Last 2 weeks kitorang baru balik daripada Balkan trip ( 20/4 - 6/5 )
2 minggu lebih jugak kitorang pegi berjalan.
Trip ni kitorang plan dah lama daripada June 2023, lebih kurang 10 bulan dari tarikh trip. Ceritanya sebenarnya aku TERBELI flight ticket. Masa tengah browsing website Singapore Airlines, aku dok cari mana installment plan dia. Sebabnya tiket pegi Bali haritu, kitorang beli secara installment tapi kat Malaysia Airlines. Sekali klik punya klik, tiba-tiba YOUR BOOKING CONFIRMED! Merah padam muka I berlari kepada Dzul Alimin memberitahu perkhabaran yang mengejutkan itu. Tapi member relax je, 'Oh takpe dah terbeli, kita memang KENA pegi la.' Orang selalu cakap nak travel, yang kitorang KENA travel!
Setelah merancang 10 bulan, akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kitorang gerak dari Penang pukul 9.15pm 20/4/2024. Mami and adik beradik aku hantar pegi airport naik kereta baru Boboy.
Farah snap. Kitorang bawa beg tu je. Dua carry on, dua backpack. Sebenarnya SIA ada checked in bag tapi sebab dari Istanbul ke Bucharest kitorang naik TAROM (ada pertukaran airlines) jadi takut entah ke mana perginya beg tu nanti. Dah kalau hilang beg tu, apa yang kitorang nak pakai kat sana nanti huhu
Total tempoh perjalanan adalah dalam 19 jam lebih dengan dua transit, 2 jam 55 minit di Singapura dan 3 jam di Istanbul. Perjalanan bermula di Penang via SIA ke Singapore dan Istanbul, kemudian Istanbul ke Bucharest, Romania via TAROM ( Romanian Air Transport ).
Pengalaman terbang dengan SIA adalah pengalaman yang sangat baik. Basically no delay, kalau ada pun like 10 mins delay macam tu je.
Dah boarding. Stewardess dia baik gila wei. Siap offer nak tolong angkat beg ke overhead compartment. Which is quite rare, dulu zaman study aku selalu fly ( Qatar, Emirates, Etihad, Turkish ) biasanya kena minta tolong baru dia akan tolong.
Fly sejam pun dapat pizza. Sedap pizza dia cheesy.
Approaching Singapore, kalau siang mesti lagi cantik kan.
transit di Changi. Airport dia dalam bandar, luas, seggregated tapi tidak mengelirukan. Signs are everywhere. Ni menunggu depan date B10 untuk ke Istanbul.
Dah boleh masuk gate dan menunggu di dalam. Yang bestnya setiap gate ada water dispenser. Aku ada bawa collapsible silicon water bottle, so boleh refill la sebab perjalanan ke Istanbul agak jauh lebih kurang 11 jam.
Dah boarding. Seat ni aku purchase asing, sebab nak duduk window seat dan nak duduk sebelah Dzul Alimin. Aku beli seat Singapore- Istanbul dan Istanbul- Singapore je untuk kitorang berdua. TAROM dan Penang- Singapore aku tak beli. Beli seat yang tadi tu pun dah RM300++. Tapi beberapa hari sebelum fly, aku tengok kat SIA apps tu, untuk PEN-SIN kitorang dah diberikan seat (window seat dan duduk sekali), which is great!
Kitorang pre select moslem meal. Sebenarnya aku tak nak select, tapi sebab ada choice moslem meal, macam takut pula yang lain tu tak halal ke apa kan. Untuk orang yang pre select meal prior flying, kita akan diberikan makanan dulu sebelum orang lain.
chicken breast in black pepper, green peas, carrots dan benda berwarna hijau yang tidak diketahui.
Tak tahulah tapi lepas makan main course pun dah kenyang sangat dah. Portion dia besar dan sedap!
Salad prawn yang dimakan sesuap sahaja.
Chocolate mousse cake yang dimakan sesudu sahaja.
Sunrise over Lahore.
Aku dapat tido jugalah 4 jam macam tu. Yang selebihnya aku tengok movie. Tidak seperti airlines lain, SIA stewardess akan check on all passengers setiap sejam, dia akan bawa tray yang ada air, juices untuk offer kepada passenger yang tak tidur. Basically, kalau naik SIA takkan dehydrated. Ada juga light meals (sandwiches, ramen, crackers dll yang diberi upon request) antara tempoh meal service.
Breakfast, served 2 jam sebelum landing.
Singapore nasi lemak. Sedap! dan banyak..
Fresh fruits.
Butter dia unique jenis yang squeeze, senang tak yah nak tenyeh butter keras atas roti.
Selepas 11 jam, akhirnya landing di Istanbul. Setelah sekian lama, akhirnya kembali ke Istanbul.
Tapi time ni aku dah start cold feet, sebab untuk ke Bucharest takde boarding pass lagi. Rasa nak cepat-cepat je disembark daripada kapal tu. Sekeluarnya kitorang dari perut kapal, aku ternampak seorang ground staff pegang kertas nama kitorang. Yang Dzul Alimin dah menonong ke depan.
Kitorang pun ikut ground staff tu, pergi ke transfer desk untuk print boarding pass. Alhamdulillah! Lega rasa. Sebelum fly tu aku dah pening dah memikirkan macam-macam kemungkinan huhu.
21 APRIL 2024
di depan gate.
My first time naik ATR! Mula-mula masa beli fleet dia sepatutnya A318, tiber tukar ATR.
Sebab dia kecik jadi rasa pergerakan dia taxi tu laju.
Selamat take off. Tuhan je mengetahui punyalah takut.
Alhamdulillah selamat mendarat di Bucharest. Kitorang dua excited gila sebab akhirnya sampai jugak di destinasi yang nak dituju.
Lalu imigresen Bucharest, banyak gila soalan dia tanya ( tapi itu standard protocol diorang ).
Kitorang hanya betul-betul lega bila dengar dia cop passport dan cakap WELCOME TO ROMANIA.
Pick up rental car, pun ada sedikit glitch, brother tu kata booking kitorang tak confirm. Tapi aku dok whatsapp dengan Grescu Catalin, booking dah confirmed. Mungkin belajar di Mesir dan jadi doktor buat kitorang kuat sikit. Brother tu dah start nak suruh kitorang book secara walk in, which is aku rasa lagi mahal la kot. Aku berkeras kata aku dah whatsapp dengan Grescu Catalin, rupanya kawan aka boss dia. Dan kitorang pun dapat balik booking dan kereta kitorang. Kitorang sewa Toyota Yaris Automatic untuk 2 hari.
Kitorang pun memulakan perjalanan, pertama ke Peles Castle!
ni itinerary yang aku dah plan.
Dzul Alimin memandu. On the left side and drives on the other side of the road. Tapi tengok macam okay je dia. Tak confuse. Aku yang confuse.
Dalam perjalanan. Ladang Tujhe Deka.
dalam perjalanan. Aku tahu Romania cantik tapi tak sangka secantik ini. Sumpah tak menyesal datang Romania.
dah sampai di parking Peles castle. Ceritanya tadi tak withdraw duit Romanian Lei. Selamat parking boleh pakai card. Aku pakai Wise. Wise sangat best dan mudah. Aku hairan kenapa sebelum ni aku tak cakna pasal Wise. Wise ni macam account yang convert matawang dengan nilai yang rendah dan berpatutan. Boleh withdraw duit dan swipe. Transfer aku belum buat lagi. Ada physical dan digital card. Jadi hidden cost guna cc dapat dielakkan dengan penggunaan Wise.
Jalan punya jalan sampai. Cantik castle dia. Medieval castle. Anyway Romania sejuk! Aku pakai thick sweatshirt dan outerwear.
Dari angle yang berbeza. Boleh pulak jam-jam ni la nak renovation.
Interior dia cantik sangat!
inilah kereta kitorang untuk 2 hari.
jalan pulang dari Peles Castle. Cantiknya MasyaAllah!
Kemudian, kitorang pun menuju ke Brasov dan akan stay semalam di Brasov.

on the way ke apartment.
Apartment dia nice, comel je! Tapi takde gambar, ada video je. (please refer tu Instagram highlight Romania)
petang tu jalan-jalan Brasov town cari dinner.
Dinner kebab sebesar muka.
22 APRIL 2024
Berpagian di Brasov town. Pagi tu hujan.
Brasov ni kira best jugak, old town yang vibrant. Tak bingit, tenang.
Black Church.
Masa ni pun dah hujan dan semakin lebat pula. Tapi kitorang kena juga pegi sightseeing sebab lepas ni nak gerak balik Bucharest.
St Catherine Gate
Semalam masa kitorang jalan-jalan kat Town pun kitorang dah explore banyak juga.
Tapi takde gambar, ada video. ( please refer tu Instagram highlight Romania).
Kemudian bergerak ke Bran.
Bran Castle. Istana Vlad Drakul. Tak masuk pun, kitorang snap dari luar je then chow.
Kitorang pun pulang ke Bucharest untuk explore Bucharest pulak.
Petrol station di Bucharest. Toilet dia dalam kedai. Dzul Alimin nak pegi toilet tapi sanggup tahan sebab malas nak stop. Tapi the moment aku cakap aku nak pegi toilet, terus kitorang pun berhenti.
Yang serius memandu.
Yang serius berhibur dan bersenang lenang.
Lebih kurang 2 jam, kitorang pun sampai di Bucharest. Bucharest pun mendung.
Decide untuk park kereta dan roaming around the city.
Parking 5 lei sejam kalau tak silap.
Lunch Iskander kebab dan Beyti kebab. Dzul Alimin sangat happy dengan Beyti kebab dia.
CEC Palace.
Stavropoleos Monastery.
Roman Atheneum.
Passage de villacrosse.
Cărturești Carusel
Caru Cu Bere
Papanasi. Romanian traditional dessert.
Beautiful Bucharest under the sun.
Matahari muncul tak lama lepas kitorang start roaming aroung the city. Alhamdulillah!
Lepas pulangkan rental car, kitorang check in di hotel berdekatan dengan airport sebab next morning we will catch early morning flight. Hotel ni ada provide 24hours free shuttle to airport.
Sunset in Bucharest.
23 APRIL 2024
Early morning at Otopeni Airport.
Boarding. Very foggy morning.
Transit in Vienna.
Gate to Zagreb, Croatia.
Served with very tasty chocolate.
I think that's all for now.
I'll continue with Croatia post next time.
Assalamualaikum.
Bye!