Sunday, 1 September 2024

Balkan Trip : Croatia (Senj & Plitvice Lake)

 Assalamualaikum, Hi!

Last post aku dah ceritakan serba sedikit tentang negara pertama percutian kitorang di Eropah tahun ni. Seterbangnya kitorang dari Bucharest ke Zagreb, maka bermulalah percutian kitorang di negara kedua : Croatia.

23 APRIL 2024

Mendarat di Lapangan Terbang Franjo Tudman, Zagreb Croatia.
Agak mendung jugak cuaca hari itu. Alhamdulillah perjalanan dengan Austrian Airlines daripada Bucharest ke Zagreb, transit di Vienna berjalan lancar tanpa delay.

Pick up rental car untuk perjalanan 10 hari. Kali ni tiada masalah semuanya berjalan lancar. Kitorang book kereta di AutoUnion Zagreb. Aku book Opel Corsa tetapi di upgrade ke Opel Astra. Cantik sangat kereta ni!

Pertama, kitorang stop di Masjid Zagreb untuk makan di sebuah restoran halal di situ.

Hot cocoa yang sedap!

Cevapi yang sedap. Cevapi ialah makanan tradisi di Croatia.

Setelah mengisi perut, kitorang meneruskan perjalanan di town yang pertama; Senj.
Lebih kurang 2 jam perjalanan yang diambil untuk ke Senj dari Zagreb. Kitorang melalui jalan lereng-lereng di bukit, kawasan bukit bersalji nipis, dan akhirnya sampai di kawasan tanjung di pinggir laut.
(Refer video di Instagram)

Akhirnya, kitorang pun sampai di apartment di Senj dan disambut oleh anjing comel milik anak tuan rumah. Sebenarnya, anjing ni tunggu tuan dia balik dari sekolah. Mungkin dia ingat, kitorang yang baru sampai ni kawan anak tuan rumah tu.


Pemandangan laut daripada balkoni apartment. 

Senj waktu itu agak sejuk. Menggelabah kitorang cari heater untuk panaskan kawasan di dalam rumah. Lepas tu, siap boleh hujan pula. Kitorang pun rehat lah sekejap di dalam apartment untuk panaskan badan.

Selepas hujan reda, kami akhirnya keluar bersiar-siar di kawasan bandar kecil Senj. Pertama, kami ke Nehaj Fortress. Angin sangat sangat kuat di kawasan fortress itu yang kedudukannya di atas bukit kecil. Sampaikan kereta kami pun bergegar-gegar disebabkan angin yang kencang tu. Tapi dengan penuh tekad, kami tetap keluar daripada kereta dan bergambar di kawasan fortress tu. 

Setelah itu, kami pergi ke kawasan bandar Senj.

Bandar pinggir laut yang cantik di Senj.


Selepas itu, kami ke pasaraya Plodine untuk membeli sedikit barang-barang makanan. ( Rujuk video di Instagram). Kami pun terus pulang ke apartment untuk berehat.

Senja di Senj.

24 APRIL 2024

Subuh di Senj. Sangat-sangat cantik bulan dinihari itu.

Matahari mulai bangkit. Pagi di Senj.

Sarapan di apartment. Roti panini yang dibeli di Plodine semalam. Sedap! Teringat roti Molto yang aku makan zaman study di Alex dulu.

Pagi itu, plan kami nak ke Plitvice National Park. Taman negara ni terletak lebih kurang sejam lebih daripada Senj dan berada di tengah-tengah antara bandar Senj dan bandar yang kitorang akan pergi hari ini. Kami sampai di Plitvice agak awal lebih kurang 8.00 pagi. Sengaja pergi awal supaya tak terserempak dengan rombongan pelancong yang akan tiba daripada bandar-bandar lain seperti Split dan Dubrovnik.
Kalau banyak pelancong sangat tak seronok. Nak ambil gambar pun susah. 

Plitvice National Park. Sangat cantik!


cantik cuma agak bushy sikit..
Kat sini entrance tiket 23 Euro/seorang dan ada beberapa trail. Kita boleh pilih mana-mana sahaja trail. Cuma setiap trail tu berbeza tahap kesukaran dan jumlah masa yang diperlukan untuk complete kan trail tu. Kitorang pilih Trail C yang short tapi boleh nampak pemandangan cantik.

view lepas naik boat. Dalam trail tu boleh naik boat secara percuma dah included dalam entrance ticket.


view daripada dalam boat

Lepas dah habiskan trail C, kitorang melepak dekat cafe, minum hot chocolate and husband minum hot americano. 

Lepas dah puas di Plitvice Lake, kitorang meneruskan perjalanan ke bandar seterusnya; Zadar. Zadar lebih kurang sejam setengah hingga dua jam.

Next post aku akan cerita pasal Zadar pula.
Thank you Assalamualaikum.