Wednesday, 2 July 2014

Still Alive and Kicking.

Hai..
Assalamualaikum...!
Apa khabar bro...?
Semoga sihat~ leuls
Agak dah lama juga since last entry, sebabnya.....busy pun iye, malas pun iye.
ekceli, lepas last Springbreakers event tu, kitorang ada Karnival SM and Dinner.
Both went good.

k ini time dinner. ada gaya gadis dari kayangan tak leuls kbai.

Hmm malas hoi nak cerita, nak recall kenangan lama ni bukan kegemaran aku huhu.
Then, lepas dinner....got classes 2-3 days then terus study leave.
Sebulan juga duration study leave and exams tu...sebulan mentah-mentah menelaah jer...oii berpinar~
then last June 27th, returned back to Malaysia. 
saat yang ditunggu oleh segenap umat student overseas adalah saatnya balik Malaysia.
bagi aku, balik Malaysia ni is one of sweet escape from reality leuls.
pasal yelaa...letih juga 9 bulan belajar aje.....tak belajar karang lembap, belajar pula penat leuls.
*banyak giler aku punya leuls...leuls
selain itu, sebagai pelajar ni, haruslah attend kelas kan.
kelas pula awal pagi...ikutlah kekadang pukul 8, kekadang pukul 10.
pegi kelas pun bukan kegemaran aku juga, lagi lagi kelas pagi.....uuu berperang dengan diri sendiri dulu nak pergi kelas ke tak. tak pergi kelas karang, terkebelakang, pergi kelas pula malas leuls.
tapi pergi je laaa...rugi rakyat marhaen bayar cukai, kita bazir aje duit diorang, tak attend kelas leuls.
kenalah sedar tanggungjawab aku sebagai pelajar, perlu belajar so haruslah aku belajar and follow je tabii sebagai pelajar ni.
then, nak kena berurusan dengan umat Arob ni pula, yelaa mana lagi nak dapat keperluan harian kalau tak menghadap arob ni kan huhu
arob pula bukan tak tahu, payah Ya Robbi nak berurusan dengan diorang haih
kekadang rasa malas nak meneruskan kehidupan pasal diorang ni lah haa. 
then, masuk cerita study leave pula, bilik tu dah umpama Gua Niah bila menjelmanya musim study leave ni,
semua umat budak medic Alex, same goes to every uni students I guess, akan berkubang dalam bilik tak keluar2 and cramp everything you could afford in several days.
pastu muntahkan segalanya pada hari peperiksaan, lepas tu balik dari peperiksaan, kepala siap migraine sebab push everything out...
tak push karang, kosong kertas tu, push pula migraine. leuls
so lepas 9months in row menghadapi keserabutan sedemikian, mana taknya bila balik Malaysia ni rasa macam sweet escape....rasa macam berada di alam fantasi pun iye.
aku ni pun, dah nak masuk hari ke-6 after final touchdown kat KLIA, masih tidak percaya aku dah berada di bumi Malaysia leuls. hiperbola sangat. eh tapi serius, itulah yang aku rasa.
happy juga sebab dapat escape dari segala kesukaran hidup uuu
btw now is Ramadhan...Splendid Ramadhan to every Moslems :D
latest update, aku sekarang ni ditimpa jetlag...!
Aku tidur waktu Alex dan hidup pun waktu Alex juga.
Dan aku rindu Alex juga. leuls.
Kata benci Alex sebab bila teringat Alex, teringat pelajaran, teringat exams, teringat umat Arob yang banyak kerenah.
tapi rindu juga......huhu
sukarnya hubungan antara seorang aku dan sebuah Alex ni Ya Robbi.
Inilah gaknye konsep love-hate relationship. leuls.

Alexandria Borg El Arab Airport. Before boarding.

Qatar Airways. Aku rasa sebelum tu Libyan plane yang park situ. Dok bergembira sangat sesedar Qatar plane dah tercatuk kat situ. Bila masa sampai pun tak sedar.

Shining nye dahi leuls. 

welcome to Doha. The best I could snap.

Ingat sepanjang transit nak lepak sensorang, pasal aku ni jenis tak boleh duduk static kat sesatu tempat, mesti jadi tak selesa lantas bangun dan bergerak merayau ke tempat lain, kan ke kasihan sesape yang duduk dengan aku, asyik nomad je. 
Plus aku kalau dah lepak lelame, takdenye nak duduk sopan....so kalau dok sensorang lebih memberikan aku ruang bebas untuk duduk dengan pelbagai aksi yang aku rasa selesa.
Memandangkan Eila ada Iz the boyfriend, senanglah keje aku, bolehlah aku jadi lone ranger.
Sekali Jimbo pula takde kawan...sudahnye aku lepak dengan dia jer. 
Kang tinggal sensorang sebak pula nanti.
Tapi dengan si Jimbo ni, aku dah level bro-bro dah...so sekatilah aku nak dok cane, takdenye dia nak kisah.
Aku pun dah anggap dia macam sejantina dengan aku leuls

ni nempel katne entah. dahlah transit 9 jam, dia boleh pula buat cerita pi delay lagi sejam choii~
aku asal pagi je mesti nak oedema. lymphatics problem gaknye aku ni. 
itu baru muka aku, belum tengok jari-jemari aku lagi. asal pagi jee, kembang macam sosej bakar leuls.
dahlah memang dah kembang, pegi oedema pula lagi, haih istighfar sambil meraup wajah juga kita dibuatnya.
leuls.
 kitorang punya bosan siap karaoke lagi kat sini, dia nyanyi lagu matsaleh mana entah ( aku mana layan lagu2 gadis ni ), aku balas lagu Bunga Angkasa Terra Rossa leuls.

then hopped on flight to Kuala Lumpur, Malaysia. 
Final touch down at 2215H local time zone. Delay sejam setengah dari sepatutnya.
Kesian yang hop on domestic flight lepas tu, semua missed flight belaka, diorang balik keesokan harinya.
Nasib baik ajee Mama Abah aku pick up kat KLIA. Kalau tak dengan aku sekali balik esok harinya tu.
Mungkin conversation aku on phone berbunyi begini.....

" Hello Mummy, Along missed flight pi Penang la. Mummy n Abah balik rumah dulu la. Esok datang Penang Airport balik fetch Along. " leuls.

Kita merancang Tuhan menentukan, dan rancangan Tuhan itu semestinya yang terbaik dari segala rancangan.

Malaysia. Safe and sound. :)

Oklah. Itu aje bebelan aku. Nak turun makan sahur jap leuls.
Nampak benar tak tidur malam. Nampak benar jetlag. Nampak benar akan tidur keesokan harinya jer.
Till then.
Good day and Happy fasting to all moslems :)