Monday, 11 December 2023

BALI Part 1

Assalamualaikum
Hi!
It's been a while since the last time I posted here but I think I need to start updating regularly because I realize now how memories last longer here.
As I've gone through some of my old posts, some of the memories was refreshed, even I did wonder did it really happen or not, cause sometimes I remembered thing vaguely.

Takpe.
Today I would like to update regarding our vacation to Bali in May 2023. 
Last year in 2022, we've been to a lot of places, Phuket, Hat Yai, Kota Kinabalu to mention some of it. Kuala Lumpur was like monthly basis because we always had concert, orchestra thingy we attended. 
So, I think I'm gonna update regarding those trip later on.
The latest was to Bali.

We've been to Bali on May 13th until May 21st. 
It was  long awaiting trip cause we've been planning since 2022. 
I went there with my husband, of course.
We flew there with Malaysia Airlines, my first time using this carrier to overseas, maybe the last time.
Dulu I sangat suka Malaysia Airlines, memang I looked forward untuk fly out with MAS this time but I don't know banyak betul malang menimpa whether during outgoing flight or incoming flight. Sama je dua-dua. Both delayed. Masa nak pergi tu we delayed for about 3 hours as we were waiting that fleet flew in from Dhaka.  Dah tu once onboard the plane was quite hot, betullah apa orang cakap kat social media tu. Not a nice experience.

Our flight MH715 to Bali ( Denpasar ) is delayed for 3 hours.

Depan gate

Selfie untuk hantar kat Mami.

From the sky.

Anyhow, we managed to landed in Bali about 3 hours later, and everything afterwards was smooth and ran as planned. 
Who did plan for this trip? Of course me! Tak sangka kegemaran I which is planning for trip daripada zaman study dulu terbawa sampai sekarang. Dapat pula husband yang easy-going dan ikut je plan I, memang I bertambah suka la!
I akan planned untuk travel naik carrier apa, accomodation and atur perjalanan from place to place. My husband akan plan on where we head to at every place we went. So senang, tak overlapped planning and both of us happy.
* sorry for my bad grammar, memang post ni direka bukan untuk pass IELTS

First thing, kami pergi ke Sanur, stay kat sana satu malam. Kenapa Sanur? Sebab the very next day kami akan pergi ke Nusa Penida. Dalam gambar di google, I tengok sangat cantik pemandangan di Nusa Penida. Nusa Penida ni sebuah pulau di Bali. Berhampiran dengan Nusa Penida, ada Nusa Lembongan. Kami tak berkesempatan nak pergi. Tapi pergi Nusa Penida pun dah happy dah!
Di Sanur kami stay di Prime Plaza Hotel Sanur, hotel yang agak besar, I booked double room biasa je, untuk berehat. 


Malam tu kami makan dinner kat Warung Mak Beng. Kat sini mereka served satu menu sahaja, ikan goreng dan sup ikan! Sedap jugak. Tapi rasa sekali dah cukup kot.
Then sebelum balik, husband isi minyak kereta dulu dan kami pergi foot massage. Anyway kat sini, kami sewa kereta dan pandu sendiri the whole time kami kat Bali. Kami tak ambil supir (driver) atau tour guide despite kawan-kawan advise untuk ambil driver. Sebab rasa tak private dan tak fleksibel. Kalau plan dan drive sendiri kan suka hati nak bergerak pukul berapa, balik pukul berapa, makan kat mana. Except Nusa Penida, kami ambil tourguide dan driver sebab jalan dia damn narrow and pothole everywhere. And sebab tu juga aku realize yang decision husband aku taknak ambil tourguide the whole time kami kat Bali, was a wise decision.

Our selfie in the morning hantar kat tour guide supaya dia cam kitorang.

Sanur Port.

Nusa Penida.
Kami bertolak awal pagi dari Sanur Port ke Nusa Penida port dengan speed boat. Pembelian tiket diuruskan oleh agen tourguide, kami bayar IDR250,000 seorang untuk return ticket,

Sampai di Nusa Penida, kami disambut oleh Wayan, driver merangkap tourguide kami sepanjang di Nusa Penida.
Destinasi pertama; Crystal Bay.
Crystal Bay ni teluk di Nusa Penida. Pasirnya hitam mungkin hasil letusan gunung berapi yang masih aktif sampai sekarang, dan masa kami pergi tak ramai orang. Tempatnya indah. Airnya tenang dan biru tak tercemar. Ada bot-bot bersidai kat atas air. 

sempat snap daripada dalam kereta. Cantik tempat ni.


Angel's Billabong. Depan mata lagi cantik !

Dzul Alimin dah macam kat New Zealand.

Yom lu.

Then lapar. Wayan bawa kitorang singgah kat restaurant. Aku order soto ayam, Dzul Alimin order ayam betutu bali.

Then sambung perjalanan ke Kelingking Beach.

Berteduh sebab panas.

Subhanallah cantik nya huhu...

Then, selesai untuk haritu. Wayan bawa kitorang pegi ke Hotel. Malam tu kitorang bermalam di Petak Cottage. Murah je RM90+ camtu. Menghadap laut. Dengan harga macam tu dah boleh agak kot bilik dia memang basic. Malam tu kitorang dinner kat Warung Mertasari walking distance je dari tempat menginap.

Next day, kitorang keluar awal dalam 6.30 pagi macam tu sambung trip dengan Wayan. Wayan pun pagi-pagi lagi dah terpacak depan hotel kitorang. 

Furst stop, area Rumah Molenteng. Tapi kitorang lajak naik atas dulu nak tengok view.

Penerjun negara.

Cantik view dia. Kalau tengok depan-depan lagi cantik rasa macam berada di luar benua Asia.

Lepas dah puas kat atas, kitorang ambil gambar kat Rumah Molenteng. Lighting dia tak berapa ngam waktu tu gambar sebenarnya nampak kitorang gelap. Edit lighting sampai nampak tak asli dah huhu.




Next destination Diamond Beach. Indah bethol! Kitorang tak turun bawah pegi depan beach betul-betul sebab jauh giler nak turun. Nak turun takpe nak naik balik tu takut putus nyawa!

Lepas tu kitorang breakfast dan Wayan pun hantar kitorang pegi port balik. 
Bye Nusa Penida!

Sampai port Sanur, kitorang pegi hotel kitorang balik untuk ambil kereta yang park kat sana. Kitorang minta izin dulu masa check in untuk tinggal kereta satu malam kat Hotel tu. Receptionist tu pun okay je. Sebab kalau nak parking kat port ada extra charge. ( Ni downside kalau drive kereta sendiri tak ambil supir. )

Terus ke Ubud lepas tu, dalam sejam macam tu. Tempat pertama kitorang pegi ialah Tegenungan Waterfall.

Tegenungan Waterfall. Kitorang lunch kat restoran yang terletak dalam compound Tegenungan Waterfall. 

Then lepas makan lunch, kitorang gerak pegi Tegalalang Rice Terrace. Aku tak tahu nak expect apa keadaan Tegalalang Rice Terrace tu. Time tu around 4-5 petang macam tu. Selalu orang pegi waktu pagi untuk spend time kat situ. So, kitorang sampai-sampai tu beli tiket, then terus masuk. Alangkah terperanjatnya kitorang, takde orang kat situ. Wah! Kitorang pun dengan excitednya tangkap gambar. In fact terrace tu cantik je waktu petang!
                                                   

Dzul Alimin.

Faezah. 

Ada angin sepoi-sepoi lagi boleh la terbang-terbang cardigan aku. Anyway cardigan tu aku beli kat Kelingking Beach, Nusa Penida.

Last photo to wrap the day. Barai muka kitorang laki bini.

Bila dah semakin petang, kitorang pun pergi ke Hotel. Untuk di Ubud ni, kitorang stay kat Prema Ubud Villa.  Kitorang stay dua malam kat sini. Kitorang book villa ( rasanya memang villa type je yang dia ada. ) Dalam villa tu ( closed area ), ada pool, ada outdoor pool bed, living room, small kitchen, one bedroom and one washroom.

Lepas buka dia punya door which is big, ada pool kat sebelah kanan. Whole villa enclosed with very tall terrace and plants, jadi berenang pun memang takde sape nampak.

Outdoor pool bed.

Living room kalau buka window tu akan direct view to pool kat luar tadi,

King bed and very comfortable! We spent good two nights here. Murah je villa ni semalam RM250++.

The fourth day, kitorang bangun awal pagi juga. Harini kitorang pegi Pura Penataran Agung Lempuyang yang terletak di timur Ubud. Jaraknya lebih kurang 2 jam drive dari Ubud.

On the way ternampak Mount Agung. Still active volcano!

Pura Lempuyang ni terletak atas bukit. Kiranya kena parking kereta kat bawah, then kena naik shuttle bus untuk ke atas. Aku tak ingat tapi dia jual separate ticket untuk shuttle bus tu and wajib dibeli. Sebab tu the only way untuk naik atas. Dah turun kat atas tu kena mendaki lagi sikit eh. Kembang-kembang hidung cari nafas pagi pagi.

Bergambar dari tepi pura je huhu..

Lama gila k tunggu turn untuk bergambar di depan pura tu. Kitorang end up ambil gambar kat tepi then blah. Huhu takkan nak tunggu sampai petang... Banyak lagi benda boleh buat.

Kecewa sikit la tak dapat proper gambar depan pura tu. And otw keluar tu, ada ternampak port bergambar tapi kena bayar. Kitorang pegi je situ, rupanya port dia cantik gila! Anyway pura kat sini kena pakai kain. Pakai seluar panjang pun still kena pakai kain.

Lepas puas ambil gambar, kitorang pun menuju ke Tirta Gangga. Ni Dzul Alimin yang pilih nak pegi sini.

Tirta Gangga. Ikan dia besar-besar dan menakutkan. Seekor ikan tu lagi besar dari kaki aku.

Then, kitorang bergerak ke Besakih Temple. Tempat ni rasanya temple paling mahal kot tiketnya yang kitorang pegi. Tapi worth it!



Cantik skirt purple tu. Kat sini ada tourist guide yang cerita pasal temple ni la. Diorang beragama hindu buddha, Aku tak tahu la betul ke tak tapi dari apa yang aku perati hindu buddha ni tuhan diorang hindu tapi cara diorang beribadat tu cara penganut buddha. Kat situ la kot terbit nama hindu buddha tu. 

Lepas tu, kitorang gerak ke Tukad Cepung Waterfall.

Ada waterfall lain dalam gua kat belakang tu, tapi banyak sangat orang kat situ. So kitorang just tengok then skip.

Then, kitorang pegi Ubud centre. Ni jalan raya dia.

Lapar. Makan shawarma. Terkejut sebab sedap k shawarma dia.

Malam tu kitorang pegi tengok pertunjukan kecak dance. Culture sikit. Asalnya nak pegi tengok kat Uluwatu. Tapi dah tetiba nampak orang jual tiket kat area Ubud ni, so kitorang just pegi je.


Okay itu dulu untuk 4 malam pertama di Bali.
Akan datang Bali Part 2.
Bye.
Assalamualaikum!