Hai...
Assalamualaikum...
Dulu aku rasa aku pernah memberi tips macam mana nak berhadapan dengan masalah sesama sahabat...
Dan ternyata aku dipilih Allah swt untuk diuji...
Senang cerita...
aku direct lah this time..
biar gunung berapi pendam ni meledak dengan segala lahar yang terkandung mampat setelah sekian lama di dalamnya.
sejak dulu setiap kali ada orang sekeliling aku, yang buat perangai tak senonoh kat aku, aku layankan jer dengan fikiran, mungkin aku yang salah, so kesalahan yang aku buat menyebabkan tercetusnya perangai tak senonoh tu...
tu dulu...aku ulang dulu..
dulu means beberapa jam lepas...lol
sekarang, juga sejak beberapa jam lepas aku dah takkan kasi chance...
selama ni aku ikutkan ajer, aku cakap elok elok dengan kau, aku cuba tegur kau, cuba ajak berbual, tapi entah berbalas ke tidak... acuh tak acuh... dan tak dilayan..
so, bahagian aku dah habis...aku harap kau faham kalau aku buat tak endah dah kat kau lepas ni...
aku dengan sehabis baik dah cuba untuk ubah mana yang perlu ubah...
habit untuk pengetahuan kau, sukar diubah... tapi demi kau aku dah cuba...
tapi kau masih pandang aku macam tak berubah...tak peduli untuk berubah..
jadi aku dah malas nak pedulikan semua tu...
aku masih lagi akan teruskan dengan inisiatif ke arah perubahan tu...
tapi bukan untuk pedulikan perasaan kau dah...
aku takkan sesekali peduli perasaan kau dah...
see dua kali aku ulang... maksudnya memang tak lah..
sebab penat dan sakit sebenarnya apabila aku peduli tapi difikir tidak...
bila aku cuba puaskan hati kau tapi kau fikir aku abaikan kau...
dan satu lagi, aku tak faham bila kau nak aku berubah untuk kau sedangkan kau ada buat apa apa untuk aku..?
aku cuba faham kau, kau cuba faham aku..?
aku cuba adapt dengan habit kau, kau ada cuba adapt dengan habit aku..?
alasan, kau jenis tak boleh blah blah blah...
habis kalau aku kasi kau alasan kenapa aku tak boleh tinggal habit aku sebab blah blah blah, kau ada nak peduli?
kau dari dulu aku nampak, selalu bring up salah aku, tapi aku ada bring up salah kau..? aku tanya, ADA..?
takde aku rasa takde...pasal aku rasa kelemahan kau bukan menjadi masalah untuk aku...
aku boleh terima...
tapi kau ada...? ADA...?
bukan aku nak tunjuk baik, tak langsung...
tapi aku nak kau layan lah aku the same way aku layan kau...
cubalah faham aku macam aku cuba faham kau...
dan of course yang aku nak, bukan slow talk atau sesi luah perasaan bagai... kau tak payah minta maaf pun takpe... sebab aku dapat rasakan semakin hari perasaan kasih sayang aku dah kurang... aku tak faham kenapa, tetapi benar, ianya berkurang... so aku dah tak boleh nak adapt dengan suasana hiba syahdu bagai...
aku dah tak boleh... bukan dengan kau jer, dengan orang lain pun... even dengan mama aku, adik adik aku pun, aku dah tak boleh nak tepuk tepuk bahu diorang, dan tenangkan diorang kalau diorang sedih,
bukan maksudnya aku tak peduli, aku peduli...! tapi method untuk memanifestasikan tu dah tak ngam dengan jiwa aku, harap maaf...
so, just ubah la cara layanan kau kat aku...
please... aku tak minta kau rendahkan ego kau..sikit pun tak...
cuma aku minta kalaulah aku cuba rendahkan ego aku, kau boleh respon sewajarnya... bukan pandang enteng macam aku tak wujud...
Aku minta maaflah.. entri ni tak patut wujud sebenarnya... tapi kalau aku biar membara dalam jiwa aku, aku takut satu hari nanti ianya meledak, dan takkan sembuh dah...
so, I have to...
aku akui one fine day later, bila aku baca entri ni, aku akan maki diri aku sendiri, dah kenapa aku nak emo sangat... benda boleh setel~
masalahnya, setakat ni, ni lah benda paling tak boleh setel... serious talk...
okla, aku perlu berehat... aku dah tak larat...
penat fizikal, penat mental, penat hati, penat jiwa....
look pathetic...
ok salam...


