah jarang berjubah... jadi bila dah berjubah tu takde salahnya kalau kita snap gambar sekeping dua untuk dijadikan kenangan di zaman tua nanti...bajet sempat tua jer kan leuls~
cermin ni macam tak berapa tepat, aku takdelah sekecil itu~

And again ada something kat lecture yang buat aku ketawa besar bila ingat...pasal tonometer which is used to determine the intraocular pressure (IOP), doctor tengah borak pasal Goldmann's Applanation Tonometer, sejenis tonometer la...Goldmann's tonometer merupakan tonometer yang digemari di fakulti kitorang kerana bacaannya tepat, namun begitu keadaan seperti post-LASIK surgery patient tak sesuai dikira intra-ocular pressure nya dengan menggunakan Goldmann's sebab Goldmann's punya fatwa, bila ada scleral thinning like in post-LASIK surgery, bacaan IOP akan menjadi ridiculously increase, dia punya IOP dalam 25mmHg dia boleh lajak bacaannya sampai 60mmHg, which is a false reading, so doctor tanya apa instrument yang boleh digunakan untuk kira IOP dalam post-operative patient,

" What instrument can we use to evaluate IOP in post-operative patient?"
" INDENTATION tonometer! " jejaka dari side sana cuba menjawab.
" Are you serious? Indentation tonometer is in Ophtalmology Museum nowadays!" satu lecture hall ketawa...ketawa bukan sebab jejaka tadi salah jawab...haish tak baik gelakkan orang, kita pun belum tentu betul...yang kelakarnya bila doctor cakap pasal museum...nampak nau benda tu dah lama tak digunakan leuls....

indentation tonometer

okla till then
Assalamualaikum...

Friday, 7 November 2014

Weekend comes again.

Assalamualaikum.
Hi...

Weekend comes again.
But wait, malam before that aku mengalami emotional disturbance where aku tetiba rasa nak explode sebab benda yang terjadi beberapa hari lepas. Selama few days tu aku simpan jer but it keeps haunting me, so malam tu aku dah tak tahan, elok pulak housemates dua2 takde, kat twitter lah aku lepaskan semua kemarahan aku ceh~ 

Tapi, dalam tengah dok volcanic eruption tu, akal rasional aku terfikir,
" aku dah kenapa, tetiba tak bertenang malam ni, sesuatu sangat ni~"
erm PMS rupanya.
Padanlah beberapa hari lepas aku makan macam aku ada bela saka leuls.
Kejap kejap jer nak makan.

Yang bestnya, tengah tengah marah tu, terbarai jugak aku gelak dengan bebudak ni.
Sengal badak betul sesekor.


LOL terus aku terbayang Alina terdampar jadi line court hahaha~ tak perlu penjaga line dah,  line court sendiri angkat tangan shuttlecock in ke out~ leuls

Tapi benda yang aku marah tu takde kaitan dengan orang yang terdekat dengan aku.
So, chill sebab ada dua tiga orang pm lepas tu minta maaf kalau ada salah silap.
Murni betul hati diorang ni, murni dia semurni minyak kelapa sawit~

So, esok harinya pergi kelas dengan tenang seumpama tiada apa terjadi.
Petang tu sesaje lepak kat Coffee Roastery dengan Eila.
Tapi tak snap gambar pun pasal dah selalu pergi, tak macam kat People's tu, baru dua kali semenjak first year.

Favourite gelato spot lepas Saidy leuls.
Ni kat Fresco. Sedap giler gelato dia. Sakit dada kau makan sebab tahan sebak kerana kesedapan yang tiada tolok banding, tolok penanda dan juga tolok hujan leuls~

Nampak jer macam tanah liat yang disumbat dalam bekas, tapi sedap dia Ya Tuhan.
In fact, aku memang gelato enthusiast, serious talk.

\
Ini dapat kat TBS. Eila nak beli muffin, lepas tu tetiba nampak benda ni, Eh eh comelnye botol.
Meh sini saya beli awak~
Takde background yang cantik nak ambil gambar.
Eila suruh aku selfie bersama sama benda ni, erm dah macam duta jus jambu pula.
Tak payahlah.

Balik jer rasa penat dan tanpa disedari, aku telah terjaga daripada tidur yang lena.
Tu pun pasal Eila kejutkan aku.
" Jaja, taknak pergi konsert ke?"
Aku baru sedar oh ada program lagi rupanya.
Then bersiap siap ala kadar terus gerak dengan Eila, singgah rumah kekasihnya dulu, sebab kekasihnya lambat benar berdandan, sembang nak pick up kitorang, end up kitorang yang pick up diorang satu rumah.

Konsert ni sebenarnya untuk raikan farewell senior tahun 6, yang juga pioneer band ni " Supernova".
Dah grad weh, seronoklah engkorang hmmm...
Sesampai jer, dah selesai dua lagu dah.
Masuk dewan dengan tenang, nampak Jimbo aka Azim Azman and gang, terus kitorang duduk sebelah.
Lama nau tak nampak brader ni, maklumlah dak Forensic sekarang, mana nak selisih dah.
Nampak aku jer, Jimbo terus menyakat.
Sebab band yang tengah main lagu kat depan tu, geng diorang jer jugak.
Bila MC tu tanya, " ada sesiapa volunteer nak nyanyi tak lepas habis ni?"
Jimbo pegi jerit kuat kuat. " JAHHHH NAK NYANYI!!" sambil tunjuk tunjuk aku.
Aku dah macam nak masuk bawah kerusi dah, cis mat ni, kongaja betul~
Banyak kali dia shoot aku, semua soalan MC tanya, semua nama aku yang dijeritnya~
" Siapa tahu lagu ni?"
"JAAAAHHHHH"
" Siapa pandai nyanyi kat sini?"
" JAAAAHHHHHH"
Lepas tu, ada member senior Jimbo lalu area row kitorang, dia pegi bagitahu mat tu, 
" Weh, dia ni nak nyanyi! " sambil tunjuk tunjuk aku.
Lepas tu, mat senior tu pergi jerit pula, "DIA NI NAK NYANYIII..."
Adoi ngeng betul Jimbo dan mat senior berkenaan~

Mendapat sound dari aku la dia kan, 
" Eh engko senyap lah giler! Aku lipat lipat jugak engko ni nanti!"
Red kat depan dah gelak gelak dah dengar aku sound Jimbo. Eleh tapi si Jimbo ni lagi aku sound lagi dia seronok nyakat. buruk nau perangai~
Boleh pulak dia pegi jual nama aku, dahlah dengan aku punya bekas crush bekas segala bala semua ada kat situ, choiii~

Diorang nyanyi lagu best lah jugak, lagu rock kapak tu diorang main, giler tak menggelupur pulak aku kat situ kan, fevret aku pulak~ 
Kejap kejap " Eila, lagu ni!" " Eila, aku tahu lagu ni!"
Antara lagu yang diorang main, Sejati- Wings. Cintamu Mekar Di Hati-May, Relakan Jiwa-Hazama, Let Her Go-Passenger dan lain lain.
Muzik best, PA system pun best, yang tak best suara diorang.
First verse dah lari not dah.
Kalau nak menyanyi dengan bagus, first verse tu memang kena hit dia punya not cantik cantik, bila orang dengar orang akan sorak, bila orang sorak, kau punya keyakinan akan meningkat, then next verse kau hayun gitu jer, sebab dah yakin, sampai chorus, baru all out, barulah menggelupur audience engkau, lepas habis jer nyanyi, berkejaran semua minta autograf kau ecece~
Aku acah acah tahu skill menyanyi jer kan~

Tapi kalau diorang nyanyi lagu Linkin Park-Numb ke, peh mesti terbaiklah.


takpun Faint ke...peh! tak banyak sangat orang tahu lagu Faint, tapi best giler~ fevret aku jugak ni.




gambar ni aneh dari segenap aspek haha...kecuali Eila la, dia menten lawa.
jilake betul belt aku nampak macam ada penis leuls~
Ini dah pukul 10 malam dah ni, walaupun nampak senyum sebenarnya hati tak rela nak bergambar~
And gambar ni ambil dari fon Eila, aku memang takde nawaitu pun nak ambil gambar, sebab pakai ala kadar jer. Time ni tengah tunggu kekasih Eila, lambat nau beramah mesra dengan senior.

Lepas tu, tetiba semua berasa lapar pula, haa sudah engkorang, aku nak balik ni......~
Tapi kalau aku balik, balik sorang pulak, alamak cuaknye iolls.
End up mengekor juga umat geng Eila dan kekasihnya pegi makan.
Semua jalan berpasangan.
Aku menten single kat situ, cis.
Dah Jimbo tak ikut pulak, kalau tak, boleh buat kroni.
Tengah aku tenang berjalan bersendirian sambil menghirup udara malam, tetiba Iman ropol, dipanggil ropol disebabkan rambutnya nan beropol ropol, datang jalan sebelah, 
" Haih single jah?"
" Single dan tenang~" 
" Haha! Kita lek jer~"

Lepas tu kitorang berborak pula pasal lagu.
Dia pun layan rock juga rupanya, tapi Muse la dia layan.
Aku pula Scorpions, Linkin Park, bak kata Red, lagu bagi sakit otak tu semua aku layan ceh~
Aiman pula tetiba datang mencelah, layan Radiohead katanya.
Radiohead muzik dia best, masuk bass dengan guitar dia, ada soul gak, tapi vocalist dia nak nyanyi taknak nyanyi sama banyak jer.
Naik heran aku dengan Ropol fikir apesal diorang macam nak nyanyi tapi tak nak nyanyi..
Meleweh jer~ leuls
Borak punya borak tetiba sampai McD dah, aku tak makan McD sebenarnya, boikot katekau~
Tapi dah diorang ni makan belaka jer, emm takpelah sekali jer, sekali jer leuls~

Lepak punya lepak dah jam 11 lebih dah.
Balik rumah, kekasih Eila and Fit hantar kitorang.
Sampai rumah terus pengsan, penat giler berpeleseran.
Heran aku, kenapa orang suka lepak sampai dinihari eh, tak penat ke..? erm~
Aku mengenang takde kawan nak balik jer, aku follow tu, kalau tak memang dah lama dah selamat tidur.
Esoknya iaitu hari ni, tak pegi mana pun lepak rumah jer, sebab Eila nak exam dah.
Lagipun penat semalam tak habis lagi, dah tua ni tenaga tak banyak dah.

Okla till then
Assalamualaikum.