Monday, 6 October 2014

Less than a week.

Assalamualaikum...
Hi...

Cuti tiga bulan lebih nampaknya bakal berakhir tak lama lagi, kurang seminggu lagi.
haih berbeza dengan tahun tahun sebelum ni, aku jadi lebih tenang dan redha dengan perihal cuti yang tinggal berapa hari jer  ni.
kalau diimbas tahun tahun lepas, time seminggu jer lagi sebelum balik Alex merupakan saat saat yang menyeksakan...ouch over! hahaha
eh seriuslah memang menyeksakan, kadang kadang sebak sensorang punya memikirkan taknak balik sana.
Jadi aku rasa agak aneh dengan diri sendiri, kenapa aku belum rasa bahang menjelangnya nak balik Alex tu?
Adakah cuti tiga bulan ni terlalu lama sampai aku dah rasa puas duduk sini?
Mm-hmm actually no. Sebab spend time dengan family ni adalah satu benda yang takkan pernah memuaskan walau lama mana sekalipun.
Ataupun dah bosan duduk kat rumah sebab buat benda sama and rasa otak dah berkarat?
Mm-hmm mungkin juga. Of course aku yang salah sebab malas nak bergerak buat something rare and beneficial. End up aku buka buku Pharmacology dan study leuls.
Walaubagaimanapun, concrete reason masih lagi menjadi kemusykilan hingga ke saat ini.

So, less than a week away from Alexandria and medical studies, apa yang patut dibuat?
As for me, ada several things yang perlu prepare before going back,

1. Mentally and physically well prepared. Mentally well prepared bukan saja berguna dalam studies, tapi juga untuk menghadap kerenah umat Arob Ijipsyen di sana. Whereas physically well prepared untuk studies juga, sebab kalau tak sihat macam mana nak study. dan life kat sana memerlukan badan yang lasak. Kalau lembik malas lembap, selamat tinggallah~

2. Sleep wake cycle, biasanya aku ada sleep wake cycle auto-reset, biasanya lah. Sebab selalunya 5-6 hari sebelum aku gerak balik sama ada balik Malaysia atau balik Alex, sleep wake cycle aku akan follow timezone tempat aku bakal pergi. So, aku selalunya kurang sikit jetlag ni, tapi again this year pelik sikit, hari tu memula sampai Malaysia, nak dekat seminggu aku jetlag. Jetlag lama lama sangat nak kemana entah~

3. Slang reset. Haha ini benda yang aku selalu fikir juga cane nak handle, sebab walaupun aku boleh cakap slang Penang dengan lancar, aku belum lagi berkeinginan untuk mengetengahkan seorang Faezah Fauzi yang bercakap dalam slang Penang di khalayak bebudak Alex haha... Don't get me wrong, I never downgrade Penangites' slang. Cuma aku tak selesa nak cakap dalam slang Penang dengan kengkawan aku sebab of course member rapat aku bukannya dalam kalangan Penangites, dan untuk memudahkan komunikasi, eloklah aku ubah pegi standard slang. Tapi bila dah ubah pegi standard slang tu, takde sape pernah brain aku orang Penang leuls! Bila aku bagitahu, terkejut dok jer semua. 
Tahun ni masalah aku agak besar, sebab aku dah tiga bulan lebih ni tinggal kat rumah jer tak keluar bermasyarakat, komunikasi cuma terhad dengan family jer, thus Penang slang tu telah sebati. Tapi bukan itu masalahnya, masalah dia sekarang ni, aku cakap Penang dengan Abah tapi cakap slang Sabah dengan Mama and Farah, so cerita dia sekarang ni, aku dah acah acah bilingual. Ini kalau kengkawan aku dengar mixture slang of Penangites plus Sabahan ni, mahu melangut diorang. Nasib baik Mama orang Sabah jer Mama, kalau Jerman tadi, lagi gusar anakanda~ 
Doakan agar aku berjaya reset slang aku pegi standard slang!

4. Bekalan kehidupan. Ini bersangatan penting ye anak anak, bekalan kehidupan adalah merangkumi bahan memasak, sama ada rempah ratus ribu juta, bahan instant seperti mi segera, sardin hatta jem roti pun aku beli leuls, tak ketinggalan juga stationery, terutama pen, belum pernah aku balik ke Alex tanpa bekalan pen untuk sepanjang tahun dari Malaysia. Jadi persoalan dia sekarang ni, macam mana aku nak sumbat barang aku dah beli tadi yang sebanyak dua kotak tu...? ...yup beli barang tadi tak letak dalam plastic bag tapi sumbat dalam kotak, first nampak lebih organized and environmental friendly, second malu orang ramai nampak berbeg-beg barang dalam troli leuls~ dah macam nak buka kedai jer. Dan penyesalan aku sekarang ni adalah apesal aku bawa balik beg saiz kakak jer tapi tinggal beg saiz adik kat sana? Bukan tak muat masalah dia sekarang ni pasal aku jarang pack barang sampai tak muat beg, masalah dia sekarang ni walaupun baggage allowance untuk Qatar Airways is 40kgs, but only 32kgs permitted per bag. Kira kalau nak lebih dari 32kgs, transfer ke second bag la. Masalahnya bawa balik satu beg jer, I cry~ Kalau nak menambah lagi satu beg, haa eloklah tu berkoyan koyanlah beg kat rumah sewa kat Alex nanti leuls.

koyok. 
apabila diubah vowels 'o' menjadi 'a', akan menjadi kayak. namun begitu koyok bukanlah sejenis sukan air, ianya merupakan plaster yang ditampal pada dahi di saat sakit kepala menyerang.
dahulu, aku pandang sebelah mata jer benda ni, namun kini aku menyedari koyok ini penting di saat saat migraine menyerang ketika study. normal untuk medical students diserang migraine ketika study, adakalanya bila aku palpate ( raba ) kepala aku, terasa ada salur darah yang mengembang dan berdenyut. dan sakit gila leuls, maka normal la juga kewujudan koyok dan minyak cap kapak dalam kalangan medical students, namun begitu aku sangat anti bau minyak cap kapak, mampu memeningkan aku di saat aku duduk tenang apabila terhidu bau benda alah tu, so koyok is the best remedy. 

5. Benda paling penting untuk dibawa balik ke Alex adalah restu dan doa Mama dan Abah. Sedar sangat diri ni bukan sesiapa kalau tidak disebabkan doa Mama hari hari pada Tuhan. Jadi restu Mama dan Abah sangat penting dan diperlukan dalam melayari kehidupan sebagai pelajar.

Sementara itu, ini yang aku sempat snap masa hantar Angah. Motif aku mengabadikan gambar ni kat sini pasal aku jarang gila pakai baju kurung, then I did sebab lepas tu nak pegi kenduri hikss.

Rasa macam melayu sangat pegi airport pakai baju kurung leuls~

satu benda aku tak suka buat semenjak dah tua ni adalah tak suka filter gambar, gambar muka aku yang aku upload tak kisah lah kat sini or instagram dalam tempoh tahun ni adalah tidak berfilter, lepas tu dengki kengkawan filter gambar muka diorang sampai jadi putih tiada cacat cela leuls~


satu benda aku kena mengaku, aku tak reti ambil gambar senyum tersimpul ayu tak tunjuk gigi. sebab aku tak reti senyum dan bila aku senyum tak nampak macam senyum bahkan nampak macam menderita. yang kat atas tu aku sendiri pun curious pasal aku tak nampak macam menderita hehehe

dengan Farah. Belajar rajin rajin ye Angah. Semoga dapat fly amiinnn ya Rabbal alamin.
Ceritanya haritu kitorang pegi hantar dia terus ke KMB, masa kitorang tengah lepak dengan tenang kat hotel, Farah baru datang tanya kat aku apabenda nak buat untuk maths exploration dia Ya Robbi. End up lepas tengok data yang dia dapat, aku suggest dia buat dependent T-test, sekali dengan calculation semua. Lepas tu baru nak cium cium pipi aku dengan excited. And every time dia ada buat essay, dia memang email kat aku suruh aku recheck grammar dan sentence structure. Haritu lepas aku recheck, dia tunjuk kat teacher dia, teacher dia puji essay dia, pastu balik rumah excited cerita kat aku. Haih adik aku ni hehehe. Sayang sangat kat dia.

Satu fakta yang engkorang kena tahu adalah braces mampu mengubah bentuk lower jaw/ rahang bawah. Lower jaw akan menjadi memanjang, membulat dan membengkak. Benda ni aku notice bila aku perati perubahan lower jaw member member aku yang pasang braces. Contoh terdekat, Fatin Liyana blogger yang cantik,

sebelum

selepas berbraces.

aku di zaman dahulu. Background bangunan MARA. Walaupun pipi aku bulat, namun begitu lower jaw tidaklah memanjang. Mmhmm nampak macam muda jer masa ni, haih nampak nau dah tua sekarang. Boleh lah cari produk anti penuaan mulai sekarang sobsss~

Okay setakat itu dulu. Semak kat kepala ni aku tak habis lagi mengenangkan cane nak pack barang yang bertimbun tu haih biasanya aku tenang jer bab pack barang ni.
Doakan aku berjaya bawa segala benda tu pegi Alex tanpa terpaksa meninggalkan walaupun sekotak Rocky Strawberry Stick.

thanks gugel! benda ni kalau makan kat Alex sambil study, tahan sebak jer weh sebab rare sangat, mana ada kat sana.

okay till then!
Assalamualaikum.