Hai...
Assalamualaikum.... :)
*kenapa hai dulu baru assalamualaikum? sebab hai dulu baru assalamualaikum la leuls~
Assalamualaikum....
Hai.....
Ada tak orang di luar sana yang sama macam aku...?
Malas bermasyarakat~ huhu
Aku seorang hamba Allah swt yang malas gileeee nak bermasyarakat huhu....kera sumbang bak kata pepatah.
Yang kat Alex tu jangan ditanya la, mengenangkan aku perlu berbual jer aku jadi ramah tamah tapi kadang kadang tak ramah tamah sangat tapi kena juga ramah tamah dah cane nak mendekati ahli batch kalau tak ramah tamah tapi kadang kadang datang kelas sepatah perkataan pun aku tak cakap. leuls
Pagi yang hening. Langkah kakiku deras menuju lecture hall. Maklumlah jenis cergas dan lincah.
Padahal sebenarnya lagi seminit kelas bermula, mahu tak lipas kudung di situ.
Berjaya memboloskan diri melalui pintu lecture hall....ah macamlah tak muat sangat jer pintu tu kalau dilihat pada cara ayat tadi, gramatis tak bertempat.
Mata melilau mencari tempat duduk yang strategik, sambil scan lecture hall, sambil mata teraccident dengan mata mata rakan taulan yang lain.
Kalau mood tengah baik/kelas tengah hari, senyuman lah jugak dilemparkan, kalau mood tak baik/ kelas pagi, mata bertentang mata je lah.
Kalau hari Isnin/ pakai baju kurung sebab Professional Day, semua mata memandang * bunyi macam perasan* malah ada yang menegur
" ada presentation ke hari ni? "
" Hari ni Isnin." Malas tak malas aku menjawab.
*ah engkorang mentang mentanglah aku jarang berbaju kurung, cuma t-shirt dengan jeans jer, penghinaan secara indirect engkorang kasi.
Suasana lecture hall gamat dengan suara-suara mereka, kali terakhir berjumpa semalam rasanya, entah apa lagi lah yang nak dibualkan tu.
Aku macam biasa, membisu sambil check fon, any news any updates.
Ada juga hari di mana semua orang bercadang untuk bertanya sesuatu kepada aku, ke kiri ke kanan kepalaku berpaling mencari gerangan yang memanggil manggil.
Kadang gadis kadang jejaka.
Serabut.
Kelas bermula.
Suasana serta merta menjadi senyap sunyi.
Doktor memberi lecture dalam nada monotonous seperti biasa.
Kecuali Dr Azza Baraka yang mengajar subjek Pharmacology, begitu bersemangat suara beliau menerangkan ilmu, tak masuk lagi betapa hebatnya beliau dalam penggunaan ruang depan lecture hall, ke kiri ke kanan kepala 80 orang secara serentak dalam lecture hall tu.
Setelah tiga jam yang penuh berilmu tamat, bergegas pula pergi kelas praktikal.
Aku masih macam tadi.
Membisu.
Habis kelas praktikal.
Masih membisu.
Pulang ke rumah.
Cycles keep going.
Balik dari kelas selalunya secara solo sebab ada ada saja urusan nak diselesaikan di administration room di tingkat paling atas bangunan fakulti tu.
Sedang mendaki tangga demi tangga, terus teringat peristiwa Israk Mikraj di mana Nabi Muhammad saw naik ke langit untuk bertemu Allah.
Tak sangka nak bertemu manusia pun dah begini penat mendaki.
*ah mengeluh saja yang aku tahu
Selesai urusan, berjalan pulang ke rumah, dalam 10 minit sampai lah.
Di depan fakulti ada sebuah jalan ala ala jalan persekutuan harus dilintasi, silap langkah dalam satu saat, boleh arwah jadinya huhu.
Seronok dapat naik tahun bukan apa, lepas ni tak perlu lagi melintas jalan berkenaan.
Di Malaysia pula, komunikasi lisan dengan family kat rumah jer.
Komunikasi maya adalah juga.
Selalunya, weekend ada kenduri.
" Along, jomlah teman Mommy pegi kenduri...."
" Hmm...taknak."
*berdosa anak walaupun cakap uhh bila ibu meminta bantuan.
" Kenapa taknak?"
" Malas nak jumpa orang."
" Hmm..."
"Hmmm..."
Baru baru ni, doktor suggest Abah ambil ubat diabetes, sebab Abah ada hyperglycemia.
*hyperglycemia...nama Latin untuk elevation of blood glucose level.
Maka risaulah kedua dua Abah dan Mommy.
Mommy terus merujuk aku.
Padahal pengetahuan aku ceteklah amat.
" Boleh tak kalau Abah tak ambil ubat? Kalau abah dah ambil ubat tu, selamanya lah dia kena ambil ubat."
" Sama ada ambil ubat atau pantang seminggu lagi dan check level glucose dalam darah. Kalau turun, lepas ni cuma control makanan la, kalau tak, memang kena ambil ubat dah la."
" Tapi Abah payah nak berpantang."
" Then silakan ambil ubat."
Hambar giler berbual dengan aku............
Lebih lebih lagi bab kesihatan.
Selalunya aku tegas, kalau boleh, maka bolehlah. Kalau tak, maka taklah. Tiada kompromi.
Contoh lain.
" Weh, macam mana ni? Aku nak pegi program X tapi dalam masa yang sama nak pegi program Y. Benda tu serentak."
" Mana lagi penting?"
" Program X."
" Then pegilah Program X."
" Tapi Program Y pun penting."
" Korbankan lah salah satu."
" Tapi nak pergi dua dua..."
" Kita takde jam Harry Potter boleh putar masa balik."
"Okaylah pegi Program X la."
" Okay."
" Eh pegi Program Y la."
" Oh? Okay."
" Eh pegi Program X la."
"..............don't talk to me again..................."
Di alam maya nampak macam aku banyak berbual, padahal malas berbual.
Otak aku jer yang lincah berfikir.
Duduk berteleku dalam bilik.
Kadang baca novel.
Kadang baca blog orang.
Kadang termenung memikirkan habit manusia.
Sambil mendengar lagu lagu lama.
Oh, indahnya saat itu~
haha *celah mana yang indah.
Masa duduk berseorangan sangatlah menyeronokkan.
Memerhati.
Berfikir.
Biasanya persoalan dalam minda, aku akan biarkan bermain tanpa konklusi.
Harapan aku, semoga persoalan dalam kepala aku berjumpa jawapannya suatu hari nanti.
One fine day~
Till then.
Assalamualaikum.
Bye.