Thursday, 18 July 2013

All the way home.....

Hai....
Assalamualaikum....
Cuba teka hari ini hari apa...?
Hari ini hari Khamis........!!
Maknanya dah seminggu saya berada di bumi Malaysia ni.... =D
*haha giler nak jugak mengikut budak tu =.=

so, on that day July 9th, second year batch Stanza Mahabbah pun telah tamat exam.
and petang tu jugak aku plan untuk pindah.
actually a month before, aku dah plan kemas kemas dah.
sebab takut kesuntukan masa....
mahu tidak 9hb habis exam, 10hb malam dah nak balik Malaysia.
dengan nak pindah lagi....unpack barang, kemas molek molek, and before that aku dah cat bilik pun.
bengkak tangan mak nok, padahal cat bilik je, kenapa entah nak bengkak sangat -.-

previous design of the room

my decoration. aku tak kata pun lawa. just aku buat ikut taste aku la. girlish sikit kot haha. *balik nanti kena touch up balik kepala katil tu, aku guna paint spray, tapi sebab kepala katil tu cenggitu keadaan dia, and paint spray tu jenis aerosol, bila spray cecair keluar, so cat tu tak sempat kering disebabkan kepala katil tu dalam posisi begitu and  akibatnya cat menitis ke bawah. haa gitu kau penerangan dia. berbelit belit lagi tak difahami.....

malam. hihi. I loike !

haa ini dia masa nak unpack barang...disaster nauzubillah....tapi in less than an hour kot, I managed to clear up all the clothes.

itulah sedikit kisah tentang perpindahan aku.
barang barang nak balik Malaysia pun last minute baru beli semua.
sebabnya aku busy dengan final exam. and study leave aku memang taknak kacau langsung.
so itula natijahnya, ditambah lagi dengan riot yang berlaku di Mesir started from June 30th sampai bila entah akan berakhir pun aku tak tahu.
Mehla nak cerita sikit kisah riot ni...
Al kisahnya, ada tiga kumpulan besar...
1) Pro Presiden Dr Morsy
2 ) Anti Presiden Dr Morsy ( makna kata lain diorang ni lebih senang dengan pemerintahan Hosni Mubarak yang berjaya digulingkan dua tahun lepas dalam revolusi besar-besaran sampaikan semua rakyat Malaysia di Mesir terpaksa diangkut pulang dalam Ops Piramid)
3 ) Golongan neutral ( golongan neutral ni ada dua puak tamarrud dan tajarrud )
* maaf kalau salah info, make sure cari dulu kesahihan sesuatu input sebelum cakna- pesanan penaja
tapi input yang aku dapat ni daripada Ustaz *alamak lupa nama dia  T.T ustaz tu tinggal kat Mesir ...
ni lah masalah aku nak bercerita tapi lupa....TT.TT

So, ceritanya semenjak pemerintahan Dr Morsy, banyak berlaku inflasi, kadar matawang EGP merosot teruk, pendek kata ekonomi jadi teruklah. plus bekalan elektrik selalu terputus, catuan air, sampah sarap bertebaran serata bumi Mesir disebabkan masalah penyelenggaraan sampah sarap oleh pihak berkuasa.
Ada dua pendapat kat sini, aku tak pasti yang mana benar.
1) Masalah kat atas terjadi disebabkan usaha Dr Morsy dalam mengatasi hutang hutang negara yang bertimbun semasa zaman pemerintahan Hosni Mubarak dulu. So, faham faham jelah kalau dah berhutang dengan Bank Dunia ni, untuk bayar balik, banyak aset-aset negara terpaksa disita bagi melunaskan hutang. Ended up ekonomi negara jadi teruk.
2 ) Kononnya pihak anti-Morsy buat sabotaj bekalan elektrik dari kabel dasar laut dan juga sabotaj dari segi  menaikkan harga barang secara melambung dan lain lain.

and for those reasons, both are acceptable. So, tak tahu mana satu benar. Boleh jadi dua dua pun benar.

Bila dah jadi masalah di atas, golongan neutral (tamarrud) dengan hasutan anti-Morsy pun nak buat mogok/riot/tunjuk perasaan untuk menggulingkan Dr Morsy.
Bukan nak buat, dah buat pun...
Selagi Dr Morsy tak turun jawatan, diorang takkan berhenti buat riot. Sepanjang riot berlangsung di kawasan kawasan tertentu, banyak jenayah dan kejahatan yang diorang ni buat.
Antaranya mencederakan orang di sekitar kawasan riot, membaling mercun/molotov, sexual harassment kepada wanita dan sebagainya.
Sesungguhnya aku rasa annoyed dengan golongan ini, teruk sangat buat bising, dahla time tu musim study leave, nak study pun susah....
Jadi untuk mengelakkan keadaan dari berterusan begitu, Ketua Angkatan Tentera beri notis kepada Dr Morsy untuk turun jawatan dalam masa 48 jam.
Namun, Dr Morsy berkeras...dan pendapat peribadi aku menyokong tindakan Dr Morsy.
Sebab beliau tidak bersalah. Beliau hanya cuba buat yang terbaik untuk Mesir dan negara negara Islam yang lain. Tapi rakyat Mesir tak boleh nak bersabar dan terus terusan menyalahkan Dr Morsy.
48 jam lepas notis keluar, dan rakyat masih tak berhenti buat riot, akhirnya Ketua Angkatan Tentera terpaksa menghadap Dr Morsy dan menggugurkan jawatan Dr Morsy.
Sebak nok masa diorang umum macam tu. Rakyat Mesir; Tamarrud dan anti-Morsy kemain berjoget joget bila dah announced macam tu...siap launch bunga api merdeka lagi.
Sakit pulak hati masa tu.
Suasana hiruk pikuk jugaklah kat area Mara tu, pasal aku duduk situ lagi, dengan mercun sana sini. Dalam hati aku berharap semoga mercun tu meletup kat muka mana mana Tamarrud atau anti-Morsy.

puas hati aku. huhuhu

Then, keesokan hari lepas gugurnya kuasa Dr Morsy, golongan Tajarrud dan Pro Morsy pula bangkit menentang......sampailah ke hari ini.
Dan aku puji golongan ni semasa mogok mereka, diorang tak buat bising pun, rasa syahdu jer tengok diorang berhimpun. Muka pun soleh solehah. Bersemangat.
Tak macam geng Tamarrud lagi lagi geng geng pemuda tu dahla muka macam gangster, hon motor berbalas-balas membingitkan telinga. *okay mengomel.
tapi geram mak tau. eihh.

Marilah kita doakan yang terbaik untuk Mesir. dan juga keselamatan rakyat Malaysia yang masih ada kat Mesir. dan juga rakyat Mesir yang menyokong kebenaran. dan juga segelintir rakyat Mesir yang jahil tu, semoga terbuka la pemikiran diorang.

Okay dah habis bab riot Mesir.
Cerita pasal nak balik Malaysia pulak!!

So, usai kemas barang kat rumah baru, jam 5 petang macam tu gegas balik Mara sebab nak kemas barang yang nak bawak balik Malaysia pulak. and nak buang sisa sisa garbage perpindahan.
lepas buang garbage, segera packing barang...
sebab baru pack then barulah nak timbang bagasi tu.
giler nok, 29.1 kg berat dia. apa ke benda aku sumbat dalam ni yang berat sangat ni....-.-
dahla baggage allowance 30kg jer haih....
*biasanya timbangan yang kita buat lebih ringan berbanding skala timbangan kat airport tu
end up aku keluarkan bagasi kecil yang ada dalam tu....
tinggallah 25.6 kg macam tu.
malam tu around pukul 8.30 malam, limosin pun datang menjemput.
well kali ni aku balik dengan Yaya, sectionmate aku...
actually dia tua setahun pun dari aku...tapi entah, dah terbiasa panggil Yaya jer, so kejanggalan itu terasa bila panggil dia Kak Yaya.

sampai then terus check in. gembira la masuk airport waktu waktu macam tu. tak ramai orang. lengang.
Biasanya, nak scan luggage pun beratur panjang tinggal tak terkeluar je dari terminal tu.
tak masuk lagi pacik pacik arab yang potong line sesedap hati dan perasaan.
selalu jadi kat kitorang sebelum ni. * actually tak yah nak selalu sangat kot. masuk kali ni baru tiga kali depart dari Alexandria Borg El Arab Int Airport tu. =.=

macam biasa.... sebab nak landing nanti keluar dari Egypt, so kena isi arrival form....
and kita dah tahu, nak travel jauh kan so sedia la pen siap siap dalam simpanan....
so aku and Yaya dah selesai tulis form kitorang, datangla mamat arab ni pinjam pen kitorang.
bersilih ganti dia dengan member dia tu, and tahniah la kat member dia yang berjaya membaraikan pen aku. entah cane dia tutup =.=
end up kitorang stuck kat situ. aku pun silap bawak satu je pen, kalau aku bawak lebih, aku tinggal je pen tu kat diorang. hmm :/
naseb boarding lagi sejam, kalau tak hmmm....

maka habis la cerita pen nan sebatang tu....
so kitorang pun tunggu kat gate.

snap sekeping dua. okay dua keping =.= diorang kata aku macam nak gi kenduri...ek..?

around an hour later, kitorang dah diseru untuk boarding.
untuk ke Dubai ni, kitorang naik Flydubai...sebab Emirates tak operate sampai Alex, sampai Cairo jer.
but still Flydubai tu under Emirates branches.
macam Firefly under Malaysia Airlines.....haa gitu....
Although Flydubai is low cost one, but cabin condition wasn't bad.
and usually 3hrs flight dari Alex ke mana mana negara nearby before departing to Kuala Lumpur takde seat tv but not with Flydubai. We got seat tv there.
and lengang giler Flydubai. one row kau sorang. hahaha. plane ni aku yang punya *ketawa kejam
although it was just a three-hours flight to reach Dubai, lama benar terasa.
masa nak dekat dekat sampai tu, fajar pun dah menyinsing.

and to know that local time in Dubai is 2hours faster than Egypt. tulah pasal depart dari Alex jam 12.10am and three hours after that we already got sunrise. sebab kat Dubai dah jam 6.00am masa tu.

landing kat Terminal lain and kena pegi terminal lain. yelaa. macam MAS and Firefly mana sama terminal dia.
*asyik buat perumpamaan kan aku
so we had to catch a private bus to go to that terminal where we would be taking the next flight.
then, sampai kat Dubai International Airport. besaq nok!! jadi jakun kejap.

airport dia style panjang gitu. barang pun best best.

sampai jer serta merta rasa lapar. and kitorang tak puasa pun. musafir katanyahh huhu.

berbekalkan kad kredit yang ada, dapatlah one combo set of chicken royale. maka nikmat Allah swt yang mana kau dustakan. *lap air mata. alltogether dalam AED45/ DHS 45. AED dan DHS tu samalah macam MYR dan RM. nilai matawang Emirati Dirham (AED) pun lebih kurang sama dengan Ringgit Malaysia (RM).

Then jenjalan kejap kat area airport tu sementara nunggu an hour more to board. Naik lenguh jugakla kaki dengan 4 inches wedges tu. tapi apa ada hal aku memang selalu pakai heels... *fenfeeling tinggi sekali sekala apa salahnya :P

aku di tengah tengah daerah airport. =D

Then, sempat la jugakla beli barang sikit, fridge magnet, pen *pen aku kan dimusnahkan oleh mamat arab tu -.-', perfumes, headphone untuk boboy ( kelam kabut shopping kat Egypt lupa nak belikan something untuk boboy, so tinjau la kejap area electronics tu...ended up beli headphone, entah berapa dah headphone dia ada aku pun taktahu :/)......

Habis shopping, terus pergi gate, tapi rasa macam banyak masa lagi, so kitorang pun pegi la charging area kejap nak charge apa yang patut. Padahal dalam flight pun boleh charge.
Seronok seronok online, sedar sedar tinggal 15 minit sebelum berlepas, terkocoh kocoh aku dan Yaya berkejaran pergi boarding gate. dahla mamat jaga boarding gate tu sikitnye kerek. selamat la kena kutuk dengan aku and Yaya.


ni sebelum boarding. aku dan Yaya yang cantik =D

again...both of us...

Masuk dalam cabin kapal, flight attendants Emirates okay la. senyum. and most of the crews are from Asian.  terkejut dok aku bila stewardess buat announcement dalam Bahasa Melayu. jakun kejap kbye.

in flight. muka aku memang takleh nak serius lagi ker. kejam bebudak twitter pegi keji twitcon aku bila aku letak gambo ni. :(

di awan biru.... Seperti biasa, flight besar macam ni memang take time nak tunggu passenger semua masuk. Belum pun take off aku dah terlentok lentok kat situ. hilang keayuan. penat menunggu bila nak take off nya. Bila aku tersedo, dok tang tu lagi tak naik naik. Haih. Tapi takleh nak salahkan jugak dengan passenger berduyun. Anchor tunnel ada satu je. Memang ada satu je pun biasanya. Lagi satu untuk business class.

Akan tetapi dah sampai ruang udara India sampai ke Malaysia, aku dah takleh tido. Angin ke taufan entah, bergoyang segenap kapal.

Lastly after seven hours, maka landinglah di KLIA.
Perasaan fuhh...... happy la babe. takkan sebak lak kan.
oleh sebab tadi kitorang delayed sejam so arrival delayed dalam 30 minutes.
and after that dalam sejam lagi aku kena naik flight lagi sekali pegi Penang.
Bergegas cam tak cukup tanah aku berlari dengan heels tu. Nasib ada skill. Kalau tak jatuh tersembam kat situ.....
Akhirnya berjaya check in. =D
Antara tiga airlines yang aku naik hari tu, memang tak syak lagi Malaysia Airlines lah yang paling kasar take off and landingnye. Tak percaya...? Try la.... haha

Sampai Penang, excited giler la jumpa family ! =D
Hilang segala kepenatan.
Sayangnya Angah takde masa jemput aku... Dia dah kat KMB :(
On the way home, sempat lagi singgah mamak pekena roti canai. hikhik

Okla. thats all regarding my way home.... =')
* Actually dalam plane masa kat Alex lagi, aku dah berfikir fikir, I dont wanna come back here. If only I could do that :/
Yelaa pejam celik pejam celik, these three awesome months will be ending up.
And gotta return back to Alex....
Aku dah cukup gembira kat Malaysia ni.

Okla. Bye. Assalamualaikum.