Friday, 2 October 2015

So long~

Assalamualaikum...
Hi...

So longggg~
Tak ingat dah bila last update tapi yang pastinya dah lama...
Oh, 9 Julai ( lepas tengok balik previous entry, mak aih lama nau )
Currently, aku kat Alex, lebih kurang 5 hari baru sampai sini, sebelum ni cuti kat Malaysia.
Cuti adalah yang paling singkat la setakat 4 tahun nak masuk tahun kelima ni, tak sedar pun, pup pap pup pap tetiba dah kena balik sini dah, ciss! 
Kat Malaysia hari tu, boleh katakan every week turun KL sebab teman Angah, dak tu ada urusan sikit, dengan MARA lah, dengan visa lah, so hampir setiap minggu turun KL, sekali tu turun Seremban sebab graduation Angah, and pegi Melaka hantar dia pegi kem, dah nak dekat fly pun kem pebendenye lah haih...
Tak lekat sangat kat rumah, itu pasal tak rasa masa berjalan!
Rasa macam baru jer haritu eksaited nak balik Malaysia, ishh!
( seorang Faezah yang masih tak dapat terima hakikat~ )

Anyway, welcome to Fifth year! 
Dalam hati tak sabau senanye nak grad, tapi bila fikir lepas grad nak kena kerja. dah lain macam pulak perasaan.
Bilalah gaknye aku nak tukar jadi bayi balik ni, jadi bayi seronok, makan, tidur, main hmmm
Tapi kalau jadi bayi balik, malasnye nak belajar merangkak, berjalan semua ishh...
eh jap jadahnye Faezah, no way you'd become a baby once again!

And sadly, Mummy dah takde geng kat Malaysia, anak gadisnya dedua dah merantau ke negara orang,
congratulations Angah, you made it!
She hit the IB passing point for pursuing her studies.
Currently, dia dekat Edinburgh, Scotland.
God bless, God save! 
Mummy punyalah sedih, kesian pulak tengok Mummy.
Pulak Angah tu manja budaknye, sikit sikit Mummy Abah.
Mummy gitau aku yang Angah setiap kali end video call skype tu, setiap kali tu lah menangis.
Aku cakap je la dengan tenangnya, bersabar lah Mummy. Memang itulah keadaannya sepanjang 4 tahun tu, tenang jer. Memang dia akan sentiasa menangis, tapi takpe, masa berjalan dengan lincahnya, tahu tahu nak balik Malaysia for good jer. Takyah nak jauh perjalanan, luas pemandangan, tengok aku jer, alih alih nak masuk tahun 5 dah, rasa cam baru jer datang sini masa first year dulu dengan blur nya~
Risau jugak dengan dak tu, camne lah dia hidup kat sana tu, makan apa hmm...
Dia kalau kat Malaysia, kupas bawang pun tak hendak cemane lah agaknya tu..
Tengoklah winter break ni, kalau aku rajin dan kaya, aku pegi jenguk dia.

And masa kat Malaysia hari tu, Angah introduced there cute triplets!
Daehan, Minguk, Manse!

Comel giler kembar tiga ni! Diorang ni femes dalam rancangan TV show The Return of Superman, di mana dalam seminggu ke berapa minggu entah, ada 48 jam yang bebudak ni kena dok dengan abah diorang, abah diorang ni lah Superman nye tu! Comel tengok gelagat bebudak ni, yang aku paling suka ni la haa, Daehan, Minguk, Manse! Aku punya tak puas dapat tengok seminggu sekali jer kat channel 392, aku buka youtube cari episode diorang memula berkecimpung dalam arena The Return of Superman ni, tetiba wujud dari episode ke 34, uii menghadap la aku! Itu pasal lah tak sedar masa bergerak tetiba kena balik Alex dah! ( masih tak puas hati )
Kat episode 34 tu, Manse bulat lagi, kepala Minguk pun besar lagi, dan Daehan pun banyak cakap! And boleh observe la tumbesaran diorang melalui rancangan tu, Manse punya penakut dengan air, alih alih dah boleh main water slide dan memacam lagi.
Satu jer tak berubah, diorang still takut dengan dinasour bergerak tu, heran aku, diorang hari hari nyanyi lagu Tyrannosaurus Rex kat rumah, sekali jumpa dinasour bergerak kat funfair, haa kau bertaburan lari! 
Macam kencang kan aku sembang pasal bebudak ni!
Comel hoih kalau kau ajak aku sembang pasal Daehan Minguk Manse ni, pakat tak pegi kelas la haa jawabnye berbual ajee~

Yang penting kat sini, sape tak tengok lagi, jom lah tengok, yang lelaki pun patut tengok, barulah engkorang paham erti menjadi seorang bapa, susah jadi bapa ni!
Macam bapak Daehan Minguk Manse, Song Il Kook ni haa, ingat senang ke nak biar bayi tiga orang dengan bapak sorang nak mengepung, aku memang salute lah Song Il Kook dan bapa2 lain jugak!
Eh? Bersambung pulak cerita aku kahkah~

Oklah!
Till then~
Assalamualaikum.