Thursday, 11 September 2014

Kod 018,028,038 UPSR 2014

Assalamualaikum....
Hai....

Kecoh kat media Malaysia bahawasanya Kertas Sains UPSR 2014 yang sepatutnya diduduki siang tadi telah ditangguhkan ke 30 September 2014 atas sebab kertas soalan bocor.
Wah, baru tahun ni kantoi bocor...?
Padahal dari dulu lagi, banyak jer kertas peperiksaan UPSR yang rabak sana sini.
Nampaknya tahun 2014 merupakan tahun yang malang lah kepada sesiapa yang harapan setinggi gunung study soalan spot malam sebelum exam yang cikgu bagi untuk dapat jawab soalan yang sama  dalam exam sebenar dan skor A markah 90% ke atas.

Pendapat peribadi aku, walaupun negara mengalami kerugian besar, sebab berjuta helai kot kertas yang dah dicetak, habis pokok sehutan lastly paper tu tak digunakan dan kena pula gubal soalan lain dan cetak lagi berjuta juta helai kertas, habis pokok lagi sehutan, 
tapi eloklah exam tu ditundakan supaya sesiapa yang terlibat serik taubat lahum tak buat dah lepas ni.
Adik adik yang katanya bertangisan sebab exam cancel tu akak harap engkorang menangis sebab korang punya momentum tengah tinggi boleh pula exam cancel kan, kalau tak, dah boleh berjoli dah.
Cuma tulah akak harap engkorang menangis bukan sebab engkorang dah hafal semua jawapan paper yang bocor tu, tetiba exam cancel~hmm

Jadi, bila dah terjadi hal sedemikian, sudah pastilah ramai yang kecoh kecoh, sibuk salahkan sana sini, sibuk berasa kesal, sebak dan seumpamanya.
kat Twitter pun kemain ramai lagi salahkan pembocor soalan.
Tak amanah, tiada integriti, kena azab di akhirat kata mereka.
aku macam biasa, of course la personal view aku memang bercanggah dengan kebanyakan orang, 
*most of the time I don't know why, but I always think through other boxes, neither I'm saying my thought is way better than theirs.
so bila aku usha TL, aku nampak most of tweeps tweet or RT menghukum memaki si pembocor soalan........
....
....
...
...
...
aku geleng kepala.
This shit is gonna be real~

Maka, inilah sebenarnya perangai masyarakat kita.
Suka benar menuding jari kepada satu pihak umpamanya kita ni malaikat langsung takde salah silap.
Kebanyakan orang shoot gerangan yang bocorkan soalan.
Aku nak tanya, tahun tahun sebelum ni yang soalan bocor sana sini tu, ada tak sesiapa yang shoot gerangan yang bocorkan soalan?
Mana ada...!
Sebab apa?
Sebab belum kantoi dengan pihak berkuasa.
Sebab masih selamat~
Seronok soalan keluar sebiji serupa seiras~
Guru guru riang gembira nampak students keluar dewan peperiksaan dengan muka puas hati tanda boleh jawab soalan tadi.
Pengetua sekolah pun seronok, naiklah ranking sekolah dia tahun ni kalau semua skor.
Di rumah, anak anak bagitahu ibu bapa diorang, soalan keluar sama macam 'soalan' yang cikgu bagi semalam, berseri seri wajah sang ibu sang bapa, dapat 5A lah anak dia UPSR ni,
dapatlah si anak masuk sekolah berasrama penuh.
Semuanya gembira.

Bila terkantoi dengan pihak berkuasa, menyebabkan exam terpaksa ditunda, semua salahkan pembocor soalan, semua maki pembocor soalan.
Buat apa maki pembocor soalan, silakan maki pengantoi yang bocorkan soalan tu dah bocor, silakan maki pelapor yang bocorkan kertas exam dah bocor~
*kebocoran dalam kebocoran*
silakan~
Ini bila ditemuramah oleh wartawan TV.

" Apa pendapat encik tentang perkara ini?"
" Sebagai bapa, saya berasa kesal. Perkara ni tak patut terjadi. Yang terlibat haruslah didakwa! "

Tegas dan kemas sekali ye.
Cuba imagine.
Kalaulah tak kantoi soalan tu bocor, kalaulah anak dia jawab paper Sains yang tak tertangguh tu.

" Papa, adik boleh jawab soalan tadi! Soalan sebiji dengan soalan yang cikgu bagi semalam. Hihihi.."
" Yeke? Kenapa baru semalam cikgu bagi, patut patut cikgu bagi dari minggu lepas lagi. Baru anak Papa ni dapat 100%,"

Ya Tuhan, facepalm aku jadinya.

Then, bila result released.
Anak Papa tu tadi dapat 5A.

" Papa, adik dapat 5A hihihi" 
* memang hihi jer cara dia gelak.
" Ya Robbi, syukur anak Papa dapat 5A! Anak Papa memang genius! Otak geliga! "

So, Encik Papa, genius celah mana kalau siap hafal jawapan soalan bocor?
Genius celah mana Encik Papa?
Oklah oklah genius lah, mampu hafal 5-6 baris ayat tukar pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah gerak balas jer. -.-

Ok fine, kalau anak Encik Papa tu dapat 5A so what?
Biarkan lah, kita nak anak anak kita berjaya!
masalahnya di sini, students yang hafal jawapan soalan bocor ni dah sah sah menepati skema jawapan lembaga peperiksaan.
So, what do you expect, even though examiner tu tahu soalan bocor pun, takkan dia nak pangkah?
Jawapan sebiji dengan skema kot~
Nak tak nak, 90 ke atas la juga anak Papa tadi tu~
Aku nak tanya, biasanya budak budak yang skor 90 ke atas ni ke mana perginya?
Ke sekolah berasrama penuh berprestasi tinggi berwawasan kluster kecemerlangan tersohor di bumi Malaysia ini lah~
Jadi apa masalahnyo eh jang?
Masalahnya, cikgu cikgu sekolah sains dia akan presume bebudak ni genius padahal hafal jawapan soalan bocor belaka jer.
Jadi, cara dia mendidik cara orang genius la.
Namun begitu, kebolehan anak anak ini hanyalah setakat menghafal jawapan soalan bocor sahaja, maka kecundang lah mereka di arena PMR, arena SPM.
Jadi tuan puan sekalian,
apakah gunanya anak anak tuan puan hafal jawapan soalan bocor tadi?
sekadar tiket nak menempatkan diri di sekolah ternama?
Ketahuilah kebolehan anak tuan puan, murid murid cikgu cikgu, biarlah diorang jawab dengan kebolehan mereka sendiri, dengan ilmu yang diorang pelajari selama 6 tahun.
Sampai bila nak manjakan anak anak tuan puan, murid murid cikgu cikgu?
Tak kemana perginya kalau asyik dimanjakan ni, percayalah~
Yang lebih kesian, budak budak yang benar benar genius, dia percaya pada kebolehan dia, dan dia taknak hafal jawapan soalan bocor,
mungkin nasib kurang baik, marks dia around 80 something jer, tetap A tapi sepower anak Papa yang hafal jawapan soalan bocor tadi.
Jadi, dia tak dapat tempatkan diri di sekolah ternama.
Sebenarnya, takpe pun dik, kalau dah genius tu campak jer la ke mana pun, kalau rajin dan ditakdirkan untuk berjaya, pasti berjaya!
Rezeki kerja nanti pun undoubtedly halal, sebab zaman muda mudi dulu tak menipu dalam exam.
Maka, bertuah lah si genius tadi,sedihnya tak dapat masuk sekolah ternama sekejap saja, tapi bahagianya sampai akhir hayat.

So, sebenarnya apa insan marhaen seperti aku ni cuba nak sampaikan?
Nasihat ni khas ditujukan untuk diri sendiri.

1. Jangan tuding jari pada orang. Fikir dalam dalam mana salah kita dulu sebelum nak cari salah orang.
2. Ketahuilah kemampuan diri kita, jangan menipu semata mata nak mengaburi mata orang. Samalah macam kita menipu diri sendiri.
3. Kaum dewasa yang dah sangat kompeten untuk buat keputusan dan boleh berfikir dengan luas tu, tolong jangan manjakan kaum kanak kanak. Percaya pada kebolehan diorang, biarkan tangan kecil itu melukis masa depannya.

Dan dalam kes ni, sebenarnya semua terlibat, semua bersalah.
Pembocor soalan bersalah. cikgu cikgu yang minta/ terima soalan bocor bersalah, pengetua yang tahu kebocoran tapi tiada tindakan bersalah, ibu bapa yang lega anaknya boleh menjawab soalan yang bocor hasil hafalannya semalam bersalah, anak anak yang menghafal jawapan bersalah, semua bersalah. 
Yang tak bersalah kat sekolah tu cuma makcik kantin, makcik cleaner, pakcik guard, tu pun kalau diorang takde anak.
So, tak perlulah kita tuding jari dan penentu syurga neraka si pembocor soalan,
memang patut dia didakwa tapi yang lain pun jangan terlepas daripada berasa insaf.
Kalau diminta, jangan diberi, kalau diberi, jangan diterima.

Akhir kalam, ayuhla semuanya bekerjasama dalam melahirkan generasi genius dari pelbagai aspek untuk kesejahteraan bumi kita pada masa depan :)

Till then.
Bye Assalamualaikum.