SITUASI 1
Suatu ketika dahulu...klinik ape ntah name die tak hingat pulak aku.....
Kelihatan seorang wanita disorong keluar dari operation theatre selepas menjalani D&C (dilatation of cervix)
Beliau merupakan Puan Mama...
Angah : Along along bangunlah !! Mami dah keluar !! ( suara esakan angah )
Aku terpisat-pisat menggosok mata setelah tersedar dari lena yang nyenyak...
SITUASI 2
Ketika itu Puan Mak Usu menjalani bypass di IJN kira-kira 4 tahun dulu....
Puan Mama dan Encik Pak Usu berlegar-legar kerisauan di luar operation theatre sebab dah lama sangat Puan Mak Usu tak keluar-keluar lagi... sebab bypass ni paling lama pun 45 minit gitu jer... tahukah anda bypass adalah antara pembedahan kecil yang paling cepat dilakukan.?? .hanya sekitar 10 minit...
Encik Pak Usu kadang-kadang menjengah tingkap kecil pada pintu operation theatre...
Aku pula dah tidur tadi sebab pakcik mana ntah bising maka aku pun terjaga... jadi aku hanya tersandar blur tanpa perasaan kat situ...
Setelah dua situasi yang aku kira tegang jugak sebab melibatkan dua orang wanita yang paling aku sayang atas muka bumi ni, aku menjadi confuse, keliru dan pening sama ada aku seorang yang kurang perasaan atau tiada perasaan ?? -____-
Dahla tidak berperasaan siap tidur nyenyak lagi ??? aigooo ~~~
orang kat dalam berperang nyawa, aku kat luar berperang mimpi...
acano nak jadi doktor kalau dah gini...??? :OOOO
risau lah aku macam ni....
kenapa aku kurang beremosi ??
adakah aku kekurangan sesuatu hormon seperti adrenaline dalam badan ? :O
Tapi benda lawak mudah jer aku gelak guling-guling...
bila part benda sedih, lambat sikit aku nak respons....
beberapa ketika baru aku tersedar, kenapa aku tak sedih dan menangis ? =..=
dan pulak bila dah sedih, susah pulak menangis... sedih tu sedih... airmata tak keluar...susah...
tapi bila tengah sakit hati, perghh !! laju tak menyempat-nyempat air mata menderu turun...
aku sendiri pening dengan diri sendiri tambahan lagi orang lain.... !!
contoh lain, bila mood tengah bahagia, suasana pun kondusif...,
bukan main meriah ramah tamah lagi aku tegur semua orang...
dan selalunya orang-orang yang berkenalan dengan aku masa mood aku baik,
akan anggap aku seorang yang periang, peramah, banyak cakap, dan quite funny...
akan tetapi, bila mood tengah sedih ataupun moodless ( moodless bukan macam moody tu, ia suatu keadaan di mana hati tengah kosong), suasana pun muram durja,
aku jadi pasif sepasif pasifnya....sangat opposite !
dengan kawan aku selalu menggila pun belum tentu aku nak ajak bercakap....
orang-orang yang berkenalan dengan aku masa ni akan mendakwa,
aku sangat pendiam orangnya...
nak advance, ada jugak yang kata aku sombong, budak bandar ( kononla )
ada sesetengah orang, eh tak... kebanyakan orang,
yang kita boleh tahu character dia melalui cara layanan dia terhadap kita yang paling dominant,
contoh, bila si Joyah ni orangnya periang, dengan siapa-siapa pun periang dan sepanjang masa,
kalau dia tak periang certain time tu, boleh agak la dia tengah moody...
but me ??
50-50 !
kadang-kadang jugak, aku tengah-tengah moody boleh melawak,
kadang-kadang, tengah gembira boleh mengamuk !
unpredictable...
aku pun selalunya tak tahu aku rasa apa certain time tu...
apa kena la dengan hormon aku...aduss ~
aku seorang yang kurang perasaan dan mudah berubah perasaan ~
haa !!
itu dia kata putus...
eih....aku berharap aku takkan kenal siapa-siapa yang character dia macam aku !!
dahla annoying, complicated !!
huhu....pendek kata, kesian future husband aku.. pasal yelaa... manusia tu pun la yang nak hidup lama dengan aku ye dok...?
mama abah adik-adik tak kira lah pasal they know me well...
lagipun depan diorang aku riang jer jarang sedih...
depan orang lain ni yang selective sikit....
hmmm
btw, twillight breaking dawn 2 dah keluar panggung,
aku nak sangattt gi tengok !!
tapi aku mana pernah masuk panggung pun sebelum ni baik Malaysia ataupun sini,
so....rasa sayang pulak nak pecah rekod ! aduyaiii ~
okla...wanna sleep... !
