Assalamualaikum...
Hi..!
Boleh tahan lama jugak tak update blog...bila last?
*lepas tengok blog sendiri...ouh 3 November...
Hari ni pulak baru berasa nak update...kalau ikut waktu Malaysia hari ni dah 3 Januari 2014.
Hoi.
What a fateful coincidence!! *over nau =.=
To shorten everything and prevent any freaking deviation,
sekarang dah masuk tahun 2014!
So SELAMAT TAHUN BARU buat diri sendiri dan diri sendiri. Haha
yeay! Bunga api merdeka untuk diri sendiri.
Apabila menjelangnya Tahun Baru...( maksud aku kat sini is Tahun Masihi ),
aku mula rasa tak sedap duduk.
Dulu zaman sekolah aku tak berapa kisah sangat, yelaa zaman tu aku muda lagi, so lek leh chill je la kan? Akan tetapi sekarang, aku dah melangkau usia usia tua, so aku rasa tak sedap duduk lah.
Sebabnya, bila menjelang Tahun Baru, bulan pertama yang akan dilalui adalah bulan Januari. Dan aku lahir pada bulan Januari. Dan menjelangnya Tahun Baru means umur aku akan bertambah secara rasminya.
Hence, menjelangnya 2014, so my age will be 21...! actually will be officially 21 in few weeks more...
takyah nak few weeks sangatlah...in two weeks more jer! =.=
Bukannya taknak dewasa or tua, ish ish salah benar tu...
Cumanya, takut usia tak selaras dengan kelakuan dan mentaliti. haa begitu.
21 kot. Umur ni kalau dok kat bangsa matsaleh, free dari segala gala dah haa, actually dyorang 18 dah boleh keluar rumah. Hmm. Rupanya masa aku 18 aku dah tinggalkan rumah datang sini sambung study.
Dan umur ni kalau musim PRU, dah boleh nak menggelabah ayam nak pangkah calon mana dari parti mana.
Dan juga umur ni, kalau terasa rasa nak menamatkan zaman bujang dan memulakan zaman hidup berpasang, orang dah tak kata..
" Amboi, awalnya engkau kahwin haa..."
walaupun pada dasarnya, awal lagi tu...tapi orang dah kurang complain kot, pulak tu zaman sekarang ni trend kahwin awal ketika masih belajar menjadi begitu trendy
dan mereka yang mengambil langkah itu akan menjadi begitu famous amos di persada universiti mereka mahupun persada alma mater dulu.
So, yang batak famous tu pi kahwin la ni jugak! * okay takde kaitan
Hmm...21 *gosok gosok mata. yeah 21.
Masuk tahun ni dah tiga tahun aku tak sambut birthday dengan family.
Perasaan dia tu...memang terasa something la...
And macam biasa, aku bukan jenis nak berazam tekad bagai bila masuk tahun baru ni.
Bila aku rasa nak buat something, straight away aku buat, takyah tunggu tahun baru.
Jadi, bila sampai tahun baru, hilang segala ilham apa yang nak diazamkan.
And macam biasa, aku bukan jenis nak berazam tekad bagai bila masuk tahun baru ni.
Bila aku rasa nak buat something, straight away aku buat, takyah tunggu tahun baru.
Jadi, bila sampai tahun baru, hilang segala ilham apa yang nak diazamkan.
And yeah, few weeks ago, aku dah berbraces.
Nak upload gambar, lupa pulak fon aku yang maha pink tu, telah selamat dihantar ke bengkel, sebab socket dia ada problem, charge pun tak bertambah tambah battery power dia, yang bertambah cuma sakit hati aku jer...huhu
Back to origin, sakit tak pakai braces..?
Sakit oi Ya Robb !
Tapi tak semua orang yang pasang braces mengalami sakit yang sama...depends on your teeth structure and arrangement and multistrata of the teeth and position of the teeth and and etc....
Bagi aku, tempoh yang paling menyakitkan lagi memeritkan bagai nak cabut rahang dan tinggal tepi jalan, was precisely zaman pakai separator.
Natang apa separator tu..?
Nah!
nampak jer rupa dia macam tak sakit. tapi sakit nauzubillah.
separator spacer ni macam rubber coil...bukan macam, memang iye rubber coil. benda ni letak kat celah molar tooth tu untuk jarakkannya sebab lepas ni nak pasang molar band yang diperbuat daripada besi.
sakit dia amboii....tiga hari aku termenung mengenangkan nasib dan kesakitan yang aku alami. ceh~
Seminggu jugak ke sana ke mari dengan separator di celah geraham.
Then, lepas tu, extract tooth, and pasang molar band yang diperbuat daripada besi tu.
Then minggu lepas tu lagi, baru pasang brackets and archwire.
So, now aku dah berbraces.
First ring colour pilihan aku is maroon. hehe
Sebab pink which is my favourite is too mainstream.
Cuak pasal umur dah nak masuk 21 dah cerita.
Braces pun dah setel.
Cerita pasal kerja aku pulak.
Student Representative.
Hmm.
Baru kira kira dua bulan aku jadi SR.
Penat. Huhu.
Kerja SR ni banyak tapi tak sibuk.
Macam mana aku boleh cakap macam tu bila semua orang dengar jer huruf keramat ni yakni SR mesti orang kata busy!
Memang banyak kerja.
Tapi pasal apa aku kata tak busy, pasal aku ada masa lagi tengok Shin Chan.
Kalau ada masa lagi buka youtube tengok Shin Chan tu kira okay lah kan ^_^
tapi masa exam lagi lagi masa practical exam, hoi jangan aku disapa, kening melintang jer aku mampu kasi kau. huhu
pasal apa macam tu..?
pasal masa ni lah nak mengumpul nota-nota praktikal, menjawab pertanyaan orang itu dan orang ini, menjawab komen komen dan pm mereka yang bertanyakan sesuatu padahal dah post kat group SM Academic tu tapi mereka malas nak cari -.-
dengan diri sendiri lagi nak cover semua benda...aduhai~
so, pendek kata, stress la!
Kerja SR memang banyak, tapi tak busy, tapi stressful.
Part stress tu menongkat naik ke paras jaga jaga kalau ada budak batch request nak something, tapi bila ajukan benda ni kat pihak universiti, dyorang tak boleh nak fulfill.
Haa! Jadilah aku tersepit di tengah tengah.
Ditelan mati emak diluah mati bapak dikemam aku yang mati hmm.
And universiti ni memang fitrah dia, kerja semua last last minit, contohnya jadual, rangka lah untuk setahun siap siap kan untuk semua batch yang ada supaya tiada overlapping penggunaan makmal dan sebagainya.
ni buat betul betul before nak start module, memanglah bercelaru, lepas tu kejap kejap tukar.
Hmm. stress aku nak post banyak banyak kali pasal perubahan yang berubah setiap seminggu. =.=
tak post and nak postpone tunggu yang fix, bebudak ni tak menyempat nak tahu.
Tapi aku faham jer perasaan dyorang...aku pun pernah di tempat bebudak ni..
So aku faham everything kalau dyorang malas pi kelas pagi, malas tu malas ni.
Aku faham...ceh :P
Tapi bila dyorang ni ada segelintir yang tak faham dan mendesak aku untuk buat itu dan ini, payahla jugak.
Tapi bila dyorang ni ada segelintir yang tak faham dan mendesak aku untuk buat itu dan ini, payahla jugak.
Haruslah diketahui ye, tugas SR terhad sekadar uruskan batch dan suarakan hak hak yang sepatutnya jer, takde kuasa nak ubah itu ini.
Semua benda tu still bawah arahan coordinator and all.
Tapi kebanyakannya faham jer tugas SR ni, so muah muah to uolls. haha
Okay. Perihal ketiga yakni tugas SR untuk setakat ini dah pun diceritakan.
So, yang tu jer kot untuk setakat ni.
Till meet again. Bye Assalamualaikum.
Semua benda tu still bawah arahan coordinator and all.
Tapi kebanyakannya faham jer tugas SR ni, so muah muah to uolls. haha
Okay. Perihal ketiga yakni tugas SR untuk setakat ini dah pun diceritakan.
So, yang tu jer kot untuk setakat ni.
Till meet again. Bye Assalamualaikum.

