Thursday, 9 July 2015

Ramadhan Kareem!

Assalamualaikum
Hi
Selamat menyambut bulan Ramadhan bagi semua umat Islam, moga Allah swt memberkati dan merahmati ibadah kita sepanjang bulan ini, dan iA ayuhlah kita lipat gandakan lagi amal pada 10 hari terakhir ini.

Sementara aku pulak, tumpang gembira berbaur sebak tengok kengkawan yang dapat berpuasa bersama keluarga atau paling tidak menyambut hari raya nanti. 
Kitorang takde cuti, so tak dapatlah berhari raya dengan family tercinta, 
Mummy, Abah, Angah and Boboy iA balik raya kat Sabah seperti tahun2 sebelum ni, aku je di perantauan.
Sedih hmm :(
Kalau kat Malaysia, tolong mummy buat biskut raya, ketupat rendang di malam raya sambil pasang  lagu raya, lewat malam baru nak menggelabah ayam packing barang balik kampung....
Tahun ni dah apa nak digelabahkan sobss...
Pagi raya nanti mesti menyedihkan, sebagai seorang perantau. kemungkinan untuk aku berdendang itu amat tinggi, jadilah dendang perantau....LOL hambar :/
tambah sedih bila peperiksaan pun nak dekat.

Okla lupakan duka lara alana saya tadi LOL
Eh btw Lara Alana anak Scha dan Awal sangat comel dan helok bayinya okay.
Bagi yang mengatakan Lara tak comel tu, aku pun tak faham definisi kecomelan bagi diorang apa sebenarnya hehh.

see...sangat comel...! takpelah kalau yang tak berapa minat Lara or sekalian kaum baby, bolehlah scroll laju laju dengan kadar kelajuan cahaya :P

selain wajah dan gelagat yang comel, caption pun taknak kalah....rasanya Awal yang tulis caption tu...laka laka sangat~


makan pun comel! Bagi aku plus point Lara is dia tetap comel momel walaupun takde kacukan apa apa.
See darah Melayu pun dah lawa ajer, tak semestinya berkacuk baru lawa ;)

eh ini lauk bila haha tetiba menempel LOL

pandai buat kawan hahah...ada 4 Lara..usahlah ditegakkan benang yang basah dengan mengatakan Lara tak comel, kalau boleh benang pun jangan dibasahkan, nak lagi afdhol benang pun jangan ada hehehehe

Dan habis dah cerita Lara Alana, doa aku semoga Lara Alana jadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat, baik dengan orang dan sifat sifat mahmudah yang lain.
Tapi bila tengok parents dia pun, tahu diorang manusia baik baik, iA Lara pun akan jadi  manusia yang baik.

Berbalik pada topik puasa, rata rata tahu benda best bulan puasa ni adalah pahala amalan berlipat ganda, bulan penuh barakah, Lailatul Qadr, bulan turunnya Quran, sunat Terawih dll dan benda best selepas perkara tadi adalah nikmat makanan...! 
Kalau kat Malaysia, seronok berbuka ada macam macam juadah, yang dimasak, yang dibeli di bazaar lagi...wahh! Heaven.

Malang seribu kali malang, kat sini takde bazaar, tapi kat sini ada Maidah Rahman, tempat berbuka puasa secara percuma, bila bulan puasa, ijipsyen ni berlumba lumba nak bagi orang makan, maka wujudlah Maidah Rahman, bahkan diorang ni selain bagi makan kat ijipsyen sendiri, dengar kata mereka ada reserve tempat untuk Malaysians. 
Aku belum pernah pergi lagi.
Entahlah
Cita cita nak pergi tu ada
Tapi aku lagi rajin nak menapak ke pasar yang riuh rendah dan sesak tu untuk beli barang makanan dan sibuk bertetak tetak kat dapur memasak, daripada menapak ke maidah rahman tu.
Huhu.

Aku takdelah hebat memasak pun, honestly memasak pun google hihihi
tapi hari hari menyimpan impian untuk memasak dan hampir hari hari impian tercapai hihi

Most of the time, aku masak sendiri then ajak Eila makan ataupun Eila masak dan ajak aku, 
tapi di bulan puasa ni, kitorang sama sama masak, saje bonding hehe

Menu selalunya main course (nasi+lauk+sayur) dan kuih.
Puasa hari first kitorang buat daging black pepper, kubis goreng, dan kek pisang kukus.

kek pisang kukus!
Alhamdulillah berbaloi menapak pegi rumah Zaidah pinjam pengukus, menjadi kek kitorang hihi
Sangat moist, bertekstur lembut dan sedap :P
Rasanya aku lah tu yang dah lama nak merasa kek yang lembut, ringan, basah dan sedap, most coffee house kat sini sediakan baked cake, which is kering sikit, Alhamdulillah berkat bulan puasa, buat first time dah jadi *wink2

yang ni gambar tak clear tapi aku masak sambal tumis ayam, kubis masak lemak, cekodok pisang, dan air keladi.

kuih cek mek molek yang gambarnya tertonggeng. Hal ini kerana aku terlupa password picasa lantas tidak boleh nak menghaplod gambar ini ke sana walaupun aku dah edit menegak.

kuih donat.


nasi tomato dan cucur udang serta kuah kacang


ayam masak kerutuk, kubis goreng dan telur dadar 



haritu buat laksa penang versi takde mi laksa, bedal je spagetti, dan takde bunga kantan dan daun kesum LOL
bolehlah orang kata buat raptai sebelum dapat makan laksa penang mummy kat Malaysia hihi
semalam buat nasi hujan panas, eila buat karipap, sesungguhnya tidak berseni tangan aku mengelim karipap, hodoh noh ghupenye~ senang lagi gentel keria yang lembik, canai donat, uli cek mek molek daripada mengelim karipap. 
sambil mengelim dengan maha hodoh sekali, sambil berfikir, macam mana la boleh terbit idea nenek moyang kita nak mengelim karipap ni~ haish
aku berharap semoga ada sinar harapan agar aku berjaya mengelim sebiji karipap pada suatu hari nan indah nanti, tak minta banyak, sebiji pun jadilah~

biasanya kalau hantar surat kiriman rasmi, sebelum sign hujung surat tu, disertakan kata kata harapan, dengan adanya harapan di atas, maka, sudah sampailah waktu agar aku berhenti menaip.

Semoga berjumpa lagi.
Till then. 
Bye and Assalamualaikum.