Saturday, 25 October 2014

Weekend Well Spent

Assalamualaikum
Hi

Amaran : Besar kemungkinan entry ni panjang sebab tengoklah pada tajuk pun 'Weekend Well Spent'.
So basically dah nak masuk minggu ketiga kelas bermula.
Feeling biasa biasa jer.
Aku sekarang tengah round Ophtal.
Jadual kelas start jam 8 pagi, sampai 2 petang, selalunya tak sampai 2 petang pun, before tu doktor dah lepas balik dah.
By the way kelas sekarang bukan kat fakulti Hospital Mowassa dah, kitorang dah transfer pegi fakulti Hospital Amiri which is jauh sikit dari rumah sewa aku, so everyday main transportation nak pegi kelas is tram or actually ijipsyen panggil metro.
Biasanya naik tram ni kalau pepagi tu kena berebut dengan budak sekolah, so jam 7 pagi dah gerak dari rumah.
Berbeza dari zaman preclinical dulu, eceh dulu la sangat kan berapa bulan lepas jer, kalau bangun jam 7 pun sempat jer bergegas pegi kelas, dan itu pasal lah aku tak suka kelas 8 pagi, sebab kena bangun awal dan bergegas.
Dan dulu bolehlah mengelak, pasal jadual kelas pun macam jadual train, ada pukul 8 pagi then pukul 10, kalau zaman tahun 2 dulu, pukul 12 tengah hari pun ada, kira tiga trip la sebab ada tiga group, ajar benda yang sama, so kalau terlepas kelas jam 8 pagi, jump la masuk lecture group lain.
Sekarang dah takleh macam tu, once terlepas lecture jam 8 pagi tu, tahun depan pula baru jumpa balik lecture tu, tu pun untuk junior leuls~
Sebab sekarang ada dua group yang berbeza, satu group round Ophtal, group aku lah tu dan satu lagi round Forensic Medicine.
Lecture's venue untuk dua group tu takde jauh pun, walking distance jer, tapi pasal round Ophtal start kelas awal, jam 8 pagi-2 petang, dan round Forensic start jam 9 pagi-3 petang, so jarang la berselisih budak group aku and group Forensic ni. 
Memang tak nampak batang hidung pun la wa cakap lu semenjak dah tahun 4 ni.

So bila dah kelas start awal ni, dan memang unavoidable, mahu atau tidak, aku la yang kena modify jadual harian aku supaya aku redha dan tenang jer pegi kelas awal pagi huhu
Biasanya, jam 10 malam aku dah tidur dah, then bangun jam 5 pagi, solat Subuh, mandi, bersiap, breakfast, usha apa yang doktor nak ajar hari tu, or tengok balik lecture semalam kalau lecture hari tu sambungan lecture semalam, then jam 7 pagi dah gerak pegi kelas, sampai pukul 12 or 1 or 2 tengoklah kelas sampai pukul berapa, then balik rumah, solat Zohor, lunch, solat Asar, pegi gym, balik rumah dah Maghrib dah, so solat Maghrib, biasanya mandi petang kat gym jer, then solat Isyak, revise lecture siang tadi, sampai jam 10 malam or less than that, then tidur. 
Cycles keep going.
Selagi kelas start jam 8 pagi, selagi tulah memang inilah jadual aku, taknak ubah or cuba cuba nak tidur lambat, kang esok pagi payah nak bangun, taknak aku terlepas lecture or datang lecture dalam keadaan mengantuk or mind not oriented and not fit for learning.

Hujung minggu macam tahun tahun lepas, sehari jer cuti which is Jumaat.
Tak rasa macam weekend pun leuls~
Hmm tulah masa cuti hari tu, tak sabar sangat nak pegi kelas, ini dah start kelas, menggelupur pula nak cuti.
Manusia mana pernah puas hati hmm...

Long story short, tetiba weekend ni cuti dua hari pasal cuti sempena Awal Muharam.
Selamat Tahun Baru!
So, tak seperti last weekend yang aku melangut ajer kebosanan tu, aku telah pergi berjimba dengan Yana, bestfriend semenjak KTT.
Plus, semenjak masuk tahun 4 ni memang tak pernah jumpa langsung, pasal yela aku round Ophtal, Yana round Forensic, kan aku ada cakap tadi, kitorang tak sempat berselisih pun sebab jadual tak sama.
So, grab the opportunity la, dah cuti dua hari ni untuk keluar berjimba leuls.
Setelah berbincang dan mencapai kata sepakat, destinasi berjimba ialah San Stefano, sebab Yana tak pernah pegi. Seriuslah Yana dah tahun 4 tak pernah jejak San Stefano lagi huhu~
Takpelah bukannya ada apa pun kat San Stefano tu....
Tapi foodcourt dia la best, banyak choices. Kalau shopping tak best sangat, lagi kalau nak shopping clothes ker, sebab tak banyak shops yang best pun, ada pun MNG ( Mango) tapi harga dia triple harga kalau beli kat Malaysia, means lagi mahal la beli kat sini. Tak faham aku jadanye nak mahal sangat hmmm...
Pergi Carrefour City Centre je la kalau nak shopping clothes.
Harga menten mahal tapi lagi banyak choices~

Kitorang keluar lepas zohor, aku pick up Yana kat rumah pastu angkut dia pegi San Stefano.
Masa jumpa kat bawah imarah (bangunan) rumah dia, menggelupur weh dua2 berpelukan sambil meroyan " Yanaaaa!!!" " Jijaaaaa!!!" punya lama tak jumpa hmm...
Panjang cerita macam mana daripada Faezah sampai jadi Jija jer tu, hatta Jah jer pun ada. Panjang sangat gaknye Faezah tu nak disebut leuls~

Then melepak dengan Yana kat San Stefano dua tiga jam, round tempat tu and semua shops yang ada then makan jap.

Kitorang nak cari baju, Yana nak cari checkered shirt, aku nak cari T-shirt, aku kan big fan of T-shirt haha but unfortunately takde yang menarik perhatian kat situ, end up decide untuk lajak pegi carefour lepas tu, hahaha macam apa jer~
Aku tak sabar nak winter sebenarnya, temperature yang requires aku untuk sarung winter coat precisely, senang sikit takyah fikir nak pakai baju apa, pakai jer pape then sarung winter coat, I'm ready to go!

Tapi kitorang takde la lajak Carrefour straightly dari San Stefano, singgah rumah Yana dulu, solat Asar kejap and dia nak ambil barang dia sebab malam tu dia tido rumah aku lepas aku paksa aherherher~

singgah tepi pantai snap gambar sebelum singgah rumah Yana. 

Lepas tu gerak pegi Carefour pulak...kat Carefour dari Asar sampai Isyak leuls~
Kitorang punya level rapat sampai boleh masuk fitting room sekali, do I need to tell it here? haha~
Yang mahalnye, sambil sambil usha t-shirts kat kedai sambil sambil menguap....dedua pulak tu...ngantuk benar gamaknye haha...tapi jalan juga~
and kitorang punya conversation mestilah berkisar mengenai current life update, sampailah kenangan zaman KTT dulu. Abang yang pakai spek mata oldschool tu pun termasuk sekali dalam cerita kitorang haha.

\
Lepak kat Costa after second round of inspecting the whole shops kat Carrefour. 
Carrefour Alex okay la juga, ada Marks & Spencer, Zara, H&M, Aldo, Charles& Keith, Bershka etc etc....kecuali MNG, Carrefour takde MNG. 
Keletihan weh sampai terlepek kat sofa Costa hahaha

okay dah dapat ice cream boleh duduk tegak balik leuls~

aku tak filter gambar ni entah kenapa dia memang macam ni hmm..
oh btw Yana balik rumah tadi tukar tudung, sebab dia pakai shawl before that, and tukar seluar sebab dia pakai skirts. Satu la aku kagum kat gegadis di luar sana, cekal eh engkorang gerak dengan lincahnya ke hulu ke hilir in skirt? Aku beli skirt pakai sekali jer, lepas tu lama diamnye dalam almari leuls~
Sungguh weh aku tak reti, rasa macam restricted and susah nak handle, any gadis feminist out there, do teach me please how to cope with skirts~
 Lepak sampai pukul 9 malam macam tu, then beransur pulang.
Malam tu Yana tidur rumah aku. Hmm aku bila taknak interact dengan orang, memang taknak sungguh, bila datang mood nak socialize tu, sampai ke rumah aku ajak tidur sekali hmm haha

Esok harinya which is Sabtu which is cuti, Yana pun balik rumah dia. Hmm bila pula lah boleh jumpa tu, maybe one fine day nanti~

Then, Eila pula ngajak teman dia pegi lunch hari tu, aku pun menurut ajer, aku siapkan dulu assignment aku, then keluar pulak dengan Eila. Destinasi ialah Green Plaza sebab Eila nak makan kat Tarboush, Lebanese cuisine restaurant.


 buku menu~

 dalam buku menu~ harga dia reasonable jer, dahlah besar portion makanan tu.

interior view~ cantik jer kan...

cuba teka ni apa. anda rasa ini apa? kalau ada yang rasa ini adalah rebana arab, tahniah anda salah. Itu adalah kerusi untuk bayi duduk leuls.

 Chicken kabsah. Nampak macam sikit kan? Tapi sebenarnya banyak giler tahap daripada kau rasa lapar memula sampai timbul rasa sakit hati sebab makan tak habis habis. Lain lagi rasa sakit perut sebab rasa perut macam overly distended hmmm....
dah cenggini banyak dia, merangkup dinner sekali la haa dia punya kekenyangan tu boleh cover.


ini merupakan aku. Nak describe apa lagi~ hahaha okayla gadis yang tenang dan nice aherherher~



ini aku lagi haha....excuse my pose sebab macam ni cerita dia, tengah dah elok elok pose tetiba datang this one budak lelaki toddler sepak bola plastik ke arah aku, dah dia sepak arah aku, aku tahan dengan kaki then pass balik. So cerita dia, Eila cuba nak tangkap gambar aku yang acah acah Khairul Fahmi Che Mat tu, tapi tak sempat snap, bola dah patah balik, mendapat gambar kaki melayang ajer la leuls~ Itu nasib baik kanak kanak kecil, kalau abam jejaka tadi, tak ke berputik cinta kitorang di saat aku pass balik bola tu....~ hahaha leuls
gambar yang tak sempena ni sahaja aku letak untuk membuktikan pada cucu aku bahawasanya,
'selain t-shirt, nenek pandai juga pakai blouse leuls.'

oklah tu ajer weekend well spent nye.
Maybe orang lain punya weekend jauh lagi bagus, tapi aku dah seronok dah dengan weekend aku sebab aku boleh catch up balik dengan Yana my bestie hehe
Okla till then,
Assalamualaikum.