Friday, 7 November 2014

Weekend comes again.

Assalamualaikum.
Hi...

Weekend comes again.
But wait, malam before that aku mengalami emotional disturbance where aku tetiba rasa nak explode sebab benda yang terjadi beberapa hari lepas. Selama few days tu aku simpan jer but it keeps haunting me, so malam tu aku dah tak tahan, elok pulak housemates dua2 takde, kat twitter lah aku lepaskan semua kemarahan aku ceh~ 

Tapi, dalam tengah dok volcanic eruption tu, akal rasional aku terfikir,
" aku dah kenapa, tetiba tak bertenang malam ni, sesuatu sangat ni~"
erm PMS rupanya.
Padanlah beberapa hari lepas aku makan macam aku ada bela saka leuls.
Kejap kejap jer nak makan.

Yang bestnya, tengah tengah marah tu, terbarai jugak aku gelak dengan bebudak ni.
Sengal badak betul sesekor.


LOL terus aku terbayang Alina terdampar jadi line court hahaha~ tak perlu penjaga line dah,  line court sendiri angkat tangan shuttlecock in ke out~ leuls

Tapi benda yang aku marah tu takde kaitan dengan orang yang terdekat dengan aku.
So, chill sebab ada dua tiga orang pm lepas tu minta maaf kalau ada salah silap.
Murni betul hati diorang ni, murni dia semurni minyak kelapa sawit~

So, esok harinya pergi kelas dengan tenang seumpama tiada apa terjadi.
Petang tu sesaje lepak kat Coffee Roastery dengan Eila.
Tapi tak snap gambar pun pasal dah selalu pergi, tak macam kat People's tu, baru dua kali semenjak first year.

Favourite gelato spot lepas Saidy leuls.
Ni kat Fresco. Sedap giler gelato dia. Sakit dada kau makan sebab tahan sebak kerana kesedapan yang tiada tolok banding, tolok penanda dan juga tolok hujan leuls~

Nampak jer macam tanah liat yang disumbat dalam bekas, tapi sedap dia Ya Tuhan.
In fact, aku memang gelato enthusiast, serious talk.

\
Ini dapat kat TBS. Eila nak beli muffin, lepas tu tetiba nampak benda ni, Eh eh comelnye botol.
Meh sini saya beli awak~
Takde background yang cantik nak ambil gambar.
Eila suruh aku selfie bersama sama benda ni, erm dah macam duta jus jambu pula.
Tak payahlah.

Balik jer rasa penat dan tanpa disedari, aku telah terjaga daripada tidur yang lena.
Tu pun pasal Eila kejutkan aku.
" Jaja, taknak pergi konsert ke?"
Aku baru sedar oh ada program lagi rupanya.
Then bersiap siap ala kadar terus gerak dengan Eila, singgah rumah kekasihnya dulu, sebab kekasihnya lambat benar berdandan, sembang nak pick up kitorang, end up kitorang yang pick up diorang satu rumah.

Konsert ni sebenarnya untuk raikan farewell senior tahun 6, yang juga pioneer band ni " Supernova".
Dah grad weh, seronoklah engkorang hmmm...
Sesampai jer, dah selesai dua lagu dah.
Masuk dewan dengan tenang, nampak Jimbo aka Azim Azman and gang, terus kitorang duduk sebelah.
Lama nau tak nampak brader ni, maklumlah dak Forensic sekarang, mana nak selisih dah.
Nampak aku jer, Jimbo terus menyakat.
Sebab band yang tengah main lagu kat depan tu, geng diorang jer jugak.
Bila MC tu tanya, " ada sesiapa volunteer nak nyanyi tak lepas habis ni?"
Jimbo pegi jerit kuat kuat. " JAHHHH NAK NYANYI!!" sambil tunjuk tunjuk aku.
Aku dah macam nak masuk bawah kerusi dah, cis mat ni, kongaja betul~
Banyak kali dia shoot aku, semua soalan MC tanya, semua nama aku yang dijeritnya~
" Siapa tahu lagu ni?"
"JAAAAHHHHH"
" Siapa pandai nyanyi kat sini?"
" JAAAAHHHHHH"
Lepas tu, ada member senior Jimbo lalu area row kitorang, dia pegi bagitahu mat tu, 
" Weh, dia ni nak nyanyi! " sambil tunjuk tunjuk aku.
Lepas tu, mat senior tu pergi jerit pula, "DIA NI NAK NYANYIII..."
Adoi ngeng betul Jimbo dan mat senior berkenaan~

Mendapat sound dari aku la dia kan, 
" Eh engko senyap lah giler! Aku lipat lipat jugak engko ni nanti!"
Red kat depan dah gelak gelak dah dengar aku sound Jimbo. Eleh tapi si Jimbo ni lagi aku sound lagi dia seronok nyakat. buruk nau perangai~
Boleh pulak dia pegi jual nama aku, dahlah dengan aku punya bekas crush bekas segala bala semua ada kat situ, choiii~

Diorang nyanyi lagu best lah jugak, lagu rock kapak tu diorang main, giler tak menggelupur pulak aku kat situ kan, fevret aku pulak~ 
Kejap kejap " Eila, lagu ni!" " Eila, aku tahu lagu ni!"
Antara lagu yang diorang main, Sejati- Wings. Cintamu Mekar Di Hati-May, Relakan Jiwa-Hazama, Let Her Go-Passenger dan lain lain.
Muzik best, PA system pun best, yang tak best suara diorang.
First verse dah lari not dah.
Kalau nak menyanyi dengan bagus, first verse tu memang kena hit dia punya not cantik cantik, bila orang dengar orang akan sorak, bila orang sorak, kau punya keyakinan akan meningkat, then next verse kau hayun gitu jer, sebab dah yakin, sampai chorus, baru all out, barulah menggelupur audience engkau, lepas habis jer nyanyi, berkejaran semua minta autograf kau ecece~
Aku acah acah tahu skill menyanyi jer kan~

Tapi kalau diorang nyanyi lagu Linkin Park-Numb ke, peh mesti terbaiklah.


takpun Faint ke...peh! tak banyak sangat orang tahu lagu Faint, tapi best giler~ fevret aku jugak ni.




gambar ni aneh dari segenap aspek haha...kecuali Eila la, dia menten lawa.
jilake betul belt aku nampak macam ada penis leuls~
Ini dah pukul 10 malam dah ni, walaupun nampak senyum sebenarnya hati tak rela nak bergambar~
And gambar ni ambil dari fon Eila, aku memang takde nawaitu pun nak ambil gambar, sebab pakai ala kadar jer. Time ni tengah tunggu kekasih Eila, lambat nau beramah mesra dengan senior.

Lepas tu, tetiba semua berasa lapar pula, haa sudah engkorang, aku nak balik ni......~
Tapi kalau aku balik, balik sorang pulak, alamak cuaknye iolls.
End up mengekor juga umat geng Eila dan kekasihnya pegi makan.
Semua jalan berpasangan.
Aku menten single kat situ, cis.
Dah Jimbo tak ikut pulak, kalau tak, boleh buat kroni.
Tengah aku tenang berjalan bersendirian sambil menghirup udara malam, tetiba Iman ropol, dipanggil ropol disebabkan rambutnya nan beropol ropol, datang jalan sebelah, 
" Haih single jah?"
" Single dan tenang~" 
" Haha! Kita lek jer~"

Lepas tu kitorang berborak pula pasal lagu.
Dia pun layan rock juga rupanya, tapi Muse la dia layan.
Aku pula Scorpions, Linkin Park, bak kata Red, lagu bagi sakit otak tu semua aku layan ceh~
Aiman pula tetiba datang mencelah, layan Radiohead katanya.
Radiohead muzik dia best, masuk bass dengan guitar dia, ada soul gak, tapi vocalist dia nak nyanyi taknak nyanyi sama banyak jer.
Naik heran aku dengan Ropol fikir apesal diorang macam nak nyanyi tapi tak nak nyanyi..
Meleweh jer~ leuls
Borak punya borak tetiba sampai McD dah, aku tak makan McD sebenarnya, boikot katekau~
Tapi dah diorang ni makan belaka jer, emm takpelah sekali jer, sekali jer leuls~

Lepak punya lepak dah jam 11 lebih dah.
Balik rumah, kekasih Eila and Fit hantar kitorang.
Sampai rumah terus pengsan, penat giler berpeleseran.
Heran aku, kenapa orang suka lepak sampai dinihari eh, tak penat ke..? erm~
Aku mengenang takde kawan nak balik jer, aku follow tu, kalau tak memang dah lama dah selamat tidur.
Esoknya iaitu hari ni, tak pegi mana pun lepak rumah jer, sebab Eila nak exam dah.
Lagipun penat semalam tak habis lagi, dah tua ni tenaga tak banyak dah.

Okla till then
Assalamualaikum.