Hi...
Assalamualaikum...
Last update pasal diri sendiri bila ye...?
Oh 26 Febuari...
then next entry, aku bebel pasal basher, then pasal reward diri sendiri, then latest pasal kahwin.
dah lama juga tak update pasal diri sendiri.
I dont know why but lately aku ada sedikit masalah hilang fokus.
I lost my own track.
seakan hilang semangat...
spirit spirit where had you gone...? dont leave me cause I really need you!
aku memang macam ni, bila dah masuk sem kedua every year nak dekat-dekat balik malaysia tu, aku dah tak boleh brain most of the thing.
like I had finished my battery power to live in here as a medical student.
pendek ceritanya, aku jadi slow or sluggish dalam menjalankan sesuatu kerja,
belajar pun macam pelan-pelan malas...
kerja as an SR pun macam dah slow sikit.
hari hari yang dijalani pun menjadi sangat malas.
malasnyee....
I definitely think that I desperately need a long rest.
* masa menaip pun entah berapa kali aku menguap
padahal petang tadi lepas kelas sampai rumah terus terlelap dengan baju kurungnye.
Aku kat sini kalau pergi kelas jarang giler pakai baju kurung.
Ada beberapa kali saja.
Itupun hanyalah pada hari Isnin iaitu Professional Day.
Plus, sebagai seorang Student Representative haruslah kita menunjukkan contoh terbaik untuk anak-anak buah. aherherher~
Manakala hari yang lainnya aku lebih senang berseluar jeans dan ber t-shirt simple.
Pada hari Isnin yang indah. Oh ya itu aku selfie. Kbai.
pada hari selain Isnin yang tidak indah. T-shirt dan tudung bawal selimpang je bro.
hari lain yang ber tshirt juga...tapi bershawl...ini rajin la sikit nak bersiap. sanggup tau tanggal balik kasut padahal dah sarung semata nak berselfie...LOL
ITU! another thing bugged me~ eyebag! clear giler nampak eyebag aduhaiii....
ini belum bekerja sudah memiliki eyebag apa cerita ni =.= hmm
and then cerita pasal balik Malaysia...
tak lama lagi nak balik dah....yayayayay!!
mulanya ingat tak dapat balik raya...rupanya Allah twist the story, siap dapat puasa penuh kat Malaysia insyaAllah.
Gembira bukan kepalang hati ini...hihi
siap beli tiket dah haa....insyaAllah kalau tiada aral...the day will be on June 27th till October 11th.
lagi sebulan and 3 weeks la macam tu... urgh tak sabarnyee
hmm btw sebenarnya akak traveller agent tu tak perlu letak dengan word Binti tu sekali as my surname -.-
lepas dah beli tiket, gelabah pujuk Mama n Abah fetch kat KLIA haha...
pasal aku dah 2 years balik sebelum ni mesti landing malam....depends on airliners.
kalau Qatar around 8.50pm....whereas Emirates around 9.15pm...itu estimation time belum lagi delay from the beginning...kalau delay adalah juga sampai lambat 30minit-1jam...
then kena catch the last flight pergi Penang. Berlari weh aku from Terminal M tu naik aerotrain,
ini aerotrainnye. kalau KLIA or Dubai Int Airport, tak penat sangat. Naik jee aerotrain dari sebuah terminal ke terminal yang lain. Kalau Doha Int Airport, dari kapal nak ke terminal or dari terminal nak ke kapal kena naik shuttle bus yang kemetot dan berbentuk segi empat macam rapidbus tu. Dahlah jauh pilot park kapal tu haha, sempat habis dua ke tiga lagu dalam playlist aku sementara nak sampai. Sebab kalau kat KUL or DXB ( aku pakai code je la ye. Penat nak tulis penuh ), kapal park betul betul kat terminal, anchor seperti tangan sotong tu akan cekup pintu kapal, maka keluarlah manusia manusia dari perut kapal tu.
Manakala kalau kat DOH, kapal parking macam kereta parking kat shopping mall, so kena naik shuttle bus untuk ngelak passenger sesat masuk kapal lain.
kembali ke cerita aku, sampai-sampai je, bergegas pula pegi imigration counters row and then pick up luggage. lepas tu naik balik from Floor 1 to Floor 5 untuk check in domestic flight and luggage sekali...pastu bergegas pergi gate. Usually kalau aku dah sampai gate tu, memang akan terus masuk plane takde duduk dengan tenang watlek watpis dulu. Takde! Masuk perut kapal pun dah sweating bagai dah. Almaklumlah running man kat bawah tadi haha XD
imigration.
imigration Malaysia tak begitu ketat dan complicated, tidak seperti di Bangkok dan Istanbul.
Mungkin kat Malaysia ni, nampak benar muka aku muka orang tempatan takdelah dia nak check aku lebih-lebih. Tetapi kat Bangkok, seboleh-boleh dia nak X-ray badan kitorang dia nak CT scan sebagai, punya ketat imigration dia. Kasut, stokin, belt, jam, gelang, segalanya lah kena keluarkan. Beg member aku dulu ada toothpaste Colgate tu pun dia rampas. Sama macam Istanbul, kau buang la segala benda yang kau pakai tu sampai detection alarm dia berhenti berbunyi.
Dan seringnya, kalau orang lain, sempatlah kejap jalan slow-slow fenfeeling dah sampai KLIA, dah pijak tanah air, perasaan kenegaraan tu sempat terpupuk waktu tu. Aku tak sempat weh...huhu
Yang aku fikir hanyalah.
" Dear Lord, please do make things easy for me. May I get my luggage early. May I be able to check myself in. This's gonna be the last flight. I don't want to wait till tomorrow morning to catch the earliest flight in case I missed this."
Padahal actually MH1194 ni memang akan tunggu passenger dia sampai cukup. * Sampai aku dah ingat lah flight route code dia LOL. Delay pun dia akan tunggu sebab itu adalah last flight dan itu adalah Malaysia Airlines, syarikat penerbangan paling senang nak berkompromi. Tetiba promote MAS kan...? haha...btw me hereby regret the fact that all the Malaysian 370 cabin crews and pax are still not found till now. Had been almost 2 months from the date of disappearance.
Condolences from me.
Back to my story, jauh giler aku bercerita, so, aku telah memujuk Mama and Abah fetch aku kat KLIA supaya tak perlulah aku berkejaran dan sempatlah aku nak fenfeeling dah pijak tanah air kejap...haha
Aku telah memberi cadangan supaya mereka pergi melawat Angah kat Banting, then bolehlah pick up aku! hihihi. Abah dah setuju sangat dah. May Allah make this comes true :')
However ini cerita dua bulan lagi.
Cerita yang sekarang is aku masih malas.
Dan aku berdoa kepada Tuhan semoga Dia mengembalikan semangat aku yang entah ke mana perginya. :')
akak SC yang singgah rumah hari tu, and secretly left this wish! :')
Okla. Gonna hit the sack.
Goodnight and till meet again. :D




