Friday, 14 February 2014

Winter break

Hi.
Assalamualaikum.

Winter break.
*tarik nafas dalam dalam
Nampaknya sudah masuk bulan kedua tahun 2014.
Sudah masuk cuti musim dingin untuk batch SM 11/17.
*let you know that every batch in Alexandria University bercuti musim dingin pada waktu yang berbeza.
 ( apehal macam tak berapa kena ea paragraph kat atas ni dengan jiwa penulisan blog aku...-_- )

So, yeah.
Winter break is coming....!
kalau tengok stegrem sekarang ni haa, kemain merata rata gambar bebudak batch SM di serata pelosok dunia...
Ada yang pegi UK, pegi London, Paris, Spain, Turkey, etc....
yang aku sebut tu antara yang aku tahulah, ada jer aku tak tahu tu, ada jeeeee...
Cerita orang lain....diri sendiri tu pegi maneee...?
Dipendekkan cerita yang memang dah pendek, aku tak pegi memane tahun ni...
Banyak jugak orang bertanya...
" Kenapa? " Mengapa" " Asal kau tak gi memane?" "Kau dok rumah apa dapat dowh...~"
Ni lah antara respon orang once aku jawab aku tak pegi memane bila dyorang tanya aku pegi mana...
*demikianlah ayat aku yang berangkai-rangkai tapi aku nak cakap semua benda tapi aku tak tahu nak modify ayat cane -.- 

And bila dah dyorang tanye kenapa tak pegi memane, jawapan aku ringkas jer.
" Malas." 
ada jer orang yang aku kasi jawapan panjang sikit.
" Malas ah nak jenjalan. Penat."
ada jer yang panjang lagi bila hari tu braces aku tak buat hal.
" Nak berehat la weh. Satu sem jadi SR cukup meletihkan jiwa raga dan mental aku. Eloklah kalau aku berehat menenangkan diri. "
Ecece...ayat aku...
tapi serius ah. Plus winter ni takde mood nak jalan. Sebab aku fitrahnya, kalau mood aku nak berjalan tu sampai, dari summer break hari tu lagi aku dah search tempat, dan buat plan, expenses calculation....
Summer ritu memang taklah aku nak buat search. Tambah lagi dengan pasca evakuasi tu, entah dapat balik sini lagi ke tidak. So, takde mood la pendek ceritanya. Next year la insyaAllah...hihi

Plan aku winter break ni of coursela tidak terperap diperap memerapkan diri di rumah sahaje.

there it goes....

GYM!
Sebenarnya nak start dari hari tu lagi, tapi busy kononnya mana ada masa sangat nak gyming hari hari...
So masa cuti lah, masa yang terbaik untuk mula gyming.
aku ambil membership for three months...three months jer...sampai May macam tu kot...sebab June dah start puasa Ramadhan n July dah nak balik Malaysia insyaAllah....
So maybe, extend start tahun depan la... bergantung kepada kebusyan clinical year....( insyaAllah kalau diizinkan Allah next year dah masuk clinical year )

Apa yang bestnye gym ni...?
Aim aku of course la for fitness and nak shed away some kilos.... elak karang balik Malaysia, Mummy yang terchenta tu bising kata aku dah gemuk....
Teringat masa balik summer break first year...
Banyak gak ah naik berat berbanding masa memula datang...
Sesampai jer kat airport Penang, first sentence to pop out from Mummy's lip was... " Gemuknye Along...! "
Sebak giler dowh....dahla letih berjam jam duduk dalam flight tu....sampai sampai kena kata gemuk T_T
Last year Mummy tak kata pape pulak....sebabnye gua cover pakai high heels 5 inches muahaha....
so nampak tinggi, tak nampak mok mok...tapi last year kurus sikit banding first year....

Tengok! selalu melencong dari tajuk.
Apa yang best dengan gym ni....
Best la jugak ada all the common machines which make a gym, a gym.....
Ada sauna, steam bath, jacuzzi....ni semua in package of membership tu.
Ada additional, body massaging, facial scrub, moroccan bath, perfume bath dan memacam lagi lah.
yang additional ni kena tambah la some bucks...tapi ada special price for member...hihi
And semalam ada free body massage sempena Valentine's day!
Aku cuak memula....aku tanya dulu sapa yang nak ngurut tu...lepas tu akak tu cakap dia yang ngurut...oh okay..!
So aku accept je la....
10 minit jer dia urut... Kemain nok aku meroyan sakit.
Tak tahulah kalau pain threshold aku memang rendah or memang bebetul sakit urutan tu....
Cadang nanti nak dekat start sem, ingat nak buat full body massage...
Tapi baru 10 minit dah meroyan macam hape...berfikir la jugak aku, nak teruskan dengan plan ke tak...huhu

and dalam gym ni jugak ada separate gym untuk ladies! so bolehlah free hair dan gyming dengan penuh kebebasan dan kesukahatian...hehe
and ini adalah ladies area....
aku snap ni masa aku tengah cycling...

and aku ada jugak masuk sauna hari tu....panas gilerrr!!!!
padahal baru 84 degree celcius...ada orang masuk sampai 90 lebih....uuuu
macam azab giler duduk dalam sauna tu....
sorry tak snap gambar dalam sauna room pasal dia punya lighting samar samar jee....
Snap pun tak nampak sangat.

Steam bath and jacuzzi belum try lagi.
Nak try jacuzzi hari ni sebenarnya tapi atas kekangan kekangan tertentu maka terpaksa lah aku batalkan hasrat aku tu.
Bukan salah gym. Bukan salah aku jugak. Ini semua takdir...Huhu.

And hari tu, tak ingat hari apa and malas nak check hari apa.
Ada sushi date dengan my buddy Yana!
Baru aku tahu rupenye Yana tak makan sushi....tapi sebab aku craving sushi dari time study leave lagi...
dia ikutkan je la...naseb baik Mori Sushi tu ada combine dengan Coffee Bean and Brew & Chew.
So ada option lain lah selain sushi...fuhh fuhh seb baik!

pic from Google. Thanks google. Ini bukan first time pun aku pegi sini.
Actually antara favourite gossiping spot aku dengan Kaklong selain Fuddruckers pada zaman dulu, masa dia masih belajar kat sini.
Sedih giler Fuddrucks buat renovation dari June last year lagi sampai sekarang tak siap siap. Kiranya last May lah kitorang pegi sana hmm hmm....
Okay. Ini cerita pasal Mori Sushi. Bukan pasal Fuddrucks. =.=

haruslah selfie dan muncung sesikit! Tapi aku jarang ah update gambar kat FB. memang dah tak pernah update pun. Entah kenapa. Kat stegrem pun jarang jugak aku post. Malahan memang tak berapa active berstegrem pun...
Satu satunya social media yang boleh katakan hari hari aku update is Twitter. The one and only.
Sebab aku jenis gemar bermonolog dalaman. so apa kata aku share dengan orang apa yang aku monolog kan tu. No matter they wanna give any shit or just skip my tweets. Memang tak kisah. Kalau update status kat FB cam sedih jer takde orang like. Bukanlah aku nak batak LIKE! tapi nampak benar la I am one of unfavourable creature still living in this world. Haha. =.= okay not funny.


pasta Yana.

lemon mint and sushi aku. hihi. nampak sikit. tapi siap boleh tapau bawa balik pasal perut dan penuh. huhu
akhirnya, craving aku tertunai jugak! hihihi

and last night, aku and Eila berasa sangat bosan duduk di rumah dan mengambil keputusan untuk pegi San Stefano.
Kat sini, dyorang bebetul celebrate Valentine's Day. Restaurants sepanjang on the way nak gi sana pun semuanya decorated with red hearts balloon everywhere. Okay those did wow me,although in Islam haram Valentine's day ni....

Dekat San Stefano pun banyak sale, unsure whether it was Winter Sale or Valentine's Sale. But ada sale lah semalam.

And I bought myself two lipsticks or another name for it which I've just discovered; rouge.
Hihi.
Reason : I'm already 21.
LOL.
Sebabnya before this, memang Mummy yang belikan lipstick ke apa....tak pernah pulak rasa nak beli sendiri and rasa diri sendiri tak ngam lah pakai lipstick. And lipstick means ladies.
Now, I am 21. I am a lady. hihi.
* okay baru perasan I havent updated anything bout my birthday hari tu. mmhmm. Later la.
Pernah dulu, and it always be....I was thinking of not wearing lipstick on my wedding day.
Tapi bila fikir, bapaklah gloomy and pale giler muka aku nak kahwin tapi tak pakai lipstick. =.=
Dahlah muka aku jenis kalau tak pakai bedak, nampak macam tak mandi walaupun dah mandi. Serious talk.
Sebab tu aku memang sapu jugak compact powder walaupun sikit, otherwise anyone who will bump into me on my way akan fikir aku sakit tenat and tak larat nak mandi sebab tu muka pucat and tak bermaya. Oh no...!

So here they are.

nampak wet.

it gives my lips this colour. aku suka colour ni. hehe.


and yang ni striking ya amat..!

so it gives my lips this colour. Kat rumah lah kan baru nak try bebetul. Hihi.
Tapi bila dah pakai takdelah striking ngat ngat. Ke sebab aku letak sikit sikit jer...? Eh.

Dua dua jenama Flormar. Aku ingat jenama jalanan mana. Rupanya dari Turkey. Siap ada website lagi. Haa bolehlah....hehe

Check on this Flormar website.

Setakat beberapa hari dah cuti ni, ni lah benda benda yang aku buat. :')

And not to forget.

Novel yang dah lama aku cuba nak habiskan tapi tak habis habis. Busy katekau...
So, I think now is the most perfect time for me to read them all. Hehe.

Okla. Thats all. Wanna catch some movie.
Till meet again. Bye. Assalamualaikum. :D