Friday, 9 July 2021

Koleksi terbaru

 Hi everybody

Aku rasa dah lama aku tak update tentang koleksi beg aku. Well I'm busy now since aku kerja. Padahal banyak benda penting yang berlaku sejak aku start kerja huhu

Aku baru beli 2 beg sebab aku rasa aku perlu beli sesuatu demi mengekalkan kewarasan aku masa total lockdown ni. Satu untuk kerja satu untuk jalan jalan.

Untuk kerja aku beli beg Longchamp Le Pliage in small size warna navy. Sekarang aku cover pusat kuarantin covid 19 jawi as medical officer. Sebelum ni aku kat blood bank hsj hopefully aku dapat balik sana asap. Jadi kitorang kerja kat covid centre ni selama 4 hari then cuti 4 hari begitulah seterusnya. Untuk 4 hari bekerja tu kalau kitorang kerja shift siang kitorang akan stay kat hostel dalam 3 mlm mcmtu. Which means aku kena bawa barang untuk stay hostel. Usually aku bawa 2 bag, first bag untuk simpan baju toiletteries tudung undergarment etc, second bag untuk simpan pen, cop, purse, phone, charger etc untuk dibawa ke bilik gerakan.

Along the way aku ada bawa beberapa jenis second bag sebagai percubaan yang mana paling sesuai. First bag consistently aku guna bagpack husband aku yang aku bagi untuk hantaran haritu. Sangat berbaloi k bagpack tu, saiz agak besar, design ala ala korean gitu. Daripada short vacay pegi Cameron Highland sampailah ke pkrc kegunaannya. Okay so first bag bukan masalahnya. Second bag adalah masalahnya. 

Shift kitorang 12jam agak panjang. Kitorang akan buat kerja2 kat bilik gerakan. Semakin lama buat kerja, semakin aku rasa aku perlu bawa lebih banyak barang. Antaranya stokin sebab aku jenis buat kerja bersila atas kerusi dan kaki aku akan kejung disebabkan aircond nan dingin. Then bila shift malam pulak, tetiba rasa perlu untuk bawa thermos mug untuk minum air panas, sebab bila berjaga malam di tempat sejuk selalu rasa perut berangin. Pastu seluar untuk tidur la apa la. Aku end up pakai Longchamp Le Pliage backpack yang aku beli kat Amsterdam 4 tahun lalu. Selepas few days aku guna beg tu, aku rasa beg tu aesthetically pleasing. Suka untuk aku ingatkan material dia adalah nylon, so sangat lightweight ye, seperti tiada jisim. Barang2 essential aku muat dalam tu cumanya dia adalah sejenis bagpack. First bag aku pun bagpack yang saiznya agak besar, pastu nak bawa backpack ni lagi. Berat dan kelakar ya. 

Jadi muncullah idea untuk beli beg Longchamp Le Pliage ( Le pliage= foldable ) versi tote/ long handle. Dia ada juga versi short handle cumanya penuh tangan la nak pegang beg la nak pegang makanan bawa balik hostel la. Mulanya aku beli saiz small in navy. Tapi bila tengok review and mod shot kat pinterest, aku rasa large okay. Aku end up beli large size. Sekali sampai nah, besar sangat rasa, then bila letak benda yang tumpat macam thermos mug, terus melayut sampai ke bawah paras punggung beg tu. BIG NO NO!

Then aku request untuk size exchange through email, then lepas tu, sales associate (SA) tu urus everything la. The best part is, untuk exchange/ return, Longchamp SA akan emel consignment notes untuk kita tampal atas kotak tu untuk kita hantar balik beg tu kat diorang, meaning to say tak payah bayar pun courier, then SA tu akan arrange pick up timing dengan kita untuk orang courier tu datang pick up parcel tu kat rumah/ address yang kita guna untuk shipment. Hebat kan? Like tak perlu bayar extra untuk courier, tak perlu pegi courier office tu untuk hantar parcel tu.

Nampak macam biasa je. Actually look nice in real life. Ringan, spacious, very useful.
Harga dia RM 535. One youtuber ni cakap actually mahal untuk sebuah bag nylon. Agak betul, tapi bila fikir balik how useful it is and how long it can lasts without decaying, actually worth it. Beg ni korang boleh  bawa untuk pegi kerja, pegi kelas, pegi vacation. 

Kalau yang jenis pegi vacation kuat shopping tu, boleh bawa beg ni as extra bag, lipat letak dalam luggage, nanti terlebih shopping and luggage tak muat, boleh keluarkan senjata ini untuk simpan barang shopping tu. Tapi untuk tujuan tu, boleh beli yang large size, more space.

Untuk pegi kerja, aku rasa small size sesuai, sebab actually dah banyak barang dah boleh simpan. Just enough. Plus kalau korang jenis bawa barang tak berapa banyak and korang beli yang large size tu, nampak saggy dan tak cantik. Kalau small, just right je. 

Nanti aku nak share whats in my bag latest version.
Beg jalan2 pun nanti aku share.

Till then.