Assalamualaikum.
Hi! Dah lama sangat dah tak post, today aku just nak post the latest update which is the latest thing aku purchase!
Actually, macam kelakar sikit sebab kawan kawan sebaya aku ada yang dah beli rumah or kereta, eh kereta aku dah ada, my beloved Honda Jazz! Rumah yang belum ada.
Tapi harini aku nak update aku dah beli laptop impian aku sedari zaman uni; tak lain tak bukan Apple Macbook! Actually, purchase ni macam abrupt juga, tiba tiba je rasa nak beli, tapi laptop aku yang sekarang HP tu, button space dia dah tenggelam ditelan bumi dah huhu.. dan pelbagai masalah yang lain.
Jadinya, mungkin dah sampai seru untuk beli laptop baru. Dan mungkin dah sampai seru juga untuk beli Apple Macbook impian aku! Setelah dirisik-risik direnung-renung dari segenap aspek, akhirnya aku decide nak beli Macbook Air M2. Tengok macam-macam video ye kat youtube, daripada segi specification comparison sebab Macbook Air M1 agak interesting juga ditambah lagi dengan harga yang reasonable, jadi macam agak confuse juga.
Akhirnya, last Friday lepas balik kerja berangkatlah aku dan Dzul Alimin pegi Gurney Plaza tujuan ke Switch. Setelah sejam setengah daripada Seberang Jaya, sampai juga ke Gurney Plaza. Penang sememangnya tak besar, yang sampai sejam setengah tu adalah disebabkan trafik jem. Kalau ikut kebiasaan flow laluan tu dengan cara pemanduan Dzul Alimin, sepatutnya less than 45 min dah sampai.
Sesampainya di Gurney Plaza, terus menonong kami berdua pegi ke Switch. Masuk-masuk je memang Macbook Air M2 yang dipamerkan dalam kedai tu seolah-olah memanggil-manggil aku. Promoter Switch yang bertugas malam tu pun terus datang kat aku, aku tanya dia kalau ada Macbook Air M2 yang aku nak tu dalam color space grey. Malangnya, sedih sejuta kali sedih, ternyata dah out of stock, semua colour ada kecuali space grey! Aku memang nak space grey sebab dia grey with purple tint, sedondon lah dengan Iphone 14 Pro Max yang aku beli dalam colour deep purple tu.
Ceritanya adalah kot setengah jam aku dengan husband aku termenung dalam Switch tu. Promoter tu kata outlet kat Gurney Paragon pun takde colour space grey tu. Yang ada stok hanyalah Macbook Air M1. Aku pun dah berfikir-fikir patut ke aku beli Macbook Air M1 je? Dzul Alimin pula tak support aku beli M1 sebab katanya dah lama sangat keluaran tu berbanding M2. Tak lama lagi M3 nak keluar. Jadi M1 will be quite older version then.
Dah pening-pening, end up Dzul Alimin ajak pegi makan and chill dulu kejap. Lepas tu dia ajak pegi Sen Heng kat floor atas. Kitorang pun menapak lah naik atas pergi Sen Heng. Aku nampak ada Macbook Air M2 tu kat situ, aku tanya promoter tu kalau ada space gray in stock. Ternyata ADA! Wah excited giler rasa! Promoter tu pun bawa keluar my Macbook Air!
ni macbook display.
My Macbook Air!! Aku beli warranty sekali 1 + 3 years lebih kurang RM600 ++.
Lalu aku pun membeli la Macbook Air aku dengan excitednya. Lepas tu, kitorang singgah Innisfree sekejap kat tingkat bawah untuk beli moisturizer (tujuan asal kenapa kitorang pegi Switch di Gurney Plaza padahal dekat Sunway Carnival pun ada Switch, sebab Gurney Plaza je ada Innisfree). Ceritanya, sekarang memang aku pakai Wardah as skincare rutin aku. Cumanya moisturizer tu tak berapa nak ummph. Jadi awal tahun ni, masa pegi KL aku saja-saja masuk Innisfree nak intai-intai moisturizer dia. Promoter pulak pegi promote Innisfree Black Tea Youth Enhancing Treatment Essence, dan aku pun terpedaya. Tapi terpedaya tak terpedaya sekarang aku dah pakai botol kedua dah. Bagus product dia skin aku jadi healthy glow, brighter, jerawat pun tak senang naik, dan skin aku jadi lembut juga. Then masa aku beli second bottle like 1 month ago, dia bagi trial pack Green Tea Seed Hyaluronic line. Asalnya dia nak bagi Black Tea trial pack (serum, moisturizer and lotion) tapi aku dah try dan tak berapa sesuai, naik jerawat. Maybe sebab ada alcohol.
So, aku pun try la Green Tea moisturizer yang dia bagi tu. Eh eh! Glow gila wei muka aku, nampak licin and flawless! Dah jatuh suka pula dan kena beli. So bertambah la komitmen skincare aku. Daripada moisturizer Wardah RM15 upgrade Innisfree Green Tea cream RM110.
Balik ke topik asal. Aku pun balik membawa Macbook pertama aku!
Dah sampai rumah dan unbox! Huhu nak nangis rasa. Dalam gambar nampak kelabu totok pulak eh. Kalau tengok depan-depan nampak purplish dia tu.
ni baru nak setup. Cantiknya rasa nak nangis lagi!
Then, almost 1 week pastu casing yang aku order dari China pun sampai.
warna light purple. Keyboard cover pun lilac.
setelah dipakaikan laptop cover. Cantik sangat! Crocodile embossed.
Puas seminggu aku set up all necessary apps dalam Macbook aku. Tiba tiba aku rasa inilah masa yang sesuai untuk set up work station. Adalah cita-cita nak buka satu bilik special untuk work station. Tapi nak buka another room cost dia lagi mahal (set up flooring dan benda-benda lain). So memandangkan bilik tidur kitorang sekarang ni ada ruang lagi untuk letak work desk, kitorang pun decide untuk set up work station dalam bilik je. Senang jugak tak payah keluar pegi bilik lain, boleh stay dalam bilik tidur je.
So, lasy Friday kitorang pegi Ikea pula untuk beli desk and chair yang sesuai.
ada beberapa choice untuk desk. Kitorang pun nak pilih meja yang sesuai saiz dia untuk dimuatkan di dalam bilik tidur. Pilihan 1.
Pilihan 2. Yang ni serius kecil, memang muat laptop je atas ni. Tapi atas faktor untuk dimuatkan dalam bilik tidur, aku decide nak ambil yang ni.
ni pulak kerusi. Cream colour sedondon dengan meja.

Hasil tangkapan. Untuk desk tak jadi ambil yang pilihan 2, sebab bila kitorang sampai di rak dan seksyen tempat letak barang-barang ni semua, kitorang ternampak meja yang besar sikit dan harga murah lagi dari pilihan 2. So kitorang ambil yang itu.
Aftermath lepas dan assemble desk and chair. Thanks to Dzul Alimin for helping me assemble all this.
the next day I brought up my white rack from store which is not used. Sebab nak letak buku and printer to complete my work station.
dan ada printer and buku, Actually printer tu pun baru beli. Kitorang ada our old printer tapi bukan wireless, and wire dia pulak aku tak ingat aku campak mana masa pindah haritu. So next day kitorang pegi Queensbay mall ingat nak pegi Daiso je. Sekali termasuk Harvey Norman ternampak wireles printer ni berharga RM259. Murah dah tu for the function. Tapi kitorang decide untuk beli next time je. Then pegi Aeon Queensbay pulak tujuan nak cari bluetooth mouse dan keyboard. Sekali terserempak balik dengan printer yang sama tapi kali ni harga dia RM209. Dua kali terjumpa printer ni and now it s cheaper, so aku decided untuk beli je la huhu. Then actually become lesser jadi RM199.
ni la rupa bentuk dia. Ada dua colour. Green white and grey white. Of course aku pilih grey white. Dia boleh connect dengan Macbook aku tanpa wire, and also from my Iphone and android Dzul Alimin. Can directly print anything from phone. RM199 for that function I think it's a bargain!
arrangement on my desk. Anyway laptop mini desk tu pun beli kt Ikea. Ada small drawer sekali boleh letak stationary takdelah semak nak letak pencil holder atas meja sejambak kat situ.
isi kandungan drawer tersebut. A lot of cute stationery. Beli kt Ninso premium quite cheap.
Okay I think thats all. I really love my work station. Minimal but function well.
Bye.