Saturday, 5 January 2013

Bad Day

Hai !
Assalamualaikum !
It is just a quick entry regarding today that is a must-to-write in very sleepy right now..
So much sorry for bad grammar wse !
Today was just like other days initially...
I off went for lectures...joining other group's lectures actually because I technically had something to do..
It was on halfway when I figured out it was raining outside...and I was in cab, totally forgot to bring along the umbrella !!
The closer I came to the faculty, the heavier rain seems to be !
So testing my patience...and ruined off my mood...= (
Went out off the cab, walked rapidly in quite heavy rain...and luckily wore pair of jeans...allowed me to walk fast !
Reaching class in not-so-wet...! but I was wet...=.=
Took place at the row behind...must have kesedaran that I jumped into other's lecture...so their right to sit at the front must be considered !
Then, came a group of boys...sat in row in front of me...and just off all those guys, why did the tallest one should sit in front of me? urghh !!
During lectures, dummy me had to fight with his height to look at the slides in front...
so annoyed lahh !! lastly, I moved to next seat to avoid me cursing from the bottom of heart !
second lecture was the time when he'd gone leaving clear view of slides from my place...and it was pleasant studying without 'mountain' blocking you !
but it only lasted for few minutes before I felt slight vibration at my place...
I ignored it at first...but the longer the time was, the vibration changed into earthquake !
I couldnt withstand and stared at a guy in the same front row whose legs shook like death !!! GOSHH...
lepas satu, satu !! pencakar langit first then came earthquake...ouhh disaster !!
afterwards, finished the lectures, rushed to practical session...again jumped into section 6 practical which was not totally mine....
again, sat at the back...prevent hatred eyes looked at you unsatisfied when you sat freely in front...
sat properly, before again a group of guys came in...it was okay few minutes before I realized these guys were talking to a girl and they were standing around me ! sangat melemaskan...T.T
one of them bumped into me few times...not purposely
nvm...!
back...stopped by an accessory shop to buy birthday present for Yana...it was her birthday today..=D
HAPPY BIRTHDAY TO YOU !! ^_^
but, before deciding the best present, we had to view for several shops and for that, we struggled in quite heavy shower...umbrella-less ! and bad luck-me, outer-clothes-less T.T
again, got wet !! soon Maya came along with us...luckily she bought an umbrella and I shared under that thing with her...half wet ! better than fully wet...right?
wet was one thing, cold was another....pity me !!!
then, another bad luck came right into its track as in that particular time under the heavy rain, flooded road...
when me hesitated to step in front as the road was so muddy and watery...
someone in all of sudden came riding on pillion of a bike...and I didnt know whether that guy acknowledged me or not, fighting with the rain and mud =.=''
but if he did...it was embarrassing...T.T
reached Yana's place...celebrated her birthday...this was actually the thing that I had...
after that, straight away went to misturk, our arabic class...
again in heavy pour...T.T
luckily, now I was not in cold !!
not to forget, again unlucky me had left my ipod and phone at Yana's...
this was crazyyyy !!!
today, i had to compile all my colleagues' work for the assignment ...as we shall have a discussion with prof tomorrow...
and I urgently had to keep in touch with them to ease work !!
ahhhh !!! so unlucky me lahhhhh.... T.T
but, relieved after finishing all the work and here I am writing about the day...
finally, could put a smile...
hopefully tomorrow's discussion will be fine...

okay..it is 2.++ am...and I need to wake up early tomorrow...
bye...Assalamualaikum...
* not to forget to bring along the umbrella...



Friday, 4 January 2013

It is Thursday

Well said hari ni hari khamis...
Dan aku rasa agak gembira sebab boleh bersenang lenang, berlenggang kangkung, bermalas-malasan atas katil sebab hari ni kelas aku habis awal dan aku tak de aktiviti lain seperti SC, sharing etc2...muehehehe
Dan untuk mengisi kekosongan yang tiada tolok bandingnya ni, 
aku pun membuka blog http://theotherkhairul.blogspot.com dan membaca entri-entri lama beliau...
( padahal buku physiology dan segala bagai tu dah membengkak dalam beg, aku tak buka2...pemalas cakapla pemalas...kan mudah?? )
eh dah separuh jalan pun haa...
Hai ! 
Assalamualaikum *senyuman manis
 bila korang dah cakap separuh jalan, then baru teringat ada sesuatu yang korang tak cakap di awal cerita kan, rasa macam korang dah naik highway PLUS Penang-KL, dah sampai Jelapang baru ingat kucing Parsi korang nama dia Tommy tak kasi makan lagi, kebulur lah dia seminggu...hekhek * tak kelakar -.-'


Ubah topik kejap, adik-adik floor aku ada bela kucing parsi...beginilah lebih kurang paras rupanya...
Aku yang sememangnya penakut kucing ni, tiap-tiap pagi terkejut dok bila ternampak kucing ni berehat di dalam sinki ataupun dalam toilet...kesian aku =.=
pepagi dah tachycardia...
okayy !!
Berbalik pada topik tadi...
penulis blog ni lelaki, kalau pun dia tak bagitahu SAYA SEORANG LELAKI, 
aku dah tahu pun dia ni lelaki...( dari blog link pun dah tahu )
Pasal kerja dia nak bash perempuan tak cantik dan memuji perempuan cantik dan kutuk awek gedik jer...
dan asyik menangkan kaum lelaki...LOL
Seriously...
dalam-dalam pun penulisan dia yang agak annoying tu, 
tapi aku still baca, pasal medium pemikiran dia, aku setuju ! Haha
Samada dia memiliki mentaliti wanita atau aku ada cara fikir orang lelaki...
Emm...entahla * geleng-geleng

As written in his blog, pada dia menurut my assessment lah, girls are complicated...
Alaaa...no need my assessment nor his writing pun dah tahu memang ciptaan Allah swt yang bernama perempuan ini teramatlah complicated...
buat sesuatu dengan bersangatan teliti ditambah lagi emosi bara membara...hehe
Aku yang pempuan pun cakap pempuan cenggitu...~
Sebab memang betul...
Cuba tengok dalam sesuatu event yang menggabungkan tenaga kaum lelaki dan perempuan...

Contoh terbaik : Dinner batch
Lelaki : Okay...saya rasa kita perlu kutip dana lagi bagi menampung mana-mana kekurangan dalam majlis ni. Eloklah kalau kita buat kutipan ke ape..
Perempuan : Eh, apa dresscode untuk majlis tu nanti ? Warna ikut tema ke tak ? Polka dot ke bunga-bunga ?

See ! Lelaki lebih ke arah menjayakan majlis dan diorang takde nak kisah sangat pasal dresscode apa ke benda ni.. Lantaklah janji pakai baju..
Perempuan pula semua benda dia fikir... Dresscode, warna tema, hiasan dalaman dewan, doorgift yang comel lagi disukai ramai...macam-macam lah lagi...hatta sampai bekas plastik nak buat kutipan dana untuk majlis tu pun dia sibuk fikir nak cari kat mana... see kan how teliti the girls are?? *smirking

Lelaki juga memang selalunya buat dono je dengan sekeliling dia...
Akan tetapi kalau perempuan kecoh sedunia..

Contoh terbaik : Tengah berjalan menuju ke kelas apabila sebuah kereta terlanggar lopak dan air sedikit memercik ke baju.
Lelaki : **** (curse)!! Nasib baik sikit je... * kalau tak curse, tak sah =...=
Perempuan : Oh, mak kau datuk ! Eh, kereta ni ! Nasib baik buat dari besi tau, kalau buat dari belon, dah lama aku cucuk dengan jarum, biar meletup kereta dia ! Aku jalan punya besar kat sini, selamba je dia redah lopak tu ! Kan dah terpercik dua titik air kat aku ni...Haishhh ! *bebel nak panjang aje -.-''

Lelaki berbual nak pasal alam je...konon up to date lahh...
Perempuan pulak kalau berbual, kalau tak masuk pasal satu-satu individu, rasa macam tak lengkap perbualan dia..

Contoh terbaik : Masa rewang ( prepare for majlis like kupas bawang, kacau lauk wse) Lelaki kacau gulai kawah, perempuan kupas bawang segala bagai kat bangsal...
Lelaki : Din, tambah lagi santan dia... Tak cukup lemak ni.. ( Din yang entah sapa pun tuang lagi air santan)...  Emm...minyak ron 97 naik lagi esok ni... Kerajaan ni tak habis-habis nak naikkan harga minyak.. Kerajaan ni perlu buat bancian dulu. Bukan semua rakyat mampu. Yang mampu pun kena pakai duit banyak. Kereta bukan setakat pakai minyak, maintenance dia makan ribu juga. Dengan kerosakan lagi. Ni powerwindow kereta aku ada problem pulak. Korang tau tak kat mana tempat boleh baiki ?
Perempuan : Eh, Siah... Tak cukup tu bawang merah tu.. kena kupas banyak lagi... ( Semua ibu-ibu di situ pun sambung la kupas bawang lagi )
Eh, dengar kata bakal suami anak si Semah ni kerja besar-besar jugak. Beruntunglah anak Semah. Yang kesian ni anak Rokiah, suami anak dia dibuang keje dek boss syarikat dia.. Aku tak tahu lah makan apa diorang anak beranak nanti. Sekarang harga gula pun bukan main naik lagi. Dengan susu anak.. Cucu si Rokiah tu kecik-kecik lagi. Udahler banyak jugak cucu dia tu... *gayah Joyah

See kan ? *no offense ye kerajaan =.=

As stated above, perempuan ni mewah dengan emosi dan perasaan...lelaki pulak bajet cool je padahal semua tu pada zahirnya je...
Contoh terbaik : Masa putus cinta
Lelaki : Aku dah clash dengan awek aku yang ke-18...tapi chill lah...Tengah nak adjust yang ke-19 ni... Hahaha... ( cakap lebat padahal semalam masa mandi dalam shower, air mata dia turun lagi laju dari air shower...alaa jangan tipulah...paling tak pun kau duduk kan seharian dalam bilik, berkunci siap, dok renung gambar dengan ex kau kan... control emo aje kau...choii )
Perempuan : Ex...aku....dah....dump....aku... *nangis sampai selok ( padahal seminggu lepas tu status fb dah in the relationship dengan polan mana pulak dah... perempuan zaman sekarang perghh...tak tahulah nak kata perempuan ke atau lelaki yang murah...cepat noh dapat pengganti...aku ni habuk pun takde =.= tak comel kan, tak yah sembang kencang lahh...)

Macam tu lah selalunya.... realiti abad ini...
Selain cover emosi semasa clash, lelaki jugak pandai cover emosi ketika ada perempuan confess kat dia...
* actually, aku tak tahu lah apa pandangan korang apabila pempuan confess kat lelaki, tapi as for me tak de masalah... daripada menagih harapan, baik bagitahu terus ye dok ? senang pun senang...
takde pening-pening kepala... but depends on kekuatan pempuan tu la...it's not even easy to talk to person who the girl admires, then confession is much much much harder than that...
kecuali aku lah...konon berjiwa gentleman kan...muehehehe~
" kalau saya jadi lelaki, mesti saya menjadi pujaan wanita," i ever stated that in front of people...confidently !
whattt thee fishhh ???

Contoh terbaik : Bila seseorang confess kat dia tak kiralah melalui medium apa...
Lelaki : Oh... ( ayat macam takde apa-apa jer...padahal dah terlompat macam kera dapat bunga =.=) I am glad that you are apparently into me...but take this as an apology...i dont think i feel as the same... ( ayat serius mengecewakan...tapi kalau terserempak, usha jugak pempuan tu...lololol =.='' baik sumpah jadi tenuk je spesis ni...! )
Perempuan : Like seriouslyyy ?? Haha...Why do you think you like me? I takde apa-apa pun lahh...Hahaha... ( ayat macam suka tau...gedik pun ada -.-'...padahal dalam hati...' eihh...muka kuda pasir seyhh ada hati nak aku yang comel...caitt !'
p/s perempuan ni kadang-kadang lebih kurang macam lelaki juga in certain thing, ke aku je macam tu...?? epic fail ! as people always misunderstand yang perempuan tu konon suka that guy but actually she doesnt...she just tries to be nice at the most... and usually, she would treat the guys equally special... and dengan semua orang jugak la pempuan tu kena gosip...apa punya kesian la nasib dia....aku tumpang kesian..

Selain itu, mostly lelaki zaman sekarang bajet hot jer, semua awek dia nak ayat...=.='
Tu baru awek single, belum lagi campur awek orang, tunang orang hatta bini orang...
Awak-awak, mohon pegi kubur kebumi diri sendiri ! * adakah aku sedang mem'bash' kaum lelaki ? :O
Do I actually care ? *mohon jangan ade budak lelaki sesat masuk sini
Then, kecoh-kecoh kata perempuan zaman sekarang murah la apa lahh...
Eh, tumpang cela sikit ye...dah kau yang ayat perempuan macam hero filem tamil tu, mana lah pempuan tu tak cair ibarat coklat masakan dalam pan...?
Entah kan pempuan tu tengah sedih baru lepas break up siang tadi dengan ex dia, tiba-tiba pulak petang tu kau muncul dengan ayat-ayat semanis kurma...
mahu tak confuse pempuan tu, dia patut sedih ke tak ?
yelaa...pasal kau pun nampak kacak lagi dari ex dia.....
haa...jangan tipu lah pempuan takkan berubah hati, I mean sayang sangat kat ex dia sampai tak nak kat orang lain...dusta nista je semua tu...
sometimes, belum break up pun lagi dah ada spare, lelaki sekarang pulak semua awek pun dia nak...
awek orang pun dia nak kebas...nak-nak awek member...fuhh...yang tu jugak la dia nak suka secara diam-diam dan memasang strategi untuk merampas secara senyap...muahaha...*just saying...no offense

And then, if ada perempuan yang does the exactly same thing with these bajet hot guys,
mula lah kata pempuan ni kejam lah, tak berperikemanusiaan lah....lebih berperikehaiwanan lahh...
come on la dude !
what did you give, you would get back !
jadi, usahla saling kutuk-mengutuki kata-mengatai cemuh-mencemuhi...
marilah kita bersama-sama cela-mencelai...eh...nasihat-menasihati....
jaga lah apa yang patut dijaga...
buat lah apa yang perlu demi kemaslahatan bersama...
ingat...atas muka bumi ni...jantina ada dua jer...lelaki dan perempuan....(yang kufur jantina tu tolak tepi lah)
kalau lelaki dah bermusuhan dengan perempuan...dah takde jantina lain lagi bole buat partner...
kan ?
for those yang break up putus di bahu jalan tu, jangan lah bermusuhan umpama pernah kena debik atas pentas WWE, chill je....be friend...jangan musuh...
* as if your ex doesnt bring disaster to you lahh... kalau dia pun perangai nauzubillah tinggal tak kena halilintar je, emm...bawak fikirla...
tapi, kalau dia pun cool je plus bertambah kacak or anggun lagi, janganlah dipermusuhi...perkawankan lah...
*bm woi bm !

oklah...macam panjang ni...meleret-leret...babai...assalamualaikum =D

Monday, 31 December 2012

2013

Happy New Year
It is 00.07 of January 1st 2012...opps 2013...
May Allah swt bless all of us... =D
May I get everything I desire this year...^_^

Sunday, 30 December 2012

Masa depan yang depan depan

Hai...
Assalamualaikum...^_^
Masih menaip...
Bosan ?
Oh, Tidak !
Saya suka leteran dalaman... HAHA ( kononla kelakar )
Tajuk ?
Masa depan yang depan depan...
Actually, I still get myself blurred bout this...huhu
To do this or to do that ?
Banyak betul sebenarnya benda nak buat...mission to accomplish... tapi benda tu setakat dalam otak jer...
tak keluar melalui tindakan...
last-last bersemadi jer dalam blog ni....buat nye tak...
bazir masa bazir masa...!

" Things are created TWICE...planning in mind and through action..."

Aku selalu cemerlang 'planning in mind' jer...uhh...banyak anganan...kalau list dalam kertas,
tumbang balak hutan tiga puluh pemeluk pun tak cukup kertas nak tulis angan-angan aku...
Minah Jenin !
Akan tetapi, most of the anganan, I try my best to fulfill it tak kisah kejap ke lama masa yang aku ambil...
I must end up obtaining this, obtaining that... !
Tapi, bila angan-angan tu menjangkau ke bintang, umur tu tak tahu Allah swt nak pinjamkan lama mana, 
last-last end up with certain things-to-do but I dont do...

Jadi, aku curious tentang masa depan yang depan depan aku macam mana...
Adakah aku insyaAllah jadi hamba Allah yang solehah ? jadi anak yang baik ?


Adakah aku akan succeeded jadi specialist berjaya?


Adakah aku akan mendapat peluang memberikan seminar untuk pelajar-pelajar perubatan?


Adakah aku akan berjaya menulis buku ilmiah yang berguna?


Adakah aku akan menjadi seorang yang mahir giler masak-memasak?...campak-campak jer sesuka hati dalam periuk belanga...maka terjadilah sesuatu makanan bertaraf 5 bintang?


Adakah aku akan menjadi cantik jelita dan langsing ?...sungguh langsing sehingga aku tidak perlu berasa khuatir sekiranya termakan lebih? 


Adakah aku akan berjalan dengan stiletto merah atau kuning ke majlis-majlis tertentu dan berjumpa Prince Charming ?

and I'm in love with Edward Cullen not Robert Pattinson...sebab tu aku kalau jatuh admire dekat hero filem or drama, aku tak sibuk-sibuk nak stalk diri dia yang sebenar...pasal aku suka dia yang dalam cerita basically...and sebab kita tak tahu perangai dia kat luar macam mana...maybe he is sleepwalking...? huhu

Adakah aku akan berjaya memiliki rumah sebesar-besar alam dan kereta berderet-deret? Okay itu melampau !
HUHU...banyak angan-angan mak, nok !!
angan-angan yang semua orang pun nak kan...haha
tapi, ada satu benda tu yang aku tak mention-mention...haha
TO BE A GOOD WIFE AND A TRUE MOM !
when come to this part...ahh !! so clueless...haha....
because to be a mom, I must have a child, and to be a wife I must have a so-called husband...
bukan tak nak jadi... tapi I still think that the guy who I really want is absent from this earth...huhu
does he come from Mars ? aiyoo ~ 
dah tak cukup lelaki Bumi gamaknye yang kamu nak alien tu kenapa faezah?
I dont find one la...
I am almost 20...and I dont find any...
My friends have someone in heart at least, or someone who wants them or best-boy-friend that could be relayed on kalau dah sesak-sesak...or they have handsome neighbour paling tidak?? haha...me?? none!!
I haven't any...ada suka orang tapi...entah...berkubur ! haha...forget it ~
I dont have any best boy-friend that I can marry kalau dah sesak-sesak sangat...BULP~
Why did I say such this?
Sebab I'll stay here until I graduate and mingle around with same boys...for another 4 years...
and apparently I dont have time to know another boys out there in other part of the world...
sometimes, aku wonder kan bagus kalau aku buat twinning programme...
boleh jumpa banyak calons...haha *anganan lagi
then, I graduate insyaAllah and I'll do my HO things...busy meh...ada masa ker cari calon? haha.
for sure NO !
then, finish 2 hectic years...plus kena buli dengan MO...
I prefer to continue my study...in specialty which I want to specialize in...
then another 2-3 years... maybe I'll meet someone during that period...maybe lahh...
and for sure he is a happily married man !
then, finish...
by that time, aku dah tua pun...
takde siapa dah nak...
and lastly, I adopt child and only have chance to become a mom not a wife...
tak apala...jadilah dari takde....hahaha~
so...baiklah biarkan anganan itu KIV dulu...haha
pasal hal ini satu-satunya menyangkut tentang orang lain...
banding yang dalam list aku kat atas tadi tu...
tu berdasarkan aku...whether me do it or not ! right??
hehe....
semoga apa yang dihajati tu aku berjaya dapat insyaAllah...=D

okay.. that's all...
selamat malam . mimpi indah . tidur ketat . XD

Friday, 28 December 2012

Kegilaan keju

well hello again...
Assalamualaikum...
nothing's wrong right to have two entries posted on same date ?
this is just all about the cravings...
winter cravings...
fatty cravings...*sigh
rightiollss...
just after skyping Mama in Malaysia in the evening...
me and Dira went to Coffee Roastery because I craved for this...

cheese madness....anyway, lomo-ish is never dissapointed...^_^

i came just to eat this...
disebabkan keinginan yang tiada tolok bandingnya, tiada tolok penanda mahupun tolok hujan...LOL =.=
and it is made of vanilla ice cream, cheese cream and cheese cookies...
with strawberry topping ! 

okay...that is all actually...nothing more nothing less ! 
selamat malam . mimpi indah . tidur ketat . XD

AWESOME !

well well well....
it's almost a month since my last published entry...
okay...HAI !!
Assalamualaikum...

Dua tiga hari sebelum ni, aku terjumpa sesuatu yang aku rasa THIS IS AWESOMEEE !!
hehehe~
sangat awesome....
WHAT IS THAT ???

ustaz kazim elias ( wasiat ) =D

ustaz kazim elias ( macam mana nak tackle orang ) =D

ustaz kazim elias ( bagaimana nak tarik pondan dengar ceramah agama ) =D

ustaz kazim elias ( suara bass ) BEST ! =D

basically, memang aku suka sebab ceramah dia funny.....
tapi, kita ambil lah input dia...jangan suka sebab funny jer...

okay...thats all....enjoy watching... =D
assalamualaikum....

Tuesday, 4 December 2012

friends...

" friends... they mean a lot when your family is not there beside you.. =) "

heyya...
there are actually many things around that teach me to be matured and more !
who are staying close with me after Allah here in Egypt..?
of course my friends...
my family though is faaaaarrrr awayyyyy thousand miles from me.....
so to whom I should relay on when I have any difficulties undergoing life here ?
they are my FRIENDS !
recently I heard many stories around me regarding friendship...
and I wondered...do I have someone out there who talk bad about me to anyone ?
and I felt sad upon thinking about this... T.T
as not all people like us...though it is much we had done to satisfy them... it never happen believe in me !
so...again I felt bit down... = (
but not this to be focused on !
I am more attracted to write about the discomfortness or misunderstanding among friends...
on how to deal with it and solve it...emm i guess i have a solution...hoho
based on what people saying....
normally those problem come when we stay in with them...
( ahhh...susah la dalam english ni...rasa macam maksud tak sampai ! yang kau guna sape suruh kan =.= )
haa...kembali ke bahasa aku ! haha *ketawa puas hati
selalunya masalah dalam persahabatan ni mula menular bila kita duduk sebumbung ! haaa...
masa ni lah nampak buruk dia...nampak kelemahan dia kat mana....sikap dia yang sebenar....
sebab contohnya, bila dulu-dulu pergi kelas dan kau belum serumah dengan dia lagi...
korang dua masing-masing akan bukak cerita korang and laugh on it together...
korang boleh share banyak benda !
time ni korang akan rasa korang sesuai dan kamcheng sangat lahh...tiada yang mampu menandingi kawan korang ni....
akan tetapi...bila korang dah duduk serumah...
tak ade dah der borak-borak macam dulu dalam kelas...betul !
paling pun kejap-kejap...
dan korang dua akan buat kerja korang...busy sana sini....
keluar sana-sini....jumpa kawan lain...dan akan rasa kawan lain tu lebih ngam dengan korang...
ada jadi tak ?
tapi, aku tak blame on people yang macam ni jugak sebenarnya....
sebab...sometimes we have to find our own happiness out there....serius !
tak kan lah kau duduk serumah dengan dia, pergi kelas borak dengan dia, makan dengan dia...
semua dengan dia !
kesian dekat orang lain...mesti ingat kau sombong sebab tak pedulikan diorang...
dan, sometimes aku rasa bersyukur sebab ada roomate macam dira....
dan aku bersyukur sebab kitorang tak ditakdirkan satu section...
sebab, korang bayang lah...kalau kitorang punya section pun sama...alahaiii....
tak terkawan dengan orang lain....
dan dira pun jenis faham... 
aku pun berusaha untuk faham dia....
* dira, i know you will read this...dont think bad about me !
so, overall aku bersyukur ada roomate macam dia and everything around me !

eh, cop2...aku kata aku ada solution on people who feel discomfort to their friends...
firstly, bila kau rasa kau semakin renggang dengan kawan kau yang sorang ni walaupun korang serumah,
dan kadang-kadang kau rasa annoyed dengan sikap dia...
kau duduk kejap atas katil kau...
bersila elok-elok...
fikir satu benda....
' ada tak apa-apa yang aku buat sakitkan hati dia ?'
just this...seriously only this....
walaupun mungkin ambil masa sejam untuk kau timbang tara balik kat mana salah kau....
tapi tak apa....
kau duduk dan fikir !
kadang-kadang sekecil-kecil benda yang kau tak pernah fikir akan sakitkan hati dia, guris perasaan dia...
itu lah dia puncanya !
sebab kadang-kadang dari salah yang sekecil itu, boleh melarat...
aku kasi contoh la satu...
on a very fine and nice morning, kau bangun, solat subuh, siap-siap dan nak pergi kelas....
kebetulan kau ada roomate kau yang sama kelas dengan kau...
kau dah siap berkasut, dia mandi pun belum....mungkin terbangun lambat... bukan kau tak gerak dia, cuma ingat dia dah bangun...
jadi, kau ambil keputusan untuk pergi kelas dulu...
dan tinggal dia dengan alasan...'alah, dekat ajer...dia boleh jalan sendiri..'
kau pun dengan yakinnya...'weh,polan....aku pergi kelas dulu. kau lambat sangat !'
sedangkan sebenarnya, sempat jer sampai kalau korang pergi sekali pun...
tapi sebab kau tak nak rush, nak jalan pelan-pelan, relax-relax....so, kau pun tinggal dia...
babak pertama habis kat situ... nampak easy jer kan... alaa... pergi kelas dulu jer pun...
kemudian, kau pun gerak la pergi kelas...
okay, sekarang ni cerita pasal si polan pula...
polan terbangun lambat sebab terlupa set alarm... bangun-bangun terus gegas mandi....
tiba-tiba dengar si kau ni tadi jerit ' wei polan...aku pergi kelas dulu. kau lambat sangat !'
polan pun kata...'iyela...' sambil terus mandi....dia rasa okay je sebenarnya tapi a bit sedih sebab kenapa tak nak tunggu dia...
then, polan siap-siap semua, dia pun gerak pergi kelas.....
on the way, terserempak joyah...joyah pun sama kelas jugak...
jadi, pergi lah kelas sama-sama, borak-borak dan gelak-gelak sampai sakit tekak...
then, polan rasa joyah lebih ngam dengan dia...
jadi, esok diorang pun set nak pegi kelas sama-sama....
abis babak 2...babak si polan dan kawan kamcheng barunya joyah...
the next morning, polan dah siap-siap awal...kebetulan bangun awal...dan terus pergi kelas....
dia fikir...' alaa...kau tu boleh tinggal aku semalam...jadi aku pun boleh !'
siap satu permulaan kepada masalah dalam persahabatan !
then, the next-next morning, diorang dah tak pergi kelas sama-sama....
kau pun rasa sedih sebab polan dah tak rapat dengan kau...
and polan pun dan ada kawan kamcheng baru sekarang...
so, makin renggang makin renggang...

jadi, kau terfikir tak sekecil-kecil perbuatan tu boleh merosakkan segalanya...
so, duduk bersila atas katil elok-elok...reflect mana salah kau...
ubah mana rasa tak betul...
rajin-rajin tegur dia...
dan masalah akan selesai bila dia pun sambut sikap kau kat dia...
tapi, kalau dia dah langsung malas nak layan kau...mungkin boleh cuba lagi...
cuba slow talk jugak !
kalau dah tak boleh jugak, mungkin masalah dari dia....
at least kau dah cuba... = )

by the way...tadi sambut birthday Maya yg ke 19....
5 of us....dayah and pah ambil gambar...
from left at front, maya, baby, yana
from left at behind. dira, me

semua riang nak ambil gambar ! tiba-tiba....nampak tak muka dira....boleh pulak bersin ! hahaha

purse aku yang coincidentally sama dengan pah !

yana sedang ambil gambar kitorang....dah macam power ranger dapat kuasa haa yana oii ...haha

semua ada !!! heeee

depan coffee roastery by dira !! heee

oklah...sangat meletihkan...
bye...selamat malam !