Well said hari ni hari khamis...
Dan aku rasa agak gembira sebab boleh bersenang lenang, berlenggang kangkung, bermalas-malasan atas katil sebab hari ni kelas aku habis awal dan aku tak de aktiviti lain seperti SC, sharing etc2...muehehehe
Dan untuk mengisi kekosongan yang tiada tolok bandingnya ni,
aku pun membuka blog http://theotherkhairul.blogspot.com dan membaca entri-entri lama beliau...
( padahal buku physiology dan segala bagai tu dah membengkak dalam beg, aku tak buka2...pemalas cakapla pemalas...kan mudah?? )
eh dah separuh jalan pun haa...
Hai !
Assalamualaikum *senyuman manis
bila korang dah cakap separuh jalan, then baru teringat ada sesuatu yang korang tak cakap di awal cerita kan, rasa macam korang dah naik highway PLUS Penang-KL, dah sampai Jelapang baru ingat kucing Parsi korang nama dia Tommy tak kasi makan lagi, kebulur lah dia seminggu...hekhek * tak kelakar -.-'
Ubah topik kejap, adik-adik floor aku ada bela kucing parsi...beginilah lebih kurang paras rupanya...
Aku yang sememangnya penakut kucing ni, tiap-tiap pagi terkejut dok bila ternampak kucing ni berehat di dalam sinki ataupun dalam toilet...kesian aku =.=
pepagi dah tachycardia...
okayy !!
Berbalik pada topik tadi...
penulis blog ni lelaki, kalau pun dia tak bagitahu SAYA SEORANG LELAKI,
aku dah tahu pun dia ni lelaki...( dari blog link pun dah tahu )
Pasal kerja dia nak bash perempuan tak cantik dan memuji perempuan cantik dan kutuk awek gedik jer...
dan asyik menangkan kaum lelaki...LOL
dan asyik menangkan kaum lelaki...LOL
Seriously...
dalam-dalam pun penulisan dia yang agak annoying tu,
tapi aku still baca, pasal medium pemikiran dia, aku setuju ! Haha
Samada dia memiliki mentaliti wanita atau aku ada cara fikir orang lelaki...
Emm...entahla * geleng-geleng
As written in his blog, pada dia menurut my assessment lah, girls are complicated...
Alaaa...no need my assessment nor his writing pun dah tahu memang ciptaan Allah swt yang bernama perempuan ini teramatlah complicated...
buat sesuatu dengan bersangatan teliti ditambah lagi emosi bara membara...hehe
Aku yang pempuan pun cakap pempuan cenggitu...~
Sebab memang betul...
Cuba tengok dalam sesuatu event yang menggabungkan tenaga kaum lelaki dan perempuan...
Contoh terbaik : Dinner batch
Lelaki : Okay...saya rasa kita perlu kutip dana lagi bagi menampung mana-mana kekurangan dalam majlis ni. Eloklah kalau kita buat kutipan ke ape..
Perempuan : Eh, apa dresscode untuk majlis tu nanti ? Warna ikut tema ke tak ? Polka dot ke bunga-bunga ?
See ! Lelaki lebih ke arah menjayakan majlis dan diorang takde nak kisah sangat pasal dresscode apa ke benda ni.. Lantaklah janji pakai baju..
Perempuan pula semua benda dia fikir... Dresscode, warna tema, hiasan dalaman dewan, doorgift yang comel lagi disukai ramai...macam-macam lah lagi...hatta sampai bekas plastik nak buat kutipan dana untuk majlis tu pun dia sibuk fikir nak cari kat mana... see kan how teliti the girls are?? *smirking
Lelaki juga memang selalunya buat dono je dengan sekeliling dia...
Akan tetapi kalau perempuan kecoh sedunia..
Contoh terbaik : Tengah berjalan menuju ke kelas apabila sebuah kereta terlanggar lopak dan air sedikit memercik ke baju.
Lelaki : **** (curse)!! Nasib baik sikit je... * kalau tak curse, tak sah =...=
Perempuan : Oh, mak kau datuk ! Eh, kereta ni ! Nasib baik buat dari besi tau, kalau buat dari belon, dah lama aku cucuk dengan jarum, biar meletup kereta dia ! Aku jalan punya besar kat sini, selamba je dia redah lopak tu ! Kan dah terpercik dua titik air kat aku ni...Haishhh ! *bebel nak panjang aje -.-''
Lelaki berbual nak pasal alam je...konon up to date lahh...
Perempuan pulak kalau berbual, kalau tak masuk pasal satu-satu individu, rasa macam tak lengkap perbualan dia..
Contoh terbaik : Masa rewang ( prepare for majlis like kupas bawang, kacau lauk wse) Lelaki kacau gulai kawah, perempuan kupas bawang segala bagai kat bangsal...
Lelaki : Din, tambah lagi santan dia... Tak cukup lemak ni.. ( Din yang entah sapa pun tuang lagi air santan)... Emm...minyak ron 97 naik lagi esok ni... Kerajaan ni tak habis-habis nak naikkan harga minyak.. Kerajaan ni perlu buat bancian dulu. Bukan semua rakyat mampu. Yang mampu pun kena pakai duit banyak. Kereta bukan setakat pakai minyak, maintenance dia makan ribu juga. Dengan kerosakan lagi. Ni powerwindow kereta aku ada problem pulak. Korang tau tak kat mana tempat boleh baiki ?
Perempuan : Eh, Siah... Tak cukup tu bawang merah tu.. kena kupas banyak lagi... ( Semua ibu-ibu di situ pun sambung la kupas bawang lagi )
Eh, dengar kata bakal suami anak si Semah ni kerja besar-besar jugak. Beruntunglah anak Semah. Yang kesian ni anak Rokiah, suami anak dia dibuang keje dek boss syarikat dia.. Aku tak tahu lah makan apa diorang anak beranak nanti. Sekarang harga gula pun bukan main naik lagi. Dengan susu anak.. Cucu si Rokiah tu kecik-kecik lagi. Udahler banyak jugak cucu dia tu... *gayah Joyah
See kan ? *no offense ye kerajaan =.=
As stated above, perempuan ni mewah dengan emosi dan perasaan...lelaki pulak bajet cool je padahal semua tu pada zahirnya je...
Contoh terbaik : Masa putus cinta
Lelaki : Aku dah clash dengan awek aku yang ke-18...tapi chill lah...Tengah nak adjust yang ke-19 ni... Hahaha... ( cakap lebat padahal semalam masa mandi dalam shower, air mata dia turun lagi laju dari air shower...alaa jangan tipulah...paling tak pun kau duduk kan seharian dalam bilik, berkunci siap, dok renung gambar dengan ex kau kan... control emo aje kau...choii )
Perempuan : Ex...aku....dah....dump....aku... *nangis sampai selok ( padahal seminggu lepas tu status fb dah in the relationship dengan polan mana pulak dah... perempuan zaman sekarang perghh...tak tahulah nak kata perempuan ke atau lelaki yang murah...cepat noh dapat pengganti...aku ni habuk pun takde =.= tak comel kan, tak yah sembang kencang lahh...)
Macam tu lah selalunya.... realiti abad ini...
Selain cover emosi semasa clash, lelaki jugak pandai cover emosi ketika ada perempuan confess kat dia...
* actually, aku tak tahu lah apa pandangan korang apabila pempuan confess kat lelaki, tapi as for me tak de masalah... daripada menagih harapan, baik bagitahu terus ye dok ? senang pun senang...
takde pening-pening kepala... but depends on kekuatan pempuan tu la...it's not even easy to talk to person who the girl admires, then confession is much much much harder than that...
kecuali aku lah...konon berjiwa gentleman kan...muehehehe~
" kalau saya jadi lelaki, mesti saya menjadi pujaan wanita," i ever stated that in front of people...confidently !
whattt thee fishhh ???
Contoh terbaik : Bila seseorang confess kat dia tak kiralah melalui medium apa...
Lelaki : Oh... ( ayat macam takde apa-apa jer...padahal dah terlompat macam kera dapat bunga =.=) I am glad that you are apparently into me...but take this as an apology...i dont think i feel as the same... ( ayat serius mengecewakan...tapi kalau terserempak, usha jugak pempuan tu...lololol =.='' baik sumpah jadi tenuk je spesis ni...! )
Perempuan : Like seriouslyyy ?? Haha...Why do you think you like me? I takde apa-apa pun lahh...Hahaha... ( ayat macam suka tau...gedik pun ada -.-'...padahal dalam hati...' eihh...muka kuda pasir seyhh ada hati nak aku yang comel...caitt !'
p/s perempuan ni kadang-kadang lebih kurang macam lelaki juga in certain thing, ke aku je macam tu...?? epic fail ! as people always misunderstand yang perempuan tu konon suka that guy but actually she doesnt...she just tries to be nice at the most... and usually, she would treat the guys equally special... and dengan semua orang jugak la pempuan tu kena gosip...apa punya kesian la nasib dia....aku tumpang kesian..
Selain itu, mostly lelaki zaman sekarang bajet hot jer, semua awek dia nak ayat...=.='
Tu baru awek single, belum lagi campur awek orang, tunang orang hatta bini orang...
Awak-awak, mohon pegi kubur kebumi diri sendiri ! * adakah aku sedang mem'bash' kaum lelaki ? :O
Do I actually care ? *mohon jangan ade budak lelaki sesat masuk sini
Then, kecoh-kecoh kata perempuan zaman sekarang murah la apa lahh...
Eh, tumpang cela sikit ye...dah kau yang ayat perempuan macam hero filem tamil tu, mana lah pempuan tu tak cair ibarat coklat masakan dalam pan...?
Entah kan pempuan tu tengah sedih baru lepas break up siang tadi dengan ex dia, tiba-tiba pulak petang tu kau muncul dengan ayat-ayat semanis kurma...
mahu tak confuse pempuan tu, dia patut sedih ke tak ?
yelaa...pasal kau pun nampak kacak lagi dari ex dia.....
haa...jangan tipu lah pempuan takkan berubah hati, I mean sayang sangat kat ex dia sampai tak nak kat orang lain...dusta nista je semua tu...
sometimes, belum break up pun lagi dah ada spare, lelaki sekarang pulak semua awek pun dia nak...
awek orang pun dia nak kebas...nak-nak awek member...fuhh...yang tu jugak la dia nak suka secara diam-diam dan memasang strategi untuk merampas secara senyap...muahaha...*just saying...no offense
And then, if ada perempuan yang does the exactly same thing with these bajet hot guys,
mula lah kata pempuan ni kejam lah, tak berperikemanusiaan lah....lebih berperikehaiwanan lahh...
come on la dude !
what did you give, you would get back !
jadi, usahla saling kutuk-mengutuki kata-mengatai cemuh-mencemuhi...
marilah kita bersama-sama cela-mencelai...eh...nasihat-menasihati....
jaga lah apa yang patut dijaga...
buat lah apa yang perlu demi kemaslahatan bersama...
ingat...atas muka bumi ni...jantina ada dua jer...lelaki dan perempuan....(yang kufur jantina tu tolak tepi lah)
kalau lelaki dah bermusuhan dengan perempuan...dah takde jantina lain lagi bole buat partner...
kan ?
for those yang break up putus di bahu jalan tu, jangan lah bermusuhan umpama pernah kena debik atas pentas WWE, chill je....be friend...jangan musuh...
* as if your ex doesnt bring disaster to you lahh... kalau dia pun perangai nauzubillah tinggal tak kena halilintar je, emm...bawak fikirla...
tapi, kalau dia pun cool je plus bertambah kacak or anggun lagi, janganlah dipermusuhi...perkawankan lah...
*bm woi bm !
oklah...macam panjang ni...meleret-leret...babai...assalamualaikum =D
