Friday, 26 September 2014

Kenapa nak kawin dengan jejaka doktor?

Assalamualaikum...
Hi...

" I understand the guy is nice, bakal doktor, matured sorta but the amount of thirsty girls are just...lol"
-someone on Twidder-

Actually tadi kat twitter, sorang member batch aku break down pasal gadis gadis di luar sana yang menggelabah ayam bila nampak jejaka kacak, medical student, nice etc etc
lincah jer ngaku adore bagai kat twitter, public tu....
kot ye pun ce dm ke apa patut leuls.

Buat gadis gadis di luar sana yang sibuk mencari jejaka sesuai untuk dijadikan bakal bakal imam, bakal bakal pemilik asal tulang rusuk kiri anda, bakal yang duduk di sebelah atas pelamin nanti,
calm your tits ladeyyy~
tenang dan belajarlah dengan tekun demi jaminan kerja agar dapatlah hendaknya membayar semula duit pinjaman pelajaran.
secara jujurnya, memang risau betul aku mengenang kos sara hidup yang semakin tinggi dewasa ini, aku risau aku tak mampu menyara kehidupan sendiri lalu menempel di jalan jalan menjadi pengemis huhuhu !

Dan memang ada benarnya, mungkin keradikalan gegadis mencari bakal-bakal ni disebabkan oleh kesibukan makcik makcik, jiran tetangga yang dah mula bertanya dah berteman ke belum...?
Jangankan gegadis jelita, gegadis yang dah bekerja, gegadis yang dah mencecah usia 26-27, 
bahkan aku yang wajah biasa biasa je ni, bekerja pun belum, usia baru 21 dan lamaaaa menongkat lagi nak grad pun dah ditanya ' Bila nak kahwin?' 'Dah ada calon ker?'
Takde koje kome ni gamaknye asyik nak menyuruh orang menikah jer....
Kome ingat menikah ni keje sehari dua, selamanye lah mengendeng dengan laki tu.
Dah sah sah kena cari yang betul betul sesuai sepadan sekufu sebagainya lagi lah.
So please makcik, get your life please~ leuls

Tapi makcik makcik tu bertanya pula ada sebabnya,
mungkin ada yang masih kurang perasan tapi kebanyakan gegadis yang bekerjaya mengalami kesukaran mencari bakal iman mereka.
Kenapa hal ini terjadi?
1. Zaman universiti dulu memang tak pandang jejaka jejaka ni. Tumpuan 100% pada pelajaran. Jadi jejaka yang sama course dengan diorang dah tandus sebab habis di'book' oleh gadis gadis husband hunter yang lain.
2. Malas nak commit. Sebab ada failed relationship history dan serik or sebab memang menyampah nak ada boyfriend sebab 24 jam nak mengendeng jer keje. Dia tu banyak benda lagi nak buat, dengan studynya, assignmentnya, laundrynya, jadi wakil pelajar pula, dengan najis kucing dia mengharap sapa lagi nak basuh kalau bukan dia.
3. Yang ni pula dia pandang jejaka, tapi jejaka tak pandang dia, sebab zaman tu dia hodoh lagi sebab fokus sangat dengan pelajaran, baju pegi kelas siap tak tukar seminggu.
4. Dan macam macam lagi sebab lain yang tidak diketahui or kurang munasabah seperti asyik reject jejaka jejaka yang datang sebab tak perfect. 
Giler mana ada orang perfect diknon oi, kau nak yang kacak dan sado ala ala Channing Tatum, gaji sebulan 15k ke atas, gentleman tolong siram pokok bunga orkid kau, sentiasa mengendeng dengan kau 24/7, selfie dengan kau pada hujung minggu di bandar Paris ( meaning to say vacation la ) dan sebagainya lagi.
Memang tak ada lah.

Dan disebabkan sogokan nak masa depan yang cerah, bila nampak jer jejaka comel, dompet tebal/ dompet nipis tapi penuh kad kredit, nice, penyayang, pemurah, family-oriented dan sebagainya, 
terus gelabah ayam nak berkenalan.
Tapi kekadang belum pun grad, pakej lengkap seperti bermuka cute, abroad students ( medical, engineering, actuarial science, econs, biotech etc etc ) yang mempunyai masa depan yang cerah, nampak nice, berebut ajer gegadis nak berkenalan.
Tak disalahkan juga sebenarnya biasalah tu siapa taknak masa depan yang cerah terang benderang kan~

Cuma persoalannya sekarang, aku sebagai medical student nak juga tahu kenapa bila tahu jer budak tu medical student tak kira lah lelaki ke perempuan, biasanya lelaki la, plus muka kacak semua pakat nak bernafsu?
errr.....semua nak approach leuls.
biasanya guys medstuds lebih hot-market dari girls medstuds, sebab seperti yang aku dah gembar gemburkan tadi, gegadis memang inginkan masa depan yang cerah, dan gadis punya educational level lower dari lelaki pun, watlek jer...
*medstuds referring to medical students, although takde dalam kamus, suppose MS tapi karang tak paham ingat Ramli MS payah pulak kitee*

haa tu dia Ramli MS. Selamat Pengantin Baru sebab baru kahwin dengan Alyah leuls.

jadi ruang lingkup skop pilihan guys medstuds memang luas dari semua lapisan pekerjaan.
girls medstuds, ye diorang market juga
*plis lupakan bahawasanya aku medstuds sebab rasa macam masuk bakul angkat sendiri*
tapi payah nak masuk pancing unless level kau setara diorang.
bukan nak up course sendiri sebab benda aku cakap ni realiti.
tapi cara fikiran girls medstuds payah sikit kau nak tembus kalau kau takde skill.
member member aku kemain gebang kat twitter nak jadi andartu hidup bersama 40 ekor kucing kalau takde orang nak masuk minang, takde peminat lah konon apa bala lah.
itu semua propa jer tu, ada yang datang tapi tak hit standard yang diorang nak even though mat tu medstuds jugak.
once budak lelaki batch aku borak borak la dengan aku then bertanya.
" You, why eh girls batch kita payah sangat nak tackle, jual mahal betul macam lawa sangat jer~"
Nak ajer aku jawab,
" eh giler kitorang tak jual mahal, korang guys bukan kacak pun, lepas tu you kata kitorang macam lawa sangat jer, dah habis kalau you all tak kacak, kitorang tak cantik, cane lah agaknya rupa generasi kita leuls"
Tapi of course lah bukan itu yang aku jawab, aku kan gadis yang nice.
" You guys punya cara tak kena kot."
haa gitu jer.
tapi tak semua girls medstuds picky nak cari bakal dia, but mostly are. leuls

So back to my question,
pehal nak sangat guys medstuds wahai non-medical related husband hunters di luar sana ?
Sebab aku sebagai medstuds, aku setakat ni tidak bercadang untuk bersuamikan bakal doktor 
*tapi aku tidak menolak sebarang kemungkinan andai kata bakal aku ditakdirkan doktor juga*

1. sebab income dia berkepuk kepuk?
2. sebab nampak berkarisma sangat bila dia pakai stetoskop dengan white coat tu?
3. sebab rasa kalau sakit ada orang nak ambil perhatian dan jaga kau?
4. sebab rasa macam cool jer bila dia boleh sebut semua anatomical part badan kau dalam bahasa greek or latin dengan lancar?
5. sebab rasa doktor ni bertanggungjawab?
6. sebab sebab lain yang kurang munasabah?

moh sini aku bagi sedas dua realiti yang menghancurkan impian korang wahai gegadis sekalian.

1. income doktor takdelah berkepuk mana pun. starting dia termasuk oncall allowance yang rasa dah macam abdi bekerja tu cuma around 5k++ jer. kecuali kau nak kawin dengan dia lepas dia dah jadi specialist nanti. or dah jadi MO ( medical officer) ke, kalau MO dapatlah dalam 10-12k including oncall allowance kalau kerja gomen. kalau buka klinik sendiri, around 20k-30k per month, tapi macam aku kata tadi unless kau nak kawin dengan dia at least 5-6 tahun lepas dia grad, sebab celah mana dia nak ambil modal buka premis, takkan nak buat bank loan lagi, dah kereta rumah pun dah buat loan.

2. alaa...stetoskop dan white coat tu kat hospital jer, kalau kat rumah tengah tengok bola takdenye dia nak sarung white coat and stetoskop tu. Plus most of hospitals dah kerah doktor2 dia pakai scrub. Scrub bukan facial scrub tu. Yang bersarung baju and seluar usually blue in colour. And in fact, sakit kau tahu pakai stetoskop tu pasal dia tikam telinga, pressure sebab nak bagi betul betul dengar heartbeat tu.

3. Hmm kurang benar tanggapan kau tu, kecuali kalau kau sakit masa dia cuti haa bolehlah dia masakkan bubur, tuam dahi kau dengan air, jaga medication kau. Kalau nasib tak baik, haa cubalah sakit jam jam dia tengah oncall tu, kau tengoklah siapa dia lagi peduli, kau or pesakit dia yang berkatil katil kat wad tu~ paling pun kalau kau text dia bagitau kau demam siap menggigil, dia akan jawab pegi ambil paracetamol dalam drawer, balik nanti dia tengokkan, dan tu pun kalau dia check phone leuls. Lepas tu kalau kau kengkonon sesaje nak tunjuk ruam kaler merah kat kulit tu sebab saje nak tengok dia gelabah sekaligus menunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, abort mission please, I repeat abort mission. Dia dah siap pernah tengok tempurung kepala pecah, apa ada hal ruam di kulit leuls.

4. Sebenarnya honestly, medstuds or doktor sendiri kurang minat nak berbual pasal berapa banyak muscle yang ada kat lengan tu lebih lebih lagi dengan non-medical related people, pasal nanti dia jugak yang akan penat explain balik segala terms yang dia cakap tadi, dia dah cukup bermasalah dah nak translate medical terms kat patients dia kepada bahasa yang lebih mudah, then balik rumah nak melayan kau, plus dia dah berjam jam kat hospital tadi menghadap kes yang bermacam macam jenis, dan dia balik rumah nak rehat, bukan nak terangkan vertebra kita ada berapa ketul semua. Kecuali ada masalah yang kau nak refer dia, family members kau ada health problem ke, haa bolehlah gaknya dia layan. So gegadis, tolerate please.

5. Doktor bertanggungjawab. Honestly yes, most of doctors memang bertanggungjawab. Dia tahu tanggungjawab dia terhadap kerja dia dan keluarga dia. Selalunya kalau dia ada cuti, dia akan angkut family dia pergi vacation, kekadang sampai 5-6 kali setahun, siap abroad vacation lagi, hmm kalau monthly income dia sampai puluh ribu, apa ada hal lah kalau setakat nak pergi vacation tu. Kalau specialist ikut bidang yang market, boleh pergi sampai 6-digits per month. Eh aku tak habis lagi ke topik gaji, ah dah yang tu yang korang gegadis ni nak kejar sangat. Dan doktor lelaki especially studied abroad tu, bab house chores kau serah jer, siap insyaAllah. Tapi kalau dah laki kau doktor, kau surirumah sepenuh masa, kejadah nye kau nak suruh dia lagi buat house chores =.=

6. Yang tak berapa best kawin dengan doktor ni, kau akan berebut masa dan perhatian dengan patients dia. Nak nak jenis gegadis clingy nak mengendeng 24/7 tu, memang minta ampun la kau bole nak mengendeng lagi dengan dia, tak dapat punya. Dan kalau kau jenis cemburu tak bertempat, rumahtangga nauzubillah jadi tak aman, sebab kau bukan boleh nak tetapkan siapa patient dia, entahkan hot-chicks freehair, pastu nurse hospital tempat laki doktor kau oncall malam malam tu, muda muda bergetah jer semua, meroyan engkau haha...and not to forget, despite of expressing muka ketat for the sake of ethics, doctors ada masanya nice and sweet juga, sometimes bila dah pukul 3-4 petang still buat round and clerking, dia akan tanya nurse " you dah makan? kalau belum pergilah makan dulu, I tengokkan patient." kau nampak tak betapa budimannya doktor? *peh promote* kalau dah budiman macam tu plus kacak bergaya pula, mahu tak menggelupur akak akak nurse, so bertabahlah engkorang isteri-isteri di rumah~

7. But one point yang best pasal doktor or medstuds ni, engkorang akan rasa diorang sentiasa ada untuk engkorang pasal diorang jenis kurang tidur. Bak kata Dr Halina, " As a doctor, a 4-hour-non-interrupted sleep is considered luxury." Walaupun dia sentiasa sibuk, tapi kalau ada emergency cases, pukul 3 pagi pun dia masih boleh bertungkus lumus membantu sedaya upaya dia. Or kalau tetiba anak dia dah terjaga dan nak bermain jam 4 pagi tu, boleh aje si doktor ni layankan. Ce minta tolong non-medical related people untuk berkerah buat sesuatu pukul 3-4 pagi, payah jugak nak bergerak tu. Aku pun dah perlahan lahan jadi kurang tidur juga, tapi memandang tengah cuti sekarang ni, nikmati je la waktu tidur dengan sesungguh-sungguhnya. herherher.

Points kat atas tadi ni bukan untuk gadis yang nak bersuamikan doktor jer tetapi juga untuk jejaka yang nak beristerikan doktor. 
*ouh bakal aku lah tu~ kalau ada lah....leuls*

so ladies out there, silakan bertenang. 
Memilih seorang doktor untuk dijadikan pasangan sehidup semati bermaksud engkorang kena kahwin dengan kerja dia juga.
Bukan semata mata sebab buku akaun bank dia or title dia.
Just tolerate dengan kerja dia, dia akan  bagi 100% perhatian dia kat family bila dia ada day-off.
Dia even tak kisah pun kalau dia tak tidur lagi malam sebelum tu sebab oncall, tapi tengah hari tu kau ajak dia pegi lunch sekali ke, dia layankan ajer.
Cuma tulah, jangan membebel tak puas hati dengan komitmen dia terhadap kerja dia.
Never ever.

And gegadis sekalian,
satu fakta engkorang kena cakna, doktor or medstuds jarang curang, seriously.
Ada ker kau dengar, doktor ada 2-3 isteri, jarang la.
Mengenangkan ada kau sorang yang tak paham paham dan keje membebel jer dah cukup memeningkan dia, inikan nak menambah lagi satu dua cawangan.
Baik dia tambah cawangan klinik dia~
So usahlah kau nak mendengki dengan nurse, doktor perempuan, patients dia.
Kalau kau dah menepati syarat untuk jadi pasangan dia, dia takkan tengok orang lain dah.
Dan pattern taste guys medstuds or doctor, sama ada kau jenis solehah, dok rumah elok elok jaga makan pakai dia, or kau sama educational level dengan dia, meaning to say girls medstuds or doktor juga la. 
So, there ladey plis don't bitch~
Either you are a future doctor, or be nice and polite girl, that's the key.
Tak payah nak menggelupur~
But depends, kalau bab jodoh ni, anything will do, tak kira la medstuds ke bukan.

So sampai situ jer la hujah aku.
Boleh pergi panjang lagi tu kalau aku nak, sebab sekarang ni aku tengah cuti, dah semak kepala aku tak buat pape, rindu pulak kelas kelas tu semua leuls.
Takpe takpe bertabah lagi dua minggu iA.
uuu I can smell the fresh pages of new books~

Till then
Bye~
Assalamualaikum.