Tuesday, 5 March 2013

Turkiye 3.0

Done with Turkiye 1.0 and 2.0..
Here I am again for Turkiye 3.0 which means the third day I was in there.... Turkey ~
Hai ! Assalamualaikum...
Macam biasa, bangun pagi, solat dan bersiap...
Yang lainnya cuma satu... I didnt have my breakfast because on the day before, my stomach really got some 'bala bencana'... I thought it was due to the breakfast... seems that my stomach couldnt really tolerate those !

So, at about 8.00 am, kitorang supposed gerak ke Tram Station Sultanahmed... However, agak lambat...
Halfway, terjumpa Saed... nak gerak ke apartment kitorang agaknya... 
Akhirnya, semua gerak pegi Tramway Station Sultanahmed...
Tujuan pagi tu adalah ke Muzium Panorama...


inilah dia tramway station...bersih ! huhu... nampak tak bench dia berbentuk seperti buku....
dengar kata sebagai galakan supaya rakyat dia suka baca buku... 
patut cuba di Malaysia ! supaya rakyat Malaysia rajin sikit baca buku... =P
Tengah nak capture gambar ni, sebab nak nampak clear, so pegi dekat-dekat, sampai lepas yellow line...
tak sedar tram tengah nak datang... kebetulan ada sorang pakcik kat situ.. beriya dia berkali-kali suruh undur belakang, takut tangan terkorban ! tapi, aku cam blur kenapa entah kat situ... nak jugak capture gambar ni !
then, sesedar, tram dah betul-betul lalu depan aku, macam sikit sangat nak terkena tangan... aigoo !
but still fearless... mungkin itu salah satu kesan hidup di Mesir...! Rasa takut seakan hilang dari diri...

Kalau ingat dulu masa mula-mula sampai Mesir, punyalah cuak kalah segala-galanya bila naik teksi pakcik Mesir ni ! 
dia bawak...perghh ! setiap gerakan sekiranya terlambat kurang dari 0.1 saat, kemalangan mungkin berlaku !
*faham kah? faham-faham je lah ye...=P
menyelit sana sini... laju bukan main... kira kalau setakat berlanggar bumper kereta tu, normal la... macam main bumper car !
tetapi, sejak dah setahun lebih duduk sini, bawak je lah macam mana pun pakcik teksi, I believe in your skill of driving ! hoho~
so, perasaan takut-takut tu perlahan-lahan memudar...
nak lintas jalan kat Alex ni pun, bas bapak besar nak datang, selamba jer terus tengok depan dan melintas laksana boss ! haha
then, balik Malaysia hari tu, Mama cuak nak lintas jalan dengan aku... aku tak takut mati katanyahh !
* eh kejap, dah kenapa aku cerita benda ni?? =.=''

So, sambung cerita !
Dalam tram, aku, Baby, Dayah, Jiji and sapa entah lagi sorang... berjaya duduk !
while yang paling aku ingat, Maya and Aishah D tak dapat seat... memanglah aku paling ingat kan... mereka inilah mencetuskan malu yang tiada tolok bandingnya ! *sigh...
bukan diorang yang malu, AKU ! T.T
Betul-betul next stop, tram berhenti, tiba-tiba Maya and Aishah D yang berdiri  kat depan aku rushed ke belakang...
Aku expect dah sampai, aku pun terus meluru ke pintu tram... kalau aku  sorang silap takpe, ini siap ajak Dayah, Jiji ikut turun sekali ! patut  muka Dayah blur je...
rupanya tak sampai lagi, budak bertuah dua orang tu, yakni Maya dan Aishah D, gegas nak ambil seat rupanya... aku sangka diorang rush nak turun ! *okay malu... 
kembali duduk, aku nampak Baby pun baru nak duduk... rupanya dia menjadi mangsa terpengaruh dengan ajakan aku... hahaha *ketawa kejam...
naseb Saed je ada situ ! huhuhu
buatnya ada Nabhan, mungkin selamat aku kena bahan... tapi dia takdelah kejam macam tu... mungkin lah mungkin =P

so, akhirnya sampai... disebabkan malapetaka tadi, aku menjadi teragak-agak nak turun...huhu

view area muzium Panorama...


lagi pemandangan =D

so, kitorang pun masuk !

interior view....
aku sebagai seorang yang bukan pencinta sejarah takdelah masyuk sangat bila Saed bebel-bebel cerita pasal sejarah Uthmaniyyah segala ni...
serius ! rasanya dulu masa SPM kalau ada option whether to learn Sejarah or Geography, akulah calon pertama Malaysia yang angkat tangan untuk Geography... minat Geo ! sangat...
tapi adalah jugak ingat sesikit... kalau tak sia-sia aku tadah telinga kat situ... keluarnye zero~ huhu

jadi, agak penuh bersejarah jugak waktu tu... halfway, kena naik atas... naik tangga..
adakah patut Saed suruh tutup mata...! dah macam mana nak naiknya.. tak naik jugak jawabnye...
konon-konon surprise! macam Eric Yong lah tuuu~ hehe
so, sesampai kat atas... memang suprise! betul... 
it was like masa Uthmaniyyah nak bukak Constantinople dulu! masa nak serang masuk...
diorang buat betul-betul macam tu.. dengan drawing nye...dengan lightining nye...dengan bunyi bom nye... wah ! 

meriam...

lukisan dia nampak real ! sometimes, cuak pulak duduk atas tu... buatnya orang-orang dalam lukisan tu tiba-tiba hidup, tak ke dibomnye kitorang yang tengah pose ambil gambar kat situ ! huhu...
jauh beno mikirnye aku ni~ ingat Night in the Museum ke? =.='

konon-konon sebahagian dari tentera perang lah tuu... bolehla jadi isteri Alfonso de Albuquerque...
kejap, Alfonso serang Melaka kan? dah kenapa dia wujud zaman Uthmaniyyah pulak ?! tahniah la faezah ! sejarah kau memang terbaik dari ladang laaa~ -.-

so, turun bawah balik sebelum lukisan tu hidup...! untuk lebih jelas, ini adalah replika kejadian alam kat atas tadi tu... kitorang duduk dalam bulatan in the middle.... rasa macam time tu... aku ada masa pembukaan Constantinople tu... kreatif lahh ! 

then, dah puas hadap sejarah kat situ... kitorang pun keluar...
sebelum tu, stopped by souvenir shop dia... dapatlah fridge magnet sekeping... 
aku tak rasa Mama berkenan dengan fridge magnet tu... sebab gambar perang-perang... huhu
takpelah Mama... keep calm and stick it on the fridge~

sudah keluar ! aku dan baby~ alamak...lightning dahsyat dowh....salah edit lah ni.. hmm... biarlah...malas nak reedit..  ><

air pancut...! tengok tu... cantik tau...bersih ~

lagi air pancut !....

well.... aku melompat... inilah first time dalam hidup aku, aku ambil gambar melompat macam ni ! ><

Then, Saed pun called... supposedly, kitorang spent 15 minutes je kat sini... 
akan tetapi, selalu terlajak... biasalah tu...huhu... perempuan+ kamera+ pemandangan lawa + takde orang !

Then, kitorang gerak ke Miniaturk... by van this time...
Naik melecet kaki aku berjalan dua tiga hari tu... tetapi berbaloi lah jugak... turun berat badan aku ! hihihi

sesampai kat Miniaturk... aku captured most of the photos ni pakai pinky Galaxy Note aku jer...huhu... dengan pinky Nikon tu adalah kot beberapa kali... huhu... kesian awak Nikon.. tak guna awak sangat.. I am sorry... = (
lepas ni, kitorang akan turun dari tempat aku bergambar ni... dengan berbekalkan pas masuk dan azam yang kuat, maka kitorang pun hadap lah replika tu sesatu... fungsi pas masuk? bila sampai kat sensor berdiri macam radio dalam cerita Teletubbies tu, lalukan pas masuk, maka berkumandanglah suara pakcik mana entah yang menerangkan tentang setiap replika di situ... semua suara pakcik, kecuali replika boy school,  suara awek kedengaran... hamboihhh ! =P

cantik weh cantik ! wuwuwuwuwu ~ 


ce teka kenapa aku melutut ? sebab.... aku gayat ! hoho... takdelah... ingat nak lompat jugak atas ni....!
tapi, karang putus tali jambatan tu, tak ke aku yang nak menenun tali tu balik sampai lewat malam? so, tak payah lompat... tak payah!

pepatah Melayu ada mengatakan... jauh perjalanan, luas pemandangan...
tukar sekarang tukar !
jauh perjalanan, sakit kaki, so duduk lah anda! huhu.... 
ni aku dan Jiji.... kat fakulti, tak pernah pun cakap dengan Jiji... tapi jaulah ini berjaya merapatkan yang renggang ! itulah untungnya trip dengan random people...=D *senyum lebar

so basically, Miniaturk adalah sebuah tempat di mana mercu-mercu tanda di Turki ditempatkan...
Haa... tolong jangan fikir diorang angkut Hagia Sofia pakai helikopter then, campak kat sini...
ini semua adalah replika...! 
eh, tapi still aku kagum... betapa cekalnya engineers dan architects duduk bersimpuh atas lantai sama-sama dirikan replika benda-benda ni ! goshh... daebak !

Penat berjalan, ended up naik atas balik...
aku menerpa ke kerusi urut masukkan coin 1 TL... kerusi urut pun urutlah badan aku... hoho

Then, destinasi seterusnya, Masjid Eyup..
Before that, kitorang lalu kat kawasan perkuburan Turkish... tak nampak macam kubur pun... lawa lagi adalah ! hoho

ini Saed memberi penerangan sesampai kitorang kat sini... 
Haa...masa tengah tangkap gambar ni, aku molek je duduk tepi kubur jenazah mana lah entah...hoho...
sekali, Saed bagitahu belakang tu kubur, terus aku bangun...
tapi, bukan bangun sebab cuak, bangun sebab tanda hormat...! *padahal duduk balik lepas tu =P
tak berapa nak cuak sangat lah sebenarnya sebab kat Mesir hari-hari hadap mayat...huhu

beginning of journey yang bakal menyakitkan kaki...huhu...

Then, lepas posing-posing kat sini, kitorang pun menuruni alley yang kanan-kirinya adalah kawasan perkuburan Turkish... diorang lebih kurang macam Chinese! kubur area lereng-lereng bukit... tak pasti apa sebab dia.... lupa nak tanya... huhu... 
tapi cantik dan bersih jer diorang jaga kawasan perkuburan tu...
tapi musykil, macam mana mereka boleh bawak jenazah tu turun lereng bukit tu ye? dahla tangga muat-muat jer... *smirking

so, setelah segala jerih payah dengan kaki yang melecet teruk, aku pun berjaya sampai ke Masjid Eyup ditemani Maya...

so, lepas solat... singgah Divers for lunch !

ni dia makanan... apa nama dia ea? please jangan kata lupaaa T.T.. haa... Diver Tabagi ! 
Harga adalah dalam 12 TL sepinggan... kalau convert duit Egypt, dah boleh makan restoran mewah kat sini...
" kalau kat Mesir, kitorang dah boleh makan restoran mewah dah !" Hash...
" haaa? makan restoran ?" Nabhan... bendul nye la hai... makan makanan restoran lahh...! ingat kitorang Hulk apa nak makan bangunan...adoyaii ! biasalah tu, budak medic ni suka nak shortform kan semua benda...hoho

as usual... a cup of tea after meal... cute-cute jer dia letak dua ketul gula batu kat situ ! tak cukup brader tak cukup ! macam aku, aku perlukan lebih kurang 5 ketul untuk menstabilkan rasa teh tu... kelat dowh !
bila duduk sini rasa heaven jer semua benda kecuali part yang ni, kemungkinan bakal kena diabetes mellitus sebab letak gula banyak tak hingat ! huhu...

lepas makan, kitorang pegi makan Turkish Ice cream... Aku suka rasa dia.... wuwuwuwuw !
tak faham kenapa segelintir tak berapa suka.... ><

Then, pergi ziarah Makam Abu Ayub Al Ansaari ... 
and nampak bayi-bayi comel di situ...!
seperti lelaki-lelaki kacak yang bersepah-sepah, bayi-bayi comel juga taknak kalah bertebaran di serata bumi Turkey ni...technically Istanbul laa~ 
comel weh comel...! 

selepas itu, kitorang pergi Masjid Fatih... ini area sekitar dia... 

ini dia Masjid Fatih... segak tampan bergaya ye =D

okay ! kenapa gambar ni besar? sebab nak tunjuk ada telur ostrich di antara lampu-lampu yang bergemerlapan itu ! 
tapi di manakah telur berkenaan? tak nampak pun ! huhu... apa kau tangkap ni faezah?

haa....sanggup aku crop gambar aku demi nak menunjukkan telur ostrich tu ! 
ye... yang kaler hijau tu telur ostrich yang telah diwarnakan.. tolongla jangan ingat sang ostrich tu bertelur keluar telur kaler hijau ! huhu
function tetiba telur ostrich tu menempel di situ adalah untuk halau labah-labah dari buat sarang dan ada juga mengatakan untuk menambahkan nilai akustik... aku tak faham apa-apa pasal akustik dan kaitan dia dengan telur ostrich ni ! huhu... * actually input from Saed via IM

Masjid Sulaimaniye...

aku di masjid tersebut... tudung seringkali terbang ditiup angin... masa naik Bosphorus nanti, lagi lahh !! 

Then, lepas ni... kitorang menuju ke Grand Bazar...
Grand Bazar adalah tempat di mana kitorang boleh bershopping barang-barang Turkey...
Harga not bad... negotiable !

ini adalah antara barang-barang yang dijual... 
souvenirs macam T-shirts, decorated bowls and plates, fridge magnets, keychains, bags, lamps, Turkish Delight...etc !
Hujung dia ada Spices or Egyptian Market... jual barang-barang seperti makanan....

actually, aku tak berapa faham sangat kenapa muka aku macam nak cari gadoh...huhu...
ni kalau abang long kawasan nampak muka aku ni, dapat lah kot naik pangkat jadi kaklong kawasan...
*konon muka garanglah...=P


and sebenarnya, In Team the nasyiders tu join sekali kat Grand Bazar.. takdelah join sekali.... 
tapi ada lah kat situ....
boleh pula tengah khusyuk beli barang, tetiba semua member trip aku lesap !
mesti korang ingat aku akan kelam kabut, nervous bagai kan?
ternyata tidak... aku rileks je umpama Grand Bazar tu kawasan aku...hoho...
actually, sebab Saed passed phone kat aku untuk memudahkan komunikasi antara seorang pemandu pelancong dan sekumpulan pelancong... jadi, apa-apa pun boleh call...hoho..
so, called Saed was the only alternative left... sebab kalau nak bertanya dengan orang sekeliling karang, body language pulak lah aku... aku tak reti Turkish, dyorang tak berapa reti English...

Saed pun kasi direction, jalan terus, masuk kanan, then masuk kiri !...
entah kiri mana aku masuk, aku pun tak tahu... 
tetiba nampak Saed laju je meluru melepasi lorong aku salah masuk tu...
then, I was saved ! hoho... thanx Saed !
Tapi, dahsyat lah jugak kan... aku membuatkan In Team menunggu aku...
bebudak ni semua nganjeng aku pulak... adehh...

Then, picture above was after they bought their dinner... yang tengah tu Hafiz rasanya nama dia... cakap boleh tahan banyaknye... dalam gambar tu nampak lah jugak kemesraan terjalin antara Aishah D dan Hafiz tu... hahaha... =P
siap Aishah D kena bahan dengan aku dalam whatsapp malam-malam tu juga... hehehe...

Lepas tu,kitorang pun balik lah... completed the schedule of third day...!
Then, nak balik pun, nak jugak kena si Saed tu meneman... dah terbiasa dah sebenarnya kat Egypt ni, keluar malam harus bermusyrif... so first night masa kitorang melilau kat sana, cuak jugak sebenarnya... sebab keluar sendiri... 
And kat Turkey boleh relax je letak handphone, dompet segala bagai dalam poket seluar mahupun winter coat... kalau kat sini? tak payah borak banyaklah... letak dalam beg pun belum tentu selamat... nauzubillah !
And sebab Saed kena teman kitorang balik... si Hafiz tu kata kitorang macam baby... balik nak berteman... 
Alaa...kitorang pempuan kot...=P

Oklah... that's all... Ya Allah...baru selesai Turkiye 3.0... ada lagi 4 posts... sodaqallahul'azim...
okay...nyte ! May Allah saw bless everything we do in life...
Assalamualaikum...