Wednesday, 2 July 2014

Still Alive and Kicking.

Hai..
Assalamualaikum...!
Apa khabar bro...?
Semoga sihat~ leuls
Agak dah lama juga since last entry, sebabnya.....busy pun iye, malas pun iye.
ekceli, lepas last Springbreakers event tu, kitorang ada Karnival SM and Dinner.
Both went good.

k ini time dinner. ada gaya gadis dari kayangan tak leuls kbai.

Hmm malas hoi nak cerita, nak recall kenangan lama ni bukan kegemaran aku huhu.
Then, lepas dinner....got classes 2-3 days then terus study leave.
Sebulan juga duration study leave and exams tu...sebulan mentah-mentah menelaah jer...oii berpinar~
then last June 27th, returned back to Malaysia. 
saat yang ditunggu oleh segenap umat student overseas adalah saatnya balik Malaysia.
bagi aku, balik Malaysia ni is one of sweet escape from reality leuls.
pasal yelaa...letih juga 9 bulan belajar aje.....tak belajar karang lembap, belajar pula penat leuls.
*banyak giler aku punya leuls...leuls
selain itu, sebagai pelajar ni, haruslah attend kelas kan.
kelas pula awal pagi...ikutlah kekadang pukul 8, kekadang pukul 10.
pegi kelas pun bukan kegemaran aku juga, lagi lagi kelas pagi.....uuu berperang dengan diri sendiri dulu nak pergi kelas ke tak. tak pergi kelas karang, terkebelakang, pergi kelas pula malas leuls.
tapi pergi je laaa...rugi rakyat marhaen bayar cukai, kita bazir aje duit diorang, tak attend kelas leuls.
kenalah sedar tanggungjawab aku sebagai pelajar, perlu belajar so haruslah aku belajar and follow je tabii sebagai pelajar ni.
then, nak kena berurusan dengan umat Arob ni pula, yelaa mana lagi nak dapat keperluan harian kalau tak menghadap arob ni kan huhu
arob pula bukan tak tahu, payah Ya Robbi nak berurusan dengan diorang haih
kekadang rasa malas nak meneruskan kehidupan pasal diorang ni lah haa. 
then, masuk cerita study leave pula, bilik tu dah umpama Gua Niah bila menjelmanya musim study leave ni,
semua umat budak medic Alex, same goes to every uni students I guess, akan berkubang dalam bilik tak keluar2 and cramp everything you could afford in several days.
pastu muntahkan segalanya pada hari peperiksaan, lepas tu balik dari peperiksaan, kepala siap migraine sebab push everything out...
tak push karang, kosong kertas tu, push pula migraine. leuls
so lepas 9months in row menghadapi keserabutan sedemikian, mana taknya bila balik Malaysia ni rasa macam sweet escape....rasa macam berada di alam fantasi pun iye.
aku ni pun, dah nak masuk hari ke-6 after final touchdown kat KLIA, masih tidak percaya aku dah berada di bumi Malaysia leuls. hiperbola sangat. eh tapi serius, itulah yang aku rasa.
happy juga sebab dapat escape dari segala kesukaran hidup uuu
btw now is Ramadhan...Splendid Ramadhan to every Moslems :D
latest update, aku sekarang ni ditimpa jetlag...!
Aku tidur waktu Alex dan hidup pun waktu Alex juga.
Dan aku rindu Alex juga. leuls.
Kata benci Alex sebab bila teringat Alex, teringat pelajaran, teringat exams, teringat umat Arob yang banyak kerenah.
tapi rindu juga......huhu
sukarnya hubungan antara seorang aku dan sebuah Alex ni Ya Robbi.
Inilah gaknye konsep love-hate relationship. leuls.

Alexandria Borg El Arab Airport. Before boarding.

Qatar Airways. Aku rasa sebelum tu Libyan plane yang park situ. Dok bergembira sangat sesedar Qatar plane dah tercatuk kat situ. Bila masa sampai pun tak sedar.

Shining nye dahi leuls. 

welcome to Doha. The best I could snap.

Ingat sepanjang transit nak lepak sensorang, pasal aku ni jenis tak boleh duduk static kat sesatu tempat, mesti jadi tak selesa lantas bangun dan bergerak merayau ke tempat lain, kan ke kasihan sesape yang duduk dengan aku, asyik nomad je. 
Plus aku kalau dah lepak lelame, takdenye nak duduk sopan....so kalau dok sensorang lebih memberikan aku ruang bebas untuk duduk dengan pelbagai aksi yang aku rasa selesa.
Memandangkan Eila ada Iz the boyfriend, senanglah keje aku, bolehlah aku jadi lone ranger.
Sekali Jimbo pula takde kawan...sudahnye aku lepak dengan dia jer. 
Kang tinggal sensorang sebak pula nanti.
Tapi dengan si Jimbo ni, aku dah level bro-bro dah...so sekatilah aku nak dok cane, takdenye dia nak kisah.
Aku pun dah anggap dia macam sejantina dengan aku leuls

ni nempel katne entah. dahlah transit 9 jam, dia boleh pula buat cerita pi delay lagi sejam choii~
aku asal pagi je mesti nak oedema. lymphatics problem gaknye aku ni. 
itu baru muka aku, belum tengok jari-jemari aku lagi. asal pagi jee, kembang macam sosej bakar leuls.
dahlah memang dah kembang, pegi oedema pula lagi, haih istighfar sambil meraup wajah juga kita dibuatnya.
leuls.
 kitorang punya bosan siap karaoke lagi kat sini, dia nyanyi lagu matsaleh mana entah ( aku mana layan lagu2 gadis ni ), aku balas lagu Bunga Angkasa Terra Rossa leuls.

then hopped on flight to Kuala Lumpur, Malaysia. 
Final touch down at 2215H local time zone. Delay sejam setengah dari sepatutnya.
Kesian yang hop on domestic flight lepas tu, semua missed flight belaka, diorang balik keesokan harinya.
Nasib baik ajee Mama Abah aku pick up kat KLIA. Kalau tak dengan aku sekali balik esok harinya tu.
Mungkin conversation aku on phone berbunyi begini.....

" Hello Mummy, Along missed flight pi Penang la. Mummy n Abah balik rumah dulu la. Esok datang Penang Airport balik fetch Along. " leuls.

Kita merancang Tuhan menentukan, dan rancangan Tuhan itu semestinya yang terbaik dari segala rancangan.

Malaysia. Safe and sound. :)

Oklah. Itu aje bebelan aku. Nak turun makan sahur jap leuls.
Nampak benar tak tidur malam. Nampak benar jetlag. Nampak benar akan tidur keesokan harinya jer.
Till then.
Good day and Happy fasting to all moslems :)


Saturday, 24 May 2014

Springbreakers 2014

Hai...
Assalamualaikum...
It is quite a some time since my last rambles.
Actually 20 days ago to be precised.
Oh it's not so long since I've ever updated my entry after one month and half before.
So, lets jump into the topic....
SPRINGBREAKERS 2014.
what the heck is that....?
as we all know *actually no one knows, it's spring in Egypt now...
But it's really hot! Sumpah.......~

And starting for May 23rd the day before till May 30th will be a break for us...
maybe as a spring break and election some more.
So, MT ( Majlis Tertinggi)/ (Higher Commitee) with the assistance from OB ( Organisasi Batch including me SR- Student Representative ) decided to fill the emptiness of the break by organizing a festival, SM Extravaganza Festival, there are 4 events; Forum Dia Untukku, SpringBreakers 2014 for akhawaties and Road to Istad for ikhwahs, Karnival SM coming on this 28th, consisting of Grand Bazaar selling food and Indoor Games, okay Wani the Commitee of BHOME had proposed me to emcee one of the event, Jangan Lupa Lirik, okay member punya hal wa tolong tadak hal! and lastly on 30th Grand Dinner insyaAllah.

So, cerita dia Springbreakers ni was one outdoor event yang diadakan under SM Extravaganza Festival.
First hari tu, UDK which is Unit Dakwah & Kerohanian, do correct me if I'm wrong, telah mengadakan sebuah forum yang bertajuk Dia Untukku, ini basically pasal tips2 untuk diorang yang nak kahwin ketika belajar.
As a dedicated OB I supposed, so aku pergilah walaupun deeply inside, Gawd this has nothing to do with me for god sake! hukhukhuk~

The panelists on that day were Abang Afiq Fahimi and his wife Kak Sarah Su and Abang Yadiy. Diorang ni semua mantan orang besar besar kat Persatuan Perubatan Alexandria ni.
Banyak lah input diorang bagi and for those who wish to get married within this period, are able to get useful and informative talk and advice.

And banyak juga kata kata yang aku masih ingat dan masih cuba nak cerna...haha~
Antaranya from Abang Yadiy,
" Pasal kahwin ni, ana pujuk mak ana semenjak ana second year lagi...." 
And now he is in the fifth year I supposed. He got married to gorgeous Kak Amirah last year.
Yadiy was Chairman of Perubatan Alexandria Chapter and Kak Amirah was his vice. 
Engkorang nampak tak permainan dia...? Dia memang pattern kat sini ye yang kahwin awal ni terdiri dari dalam kalangan orang-orang besar dan akan kahwin dengan rakan sekerja diorang. Izmi, you just better dont. Be away from me hahahaha~ ahh dia tengok aku pun tak berkenan gamaknye, kasar~ kahkah
And I was like seriously yadiy....??
Second year kot pujuk mak dia yang dia nak kahwin.
Aku summer break last year buat apa ea...? Ouh, pergi vacation and pening nak sambung study mana pasal Egypt tengah kabut masa tu. LOL

So that was the first. Second program was held today, conducted by USAL ( Unit Sukan & Aktiviti Luar )
Springbreakers 2014.
This event consisted of 8 stations, and the last one Watermelon Maniac and Step Up ( performances by every group )
And groups are divided by sections and named by Disney Princesses' names. 
My group is Ariel, The Mermaid!!


And setelah disepakati kitorang pakai baju kaler hitam dan tudung merah ! 
Group lain purple, pink, biru, turqoise etc.

Dan aku tiadalah memiliki tudung merah huhu...and terpaksa pinjam shawl Eila pasal Eila pun takde bawal merah ! Aku dah gelabah gelabah dah risau jadi datin pada hari kejadian haha
Sebab zaman sekarang aku dah jarang pakai shawl pun pergi kelas, aku lagi suka pakai tudung bawal. Lagi lagi tengah nak masuk musim panas ni haa, mendidih jee otak pakai shawl belit-belit.
So, lantaran ketandusan tudung merah, aku telah memilih hari di mana berlangsungnya aktiviti luar yang memerlukan kitorang lompat lompat lari and all di bawah terik matahari, untuk memakai shawl merah laksana datin omg !!!
Nvm lah demi kumpulan Ariel Hot kitorang, kugagahkan jua. Semangat kepasukanan tau.
Btw yesterday, kitorang practice menari kat rumah Muni untuk performance Step Up.

So, today, setelah tazkirah ringkas bacaan doa ucapan aluan and some instructions, the games began~

Sebab ada 8 groups macam tu, so each group had to rotate follow the station, so the first game for our team was Bend It like Beckham ! Permainan ni kaedah dia kena bend body 90 degrees down, then turn around 12 times, finish then dengan melelong-melelong tu sepak the ball into the goal !

haa ni dia...shawl aku masih kemas ye di situ...kau tunggu tengah hari sikit kahkah ! Senget benget~
btw from your right, Hanis, Me, okay that two humans were colliding to each other, maybe besides me was Andy Rehan then Siti, specky girls hadap depan tu Nabila, tudung pink bercorak is Kautsar, then the girl diselaputi si tudung biru ni, Andi Aisyah then Aimie.....yang tudung biru ni Silah, penjaga this station. labuh tudung silah~ haha....dia memilih untuk jadi solehah pada hari ini juga ye.

second game was Rock ur Body atau lebih dikenali sebagai regu...yang meregukan simpulan bahasa and peribahasa tu mestilah aku kahkah...nampak tu dah macam conductor choral speaking haa tangan aku....semua muka bertekad giler meneka....btw ada 5 simpulan bahasa/ peribahasa untuk diteka, and we made those 5 alhamdulillah !

ini group lain.....kitorang buat apa di belakang tu...? Oh tunggu giliran untuk game Pitch Perfect...
Kena teka lagu and pick genre lagu in one box and nyanyi lagu yang that singers nyanyi...
Aku pick kena pula lagu Exists, Ziana Zain, Black tahu ajee la aku hahaha....

then next stop will be Bounce Em...lompat tali skipping tu....
sesambil tu berselfie lah kitorang pun kekekeke

yang pakai shades ni Andy Rehan sedap giler tau dia nyanyi ! belakang dia Muni then Siti leader group kitorang, then yang berpayung aku, Kautsar, di luar payung Hanis n Aimie. berminyak giler muka urgh...

selfie lagi.

lagi selfie haha what with that face Siti..??

gadis dan payung...

aku dan Aimie. 

lepas game Bounce Em ni ada lagi 4 stations onward tak jumpa gambar haha. So lets skip to the last one Watermelon Maniac. Game ni, setiap kumpulan diberikan sebiji tembikai = dua biji tembikai yang dibelah dua ( seperti dalam gambar ) makan sampai licin ! then bawa kulit tembikai tu lari pegi belah sana, dua orang je wakil team then gunakan badan, perut precisely untuk pecahkan belon ! Bapaklah ! haha

haa tudia....ini di awal permainan, masing masing bincang strategi !

5...4...3...2...and 1 ! Semua hurung tembikai macam cannibals ! haha....buruk tahu cara makan..haha...nak menang punya pasal ahh gasaklah makan je yang penting habis...tak pakai pisau bagai tau...sudu ada tapi ahh pedulikan sudu, we have hands with 5 fingers, use it at the fullest ! 

haa itu nak hirup air tembikai tu, tak leh buang kena habiskan ! actually bukan rehan sorang hirup gitu, semua pun ganti ganti ! haha

then dah habis makan tembikai, berteraboq lari pegi opposite side to burst the balloon, actually group next to us Snow White yang lari dulu, baru kitorang....!

tapi bila dah sampai part kena pecahkan belon guna perut tu....takyah cakap banyaklah tengok muka Maya pun boleh agak berapa ribu Del kekuatan yang diorang gunakan untuk pecahkan belon tu dalam beberapa saat sahaja! 

then we manage the first Alhamdulillah !!

 berlari penuh excited ke arah kitorang ! Maya ekceli datang dah separuh games dah....kalau tak mesti lagi banyak games kitorang boleh buat dengan jayanya...takpe takpe...yang penting kitorang buat yang terbaik! 

bersama kulit tembikai yang licin....nampak macam ada lagi isi kaler merah sikit sikit...kira halal lah~ hehehe

Then the very last one Step Up !


ini right before the Step Up began...this is Yana! sayang Yana....rasa macam mama aku hehehe...btw yang natang putih kat tangan aku umpama cacing kerawit tu adalah prop untuk menari haha.

lagi dengan Yana.

then team kitorang menari ikut lagu Under the Sea. Again cari gambar tak jumpa...I thought ada just now...
Nvm lah lagipun kitorang menari berlenggok-lenggok tak sesuai untuk public view. aherherher


ni after performance, muka pun dah tak larat huhu....that headband form team Snow White pinjam kejap! hehe

So we are hitting the end. The winner was not yet announced. Akan diumumkan waktu dinner nanti. :)

And last but not least before going home......

Okay that's all as regards Springbreakers!
Hopefully to see them again in the same sequel event. hewhewhew ;)

And yeah, I think it's the brilliant time for me to stop writing ! 
Bye Assalamualaikum 
Till meet again..


Monday, 5 May 2014

Masalah seorang Faezah.

Hi...
Assalamualaikum...
Last update pasal diri sendiri bila ye...?
Oh 26 Febuari...
then next entry, aku bebel pasal basher, then pasal reward diri sendiri, then latest pasal kahwin.
dah lama juga tak update pasal diri sendiri.
I dont know why but lately aku ada sedikit masalah hilang fokus.
I lost my own track.
seakan hilang semangat...
spirit spirit where had you gone...? dont leave me cause I really need you! 
aku memang macam ni, bila dah masuk sem kedua every year nak dekat-dekat balik malaysia tu, aku dah tak boleh brain most of the thing. 
like I had finished my battery power to live in here as a medical student.

pendek ceritanya, aku jadi slow or sluggish dalam menjalankan sesuatu kerja,
belajar pun macam pelan-pelan malas...

kerja as an SR pun macam dah slow sikit.


hari hari yang dijalani pun menjadi sangat malas.

malasnyee....

I definitely think that I desperately need a long rest.
* masa menaip pun entah berapa kali aku menguap
padahal petang tadi lepas kelas sampai rumah terus terlelap dengan baju kurungnye.
Aku kat sini kalau pergi kelas jarang giler pakai baju kurung.
Ada beberapa kali saja.
Itupun hanyalah pada hari Isnin iaitu Professional Day.
Plus, sebagai seorang Student Representative haruslah kita menunjukkan contoh terbaik untuk anak-anak buah. aherherher~
Manakala hari yang lainnya aku lebih senang berseluar jeans dan ber t-shirt simple.

Pada hari Isnin yang indah. Oh ya itu aku selfie. Kbai.

pada hari selain Isnin yang tidak indah. T-shirt dan tudung bawal selimpang je bro. 

hari lain yang ber tshirt juga...tapi bershawl...ini rajin la sikit nak bersiap. sanggup tau tanggal balik kasut padahal dah sarung semata nak berselfie...LOL
ITU! another thing bugged me~ eyebag! clear giler nampak eyebag aduhaiii....
ini belum bekerja sudah memiliki eyebag apa cerita ni =.= hmm

and then cerita pasal balik Malaysia...
tak lama lagi nak balik dah....yayayayay!!
mulanya ingat tak dapat balik raya...rupanya Allah twist the story, siap dapat puasa penuh kat Malaysia insyaAllah. 
Gembira bukan kepalang hati ini...hihi


siap beli tiket dah haa....insyaAllah kalau tiada aral...the day will be on June 27th till October 11th.
lagi sebulan and 3 weeks la macam tu... urgh tak sabarnyee
hmm btw sebenarnya akak traveller agent tu tak perlu letak dengan word Binti tu sekali as my surname -.-
lepas dah beli tiket, gelabah pujuk Mama n Abah fetch kat KLIA haha... 
pasal aku dah 2 years balik sebelum ni mesti landing malam....depends on airliners.
kalau Qatar around 8.50pm....whereas Emirates around 9.15pm...itu estimation time belum lagi delay from the beginning...kalau delay adalah juga sampai lambat 30minit-1jam...


then kena catch the last flight pergi Penang. Berlari weh aku from Terminal M tu naik aerotrain,

ini aerotrainnye. kalau KLIA or Dubai Int Airport, tak penat sangat. Naik jee aerotrain dari sebuah terminal ke terminal yang lain. Kalau Doha Int Airport, dari kapal nak ke terminal or dari terminal nak ke kapal kena naik shuttle bus yang kemetot dan berbentuk segi empat macam rapidbus tu. Dahlah jauh pilot park kapal tu haha, sempat habis dua ke tiga lagu dalam playlist aku sementara nak sampai. Sebab kalau kat KUL or DXB ( aku pakai code je la ye. Penat nak tulis penuh ), kapal park betul betul kat terminal, anchor seperti tangan sotong tu akan cekup pintu kapal, maka keluarlah manusia manusia dari perut kapal tu.
Manakala kalau kat DOH, kapal parking macam kereta parking kat shopping mall, so kena naik shuttle bus untuk ngelak passenger sesat masuk kapal lain. 

kembali ke cerita aku, sampai-sampai je, bergegas pula pegi imigration counters row and then pick up luggage. lepas tu naik balik from Floor 1 to Floor 5 untuk check in domestic flight and luggage sekali...pastu bergegas pergi gate. Usually kalau aku dah sampai gate tu, memang akan terus masuk plane takde duduk dengan tenang watlek watpis dulu. Takde!  Masuk perut kapal pun dah sweating bagai dah. Almaklumlah running man kat bawah tadi haha XD

imigration.
 imigration Malaysia tak begitu ketat dan complicated, tidak seperti di Bangkok dan Istanbul.
Mungkin kat Malaysia ni, nampak benar muka aku muka orang tempatan takdelah dia nak check aku lebih-lebih. Tetapi kat Bangkok, seboleh-boleh dia nak X-ray badan kitorang dia nak CT scan sebagai, punya ketat imigration dia. Kasut, stokin, belt, jam, gelang, segalanya lah kena keluarkan. Beg member aku dulu ada toothpaste Colgate tu pun dia rampas. Sama macam Istanbul, kau buang la segala benda yang kau pakai tu sampai detection alarm dia berhenti berbunyi. 

 Dan seringnya, kalau orang lain, sempatlah kejap jalan slow-slow fenfeeling dah sampai KLIA, dah pijak tanah air, perasaan kenegaraan tu sempat terpupuk waktu tu. Aku tak sempat weh...huhu
Yang aku fikir hanyalah.
" Dear Lord, please do make things easy for me. May I get my luggage early. May I be able to check myself in. This's gonna be the last flight. I don't want to wait till tomorrow morning to catch the earliest flight in case I missed this."
Padahal actually MH1194 ni memang akan tunggu passenger dia sampai cukup. * Sampai aku dah ingat lah flight route code dia LOL. Delay pun dia akan tunggu sebab itu adalah last flight dan itu adalah Malaysia Airlines, syarikat penerbangan paling senang nak berkompromi. Tetiba promote MAS kan...? haha...btw me hereby regret the fact that all the Malaysian 370 cabin crews and pax are still not found till now. Had been almost 2 months from the date of disappearance. 
Condolences from me. 

Back to my story, jauh giler aku bercerita, so, aku telah memujuk Mama and Abah fetch aku kat KLIA supaya tak perlulah aku berkejaran dan sempatlah aku nak fenfeeling dah pijak tanah air kejap...haha
Aku telah memberi cadangan supaya mereka pergi melawat Angah kat Banting, then bolehlah pick up aku! hihihi. Abah dah setuju sangat dah.  May Allah make this comes true :')

However ini cerita dua bulan lagi.
Cerita yang sekarang is aku masih malas.
Dan aku berdoa kepada Tuhan semoga Dia mengembalikan semangat aku yang entah ke mana perginya. :')

akak SC yang singgah rumah hari tu, and secretly left this wish! :')

Okla. Gonna hit the sack.
Goodnight and till meet again. :D





Thursday, 17 April 2014

kahwin

Hai..!
Assalamualaikum..
Seingat aku, aku belum pernah update apa2 pasal kahwin, samada menghadiri majlis perkahwinan orang, ataupun adik beradik sanak saudara yang kahwin mahupun  mungkin mama and abah bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan lagi sekali...! Okay yang last tu mengarut haha~
Anak sulung diorang dah 21 tahun maka dengan secara tiba tiba sangat diorang nak mengadakan majlis perkahwinan lagi sekali kan..LOL
Eh kalau tengok movie bangsa matsaleh, diorang adakan one kind of ceremony which is renewal of wedding vows, depends la every 5 years or 10 years or mana mana tahun yang diorang suka. tak faham?
Dia punya konsep macam kau pegi renew roadtax kereta kau la or driving license ke...susah sangat nak faham LOL.
diorang tak kata pun diorang tak faham double LOL~

haa cenggini contoh gambar...diorang biasanya dah 10 tahun kahwin, then diorang decide untuk perbaharui akad kahwin diorang. so sweet~

okay leaving the topic pasal wedding vows renewal tu...
back to origin...tak lain tak bukan pasal mama and abah decide nak mengadakan second wedding ceremony..!
haha tipu jee...
ni actually random topics jugak ni sebabnye ketika petang yang hening lagi membosankan tadi ditemani pulak sakit muscle baru lepas berjuang kat gym, aku pun berblogwalking la...
rupanya lately ramai juga yang kawin, kalau bukan diorang kawin, mesti anak jiran diorang takpun sepupu belah daddy takpun anak Pak Cik Manap kat hujung kampung takpun entah sesape je la...yang penting ada wedding and diorang pun somehow came into the picture..!

aku tak tertarik sangat dengan entry mereka-mereka yang menghadiri wedding orang lain..
aku lebih tertarik dengan entry cerita pasal blogger tu sendiri nak kawinn..!
one word lah tu conclude everything...
LECEH..!
haa haa engkau jangan mengkhinzir buta menuduh aku mengatakan sunnah Rasulullah leceh, kang sampai lembing ni ke muka tu insyaAllah. LOL sebenarnya lembing pun aku takde mihihihi ^_^ okay peace

dia tak leceh part salam tok kadi akad nikah tu, tu keje para suami, para isteri duduk je bersimpuh cover ayu setengah jam. 
yang jadi leceh part persiapan tu, part wedding reception.
part To-Do list...!
kalau sebelum majelis nye,
first thing first wedding dress la kan...


nak mewujudkan wedding dress tu di alam yang serba fana ini tidak mudah ye procedure nye...
kecuali kau jenis sewa wedding dress and memang saiz badan kau universal traveller  *eh universal jee takde traveller...hehe
fit jee muat belaka haa okayla...kalau jenis sini terlebih besar dari orang ke, sana terlebih kecil dari orang ke, tak payah...kau pegi buat jelaa...senang keje wedding planner kau..
so, first thing is pegi butik pengantin and pilih design cemane kau nak...
nak pilih design tu another topic which is leceh dia taknak kalah jugak.
yelaa pasalnye gegadis yang nak kawin ni, of course la dia nak majelis dia serba perfect.
yelaa zaman urbanisasi ni dah macam macam design and tema yang wujud, garden wedding la, winter wedding la, wedding di persisiran pantai la, wedding di puncak bangunan la, wedding di bahu jalan la, wedding di selekoh tajam la, wedding di " Awas! Bonggol di hadapan" la...okay itu dah lebih aherherher
so nak pilih design tu pun sampai dibawa beristikharah la punye payahnye...huhu
yang lelaki kurang kisah sikit ye dok...akan tetapi kalau lelaki yang jenis kisah ni haa tudia menambahkan lagi kelecehan yang sedia leceh.

contoh garden wedding

so, cite wedding dress and tema dah siap...
second pelamin, pelamin cemane kau nak..?
pelamin duduk atas kerusi, duduk bersimpuh, duduk mencangkung...amboi haha!
dalam islam, pelamin pelamin ni tak digalakkan, membazir katanye.
memang betulla pelamin tu je dah mahal.
tapi dah adat resam melayu nak juga bersanding bersanding ni.

ni pelamin duduk atas kerusi. see! lawa nau pelamin, cemane aku boleh taknak ada pelamin kalau camni...aduh~ huhu

haa ni pelamin tak payah duduk...eh eh bukan maksud aku kena berdiri...amboi~ ni pelamin duduk bersimpuh.

haa yang ni pulak amboii~ ni pelamin ke set rancangan AC Di Mana? AC Di Sini ni =.=
nak berjalan ke kerusi tu pun tenggelam heels oleh bunga-bungaan kat atas tu... kalau heels boleh tenggelam, kau jangan persoalkan la boot kulit si pengantin lelakinye, tanggal je la boot tu bang, pakai stokin jee...

ini pulak pelamin ke katil ni...? am...*tak larat nak amboi dah LOL
kalau cenggini rupa dia, nama lain dia tak lain tak bukan ni mesti pelamin 'tak sabar' or pelamin 'tak menyempat-nyempat' *triple LOLOLOL

Setel pelamin, kau tengok...cakap pasal majelis kawin jee makan seluruh column blog aku sampai nak ke bawah haa...baru cakap...belum buat lagi. Allah Allah.
Third thing, hantaran...
Aku sebenarnya masih tak paham apa kebenda la nak dihantar-hantar bagai ni...
dahla sampai berdulang-dulang...yang aku tahu belah pempuan kena bagi lagi banyak dulang kepada lelaki.
question to ponder, Mak Jenab mana laa yang mulakan adat berhantar bagai ni.
hantaran tu pulak berjenis, yang berdulang-dulang diangkut oleh besfren besfren mak kau tu and lagi sejenis wang hantaran...ke aku dah salah info, tapi rasanya betul sangat dah tu. tak boleh disangkal lagi.
wang hantaran tu tak silap aku la yang beribu-raban yang pihak lelaki kena bagi kat pempuan.
ada orang kata duit untuk kenduri, ada orang kata untuk memulakan kehidupan berumahtangga.
ish3

dia sebenarnya yang dalam islam, mahar jee...
yang lelaki sebut masa akad tu...
Aku terima nikahnya blablabla dengan mas kahwinnya blablabla ringgit malaysia tunai.
eh eh aku dah tahulaa cemane ayat akad...haa boleh dah ni aku nak akad...biar suami aku yang duduk bersimpuh cover ayu setengah jam. miihihihihi
mahar tu kira hadiah kepada isteri la.
yang hantaran, dihantar, menghantar tu tak perlu.
tu la aku kata leceh lol.

fourth, walimatul urus.
haa yang ni dalam islam pun sunnat muakkad, means sangat dituntut la.
kiranya macam hebahan kat orang yang korang dah kawin, takdelah tetiba datang sekumpulan pak pak serban serbu rumah korang " Hai, kami JAIS " payah la pulak kan~
yang walimah ni pun serabut jugak....
dengan guest list nye....
tempah catering makanan...
tempah khemah berhias...
ada yang dengan DJ n PA system sekali.
aku secara peribadi kurang berkenan DJ DJ ni pasal biasalah orang ramai, suara pun semua sama kuat jee...so harusla beliau menggunakan microphone di mana microphone berkenaan disambung pula dengan speaker-speaker yang besar besar dan banyak dan bising benar bunyinya.
Natijahnya, satu taman perumahan dengar suara DJ. LOL
bagi aku DJ or MC and lagu pengantin apa ke patut wujud untuk majlis dalam dewan je...seriously, tu pun jenuh sape rumah dia sebelah dewan. Sepanjang hari dia dengar suara MC tu and lagu Selamat Pengantin Baru " direnjis renjis dipilis ditepungi la tawar " yang dah tujuh puluh sembilan kali jugak diputarkan semenjak siang tadi.
* dia kira pulak tu LOL
tu belum masuk lagi cerita tetiba Mak Cik Kiah volunteer diri nak nyanyikan lagu Two is Better than One- Boy Like Girls ft Taylor Swift untuk pengantin ( *Mak Cik Kiah taknak duet, dia nak nyanyi sorang, saje test vokal tahan ke tak :P)  or Haji Seman tetiba berhajat nak dendangkan lagu Barakallah berduet dengan isteri dia Hajjah Siah. aduhh~
tapi tu pun sebenarnya minor case lagi compared dengan makanan...
Ada dengar tak cerita orang meninggal lepas makan kenduri tu..? Dengar cerita sebab Salmonella.
Bahaya jugak huhu~
Bab makanan kalau nak mudah, guna catering la...
* Sedangkan Mama aku masa nak buatkan kenduri untuk aku sebelum datang ke Alex ni, pun pakai catering, padahal kenduri kecil jee compared dengan kenduri besar macam walimah.Tu pun siap pacak khemah berhias weh. Risau aku kalau aku kawin nanti cane hmm...kalau kawin la~ 

Back to origin, sebab bab makanan ni, kalau lebih takpe, kalau terkurang tu yang mampu membuatkan para mak pengantin hampir nak pitam masa hari kejadian tu.
Kalau guna catering, serah jee 100% urusan makanan kat diorang, para mak pengantin bolehlah menunggu kat pangkal simpang tiga kat depan tu sambil pegang papan tanda arrow rumah pengantin. Haha takde aku mengarut.
Para mak pengantin boleh la berdiri saja dengan aman dan tenang menyambut para tetamu sampai sambil touch up make up kalau dah luntur tu haa...hewhewhew

Okay point seterusnya, point ke berapa ea * scroll atas...sampai hilang kira lah aku huhu
okay fifth point is doorgift, wedding cake, cupcakes segala bagai, and decoration kecil-kecil.
yang ni pun buat serabut jugak huhu...
kekadang, benda kecik macam ni pun telan belanja sampai ribuan. huhu

wedding cake pun ada memacam jenis. ada yang cuttable cake macam dalam gambar ni.

ada pulak yang macam ni, cuttable part untuk pengantin potong one layer, remaining are cupcakes. senang keje adik beradik pengantin tak payah potong-potong cake untuk agih kat orang.

and cake yang macam ni pun makan ratus ratus, tu pun baru dua tiga tingkat, belum lagi yang botingkek tingkek sikit lagi nak sentuh chandeliar tu. nak memotongnye pun kena panjat tangga lipat =.=

sixth, photographer and videographer.
Dah jadi trend sekarang hire manusia-manusia ni untuk tangkap gambar yang cantik cantik pada hari kejadian berkenaan.
Tak tahu samada ini perlu atau tidak.
Biasa orang buat untuk dijadikan kenangan la kan.
" Those gorgeous bride n groom in dresses and suits, those lovely guests, that gateau cake, those decorated tables and chairs, those colourful cupcakes, last for one beautiful day, but pictures of those last forever. " 
gitulah sepatah dua kata dari aku.

and yang bakal jadi pengantin tu, dah tentu tentu stress, nak nak kalau benda dia planned tak menjadi, or ada flaw....hmm tak tidur pengantin huhu
actually aku malas giler nak fikir pasal lama giler lagi, tapi tetengah blogwalking tu terfikir pulak, sebenarnya nak kawin ni dapat cuti kerja ke...?
nak pulak kerja yang hectic, contoh terdekat doktor la kan...*bakal doktor katekau
dapat kee days off...?
ke dapat cuti sehari jee, balik balik post call dengan eye bag nye terus sarung baju pengantin? haha hmm =.=
tak kot. dapat cuti kot. huhu

on deviated topic, sebenarnya aku kagum dengan bro-bro and sis-sis kat egypt ni or kat mana mana je laa yang kawin masa belajar.
susah kot!
so far aku rasa tak mampu la nak kawin masa belajar. 
I still need my single life. huhu
yang takde commitment. 
planning aku actually nak kawin lepas HO. 
Pasal apa lepas HO?
kenapa tak lepas grad macam kebanyakan orang...?
well come on la, ingat guys je ke kena stabilkan diri dulu baru boleh kawin, girls pun perlu maa~
Another point is, biasanya wanita yang lepas kawin mesti akan pregnant kan...?
So, aku taknak take risk baby aku malnourished or tak sihat sebab Mama dia stress hari hari kena marah dengan MO.
Dia pasalnye hormone ibu mengandung tu sendiri dah cukup buat diri dia gundah gulana ditambah lagi dengan sikap MO malignant sebagai penambah rasa, hmm hmm~
Nampak tak betapa jauh pulak pemikiran aku..? hoho~
sampai ke kawin, sampai ke HO-MO, sampai ke preggy la~
padahal sebenarnya malas giler nak fikir.
and actually, aku teringin nak buat HO kat Tawau, Sabah.
Kenapa Tawau, Sabah..?
Sebab tempat tu tempat aku membesar before datang Penang.
That town somehow makes me feel homey! 
Bila balik raya, and singgah Tawau, I was like..." oh this!" "oh that! " sambil cuba mengingat kenangan lama. 
But on one fine morning, tetiba Mama out of nowhere said " Along nanti buat HO kat penang la kan...boleh tinggal dekat dengan Mama" tetttt~ 
But Mama is on the top la kan... apa apa pun cakap Mama jadi priority!
Yelaa Ma yelaa~

Back to original route, sebenarnya nikah tak leceh, kawin yang leceh. Siapa yang melecehkan? Melayu!
Sepatutnya meleis harusla berpada pada dalam perbelanjaan perkahwinan ni.
Jangan membazir. Adalah lebih baik untuk labur wang wang anda ke arah masa depan yang lebih cerah lagi cemerlang gemilang terbilang!
okay la tu jee my talk bout kahwin!
haha~
till meet again. Bye. Assalamualaikum.
























Wednesday, 9 April 2014

Reward for myself...!

Hai..!
Assalamualaikum...
It had been a month and few days since my last entry.
So kali ni rasa nak update...
tapi sikit jee kot. esok nak exam pulak. skill lab exam. huhu
Basically, sem ni memang hectic sikit.
Dengan exam arabnye, mid module nye, skill lab exam pulak esok ni...
Lagi tiga minggu insyaAllah practical exam and end of module pulak. hmm
May Allah swt ease everything. 

So, actually dah dapat result sem lepas. Dapat lama dah.
Alhamdulillah result baik baik jer.

ada 4 paper...tu lah result nye...sangkut satu module dapat 83% menyebabkan aku dapat satu B+ hmm takpela bersyukur2 Alhamdulillah.

so, aku telah memberi hadiah untuk diri sendiri, tapi minta izin mama dulu sebab guna duit beliau. aherher
so, actually aku dah pegi carrefour hari tu dan ternampak jam ni....hehehe....yeah it is a watch...
ada lima bands...boleh tukar-tukar..yang tu paling best tu...
tapi harga dia takdelah murah sangat, kalau convert duit MYR adalah RM200++
kalau murah, memang aku terus beli jee...sebab cantik!...hihi
tapi bila difikirkan harga and benda tu tak perlu... so aku berfikir-fikir la nak beli ke tak huhu...

but tetiba terfikir, eh tak reward diri aku lagi untuk result hari tu...hehe
so, aku pun terus viber mama tanya... and ingatkan mama nak bebel sebab benda tak perlu pun nak beli rupanya mama kata beli jee...yeayy!!

in the middle of Carrefour..actually saja saja nak tangkap gambar pun, so alang alang masukkan je laaa dalam blog...

haa ni laa my precious Aldo watch...! ada 5 bands...mihihihihi

So lets get some try!

ni yang black shiny band.

shiny golden.

ni aku tak tahu cane nak describe. =.=

peach lace...yang ni aku paling suka! hehe

yang ni sebenarnya black lace...tapi dalam gambar tak nampak pun huhu * btw jangan pedulikan background sticker itik dan tapak sulaiman kat lappy aku tu...=.=

okay. so saya rasa gembira sekali hari ni.
Alhamdulillah.

Thats it.
Rasanya sampai sini je dulu kot.
Mata dah berat.
Gudnyte!
Bye...Assalamualaikum. till meet again ^_^