Saturday, 10 February 2024

Love Story Part 2

 Assalamualaikum

Hi!

Harini aku nak cerita balik kenangan aku and Dzul Alimin dari awal pertemuan sampai sekarang. Tujuan supaya esok-esok nanti boleh baca and kenang semula. Memori malar segar kat sini, kenangan aku zaman study pun masih tersimpan kat sini and it's fun to read back.

Cerita dia aku first jumpa Dzul Alimin masa first day of life of housemanship. Medical Dept adalah first department aku. And apparently second posting untuk Dzul Alimin. Kitorang ditakdirkan terjumpa di koridor AE masa tagging, clerk patient. I was so damn clueless, nak clerk case pun aku tak tahu wei! Blur gila! Aku tengok patient, patient tengok aku. Kemudian, dari tempat aku berdiri bersama kertas continuation sheet kosong dan pesakit yang hanya mampu terkebil-kebil, aku nampak seorang lelaki, tinggi, Chinese look pakai spectacles square border hitam yang kebetulan tengah mengintai aku. 

'Oh dia ni mesti tahu apa nak buat' Aku pun pergi ke arah dia. 

'Wei, sorry aku first day first posting aku tak tahu macam mana nak clerk case.' Dia pun tengok muka aku dan macam dah dapat agak, terus kitorang berjalan beriringan pegi kat patient yang terkebil-kebil tadi.

Dzul Alimin pun tunjuk ajar macam nak clerk case, apa yang nak kena tulis, apa yang nak kena tanya patient, macam nak examine patient, darah apa nak ambil, apa nak plan. Aku pun tulis la dengan tekun lagi gigih. Tulis sambil dengar apa plan yang Dzul Alimin cakap. Sebenarnya, sambil-sambil clerk tu, ada dua kali macam tu tangan aku terlanggar lengan Dzul Alimin (dia jenis pakai long shirt dan akan lipat sleeve shirt dia sampai bawah siku). Bila terlanggar tu, aku nampak Dzul Alimin turunkan tangan dia ke bawah dari cardiac table tu. Wah jaga jarak juga ye. Entah kenapa dalam hati aku terdetik, 'entah-entah dia ni jodoh aku.' Tapi detikan hati tu terus terpadam bila otak aku fikir takkan la macam ni single. Aku pun teruskan tulis. Lepas dah siap, Dzul Alimin pun pegi kat patient dia balik sambung clerk. 

Datang la si Dr Goy MO oncall haritu. Dia tak garang tapi suara dia deep betul jadi kedengaran scary. Aku pun introduce diri aku and bagitahu aku first day first posting, Terus dia suruh aku panggil senior. Haha kena reject. Mungkin dia nak cepat. Aint nobody got time to teach a blur houseman. Then, aku pun panggillah Dzul Alimin. Dzul Alimin pun datang la. Hujung-hujung, Dr Goy tengok case tu dengan Dzul Alimin. Lepas tu aku pun chow pegi dengue ward. Tinggal Dzul Alimin dengan Dr Goy. 

Lepas tu aku tak jumpa dah Dzul Alimin sampai la akhirnya aku offtag dan night shift solo aku yang pertama. Nervous gila wei! Sebab basically zero. Kebetulan dalam satu isolated room tu, ada satu patient RVD yang labile, kejap-kejap ngamuk. Ceritanya kitorang nak insert branula nak start bagi ubat kat dia. Kawan aku sorang kena debik dengan dia. So, petang tu aku masuk shift dan kena insert branula kt patient tadi. Kebetulan, Goy juga yang oncall malam tu. Aku gitau aku first solo night malam tu. Dia suruh aku panggil senior utk bantu insert branula. Aku keluar pegi kaunter nurse tengok Dzul Alimin baru nak bangun nak gerak balik. Lalu aku pun menahan dia daripada balik and minta tolong dia sama-sama insert branula kat patient. Ada dekat 10 kali dia attempt memang line susah patient tu. Goy pun try tak dapat. End up kitorang pun blah and decide untuk insert branula next morning.

 Then lepas dah balik dia whatsapp aku pesan ada satu patient nak buat HD malam tu. Then that s all la.

Kat medical ada la beberapa kali encounter dia tapi kitorang takde berbual sangat. Tu pun ada dengan ramai kawan-kawan. Tapi among malay houseman masa tu, dia quite good looking la pakej dengan tinggi dan kulit cerah.

Akhirnya, walaupun banyak senior-senior aku yang masuk awal daripada aku, aku discharged daripada medical tu on time. Dzul Alimin pula kena extend sebulan. Sebab time diorang specialist in charge houseman strict gila. Time aku specialist tegas tapi jenis kasi chance. 

So, next department aku masuk surgical dept. Tak lama lepas aku masuk, dalam seminggu macam tu Dzul Alimin pula masuk surgical. Kitorang ada la sekali bertembung nak buat case, sebab surgical nak offtag, kena assist beberapa operation dulu baru boleh buat assessment untuk offtag, Masa kitorang tengah scrub, aku cakap kat Dzul Alimin, boleh tak aku nak case tu? Dzul Alimin okay je dia bagi kat aku. Hihi. Masa kat surgical Dr Nabil pulak yang asyik mempertemukan aku dengan Dzul Alimin. Lepas dah offtag dalam 3 bulan macam tu, aku dengan Dzul Alimin dapat rotation sama iaitu cover peri. Kat sini lah kitorang start rapat. Tapi rapat tu bukan sebab memang aku nak merapati dia, bukan! Aku sebenarnya nak melarikan diri dari seorang floating MO, Dr F yang nampak macam nak mendekati aku, tapi sebab dia asyik dok tengok fon, aku syak dia ada banyak girls ( busy guy ). So, nak ngelak dari didekati oleh dia si kasanova, aku pergi mendekati Dzul Alimin. Ceritanya masa tu, peri ada 3 HO lelaki, tapi Dzul Alimin je single huhu. Yang lain dah kahwin, takkan nak ngendeng dengan yang dah kahwin. 

Ada time, Dr Nabil nak ajar kitorang untuk off chest tube. Ingatkan nak ajar aku je, dia suruh aku cari Dzul Alimin. Dia nak ajar sekali. Tapi ceritanya, Dzul Alimin dah pandai off chest tube, aku je tak reti. Udah masa off tu, aku diajar oleh diorang berdua dihimpit oleh dua2 orang ni sebab nak menyelamatkan chest tube tu. Aku dah terlanggar-langgar dah badan si Dzul Alimin masa tu sebab si Nabil pun nak mengendeng kat situ. Huhu.

So, masa tu ada la jugak benda-benda yang aku minta tolong Dzul Alimin, dia tolong and ikutkan je semua. Antaranya, nego untuk dia cover ICU so that aku boleh tengok referal dengan Dr F (masa tu aku crush kat si Dr F tu tapi crush tu crushed haha sebab macam dapat detect dia kasanova walaupun tak sure betul ke tak sebab aku tak pernah confront dia. Anggap jela takde jodoh.) Lepas aku dah start distant diri aku dari Dr F, makin rancak la aku selalu ajak Dzul Alimin teman aku pegi SOPD, pegi kantin semua benda la, sampai kawan-kawan and MO pun dah start syak kitorang ada something. Tapi tak, sebenarnya aku cuma nak mengaburi mata orang supaya aku tak diganggu MO (ada seorang MO tak habis-habis ngendeng mengganggu aku tapi sebenarnya dah kahwin) dan MO-MO lain yang nampak macam nak naik bulu. (Pulak masa tu aku single, aku broke up dengan ex aku yang aku kenal kat PTM sebab dia kantoi ada perempuan lain). Kiranya, Dzul Alimin ni jadi close male friend aku tapi dia tak sedar pun dia dipergunakan.

And asal bibit-bibit kitorang mula rapat, sebab satu hari aku check on whatsapp profile pic dia sebab aku wonder dia pakai picture apa warna oren macam lobak. Rupanya tu gambar dia dengan shoulder length hair pakai baju warna oren main gitar dan coincidentally aku pernah tengok seseorang mamat guitarist main dalam show dengan showmanship power masa study kt Alex. Memang sampai sekarang performance brother aku ingat. Sampai kawan-kawan aku jerit. 'Abang baju oren , we love you!!!' 

Bila aku confront Dzul Alimin dia taknak mengaku, tapi end up dia mengaku jugak! Sambil sengih-sengih malu. And it makes sense sebab Dzul Alimin grad Al Azhar.  Kiranya the very first time aku nampak Dzul Alimin bukan kat AE Koridor tapi kat Alexandria Battle of The Band circa 2015.

Kitorang masa jadi rapat tu banyak spend time together, all the time pegi cafe makan sama-sama, aku pegi SOPD pun dia ikut, pegi tengok kes-kes kat mana-mana pun tengok sama-sama. Sampai Dr F tu perasan kitorang rapat, tapi dia pun sibuk juga merapati. Kitorang peri akan create group oncall dengan MO oncall setiap hari so that any referal akan di post dalam group tu, and kitorang HO akan pegi tengok patient dulu. Satu hari tu, masa F oncall, dia post dalam group apa referal dia dapat, aku PM tepi Dzul Alimin suruh dia pegi tengok then dia reply dalam group dia akan pegi tengok kes tu. Tapi tak lama lepas tu, F PM tepi aku ajak aku pegi tengok kes tu. Anyhow, bukan F main character dalam cerita ni.

Satu hari, masa aku, Dzul Alimin dan F tengok case, tiba-tiba ada seorang member HO ni pegi usik-usik aku dengan F dok kenen-kenen. Aku macam biasa la feelingless. Tiba-tiba Dzul Alimin chow tinggalkan kitorang. Aku fikir takpela maybe ada something came up. Lepas dah habis tengok case tu, aku keluar dari AE dan nampak Dzul Alimin tengah lepak kat depan AE dengan seorang mamat HO jugak. Aku tegur la Dzul Alimin, tiba-tiba dia melenting ' Pergilah tengok kes tu!' Aku rasa pelik tapi aku tak layan sangat lah sebab aku pun macam tak faham kenapa dia nak melenting, bipolar ke apa. Padahal kitorang sebelum tu okay je boleh gelak-gelak mesra alam riang ria raya semua. Lama jugak baru dia muncul balik, masa tu kitorang tengah nak suture dahi seorang patient di medical ward. Aku pun tak tahu macam mana dia tahu kitorang kat situ. Macam angin je tetiba dia hadir di bilik treatment tu. Then, kitorang OK balik. 

Sembang pasal kemusykilan macam mana Dzul Alimin tahu keberadaan aku, aku teringat ada satu hari aku tengok kes referal di wad 5 medical. Aku tengah nak PR patient. Sebelum tu aku bagitahu la aku kat wad 5 tapi tak specific di mana. Luas juga wad tu dengan banyak patient. Tengah-tengah aku PR patient dengan langsir bertutup di subacute, tiba-tiba Dzul Alimin muncul. Pastu jadi mangsa suruhan aku untuk PR patient sebab patient lelaki. Sampai sekarang aku lupa nak tanya macam mana dia tahu aku kat situ.

Then, ada lagi kisah di scope room, tengah flush blood kat patient, aku tukang tarik and flush blood guna syringe, Dzul Alimin dengan apron terkena darah patient, sambil hold patient in position untuk OGDS sambil tolong turn three way untuk memudahkan aku flush. Dalam emergency situation pun sempat kitorang bersweet-sweet kat situ. Aku syak MO and surgeon perasan je, sebab lepas tu Nabil suruh Dzul Alimin pegi tukar apron dia yang terkena darah, then Nabil take over position Dzul Alimin tadi. Pastu ada lagi time Nabil usik kitorang sebab masa tu geng-geng MO ni ramai-ramai tengah turun dari atas then ternampak kitorang jalan berdua baru lepas makan. Pastu Nabil whatsapp 'Kalau tak makan lagi pegi la makan. Ajak Alimin sekali. Tapi kalau dah makan berdua tu, tak payahla pegi makan lagi' Ngeng betul!

And then, ada hari Fareez dan F oncall, Fareez bila nampak aku dengan Dzul Alimin memang dia akan mengusik. Lepastu dia cakap ' Amboi sampai blushing-blushing muka!' Aku ingatkan ditujukan kat aku. Mana ada aku blushing padahal. 'Bukan hang Faezah, ni si Alimin ni!' Sekali aku pandang Dzul Alimin tengah tunduk sampai pipi merah. 

'Eh kau dah pehal pulak...' aku cakap dalam hati sorang-sorang. Takkan kau pun nak ada hati kat aku jugak? Lahhh letih! Lepastu aku okay je dengan Dzul Alimin cuma ada rasa tak best sikit bila fikir ada risiko yang mungkin dia ada hati kat aku pula. Sebab masa tu aku takde hati dengan dia, aku cuma rasa sunyi dan keseorangan. I need a friend. 

Then, the other day masa aku tengah review patient, sambil-sambil aku review patient, sambil aku terfikir pasal F. Sebab the day before, F tetiba half confess perasaan dia, tapi aku macam dah takde perasaan kat dia and aku rasa dia perlu bagi effort lebih untuk aku suka dia. Dah habis review patient kat ICU, aku pergi kat kaunter nurse nak baca CT scan report patient, tiba-tiba Dzul Alimin datang tegur aku dengan mesra dan datang ke sebelah aku nak duduk sebelah aku. Aku hai dia dan terus bangun dengan laju macam nak mengelak sikit. Not long after that, aku pegi UK convo adik aku. Aku macam tiba-tiba rasa dilema tanpa sebab. F yang cuba nak confess tapi takde apa-apa pun dia buat lepas tu, dan aku yang asalnya nyaman berkawan dengan Dzul Alimin tapi bila dia macam nak mesra sangat tu, aku jadi terbantut. Huhu.

Towards the end of posting tu, aku nak kena isi mycpd tapi tak reti, aku pun whatsapp Zulyana tanya tapi kena palau wei member busy tengok case. Aku tengok dalam jadual Dzul Alimin yang sama-sama night shift dengan aku, aku pun call dia tanya macam mana nak buat. Dia pun ajar lah aku dengan tekun nak tekan butang mana apa semua sampai berjaya. Lepas tu aku cakap thanks kat Dzul Alimin tapi pastu dia reply, thanks je? Belanja la. Then dia ajak pegi 4fingers dalam banyak-banyak benda itu dia nak makan. Dia ajak on the day itself tapi aku malas so kitorang pegi post night shift keesokan harinya. Yang kelakar ada kes nak kena buat clinical post mortem the next day, and MO oncall masa tu ajak Dzul Alimin pegi buat dalam pukul 9 pagi. Kitorang berdua dah upset sebab kitorang dah plan post night je terus keluar. Tak ingat macam mana tapi Dzul Alimin managed to escape and kitorang akhirnya keluar berdua pegi Queensbay mall.

Masa lepak banyak la jugak benda aku cerita kat Dzul Alimin termasuklah cerita aku diganggu MO surgical dan kisah cinta aku yang berantakan. Dzul Alimin okay sangat attentive despite kitorang berdua mengantuk post night. Dzul Alimin actually orangnya agak mysterious, not much of a talker, firm bila perlu dan agak kasar cara dia. Tapi bila dah lepak dengan Dzul Alimin, barulah nampak side dia yang soft, attentive and kind of totally opposite dengan apa yang dia portray kat hospital. Then dia drive hantar aku balik hospital, aku siap dah terlena tapi aku terdengar dia cakap 'Alahai dah layu dah, kesian letih' Dia offer nak hantar aku balik rumah, but i think thats inappropriate since kitorang pun kawan je. 

Then next days, kitorang berkawan macam biasa sampai lah aku end of posting, saying goodbye to Surgical Dept. Dzul Alimin masih di surgical berbaki seminggu macam tu. Lepas surgical, aku start third posting, orthopaedic. Walaupun aku kat ortho, Alimin kat surgical, ada hari kitorang still makan kat cafe sama-sama. Sampai lah satu hari, aku confess kat Dzul Alimin sebab masa tu aku dah rasa serasi dengan dia, dan rasa suka tu dah mula datang.

' Actually, ada benda aku nak bagitahu kau.'

'Tell me baby.' (ni lirik lagu bukan dia panggil aku baby)

'Takpela, maybe kau tak ready'

'Then, where and when I'll be ready?'

.....

'Like you more than a friend'

Masa tu aku tengah mandi, so aku lambat sikit baca reply daripada Dzul Alimin. Aku confess sebab pertama-tamanya aku nak lepas rasa bebanan menyimpan perasaan dan actually tak expect anything in return. And actually aku okay je untuk kawan lagi dengan Dzul Alimin kalau pun dia tak suka aku. Sebegitu matang dan botherless nye aku. Sebab dah banyak in relationship dan dah beberapa kali broken heart jadi dah takde perasaan sangat. Lepas dah habis mandi, aku buka phone dan baca reply Dzul Alimin.

' I do share same feeling for you'

Aku pun woah tapi dalam hati boleh pulak aku rasa ' eh alamak dia suka aku la pulak.'

Then, kitorang pun masuk ke stage seterusnya; in relationship.

Kitorang bercinta 6 bulan sebelum Dzul Alimin hantar rombongan meminang dan bertunang.

Bila ingat balik, it was really fast.

Anyway masa tu umur aku 27 tahun, Dzul Alimin 29 tahun.

Cerita masa in relationship. Our relationship was the best relationship I've ever experienced. Walaupun Dzul Alimin nampak macam tiada perasaan, tapi masa bercinta dengan aku dia memang all out.

Kitorang start bercinta masa aku kat Ortho, Dzul Alimin O&G. Memang selepas tu, kitorang dah tak pernah dapat department sama. Agaknya Tuhan mentakdirkan department kitorang sama sampai lah kitorang dah start bercinta, lepastu terus tak sama department dah. 

Dzul Alimin akan selalu hantar aku balik rumah. Hospital dengan rumah aku ada la dalam 10km. Rumah sewa dia dekat dengan hospital dalam 5 minit drive je. Tapi dia sanggup hantar aku ke utara away from his rental house. Most of the days okay. Tak kiralah aku AM ahift ke, PM shift ke, postcall ke. Kalau waktu tu dia tak kerja, memang dia akan ambil aku dari hospital and hantar balik rumah. Kitorang akan singgah kat restoran/cafe dia bagi aku makan dulu, then dia akan hantar balik rumah. Ada hari dia baru balik kerja pun dia akan bawa aku jalan-jalan kat area island. Kena pula esoknya dia PM shift dan dia okay je.

Kitorang selalu juga request off day hari yang sama supaya kitorang boleh keluar dating. Memang all out la dating. Aku sebelum ni teringin nak jalan-jalan kat island sebab aku selalu tak sempat nak pegi dan aku takde kawan nak pegi. So bila start dating Dzul Alimin, dia akan selalu bawa pegi island. Ada yang dia bawa aku tengok sunrise kat Penang Hill. Pukul 5.00 pagi okay dia bangun siap siap dan ambil aku. Begitu A sekali effort dia!

Bab makan semua jangan cakaplah, all the time dia akan belanja aku makan. Cuma ada time aku akan nak bayar juga sebab kesian kat dia. Gaji kitorang sama je dah kenapa dia pulak nak terlebih berkorban belanja aku. Kalau aku keje night shift and Dzul Alimin tak kerja, dia akan datang bawakan aku makanan dan kitorang akan makan kat pantry wad. Staffnurse wad pun bagaikan merestui selalu kasi chance kat kitorang. 

Ada hari kitorang bersembang, aku tanya dia makan apa lunch. Dia bagitahu dia selalu makan diet patient yang ada extra. Kesian betul aku dengar, Tambah kesian bila dia kata dia buat macam tu untuk save duit supaya dia boleh treat aku good meal bila keluar dating. Tak sangka aku Dzul Alimin yang berketurunan Melayu Banjar sebenarnya berperibadi Korea. Dia very protective. Kalau hujan, dia sanggup berhujan pegi ke kereta, drive kereta untuk ambil aku supaya aku tak kena hujan. Even sampai sekarang. Kalau dia parking kat depan Forensik ( Dia MO Forensik ), kalau hujan, aku akan terkena hujan sikit untuk ke kereta, Dzul Alimin akan adjust parking kereta sampai pintu kereta belah aku terlindung bawah bumbung supaya aku tak kena hujan. 

There was one day lepas siap kerja, aku pergi menempel ke wad sebelah yang ada Dzul Alimin. Dzul Alimin buat kerja diam je. Tak berapa lama Dzul Alimin panggil aku ajak keluar, rupanya dia sakit perut, dia nak minta aku insert branula sebab nak masuk ubat. Aku bawa dia pegi treatment room wad aku. Masa tu ada kawan-kawan lelaki juga dalam treatment room. Aku tahu diorang sebenarnya wonder, kenapa Dzul Alimin minta aku insert branula kat dia. Kenapa bukan kawan-kawan lelaki kat situ... Tapi diorang diam dan perati je.

Hasil branula Faezah. 

Dzul Alimin seorang yang sangat independent dan reliable. Sepanjang kerja pun tak pernah dia minta tolong aku buat apa-apa untuk dia, slide CME ke report ke semuanya tak pernah. Kadang-kadang aku teringin nak offer some help, biasalah kerja sama bidang kan. Tapi selalunya dia akan siapkan sendiri je.  

Thats all. 
Next time aku sambung.
Bye!
Assalamualaikum.



Tuesday, 26 December 2023

Thrift Shop

 Assalamualaikum, hi!

Hujung minggu ni aku dan Dzul Alimin pegi few thrift shop/ bundle. Sebenarnya hari Sabtu tu kitorang pegi makan breakfast di kedai kegemaran aku di Taiping; Kronchong.

Nasi lemak, roti goyang dan sosej jumbo dan roti kukus sambal bilis. Air teh ais dan nescafe panas
Sedap!

Sebelum sampai Kronchong ni, aku ternampak kedai bundle Mr Musashi, jadi aku ingat lepas kitorang breakfast nak pegi tengok kejap. Aku tak pernah pegi mana- mana kedai bundle atau thrift shop. Dulu aku imagine thrift shop ni jual barang-barang terpakai yang lusuh macam tu. Tapi bila nampak orang review kat TikTok and barang-barang diorang jual pun nice, baru lah aku macam ada kesedaran sikit not bad pun thrift shop ni.

Tujuan sebenar ke thrift shop ni jugak untuk beli knitwear dan coat/jacket untuk pakai pegi vacation nanti insyaAllah.

Masuk-masuk kedai Mr Musashi tu, aku terus ternampak area ladies sweatshirt/ cardigan. Adalah kot 10 minit belek-belek dah terjumpa 3 helai.

nampak nice kan? Yang ni RM10.

ni brand Uniqlo. RM15.

ni pun RM 10.

So, aku meninggalkan Mr Musashi tu dengan tiga helai sweatshirt yang berharga RM35, dan kualiti bagus! Kalau beli kt mall, rasa- rasa macam at least RM250 baru dapat. Uniqlo je dah RM150 at least.
Tapi ni RM35 je wei! Berbaloi!

Lepas tu, kitorang pun balik singgah kat Perai; Doubt nama thrift shop tu. Cantik-cantik namun bukan itu yang kucari.

Ahad aku oncall tapi petang tu kitorang pegi Fujiyama Jeans kat Georgetown. Thrift shop ni jual used/preloved high end brand.

Max Mara RM300. Tapi aku tak beli pun. Sebab bila tengok dekat berbulu-bulu bethol. Nampak lah wear and tear dia.

Isnin, aku ajak Dzul Alimin thrifting di Ipoh. Sebab tengok kat Google ada beberapa thrift shop yang menarik.

First thrift shop kitorang pegi; Mega Nico Ipoh. Dia macam kawasan gudang gitu.

Luas dan banyak gila-gila baju dan seangkatan yang dijual kat situ. Cumanya hawa kedai tu agak hapak sikit.

Trench coat. RM6 huhu.. Agak berkedut tapi RM6 kot. Nice!

Pink knitwear. RM 15 diskaun jadi RM12. 

So total di Mega Nico Ipoh adalah RM18. Kalau kat mall RM300 tak kurang. Berbaloi!

Then kitorang pun bergerak ke Mr Musashi Fair Park.

Cantik! RM35.

Knitwear. RM15.

Total RM50. Again kalau mall RM300 tak kurang. Mungkin coat tu saje dah RM300 ++ kalau kat mall.
Then pegi Mr Musashi Silibin pula.

Uniqlo Jeans. RM10. Masih bagus kualiti dia macam baru beli. Uniqlo RM150 macam tu.

Total semua setakat ni RM113!
Dapat 2 jacket/coat, 5 sweatshirt/knitwear dan satu jeans hitam.
Memang berbaloi!

Aku rasa hobi baru aku lepas ni is thrifting! Seronok bila masuk kedai kau rasa mampu beli semua benda.

Thats all. Nantikan another thrifting episode!

Assalamualaikum.
Bye!

Sunday, 17 December 2023

BALI Part 2

 Assalamualaikum, hi!

Today I'll continue my Bali vacation part 2. Altogether we spent 9 days 8 nights in Bali including Nusa Penida the one I mentioned in Part 1. In Part 1, we covered Sanur, Nusa Penida and Ubud, total of 4 nights. So in this part, we'll cover Bedugul, Canggu, Uluwatu and Seminyak.

We stayed in Ubud for two nights. Then, we proceed to Bedugul. Bedugul is north from Ubud. We took about 1 hour to reach Bedugul.

preparing for ootd. Bersepah bilik sorry. Dengan Dzul Alimin pun terbongkang lagi.

Lepas breakfast dan check out, kitorang menuju ke Tibumana Waterfall. Pendek je air terjun ni tapi dia ada kecantikan dia sendiri.



Tangkap gambar sikit then bergerak ke air terjun yang seterusnya. Leke Leke Waterfall.
Air terjun ni sebenarnya on the way nak ke Bedugul. Jadi sepanjang perjalanan tu kita singgah la di tempat-tempat menarik ni.

Leke Leke Waterfall. Sangat tinggi and air dia deras gila! Kiranya kalau berdiri atas batu yang tempat perempuan tu berdiri memang kebasahan.

On the way, singgah warung tepi jalan makan ayam lalapan.

Sesampainya di Bedugul, kitorang stay di Village Above The Cloud. Cantik sangat tempat ni. Kitorang upgraded ke bilik atas air. Tapi bukan bilik atas air pun dah area tu pun macam atas bukit bukau sikit. View bilik tu memang menghadap padi nan kuning. 

mendung sikit. Area cottage tu so clean and calm. Memang sesuai untuk chill dan relaxing.

ni cottage2 yang lain. Asalnya kita book salah satu cottage tu.

tapi dia upgrade pegi bilik yang ada its own tangga and entrance.

ni view dari tingkap bilik. Tujhe dheka sangat.

Then kitorang pegi jalan-jalan area Bedugul explore sikit and end up beli souvenir kat situ.


Morning during breakfast. Cantik sangat! Puas hati.

Destinasi utama tujuan kitorang ke Bedugul. Pura Ulun Danu Beratan. Cantik sangat tempat ni. 



Lepas tu kitorang pegi view point ni. Tadi masa kitorang pegi Ulun Danu Beratan tu weather cantik lagi. Ngam-ngam kitorang chow cuaca dah start mendung. 

Lepas tu kitorang singgah hotel untuk check out dan kali ini menuju ke Canggu. Kitorang stay semalam di Canggu - Villa Annupuri. 

Lepas check in, ni entrance ke bilik kitorang. Aku book deluxe room je. So ruang Sang Alimin tengah berjalan tu, common area yang ada kitchen semua.

swimming pool depan bilik kitorang.

ni bilik kitorang, king bed. 

ruang washroom dia luas gila, ni area bath tub. Dia ada separate room for shower, and separate room for toilet bowl, kat depan ni ada area yang luas ada sink and wardrobe. 

filling up bath tub.

Tujuan kitorang ke Canggu adalah untuk ke Tanah Lot Temple. Nak cari accommodation di Tanah Lot itself tak banyak choice. So kitorang stay kat Canggu. Tak jauh pun Tanah Lot tu daripada Villa, dalam 15 minit je.


Di Tanah Lot.

Watching sunset di Tanah Lot Temple.


Malam tu, kitorang dinner di satu tempat tak jauh daripada villa. Warung Cantik. Main menu dia adalah seafood bakar. Sumpah sedap gila ikan bakar dia! Kalau aku datang Bali lagi, Warung Cantik ni antara tempat yang aku akan revisit. And also ni first time kitorang try Es Jeruk. Sangat sedap air dia nak nangis huhu. Disebabkan try Es Jeruk ni kat sini, lepas ni semua restoran kitorang order Es Jeruk. 

Then, malam tu kitorang pegi area town dia saja tengok-tengok, then balik villa untuk tidur dan berehat.

Next day, kitorang pegi ke Uluwatu. Uluwatu ni kawasan tanjung dan ada pantai juga. Dari Canggu kitorang gerak lambat sikit sebab take time untuk rest. Sebenarnya towards the end of vacation ni, kitorang dah start tak larat. Kitorang akan pegi satu- dua tempat je then kitorang balik. Dzul Alimin pun sama dah start less energetic. Kena pula dia drive the whole trip. Bab jalan di Bali ni, jalan dia memang obviously sempit especially dekat Ubud Town. Dekat area Canggu, jalan dia reasonable cumanya banyak sangat moto yang mostly dibawa oleh mat saleh (tourist), and diorang pun mostly main bawa je tak reti sangat undang-undang jalan. End up kita la yang kena berhati-hati. Tapi drive sendiri di Bali is doable. Dzul Alimin did it. 

Semasa roadtrip di kawasan Uluwatu, tibah minyak nak habis. Town jauh dan kitorang end up isi minyak kat kedai comel ni.

Sesudah mengisi minyak, kitorang pun menuju ke Pantai Melasti.

dia macam dekat kawasan tanjung tapi diorang tarah dan buat jalan macam ni. Serius cantik gila tempat ni! Ni on the way nak sampai Pantai Melasti.

Pantai Melasti. Cuaca okay kat sini. 




Faezah dan Dzul Alimin.

Ni sebenarnya video, aku screenshot untuk letak gambar kat sini, sebab video susah nak upload kat sini. Kena upload kat youtube dulu. Takpela aku just screenshot from video je. Ni kitorang record dengan tripod. Takde cameraman. Tawakkal la tinggal tripod dan phone atas tebing tu. Alhamdulillah selamat!

Then gerak pegi Pantai Pendawa, Di kawasan yang sama. Then matahari pun dah makin terik. Kitorang pun decide untuk check in villa.

Tonight we stay at Villa Maiara, Uluwatu. 
Ni entrance dia. Begitu unik sekali villa kitorang stay ni. 
Asalnya nak stay kat area Bingin Beach ( of course hotel yang seaview sebab memang tujuan stay di Uluwatu ni untuk book seaview hotel). Dah book dah. Sekali tengok review semua pakat kata kena turun beranak-anak tangga untuk kt hotel sebab hotel tu berada di kaki bukit. Suka untuk aku ingatkan Uluwatu ni kawasan tanjung. So dari atas tu kena turun ke bawah untuk reach hotel tu. Bila direnung-renungkan, Uluwatu ni dah lah second last place yang kitorang visit, mesti dah letih by that time. Rupanya memang tak meleset sangkaan aku, nasib baik book villa ni. Tak perlu turun beranak tangga. View laut memang indah nian (rujuk gambar bawah). Quite far away from centre. Kalau nak ketenangan boleh la stay sini.

Kawasan lobi dia.

View daripada balkoni bilik kitorang. Lawa sangat wei. Tapi bilik ni mahal sikit RM500++ per malam. Dengan amenities dia yang agak basic. Tapi takpela nak seaview and taknak letih turun tangga, maka akurlah dengan harga yang perlu dibayar.

Queen bed.

Washroom standard size. Actually villa ni nampak agak lama dan perkakas semua tak maintain dengan elok. Tapi okay je la asalkan selesa.

Petang tu lepas dah rest kat bilik, kitorang pegi Uluwatu Temple. Luas sebenarnya explore takat mana boleh je.

Keluar dari Uluwatu Temple dah malam. Kitorang pun terus pegi cari dinner. Disebabkan dah selalu sangat makan Indonesian food, malam tu rasa macam nak makan something else. Kitorang try la Italian food. 

Makanan. Tak sedap langsung huhu.

Malam pun berlalu. Keesokannya kitorang gerak ke Seminyak. Tiada plan apa-apa di Seminyak. Memang solely untuk chill dan relax sebelum bertolak pulang ke Malaysia.

Namun begitu, Dzul Alimin ajak pegi Garuda Wishnu Kencana Cultural Park. Sebuah tugu  buatan yang amat besar sampai boleh nampak daripada atas kapal terbang.

Inilah tugunya. 
Entrance fee dia mahal wei. Agak tak berbaloi cuma nak tengok tugu ni je.

Then kitorang check in. Malam terakhir di Bali ni kitorang stay kat Sini Vie Villa, Seminyak. Hotel yang paling mahal kitorang duduk kat Bali ni - RM600++ per malam.

Lobi.

Depan lobi.

King bed.

Alexa. Cakap je nak play lagu apa dia akan play.

Pantry area.

Indoor pool depan bilik.


Jacuzzi sebelah pool.

sink for him and her.

Kat Bali banyak sangat hotel, villa yang sangat cantik and worth untuk stay. Bukan nak kata la tapi kalau rupa macam ni kat Malaysia takkan kurang daripada RM1000++

Malam tu kitorang pamper ourselves kat Sundari Spa. Tak ingat la 2 ke 3 jam. Rasa macam 3 jam. 2 jam whole body 1 jam kaki.

Lobi spa.

Isi supaya dia tahu kat mana yang dia boleh focus.

Lepas body, duduk dalam ni pulak untuk foot massage.

The massage was good tapi takleh lawan massage kat Phuket. 

Dinner at Warung Pak Made.

The night sky.

Breakfast in bed.

Dzul Alimin baru bangun.

Farewell drink.

Sebelum pegi airport, singgah beli ole-ole Bali. Anyway brownies dia sangat-sangat sedap. Wajib try!

Check in to Malaysia.

And begitulah ceritanya vacation Bali kitorang. Surely will revisit someday.
Thats all.
Assalamualaikum.
Bye.