Assalamualaikum
Hi...
Dipendekkan cerita aku dah sampai Alex 12 Oktober tu hari.
All the way nak datang sini seperti kebiasaannya lah, bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.
Flight dari Kuala Lumpur jam 9.45 pagi, tahun ni naik Qatar Airways.
Setelah kuamati dengan penuh penelitian, sebenarnya not bad pun Qatar Airways ni, plus diorang dah ada airport baru yang lagi besar, thus transit would become better.
And rupanya ramai juga member batch naik flight sekali pada hari sama, juga umat Melayu pun boleh tahan ramai juga, tapi busy drop bag tak sempat meninjau.
lepas check-in.
seconds away from final calling.
keluarga saya.
dari kiri, Boboy, Abah, Farah/Angah, Mommy~
Miraculously, aku nangis masa salam jer, lepas tu masuk kapal dah steady laksana boss.
Biasanya sampai ke transit pun aku nangis lagi huhu.
I'm proud of myself, I'm big girl now hihihi~
After approximately 7 hours onboard, plane finally landed safely at Hamad Int Airport.
Sementara stewardess disarm plane door, aku yang tak sempat meninjau manusia tadi, sempat scan umat passengers dalam cabin tu, tetiba saw this one guy, macam pernah nampak tapi tak ingat kat mana.
Dengan tidak mempedulikan, aku pun pandang tempat lain, sekali pandang balik, eh dia pun dah readily pandang aku, then it was when I remembered siapa mat tu.
Senior Irshad rupanya~
Actually not a typical senior, kalau tak mesti aku tak ingat sape kan herherher
On deviated subject, mat tersebut merupakan senior yang tindak tanduknya zaman sekolah dulu membuatkan aku curious hingga ke saat ini.
Time tu if I'm not mistaken, dia form 5, aku form 2.
Mat ni adalah sejenis manusia yang asal terserempak kat koop ke kat tangga ke kat memana je la, mesti mat tu akan tunduk tunduk malu, kekadang bila dia angkat muka, sampai merah padam muka.
Kalau sekali dua maybe la ada urgency nak pegi toilet ke headache ke apa ke....
Ini every time.
Sometimes, reaching the point sampai cakap pun tersasul, and kawan dia tegur leuls.
Nak kata faktor lain pun, aku sorang jer ada situ.
Ataupun, jangan jangan......aku ada saka tak~ leuls
And once masa kat library, aku and member aku tengah buat homework berdua jer, then tetiba mat ni came from nowhere, pointed his finger kat area aku duduk, kepada seorang junior lelaki, budak junior tu nak datang meja aku dah, bila aku rasa awkward dengan suasana sedemikian, rasa macam nak angkat tangan surrender jer, what the heck bros are going on~
The rest is history.
Tapi aku macam biasa lah buat doh jer, mat tu nama apa pun aku tak tahu, sampailah batch diorang dah meninggalkan sekolah, baru aku tahu nama mat tu sebab SPM dia dapat 13A, best student rupenyee~
Tak silap aku, dia buat Medic kat Cairo, tu pasallah gaknye dia ada juga atas kapal pada hari berkenaan.
Balik Cairo lah kot gaknye.
Then, aku tunggu Eila kat gate, sebab seat Eila jauh dari aku, so lambatlah dia keluar.
Sedang aku memerhati manusia yang keluar dari tunnel tu, tetiba again saw someone familiar.
Tapi kepala tengah weng weng lama noh dok dalam plane, otak aku berpusing pusing jer recall sape pulak mat tu.
Laaaa, baru teringat dulu zaman dok asrama kan aku nakal, aku and gang memang selalu ngusha junior yang bermutu tinggi di sekolah time tu, and he was one of them hahaha leuls~
Bila aku pandang sebab nak reassure, dia pandang ngintai ngintai jer.
Tenang dik, akak dah berubah sekarang aherherher
Dia dengan kawan dia yang aku tak tahu siapa, budak Irshad juga rasanya tu.
Kemain ukhuwah diorang sampai ke universiti teguhnya~
But the question is diorang buat apa kat situ.....*provided the airport and airlines company are my Daddy's leuls*
Tetiba teringat, belajar Medic kat Cairo jugak bebudak tu pun.
Sebenarnya komuniti Irshadians kat Cairo boleh tahan ramai juga, compared to Alex beberapa ketul jer Irshadians, regardless Mara or Non-Mara.
And actually, kalau ditaja oleh JPA dia akan dicampak ke Cairo, whereas budak Mara macam aku ni tercampak la ke Alex ni haa~
Time transit, kemain bebudak tu mengekor jer kat belakang, padahal dah terang terang gate nak pegi Cairo depan tu.
Nak meninjau airport gaknye hehehe~
boleh pulak terserempak manusia manusia yang familiar kan kat situ, macam besar sangat jer Malaysia tu, di Doha juga jumpanya~
Sesampai rumah jer dah malam, first time sampai malam, biasanya siang.
Masuk bilik, peh debu seinci, serta merta rasa macam diserang sakit otak.
Dengan baju yang belum bersalin, terus sapu lantai, lap meja, buang habuk kat katil, sarung bedsheet, lepas tu terus tertidur~
penat sangat gamaknye.
Then bangun jam 4 pagi sambung lagi bersihkan, lepas tu pegi kelas.
Orang dah dua hari pegi kelas, aku baru nak pegi kelas leuls.
Mentang mentang dah tak jadi SR, aci lah nak memonteng pun kan hehehe
Eh seronok tak pegang jawatan ni, boleh buat semua benda tanpa ada orang judge.
Boleh buat semua benda against rules tanpa perlu fikir apa orang kata.
Takde heavy workload yang menanti untuk disetelkan.
Takde dengar komentar komentar dan leteran umat batch.
Takde meeting yang beratur untuk dihadiri.
Seronok dan bebas~
Aku cuma setelkan hal aku sendiri jer.
Tapi tak kata lah juga jadi SR dulu membebankan, pengalaman jadi SR tu tetap akan terpahat di ingatan.
Cuma kalau nak rewind balik zaman tu, taknak lah. Penat oi~
Harapnya masa yang terluang ni aku boleh tumpu 100% untuk pelajaran, dan buat aktiviti harian aku, gymming herher....
Currently, mungkin sebab jetlag or anything else I don't know, aku tidur sebelum jam 11 malam dan bangun sebelum jam 5 pagi, bagus jetlag ni, bolehlah aku prepare semua benda dengan tenang, takde aku memberontak kalau kelas pagi.
Fourth year please be nice~ *typical post dak dak insta*
And after some decoration, this is my favourite spot in room hehehehe
cakaplah cantik plis aherher
on unrelated notes, sempat rembat ni dari plane hahaha. harga standard jer, tak beza mana pun kalau beli dari website. Macam kebetulan sangat jer kan, painting dalam bilik aku and charm dekat bracelet tu ada telephone booth, sesuatu sangat ni~ mungkinkah winter break destination....?
selamat malam~
Okay till then.
Assalamualaikum.