Wednesday, 23 July 2014

Picky Eaters.


Hai...
Assalamualaikum...
What's up? 
Semoga sihat!
Latest global issues are about Israel-Palestine and MH17.
My prayers go out to all Palestinians.....semoga kalian bertabah menghadapi dugaan dunia.
Tak ape...sahur di dunia, iftar di syurga, right..? :)
and my thoughts and prayers go out to all pax and crews and their families and beloved of Malaysian Airlines Flight 17.
I couldn't brain it initially and of course it's unacceptable.
Because there are only months gap between the unsolved case of MH370 bound for Beijing from Kuala Lumpur, and this recent one.
Worse, it's definitely not because of our fault. I hope the authorities will fight for the best for the justice of these 298 innocent life including 2 infants in an innocent plane plunged from the sky down to the earth into pieces, with the innocent flag of an innocent country painted on the wreckage.
haish panas pulak hati kita leuls.

Malaysia Airlines jet, Boeing 777. RIP MH17. Ini bukan MH17 rasanya ni. Contoh jer.
 * Satu benda yang alah benar aku dibuatnya is, okay tahulah nak buat salam takziah photo as memorial, kalau iye pun letak lah background aircraft yang betul jenisnya. Sungguh tak match kat kepala aku bila aku ada baca pasal type of aircraft involved thus means aku tahu aircraft apa, then bila aku tengok salam takziah photo tu aircraft type lain. Gosh we never want another plane to end up in the same way nauzubillah.

Dah alang alang tu, sinilah aku brief sikit jenis jenis aircraft berserta contoh bergambar walaupun aviation ni bukan bidang aku. It's so not aku nak tunjuk bijak, just at least janganlah nampak sangat diri kita ni kurang bijak, at least on most superficial things :')

ini adalah Airbus A380. 

ini Airbus A330. Macam takde beza kan dengan Boeing 777? Kalau dari luar and jauh, tengok wing dia, kalau ada melentik naik logo wau MAS di hujung tu, haa itulah A330. Interior banyak lagi lah beza dia.

haa ini Boeing 747. macam flower horn

Boeing 737....actually belakang tu ada lagi number lain, ex; Boeing 737-200/400/800 tapi takpe kita bagi lepas jenis jenis aircraft je dulu.

Itu je rasanya jenis jenis aircraft yang MAS ada. Banyak lagi sebenarnya.
Kalau Boeing tu, bukan sekadar 737, 747 and 777, actually ada lagi 707,717, 727 * model lama, 757,767,787 latest 797.
Airbus pun banyak jenisnya , A320 families *Air Asia punya domestic flight, A340, A350 latest A380.

okay.
I rest the case.
Back on topic, picky eaters!
Sape yang tak memilih makan, sangat bertuah sebab boleh sumbat apa apa jer...
yang memilih makanan ni yang sedih pasal sebenarnya bukan dia yang nak dia ditakdirkan memilih makanan. tapi dah tekak tak mampu nak telan n tengok makanan pun selera tak datang,
dah acano nak maksanye...

so, cerita dia sekarang ni, pasal apa aku story pasal picky eaters ?
dia tak lain tak bukan sebab akulah orang yang memilih makanan itu. aherherher~
in fact, siblings aku semuanya memilih makanan.
Farah yang paling kurang memilih, but still she's picky.
Manakala Boboy maha memilih, tu pasal badan dia dengan plywood dah tak wujud perbezaan lagi.
dia punya memilih tu tahap kalau dia tak suka/ rasa taknak makan makanan tu, dia takkan sentuh.
aku lebih kurang macam Boboy bab tak sentuh makanan tu leuls.
Farah pula dia sentuh makanan tu, tapi nampak nau muka sebak masa makan. haha
Mama aku tengok pun lemas.
Lepastu persoalkan mama aku, apesal takde ayam?
Oh yes, and her all time favourite is chicken.
Ikan, seafood segala dia tak pandang pun kalau depan dia ada ayam.
Boboy bab ayam ni sama macam Farah.
Aku je rare sikit dari adik beradik aku pasal aku lagi prefer ikan.
Tapi sometimes kalau aku rasa taknak makan, aku tak makan jugaknye.

Most of the time, taste kitorang tak sama.
Contohnya high tea, Abah aku coffee ( tapi sekarang dia minum susu pasal dia kata tulang dia dah rapuh leuls~meski ku rapuh dalam langkah.....), Mama aku nescafe ( dalam family kitorang nescafe and coffee dua benda alah yang berbeza ), aku teh o, Farah milo, Boboy teh susu.
So Mama aku akan buat 5 mugs yang mengandungi air yang berlainan.
Aku mengada taknak buat air sendiri, yelah cuti kat Malaysia ni, memang molek kalau Mama yang sediakan, bila lagi nak rasa air tangan Mama... aherherher.
* kalau kat twitter, aku kadang type Mama, kadang Mommy, pasal Mommy panjang sikit, so aku type Mama, sebenarnya aku panggil Mommy, sebenarnyalah......

Aku punya picky, selain pasal aku tak prefer makanan tu, aku juga memilih cara macam mana nak masak benda tu, even sekecil-kecil benda.
Contoh kecil, tempe. Nak goreng tempe, aku suka kalau tebal, tak suka nipis pasal dia jadi keras dan garing.
Farah dia tak kisah sangat. Janji rasa sama dia okay je.
Boboy suka makanan berhias, dan manis.
Kalau pedas, memang dia takkan makan.
Nak yang manis jer. Aku ni dah penat berleter suruh dia kurangkan manis, takut kena diabetes mellitus.
*Diabetes sebenarnya ada dua ( ke lebih ? ah so far aku belajar dua ni je) diabetes mellitus dan diabetes insipidus.
Diabetes mellitus ni, diabetes typical yang selalu dihidapi oleh warga Malaysia. Excessive glucose level in blood.
Diabetes insipidus ni dia hormonal, mainly lack of ADH. Sama ada dua, lack of production or nephrogenic. Alamak bual medic pula.
Dah dah skip the rest of the story huhu.

*Sambil sambil aku update blog ni, aku dok layan cerita melayu zaman 90an.
Dua tiga kali dah aku dok layan cerita melayu 90an ni, dia bukan apa, aku nak tengok perbezaan filem dulu and sekarang.
Actress dulu lawa gak owh, memang naturally lawa lah pasal camera dulu bukan boleh ubah muka jadi lawa macam sekarang pun, contoh Sofia Jane and Maria Farida. Cantik owh~
Plus actually, memang kegemaran aku benda lama lama ni. Kau boleh tengok budaya orang dulu, fesyen orang dulu...alaa tak dulu mana pun 20 tahun sebelum ni je, tapi besar juga beza dengan sekarang.
Macam lagu juga, aku layan lagu 90's tak kiralah melayu or english berbanding lagu zaman sekarang.
pastu dak dak twitter alex pakat membahan aku hidup di zaman lampau leuls.

Eh terpesong pula haha sorry.

Back to the topic,
Selain itu, aku tak suka juga kalau depan aku banyak choices, mulalah menggelabah nak pilih apa.
Last last tak pilih pun, pasal nak jaga hati dan perasaan semua lauk haha ( typical meleis, english word pun dia nak gandakan. pardon my english )
Takdelah. Pilih je lah, but end up aku akan pilih makanan yang aku biasa makan over makanan yang rare tu haha
maka sia sialah choices yang banyak depan mata tadi.

Disebabkan adik beradik aku ni memilih makanan, and aku pula story benda ni kat eila the housemate,
then dia akan persoalkan...
" Cane lah mama kau besarkan korang bertiga ni....?"
" Tulah pasal. Hebat orangnya mama aku tu, boleh besarkan kitorang " haha leuls.
Bak kata rozita che wan,
" Haih, tak berbaloi makan benda tak sedap/ kita tak nak pastu perut buncit"
haha aku teringat kata kata dia sampai sekarang.

Oklah. Aku dah malas nak menulis huhu.
Till meet again.
Assalamualaikum. Bye.






Thursday, 17 July 2014

CDM25

Hai....
Assalamualaikum...
Latest trending issue on web is CDM25.
Seorang gadis berselendang mengamuk seraya menghempuk kereta seorang pakcik cina yang melanggarnya dari sisi kiri nak ke belakang sikit dengan steering lock. leuls. 
itu penjelasan senafas nama dia.

pesanan ringkas : Baca dengan nada yang paling lembut, macam seorang nenek yang menasihati, because it's literally like that. 
First thing first, tak molek sangatlah awak mengamuk tengah khalayak sambil menggendang kereta pakcik cina tu dengan steering lock. Awak tu gadis, bertudung pula tu, apa persepsi orang ? haa...~
baran tu simpan sikit. huhu
manusia zaman sekarang ni, hobi diorang selain dari meng'update' semua benda dalam social media, diorang gemar judge orang. * ironically aku pun buat entry pasal ni leuls
so peringatan untuk diri sendiri....jangan baran depan khalayak!

secondly yang paling nampak tak bersalah walaupun sebenarnya beliau lah punca segala-galanya, sebab kalau beliau tak terlanggar kereta baru gadis tu, takde gadis tadi meroyan.
tapi kesian la kan pakcik tua macam tu kena jerit jerit maki kat tengah tengah masyarakat.
orang tua tu...hormatlah.
nak ke orang maki maki grandparents kita or parents kita macam tu.....
sebak you know...

thirdly yang paling bersalah aku rasa sekarang adalah masyarakat kita terutama keyboard warrior.
tahulah tengah bengang tengok gadis tu membentak pakcik tu, dah habis yang awak nak mengamuk lebih tu dah kenapa...?
takde pun witnesses of scene cuba nak leraikan, lepas beberapa minit barulah ada makcik or pakcik yang cuba leraikan.
yang muda muda ni tengok jer, pastu record then upload kat youtube.
awak tak fikir ke malaysian viewers ni diorang akan notice something obvious jer ?
diorang tak mampu fikir secara mendalam ni, diorang kira emosi diorang jer dulu.
bila tengok video tu, semua akan melenting dan keji perbuatan gadis tu, yang dok record and langsung takde cubaan nak leraikan tu, takde diorang nak kecoh.
pastu dah tengok video yang dah viral tu, semua pakat serbu fb profile gadis tu siap create page lagi kutuk kutuk bagai ya Robbi...
tak terfikir ke gadis tu worked all days and nights to earn that car, and nak kena keluarkan duit untuk fix the damage, mana dia nak kutip duit lagi ?
then diorang pegi reveal work place gadis tu, ingat takde effect ke on her job, mata pencarian dia ? kalau business dia merosot, kita dah boleh dikatakan menutup pintu rezeki orang.
then people will say 
" haa padan dengan muka! sape suruh bertindak meliar tanpa berfikir...?"
Eh eh dia kira orang punya bertindak meliar je, yang dia bertindak meliar pergi intrude orang punya privacy tu takde pulak dia kira. 
You had brought the irony into the whole new level dude!

Kita semua berada dalam negara yang aman tiada masalah perkauman, berfikir matanglah!

Ini semua adalah masalah masyarakat kita. Dan kita adalah sebahagian dari masyarakat. Takde salah kalau kita pergi nasihat gadis tu elok elok dan cuba leraikan pergaduhan. 
Benda kecil. Setel situ je la.
Yang pergi record, then upload pula haih, sungguh tak matang tindakan itu.
Dia macam budak budak gaduh then ajak geng~
Yang paling tak matang kita ni lah haa pergi kutuk kutuk maki gadis tu, kesian dia.
Dan yang paling tak boleh blah ada juga yang siap upload gambar BMW/ Merc diorang kena langgar, then diorang gebang kata diorang relax jee masa accident tu sambil setelkan dengan tenang.
Yeah, it's supposed to be like that.
Then people (yang view gambar BMW remuk dengan caption " BMW i remuk kena langgar lori, I steady je..." gitulah lebih kurang), akan praised BMW's owner tu.
Tak terfikirkah yang BMW's owner tu, duit dia berkepuk dalam bank tu siap berhabuk tak guna, apa ada hal kalau accident remuk sikit sikit ni, sekali hayun jer setel.
Masyarakat marhaen yang payah sikit ni, bertungkus lumus kerja untuk dapatkan kereta even bukan BMW pun, itu yang kita kena brain.
Macam aku cakap tadi, masyarakat kita tak berdaya berfikir secara mendalam, superficial jer, then emosi yang didahulukan.

Aku bukan backing sesiapa, *who cares though*, this is all about humanity. That girl deserves a humanity treat as well because she's a human. Every human being  makes mistakes.
Oklah itu je rambles aku yang tak seberapa.
Till then, Assalamualaikum.


Wednesday, 2 July 2014

Still Alive and Kicking.

Hai..
Assalamualaikum...!
Apa khabar bro...?
Semoga sihat~ leuls
Agak dah lama juga since last entry, sebabnya.....busy pun iye, malas pun iye.
ekceli, lepas last Springbreakers event tu, kitorang ada Karnival SM and Dinner.
Both went good.

k ini time dinner. ada gaya gadis dari kayangan tak leuls kbai.

Hmm malas hoi nak cerita, nak recall kenangan lama ni bukan kegemaran aku huhu.
Then, lepas dinner....got classes 2-3 days then terus study leave.
Sebulan juga duration study leave and exams tu...sebulan mentah-mentah menelaah jer...oii berpinar~
then last June 27th, returned back to Malaysia. 
saat yang ditunggu oleh segenap umat student overseas adalah saatnya balik Malaysia.
bagi aku, balik Malaysia ni is one of sweet escape from reality leuls.
pasal yelaa...letih juga 9 bulan belajar aje.....tak belajar karang lembap, belajar pula penat leuls.
*banyak giler aku punya leuls...leuls
selain itu, sebagai pelajar ni, haruslah attend kelas kan.
kelas pula awal pagi...ikutlah kekadang pukul 8, kekadang pukul 10.
pegi kelas pun bukan kegemaran aku juga, lagi lagi kelas pagi.....uuu berperang dengan diri sendiri dulu nak pergi kelas ke tak. tak pergi kelas karang, terkebelakang, pergi kelas pula malas leuls.
tapi pergi je laaa...rugi rakyat marhaen bayar cukai, kita bazir aje duit diorang, tak attend kelas leuls.
kenalah sedar tanggungjawab aku sebagai pelajar, perlu belajar so haruslah aku belajar and follow je tabii sebagai pelajar ni.
then, nak kena berurusan dengan umat Arob ni pula, yelaa mana lagi nak dapat keperluan harian kalau tak menghadap arob ni kan huhu
arob pula bukan tak tahu, payah Ya Robbi nak berurusan dengan diorang haih
kekadang rasa malas nak meneruskan kehidupan pasal diorang ni lah haa. 
then, masuk cerita study leave pula, bilik tu dah umpama Gua Niah bila menjelmanya musim study leave ni,
semua umat budak medic Alex, same goes to every uni students I guess, akan berkubang dalam bilik tak keluar2 and cramp everything you could afford in several days.
pastu muntahkan segalanya pada hari peperiksaan, lepas tu balik dari peperiksaan, kepala siap migraine sebab push everything out...
tak push karang, kosong kertas tu, push pula migraine. leuls
so lepas 9months in row menghadapi keserabutan sedemikian, mana taknya bila balik Malaysia ni rasa macam sweet escape....rasa macam berada di alam fantasi pun iye.
aku ni pun, dah nak masuk hari ke-6 after final touchdown kat KLIA, masih tidak percaya aku dah berada di bumi Malaysia leuls. hiperbola sangat. eh tapi serius, itulah yang aku rasa.
happy juga sebab dapat escape dari segala kesukaran hidup uuu
btw now is Ramadhan...Splendid Ramadhan to every Moslems :D
latest update, aku sekarang ni ditimpa jetlag...!
Aku tidur waktu Alex dan hidup pun waktu Alex juga.
Dan aku rindu Alex juga. leuls.
Kata benci Alex sebab bila teringat Alex, teringat pelajaran, teringat exams, teringat umat Arob yang banyak kerenah.
tapi rindu juga......huhu
sukarnya hubungan antara seorang aku dan sebuah Alex ni Ya Robbi.
Inilah gaknye konsep love-hate relationship. leuls.

Alexandria Borg El Arab Airport. Before boarding.

Qatar Airways. Aku rasa sebelum tu Libyan plane yang park situ. Dok bergembira sangat sesedar Qatar plane dah tercatuk kat situ. Bila masa sampai pun tak sedar.

Shining nye dahi leuls. 

welcome to Doha. The best I could snap.

Ingat sepanjang transit nak lepak sensorang, pasal aku ni jenis tak boleh duduk static kat sesatu tempat, mesti jadi tak selesa lantas bangun dan bergerak merayau ke tempat lain, kan ke kasihan sesape yang duduk dengan aku, asyik nomad je. 
Plus aku kalau dah lepak lelame, takdenye nak duduk sopan....so kalau dok sensorang lebih memberikan aku ruang bebas untuk duduk dengan pelbagai aksi yang aku rasa selesa.
Memandangkan Eila ada Iz the boyfriend, senanglah keje aku, bolehlah aku jadi lone ranger.
Sekali Jimbo pula takde kawan...sudahnye aku lepak dengan dia jer. 
Kang tinggal sensorang sebak pula nanti.
Tapi dengan si Jimbo ni, aku dah level bro-bro dah...so sekatilah aku nak dok cane, takdenye dia nak kisah.
Aku pun dah anggap dia macam sejantina dengan aku leuls

ni nempel katne entah. dahlah transit 9 jam, dia boleh pula buat cerita pi delay lagi sejam choii~
aku asal pagi je mesti nak oedema. lymphatics problem gaknye aku ni. 
itu baru muka aku, belum tengok jari-jemari aku lagi. asal pagi jee, kembang macam sosej bakar leuls.
dahlah memang dah kembang, pegi oedema pula lagi, haih istighfar sambil meraup wajah juga kita dibuatnya.
leuls.
 kitorang punya bosan siap karaoke lagi kat sini, dia nyanyi lagu matsaleh mana entah ( aku mana layan lagu2 gadis ni ), aku balas lagu Bunga Angkasa Terra Rossa leuls.

then hopped on flight to Kuala Lumpur, Malaysia. 
Final touch down at 2215H local time zone. Delay sejam setengah dari sepatutnya.
Kesian yang hop on domestic flight lepas tu, semua missed flight belaka, diorang balik keesokan harinya.
Nasib baik ajee Mama Abah aku pick up kat KLIA. Kalau tak dengan aku sekali balik esok harinya tu.
Mungkin conversation aku on phone berbunyi begini.....

" Hello Mummy, Along missed flight pi Penang la. Mummy n Abah balik rumah dulu la. Esok datang Penang Airport balik fetch Along. " leuls.

Kita merancang Tuhan menentukan, dan rancangan Tuhan itu semestinya yang terbaik dari segala rancangan.

Malaysia. Safe and sound. :)

Oklah. Itu aje bebelan aku. Nak turun makan sahur jap leuls.
Nampak benar tak tidur malam. Nampak benar jetlag. Nampak benar akan tidur keesokan harinya jer.
Till then.
Good day and Happy fasting to all moslems :)