Friday, 13 February 2015

Winter break 2.0

Assalamualaikum..
Hi..
Last post aku dah cover Athens-Rome-Florence-Cinque Terre.
So aku terus proceed je la dengan Milan-Venice-Vienna-Budapest.
This part bermulalah ujian yang lebih besar dalam trip kitorang ni.
Urut dada bila ingat, Alhamdulillah kitorang face the problem dan berjaya melaluinya!

So, kitorang dari Cinque Terre naik train untuk ke Milan, sampai Milan dah senja.


dari train window.

Sampai Milan terus check in hotel, actually every place yang kitorang pergi, the first thing to do was to check in the hostel/hotel.
Sebab kitorang yang gegadis ni ngusung luggage, amat tidak kondusif la keadaannya untuk bersiar siar bersama luggage. Itu dah satu, manakala si Amir pula bagpack beliau dah sama berat dengan beliau, so untuk mengelakkan keretakan tulang bahu beliau, maka amat molek lah kiranya kitorang check in dulu then tinggal segala bebanan yang berat itu.

Then pegi bersiar kat Milan, branded stores kiri kanan, riang hati memandangnya herherher
Haritu masa aku terdampar kat hostel pada suatu malam di Florence sebab aku tak berapa sihat tu, rupanya diorang pegi makan gelato GROM, which is antara the top gelato kat Italy.
Mahu tak menggelupur aku bila tahu, you guys enjoyed my favourite food at the best place without mehhh??
Tengok dalam map Hisyam, rupanya ada lagi franchise dia kat Milan, tak kira tak kira we all shall go to Grom again and eat gelato!

and here it is. Pistachio-Crema di Grom-Stracciatella. 3 flavors in medium size costs you 3 euros!
Sangat gembira sebab gelato femes tak mahal herher


and then kitorang sambung bersiar siar di bandar Milan. Actually every place yang kitorang pergi, kalau ada tempat shopping memang kitorang akan pergi, sebab apa?
Sebab kepala rombongan iaitu Hisyam gemar shopping.
Berbeza dengan Zaidah, dia tak suka shopping, dia suka outdoor activity, and Hisyam pula tak minat outdoor activity. 
You never know that two persons of different interests could be united too....
and miraculously they tolerate each other!

Then went back to the hotel after having dinner ( tak perlu ulang kot kitorang makan apa, mestilah kebab LOL) 
Toilet dia sangat cantik, tapi sebab cermin banyak, kita nak tangkap gambar dia, dia pantul imej kita balik, takpe je la lain kali okay hehe

January 31st

Harini barulah shopping apa patut, kitorang separate, gegadis shopping, jejaka pegi stadium, kata mereka setengah jam jee, kita tengok :P

Kitorang pun lek jer shopping, diorang kata setengah jam, sekali lajak tiga jam, rupanya bedal join stadium tour hehh
Then sebab dah lambat, kitorang separate lagi, Zaidah and Hisyam pegi LV, Maya and Amir nak pegi Longchamp.....aku? pening2 end up folo Zaidah and Hisyam pegi LV, janji pukul 1 tgh hari jumpa kat hotel. Tapi kitorang terlambat sikit, 1.30 petang baru sampai hotel, tapi rupanya Amir dan Maya tak sampai lagi, serius lahh? Train pergi Venice pukul 2.05 petang, kitorang kemaskan barang kitorang and barang Maya and Amir dulu, check out hotel, then lepak kat bawah tu, sementara tunggu diorang. Sekali sampai 2.30 diorang belum show up, train usah dikenang la memang dah terlepas. 
Takut pula apa apa jadi kat diorang, sebab punctual manusianya mereka berdua ni.
Takkan leka shopping sampai tak sedar masa, tak mungkin tak mungkin.
Kitorang assume diorang sesat.
5 minit lepas tu barulah diorang muncul tercungap cungap, rupanya betullah diorang sesat. 
Alhamdulillah tak jadi pape kat diorang, but macam mana tu, train dah terlepas.......
Kena beli tiket train baru ke......emm train ticket tu takdelah murah sangat dalam 19euros per head.

Takpelah kitorang gagahkan juga ke railway station.
And tengok tiket dalam waktu terdekat.......and harga dia...
Haha........bukan kepalang amboinya bila melihat harga tiket yang tertera adalah hampir dua kali ganda tiket kitorang dah beli which is 37.5 euros.
Hahaha...........boleh beli handbag dengan jumlah itu....hahaha
Emm....tanya orang kaunter boleh refund tak tiket tadi, dia kata takleh, nak guna tiket yang sama untuk naik next train pun takleh, melainkan dia kata, kalau sebelum train departed, kalau nak ubah time baru boleh.
So travel tips: Bila korang agak agak macam dah lambat tak sempat nak naik train, and sempat lagi berkejar ke railway station sebelum waktu train departed, baik pegi tukar waktu siap2...
kalau kitorang tahu, boleh ajer kerah Hisyam pegi railway station dulu tukar waktu tiket train kitorang jadi lambat sikit sementara Maya and Amir sampai.
Tapi nak buat cane, benda tak tahu kan~
And we have no choice selain beli tiket baru, muka sebak jer semua.

But wait.
Penderitaan kitorang haritu tidak berakhir di situ huhu

Next train jam 8.30 malam, expected time to arrive around jam 11 lebih.
Sampai jer terus berkejar cari hostel yang kitorang dah reserve, sekali receptionist takdeeee sobs sobs
penderitaan belum berakhir.
Kitorang call, semua benda kitorang cuba untuk reach receptionist tu, malangnya semuanya menemui jalan buntu.
Maka tersadailah kitorang kat lobby tu, aku time tu rasa geram dan marah sangat sebab time tu dah penat, penat sangat, dahlah duit dah terbang melayang, nak masuk hostel, takleh masuk pulak receptionist takde sebab time tu dah jam 1 pagi, tapi taktahu nak marah sape, end up redha jer la kat situ.

February 1st

Sampai jam 8 pagi barulah kitorang dapat masuk bilik, apalagi balas dendamlah tidur sampai jam 3 petang LOL.

time tu kebetulan ada festival kat Venice....orang semua pakai mask, kitorang pun apalagi membeli mask la jugak herherher


girl in blue mask engulfed into the blue light.



malam tu kitorang makan italiano cuisine.

pasta, cheese goreng dan pizza.


muka heksaited nak makan...

tapi aku tak suka makanan tu huhu...
pizza jer aku suka...
cheese goreng paling tak suka...
pasta sebab dia pasta seafood, so rasa kelautan nya itu, yang nampak gelap tu, pasta dakwat sotong, tak suka huhu



Venice at night!

February 2nd

Good morning Venice! 
View kat hostel.

View dari bridge

Selfie hihi

Pagi tu kitorang berjalan kat sekitar Venice jer, then petang sikit baru naik gondola.
Saja tunggu petang sikit barulah cantik view.



dari atas gondola. Sebuah gondola, 30mins trip costs you 80 euro, max people onboard are 5, so bole la bahagi.



aku sebenarnya ada mabuk laut juga sikit, effect dia bukan instantly, effect dia adalah seminggu lepas tu, bila jalan aku akan nampak jalan terumbang ambing, macam bila kita duduk atas boat, kan terumbang ambing sebab ombak laut~

Malam tu jam 8 lebih kitorang gerak pegi Vienna, Austria by train.
And this time memang taknak berpecah dah takut ada lagi yang sesat, kang terlepas train lagi, pulak train ni yang paling mahal tiketnya sebab ianya overnight train around 10hours.

hot chocolate, walaupun beli dari self service machine jer, tapi cukup rasa! 80cents only and it helps you to survive in coldness.

platform

Around 8 lebih, train pun mula bergerak. 
Memula semua semangat nak berbual, cerita hantu la, cerita zaman sekolah dulu and macam macam lagi sampailah at last semua kecundang oleh mata yang berat.

on the way ternampak salji yang menutupi rail.

Morning Vienna!




Schonbrunn Palace.






view from the hill.

Maya buat love ni sebab aku nampak macam merajuk menyendiri kat atas tu...LOL...
okaylah sebenarnya it's not all the time kita sentiasa dalam happy mood kan, kekadang macam time tu, rasa penat sangat sebab semalaman dalam train, and tidur pula tak lena, aku memang macam tu kalau on the way nak pergi memana tak kiralah jenis transport apa sekali pun, memang payah nak tidur. so bila dah siang tu, aku tak berapa larat, mengantuk dan sejuk pula, so aku diam2 jer la kat situ, pastu maybe diorang ingat aku bosan, yelaa aku seorang yang ceria suka ketawa and suka buat jokes so bila aku diam jer tu diorang pun hairan, so diorang pun kepal2 ais baling kat aku nak ceriakan aku hmm...
sakit satu hal sejuk lagi satu hmm....kesian diorang, diorang cuba nak ceriakan aku, malangnya aku dah tak berdaya nak ceria, jadi lagi sentap adalah huhu...
Thanks guys for bearing me! 



Then balik hostel barulah ada chance nak berehat dan tidur, so aku pun tidur lah sampai maghrib LOL
Diorang ajak pegi Hard Rock Cafe pun aku taknak huhu

January 4th

Pagi tu breakfast kat bawah dengan Zaidah jer, Maya kenyang dah makan, Hisyam and Amir tak bangun lagi. 

Di sini aku nak mengesyorkan kepada engkorang kalau nak pegi Vienna, Austria, stay lah dekat Meininger Hotel Wien Downtown Franz! Tak mahal pun dan sangat comfortable! Guest-friendly, cantik dan memudahkan, Kitorang sampai awal sebelum check in hour pun dia kasi kitorang letak luggage kat luggage room yang disediakan. 
Dia sediakan breakfast with add on 5.99 euros, tapi kitorang tak ambil pun offer tu, sebab kitorang takleh makan daging, ayam semua tu.
And ada kitchen untuk kitorang sediakan sendiri makanan kitorang!




duomo kat Milan haritu tak sempat nak masuk so kitorang ambil kesempatan untuk masuk duomo kat Vienna.

Petang tu, berkejar balik ke hostel untuk naik train ke Budapest pulak!
Dan train ni open ticket means boleh jer naik bila2 masa.
Yang kitorang kejar adalah waktu check in guesthouse kat sana huhu.
Nasib baik sempat jer semuanya.
So malam tu kitorang lepak kat guesthouse jer.

January 5th

Budapest


nak posing tapi nak pakai glove jugak huhu





Hungary Agriculture Museum




In the middle of Budapest city

Ice cream berbentuk bunga!


The Parliament

January 6th

So hari ni merupakan hari terakhir kitorang, flight kitorang ke Cairo dijadualkan berlepas pukul 2.30 petang.
So siang tu memang tak pergi mana mana dah, packing barang dan terus pergi airport.
Kat sini aku nak share pengalaman yang paling aku tak expect terjadi dalam hidup aku.
Time tu, plane kitorang dah ready untuk take off...memang dah accelerate dah pun reaching 180knots (engine power yang diperlukan untuk berlepas), tetiba plane reduced speed dan braked, aik sesuatunya.....
adakah plane mempunyai masalah teknikal or pilot nervous sangat nak tolak throttle...?
then plane take time melencong dulu sebelum dia try untuk take off lagi sekali.
lepas dah dapat approval dari ATC untuk berlepas, plane pun accelerated reaching 180knots, 
then same thing happened...
dia reduced speed, and braked lagi sekali.
time tu aku dah mula risau....
kenapakah...?

Then pilot announced kitorang akan delay penerbangan untuk the technicians and engineers checked masalah technical, katanya engine problem.
So kitorang pun dihantar balik ke bangunan terminal.
Sambil sambil lepak dan masing2 melahirkan rasa tak sedap hati, Amir juga sempat melahirkan hasrat beliau untuk melamar aku menjadi MC wedding dia dengan Maya nanti...
haih sempat engkorang...


all the passengers were disembarked from the plane, nampak tak dia selenggara engine tu?
dahlah dengan takde lambang egyptair nya...
risau kitorang, kapal hantu mana diorang angkut bawa kitorang ni haih
kebetulan sekali dengan kitorang Egypt water polo team, diorang ni rilek jer gelak gelak macam takde pape terjadi...tak risau kee...? Huhu

Tepat jam 5.30 petang local time, diorang announced untuk kitorang fly balik, 
Hisyam dah berdoa dah semoga diorang kasi kapal lain, cuak benar lah hai fly dengan kapal yang ada technical problem.
Tapi bila fikir mustahil la untuk diorang bawa kapal lain in an hour, sekali memang betul naik kapal tu balik....
Kitorang pandang jer kapal tu dengan mata terkebil kebil, hati jangan kata lah dia punya risau tahap telan air liur pun takleh, then berpandangan sesama sendiri....

"as if ni flight terakhir kita, kita redha je la ea......" Amir cakap.
Semua diam jer.

Dari bawah, aku ternampak pilot tengah tengok penumpang kat bawah dari cockpit, dia pandang jer semua penumpang, bila masuk kapal, pramugari dan pramugara yang sambut pun senyum dengan riak muka yang indescribable. 

Lepas semua dah ready, tepat jam 6.00 petang local time, plane pun ready untuk take off, dan mula accelerated, this time tak brake, berjaya take off dengan bunyi enjin yang lain macam bunyinya kebetulan seat aku sebelah wing. 
Actually, sambil kapal take off tu, sambil aku nangis sebab taktahu dapat sampai ke destinasi ke tak hmm
dan once plane dah kat atas, sama ada dua jer, landing dengan selamat di Cairo or perjalanan kitorang terhenti di tengah.
Time tu ingat Tuhan jer.
Sementara nak stable tu, dapat rasa plane tu macam nak descend ke bawah balik, tapi maybe pilot nose-up plane tu so dia terus ascend.
Bila dah stable, fastening belt signal memang on most of the time.
Turbulence kat atas agak dahsyat jugak, sebenarnya turbulence pernah jer lagi teruk dari tu, tapi sebab plane ni ada engine problem kan, so risau la turbulence yang sedikit pun mampu menjatuhkan kitorang.

Perjalanan sepatutnya 3 jam 40 minit, tak tahu macam mana pilot tu speed up kat atas, within 2 plus hours kitorang dah landing kat Cairo, once plane touched down tu cuma Allah swt jer tahu betapa leganya hati aku, tapi not yet, aku cuma betul betul lega bila plane tu completely stopped.
Alhamdulillah Tuhan selamatkan perjalanan kitorang.

Pengalaman tu aku takkan lupa sampai bila bila.

so itulah dia cerita winter break aku.
8 unexpectable places, 5 random people, 15 amazing days, countless memories and experience, joy and sadness, excited and tired, I shall cherish every single memories.

here it is, our travel map!

okay I guess this is more than enough.
till we meet again
Bye
Assalamualaikum.